Chapter 2

You Belong With Me

“Oppa,”panggil Soo Jung sambil memandang ke arah ByungHee yang sedang mengelap bibir Hanna yang comot itu.

“Apa dia?” Balas ByungHee, tanpa menoleh ke arah Soo Jung yang sedang duduk berhadapan dengannya itu. Sementara itu, Victoria yang baru sahaja menyelesaikan kerjanya di dalam dapur itu mulai berjalan ke arah mereka sebelum mengambil tempat di sebelah Soo Jung.

“Oppa tahu tak oppalah lelaki yang paling beruntung sekarang ni?” Soal Soo Jung.ByungHee memandang ke arahnya.Victoria sekadar mendengar perbualan mereka tanpa langsung mencelah.

“Soo Jung nak cakap apa sebenarnya ni?” Soal ByungHee pula. Dia kemudiannya tersenyum apabila melihat Hanna yang cuba menyuapkan sesuatu ke arahnya itu.Victoria turut tersenyum melihat kemesraan antara ByungHee dengan anak perempuan tunggalnya itu.Sejak dia tinggal bersama lelaki itu selama seminggu, belum pernah lagi dia melihat ByungHee tersenyum sebegitu rupa. Ternyata kehadiran Hanna di situ berjaya mengubah suasana rumahnya yang suram itu.

“Oppa beruntung dapat isteri macam Victoria unni ni. Unni ni bukannya saja cantik, pandai masak lagi. Oppa jangan lupa, isteri oppa ni doktor. Zaman sekarang ni, bukannya senang nak jumpa wanita bekerjaya yang pandai masak macam Victoria unni ni,” kata Soo Jung sambil menepuk lembut bahu kakak iparnya itu. Wajah Victoria terasa panas apabila mendengar pujian daripada Soo Jung itu. ByungHee memandang ke arah Victoria sebelum dia menguntum senyuman nipis.

“Hanna ah.” Kali ini Soo Jung memanggil anak saudaranya itu pula. Hanna memandang ke arahnya.

“Hanna suka tak appa kahwin dengan Victoria unni?” Soal Soo Jung. ByungHee memandang ke arah Hanna.Begitu juga dengan Victoria.

“Suka. Sebab Victoria unni baik. Unni selalu jaga Hanna waktu Hanna sakit di hospital dulu,”kata Hanna. Victoria tersenyum mendengar kata-kata Hanna itu.

“Aish Hanna ni…sekarang Hanna mana boleh Victoria unni macam tu. Sekarang Victoria unni dah jadi isteri appa Hanna tau. Jadi Hanna mestilah panggil Victoria unni…Omma.Arasso?” Soal Soo Jung.

“Omma?” Soal Hanna kembali.

“Hanna tak suka dapat omma?” Soal Soo Jung pula. ByungHee dan Victoria sekadar membiarkan Soo Jung dan Hanna berbual. Sesekali ByungHee memandang ke arah Victoria yang lebih selesa mendiamkan diri itu.

“Omma Hanna yang dulu…pergi mana?” Soalan Hanna itu ternyata mengejutkan semua yang berada di meja makan itu terutamanya ByungHee. Wajah Hanna kelihatan muram.

“Em…Hanna cakap apa ni?Hanna nak makan apa lagi?Biar appa suapkan,”kata ByungHee,cuba mengubah topik perbualan.ByungHee kemudiannya memandang tajam ke arah Soo Jung. Soo Jung sekadar mengangkat kedua-dua bahunya. Victoria pula sekadar membisu.

 

ByungHee menarik selimut sehingga menutupi ke paras dada Hanna. Perlahan-lahan,dia mengusap lembut rambut Hanna yang panjang itu sebelum dia menghadiahkan kucupan pada dahi kanak-kanak perempuan itu. ByungHee tersenyum melihat Hanna yang lena dibuai mimpi. Pastinya anak kecil itu berasa letih selepas mengharungi perjalanan yang jauh dari Jeju-do itu.

 

 

“Omma Hanna yang dulu…pergi mana?”

 

 

ByungHee melepaskan keluhan perlahan. Ternyata dia sendiri buntu untuk menjawab pertanyaan Hanna yang masih kecil itu. Masih terlalu banyak perkara yang tidak difahami oleh kanak-kanak kecil itu.ByungHee mengusap lembut pipi Hanna.

