Chapter 32

You Belong With Me

“Tak pernah pula aku tengok kau muntah teruk macam ni,ByungHee. Kau betul-betul okeykah ni?” Soal SeungHo,hairan, apabila melihat ByungHee yang baru sahaja melangkah keluar dari bilik air itu.Tanpa mempedulikan pertanyaan SeungHo itu, ByungHee segera melabuhkan punggung di atas sofa sebelum dia bersandar di situ.

“Nah,air,”kata SeungHo sambil menghulurkan air kepada ByungHee.Perbincangan mereka kerap kali terganggu disebabkan oleh kesihatan ByungHee yang kurang baik itu.ByungHee menggelengkan kepalanya.

“Tak naklah.Aku dah tak berani nak makan atau minum dah.Aku dah tak larat nak keluar masuk bilik air dah ni,”kata ByungHee.Dia juga turut hairan dengan perubahan dirinya itu.Belum pernah lagi dia mengalami keadaan seperti itu.

“Minumlah air tu,Hyung.Nanti kalau Hyung pengsan macam mana?” Soal Mir pula.

“Tak apalah.Hyung okey.Nanti dah petang sikit,Hyung okeylah,”kata ByungHee,tetap berdegil.SeungHo sekadar menggelengkan kepalanya.

“Joon dengan Cheondung mana?” Soal ByungHee,apabila menyedari ketiadaan dua lagi rakannya di pejabatnya itu.

“Kan Hyung yang pesan mereka pergi jumpa dengan klien tengahari nanti? Hyung dah lupa ekh?” Soal Mir,cuba mengingatkan ByungHee.ByungHee diam sejenak,memikirkan kata-kata Mir sebentar tadi.

“Oh…yalah.Hyung terlupa,”kata ByungHee sambil menggosok-gosok belakang lehernya.Dia sendiri yang mengarahkan Joon dan Cheondung untuk bertemu dengan salah seorang daripada klien mereka untuk membincangkan mengenai rekaan dalaman bangunan yang bakal disiapkan itu. ByungHee kemudiannya memandang ke arah Mir yang sedang meniliti fail di atas meja sambil mengunyah sesuatu di dalam mulutnya itu.

“Mir makan apa tu?” Soal ByungHee,ingin tahu.

“Huh? Oh…gula-gula saja , Hyung,”kata Mir.

“Masam tak?” Soal ByungHee lagi.

“Masam. Tapi Mir dah biasa makan. So…Mir rasa biasa saja,”kata Mir.SeungHo menoleh ke arah ByungHee.Kelihatan ByungHee sedang menelan air liurnya.

“Hyung nak satu…boleh?” Soal ByungHee.Tanpa mengesyaki sesuatu, Mir terus sahaja menghulurkan sebiji gula-gula dari poket seluarnya kepada ByungHee.

“Sedapnya…” ByungHee tersenyum sebaik sahaja memasukkan gula-gula itu ke dalam mulutnya. Rasa loya yang dirasainya selama ini mulai hilang.SeungHo dan Mir memandang ke arahnya dengan penuh tanda Tanya.

“Mir tengok…Hyung ni dah macam pregnant ladylah. Asyik muntah-muntah saja. Bila dah dapat benda yang masam, baru rasa okey,”kata Mir,selamba.SeungHo segera menoleh ke arah Mir sebaik sahaja maknae itu menghabiskan kata-katanya.ByungHee turut menoleh ke arah yang sama. Mir pula terdiam, seolah-olah baru sahaja menyedari apa yang baru sahaja dikatakannya sebentar tadi. ByungHee menelan air liurnya.

 

 

“Vic…awak okey?” Soal JuYeon,prihatin.Timbul rasa bimbang dalam hatinya apabila melihat wajah Victoria yang berubah pucat itu.Victoria tersenyum kelat.

“Saya Cuma letih saja,JuYeon.”Balas Victoria,perlahan.

“Patient tadi macam mana?” Soal JuYeon.

“Dah masukkan dia dalam ICU.Harap-harap sangat dia tak alami kompilasi pembedahan yang teruk.Banyak juga bleeding dia tadi,”kata Victoria, sebelum dia menghembuskan nafas lega. Lega kerana pesakit yang baru sahaja dibedahnya itu sudah pun berada dalam keadaan stabil. Hanya perlukan pemerhatian rapi sebelum pesakit itu dibenarkan berehat di wad kanak-kanak.

“Pagi-pagi saja…hospital dah kecoh. Macam manalah van sekolah tu boleh terbalik. Takkanlah dia sanggup bawa van sekolah tu laju-laju. Sekarang tengok, berapa ramai budak-budak sekolah tu cedera disebabkan oleh kecuaian dia,”kata JuYeon,tidak puas hati.Victoria sekadar tersenyum.