“Appa…miane…”

 

 

ByungHee berhenti dari melangkah apabila melihat Victoria yang sedang mengemas di dalam dapur itu.Dia terus memandang ke arah wanita itu tanpa langsung bersuara.Entah mengapa perasaan bersalahnya terhadap wanita itu semakin menebal. Sudahlah perkahwinan yang terjadi antara mereka itu berlaku secara tiba-tiba. Kali ini,timbul pula masalah yang lain. ByungHee melepaskan keluhan berat tanpa dia sedari. Victoria yang terdengar keluhannya itu segera menoleh ke arahnya.

“Awak nak apa-apakah,ByungHee?” Soal Victoria. ByungHee tersentak apabila ditegur oleh wanita itu.

“Tak ada apa-apa,”balas ByungHee,segera beredar dari situ.Victoria sekadar tersenyum sambil mengelap tangannya yang basah itu.ByungHee pula terus mengambil tempat di ruang tamu sebelum dia menonton rancangan televisyen di hadapannya itu.Tidak lama selepas itu, Victoria meletakkan minuman panas di hadapannya membuatkan lelaki itu terkejut untuk seketika.

“Awak mesti dahaga.Sebab tu saya buatkan teh panas untuk awak,”kata Victoria.ByungHee berdehem beberapa kali.

“Gomawo,”ucap ByungHee,perlahan.Victoria tersenyum lebar.

“Boleh saya duduk sini?” Soal Victoria.ByungHee sekadar mengangguk.

“Hanna dah tidur ya?” Soal Victoria,cuba mencari topik yang sesuai untuk berbual dengan lelaki itu.

“Em,”balas ByungHee.Victoria tersenyum nipis. Entah mengapa dia merasakan lelaki itu seperti tidak berminat untuk berbual dengannya.Victoria kemudiannya membisu.

“Makanan tengahari tadi…sedap.Gomawo,”kata ByungHee,apabila menyedari Victoria yang mulai membisu itu.Victoria menoleh ke arahnya.

“Jinja?” Victoria tersenyum lebar.Bagaikan tidak percaya apabila masakannya itu dipuji oleh ByungHee untuk pertama kali. Entah mengapa hatinya berbunga riang mendengar pujian daripada lelaki itu.

“Kalau awak suka,nanti saya buatkan lagi,okey?” Kata Victoria,bersemangat.ByungHee sekadar tersenyum nipis tanpa memandang ke arah Victoria.Mereka kemudiannya membisu lagi.Victoria ingin berbual lagi dengan lelaki itu namun dia bimbang sekiranya lelaki itu tidak suka diganggu. Oleh sebab itu,dia terpaksa mendiamkan diri.Sesekali dia akan memandang ke arah ByungHee yang sedang menonton televisyen itu.

“Saya nak minta maaf pasal tengahari tadi,”kata ByungHee,perlahan.Victoria menoleh ke arahnya.Kali ini, ByungHee turut memandang ke arahnya.

“Saya harap awak tak kecil hati dengan kata-kata Hanna tadi. Rasanya dia masih lagi keliru dengan perkahwinan kita ni. Lambat laun nanti,saya yakin dia akan faham juga,”kata ByungHee.

“Oh…saya tak kisah pun.Lagipun,saya faham dia masih kecil,”kata Victoria.Kelihatan ByungHee terdiam untuk seketika.

“Kalau awak tak selesa dengan perkahwinan ni,awak boleh batalkannya.Saya akan uruskan,”kata ByungHee.Victoria memandang ke arahnya.Apakah lelaki itu berasa bersalah terhadapnya dengan perkahwinan yang telah berlaku itu?Victoria tidak segera menjawab.

“Apa kata kalau kita berkawan dulu?” Soal Victoria setelah agak lama mendiamkan diri. ByungHee memandang ke arahnya.

“Saya tahu.Semua ni berlaku secara tiba-tiba.Saya sendiri pun masih lagi terkejut dengan perkahwinan kita ni. Tapi saya tak boleh cepat melatah.Mungkin ada sesuatu yang tersorok di sebalik perkahwinan kita ni. Kita saja yang tak tahu lagi,”kata Victoria.

“Kalau dulu…kita hanya berhubung sebagai doktor dan penjaga…sekarang ni kita dah ditakdirkan untuk hidup sebagai suami isteri.”

“Dan semuanya berlaku sebelum kita sempat mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat.Jadi,tak salahkan kalau kita berkawan dulu?Masih banyak lagi perkara tentang awak yang saya tak tahu lagi,”kata Victoria sambil tersenyum.ByungHee tidak terus membalas kata-kata wanita itu.

“Saya takkan paksa awak.Kalau awak tak suka,saya tak kisah.Saya tahu awak pun susah nak terima semua ni.Saya faham,”kata Victoria lagi.ByungHee pula masih lagi membisu.

“Saya naik dulu ya. Esok saya kena keluar awal. Awak jangan tidur lewat sangat. Tak elok untuk mata tu,”kata Victoria sambil tersenyum. Dia kemudiannya beredar meninggalkan ByungHee yang masih lagi duduk di situ.ByungHee pula terus duduk menonton televisyen di situ tanpa memandang ke arah Victoria yang sedang menuju ke arah tangga itu.

“Esok awak keluar pukul berapa?” Soal ByungHee tanpa menoleh ke arah Victoria.Langkah Victoria terhenti sebelum dia menoleh ke arah ByungHee. ByungHee kemudiannya menoleh ke arahnya.

“Esok saya cuti. Biar saya hantarkan awak ke hospital,” kata ByungHee sebelum dia menoleh semula ke arah Victoria. Victoria tersenyum, terharu dengan keprihatinan lelaki itu terhadapnya.

 

 

 

“Dah lama Hanna tak datang hospital ni,”kata Hanna,teruja melihat bangunan hospital di hadapannya itu. Victoria sekadar tersenyum.

“Takkan Hanna nak masuk sini lagi? Hospital bukannya tempat untuk bermainlah,Hanna,”kata Victoria,sambil mengusap lembut kepala kanak-kanak perempuan itu. ByungHee pula sekadar mendengar perbualan mereka tanpa langsung mencelah.

“Tapi Hanna ada ramai kawan dekat sinilah,Unni. Hanna suka duduk sini,”kata Hanna.Senyuman Victoria kian lebar.

“Kawan-kawan Hanna semua dah keluar hospital. Mereka pun dah sihat macam Hanna juga,”kata Victoria.

“Ala…tapi Hanna rindukan mereka.Hanna nak main dengan mereka lagi,”kata Hanna,sambil membuat riak wajah muram.

“Nanti unni cuba usahakan ya? “ Pujuk Victoria sambil mengusap lembut kepala Hanna lagi.ByungHee kemudiannya menoleh ke arah Hanna yang sedang duduk di tempat duduk belakang itu.

“Hanna ah…om..” ByungHee terdiam. Victoria menoleh ke arahnya.

“Unni dah nak pergi kerja. Nanti Hanna sambung berbual dengan unni lagi,okey?”Kata ByungHee.Victoria tersenyum . ByungHee memandang ke arahnya.

“Awak balik pukul berapa?” Soal ByungHee.

“Pukul 5 petang,”jawab Victoria.

“Apa-apa nanti,telefon saya. Jangan lupa cas bateri handphone awak. Jangan balik lewat seorang macam hari tu. Saya tak suka,”kata ByungHee sambil mengalihkan pandangannya daripada Victoria. Victoria tersenyum lebar.

“Arasso. Nanti saya telefon awak,”kata Victoria.

“Appa,”panggil Hanna. Panggilannya itu membuatkan ByungHee dan Victoria menoleh ke arahnya.

“Kenapa appa tak cium pipi unni?Unni kan nak pergi kerja,”kata Hanna. Wajah Victoria berubah merah apabila mendengar pertanyaan anak kecil itu. ByungHee turut terkejut dengan pertanyaan anak perempuannya itu.

“Aunty Soo Jung cakap kalau orang dah kahwin,selalunya akan ada cium dekat pipi. Kenapa appa tak buat dekat unni? Appa dengan unni kan dah kahwin?” Soal Hanna lagi. ByungHee mengetap bibirnya. Aish,Soo Jung ni….

“Appa dah cium pipi unni dekat bilik tadi. Hanna saja yang tak nampak,”kata Victoria.Ternyata dia lebih bijak mengendalikan suasana tersebut, walaupun dia sendiri turut berasa malu dengan pertanyaan Hanna itu.

“Jinja?” Soal Hanna,tidak percaya.

“Iya. Mana boleh tunjuk depan Hanna. Hanna kan kecil lagi,”kata Victoria sambil mencuit hidung kecil Hanna itu. Hanna tertawa kecil. Victoria kemudiannya menoleh ke arah ByungHee.

“Saya pergi dulu,”kata Victoria sebelum dia beredar meninggalkan ByungHee dan Hanna di dalam kereta itu.ByungHee terus menunggu di situ sehinggalah kelibat Victoria hilang dari pandangan matanya.

 

 

Victoria berlari-lari anak ke arah kereta ByungHee yang sedang menunggunya di lobi perkarangan hospital itu.

“Maaflah saya terlambat sikit. Awak dah lama tunggu?” Soal Victoria sebaik sahaja dia mengambil tempat di sebelah ByungHee.

“Tak apa,”balas ByungHee.Victoria kemudiannya menoleh ke arah tempat duduk belakang. Kelihatan Hanna sedang nyenyak tidur di tempat duduk belakang.

“Lenanya dia tidur. Awak ada bawa dia pergi berjalankah tadi?” Soal Victoria,ingin tahu. ByungHee tersenyum nipis.

“Saya bawa dia jalan-jalan tadi sementara tunggu awak habis kerja,”kata ByungHee sambil memandu.Mata Victoria terbuka luas apabila mendengar kata-kata ByungHee.

“Jinja? Awak berdua langsung tak balik rumah sejak pagi tadi?” Soal Victoria,tidak percaya. ByungHee sekadar tersenyum.

 

 

Victoria membukakan pintu bagi membolehkan ByungHee yang sedang mendukung Hanna untuk melangkah masuk ke dalam rumah.

“Awak dah makankah? Kalau belum saya siapkan makan malam untuk awak,”kata Victoria sambil meletakkan begnya di atas meja.ByungHee menoleh ke arahnya.

“Biar saya bawa Hanna ke bilik dia dulu. Nanti saya turun makan dengan awak,”kata ByungHee sambil tersenyum ke arahnya.Victoria menjadi kaku apabila melihat senyuman ByungHee terhadapnya itu.ByungHee kemudiannya beredar meninggalkan Victoria menuju ke arah bilik Hanna.

 

 

“Saya tak tahu pula yang awak pun pandai masak,”kata Victoria.

“Masakan awak lagi sedap. Saya pandai masak yang ringkas saja,”kata ByungHee sambil menikmati makanan di hadapannya itu.

“Ini dah lebih daripada ringkas tau. Lagipun yang penting masakan awak ni sedap,”kata Victoria.ByungHee tersenyum nipis.

“Saya dulu belajar di UK untuk 3 tahun. Dari situlah saya belajar masak untuk hidup,”kata ByungHee. Victoria tertawa kecil.

“Awak dulu belajar dekat mana?” Soal ByungHee tanpa memandang ke arah Victoria. Victoria tersenyum. Entah mengapa dia berasa seronok apabila melihat ByungHee yang mulai berminat untuk berbual dengannya itu.

“Saya belajar dekat Seoul saja. Tak adalah sampai ke luar negara macam awak,”kata Victoria.

“Belajar dekat mana-mana pun sama saja,”balas ByungHee.Victoria tersenyum.Mereka terus berbual tanpa menyedari malam yang semakin lewat itu.

Mereka kemudiannya sama-sama mengemas dapur sebaik sahaja selesai menikmati makan malam ringkas mereka itu.Victoria memandang ke arah ByungHee yang sedang memasukkan kerusi ke bawah meja itu.

“Terima kasih sebab sudi berbual dengan saya malam ni,”ucap Victoria. ByungHee memandang ke arahnya.

“Awak sendiri yang cakap tak salah kalau kita berkawan dulu kan?Awak dah lupa?” Soal ByungHee sambil berjalan ke arahnya.Victoria tergamam.

“Awak…awak sudi untuk berkawan dengan saya?” Soal Victoria,tidak percaya.ByungHee tersenyum nipis.

“Kita patut beri diri kita peluang untuk mengenali antara satu sama lain kan? Saya setuju dengan cadangan awak,”kata ByungHee sebelum dia menghulurkan tangannya ke arah Victoria.

“Saya Jung ByungHee. Awak?” Soal ByungHee. Victoria memandang ke arah tangan ByungHee di hadapannya itu. Perlahan-lahan,dia menyambut huluran tangan lelaki itu.

“Victoria. Victoria Song,” balas Victoria.ByungHee tersenyum.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((