“Benda dah lepas,JuYeon.Lagipun pemandu van itu cedera juga.Nak tak nak, kita kenalah rawat dia juga walaupun dia yang bersalah dalam hal ni.Budak-budak sekolah tu pun dalam keadaan stabil.Cuma seorang dua saja yang cedera teruk.Nasib baik semuanya berjalan lancar,”kata Victoria,JuYeon mencebik. Dia melihat ke arah Victoria.

“Saya bukan apa,Vic. Saya Cuma risaukan awak. Awak tu dah berbadan dua tahu tak.Mana boleh selalu penat,”kata JuYeon. Dia sudah pun maklum mengenai keadaan Victoria dan dia turut tumpang bahagia dengan berita gembira itu.

“Pandai-pandailah saya jaga diri,JuYeon.Awak tak payah risau apa-apalah,”kata Victoria sambil bersandar pada tempat duduknya.

“Mr Gorgeous dah tahu pasal ni?” Soal JuYeon.Victoria tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

“Bwo?Awak kata awak nak beritahu dia semalam,”kata JuYeon,tidak puas hati.

“Memang saya nak beritahu dia semalam.Tapi…biarlah dulu.Lagipun saya kasihan tengok dia muntah-muntah.Dia Nampak tak bermaya sungguh.Mungkin malam ni, saya beritahu dia,”kata Victoria.JuYeon tersenyum.

“Untunglah awak,Vic.Sayang betul Mr Gorgeous dekat awak,”kata JuYeon,ada berbaur cemburu pada kata-katanya itu.Victoria tersenyum.

“Awak dengan ChangMin tu bila lagi? Tak baik tunggu lama-lama.ChangMin tu Dr Hot tahu dekat sini.Kalau tunggu lama sangat, melepas awak nanti,”kata Victoria,sengaja mengubah topik.JuYeon mencebik.

“Eee…awak ni memang saja kan nak kenakan saya pula?”Soal JuYeon.Victoria sekadar ketawa.

“Saya bukan kenakan awak,JuYeon.Saya Cuma doakan awak supaya awak dengan ChangMin cepat-cepatlah kahwin.Saya tak nak awak menyesal nanti,”kata Victoria.

“Yelah tu,Vic.Awak tak perlulah nak risaukan hal kami. Ambil berat pasal kesihatan awak dulu.Saya tahu awak belum makan lagi.Jom,saya belanja awak makan,”kata JuYeon.Victoria yang turut berasa lapar itu akur.Lagipun orang nak belanja makan,mana boleh tolak.

“Doktor Victoria!”

Langkah Victoria dan JuYeon terhenti apabila terdengar nama Victoria dipanggil.Kelihatan seorang doktor pelatih berdiri tercungap-cungap di hadapan Victoria.

“Kenapa ni?” Soal Victoria,cemas.

“Adik MinJi di ICU!” Kata doktor pelatih itu.Victoria yang bagaikan sudah dapat menangkap maksud kata-kata doktor pelatih itu terus bergegas menuju ke bilik rawatan rapi tanpa mempedulikan JuYeon yang memanggilnya itu.

 

 

“Appa!”

ByungHee tersenyum lebar apabila melihat Hanna yang sedang berlari ke arahnya itu.Tubuh kecil itu lantas dipeluknya erat.Pipi gebu si kecil itu turut dikucupnya.

“Appa minta maaf kalau appa lambat,”kata ByungHee sambil memandang ke arah Hanna dalam pelukannya itu.

“Tak apa.Kawan-kawan pun ada yang tak balik lagi,”kata Hanna.Dia kemudiannya menoleh ke kiri dan kanan,seolah-olah sedang mencari seseorang.ByungHee sekadar memandang ke arahnya.

“Omma mana?” Soal Hanna,sambil mencari-cari kelibat Victoria.

“Oh…omma cakap dengan appa yang omma sibuk sikit hari ni.Malam nanti appa ambil omma dekat hospital.Hanna nak ikut?” Soal ByungHee.Hanna tersenyum sambil mengangguk.ByungHee tersenyum kelat.Jauh di sudut hatinya, dia amat bimbangkan keadaan Victoria.Kata-kata Mir mulai bermain dalam fikirannya.

 

“Kenapa Mir cakap macam tu?”Soal ByungHee.

“Sebab Noona pun selalu muntah-muntah waktu dia pregnant dulu.Lepas tu,mulalah nak mengidam macam-macam.Hyung tak rasa nak makan apa-apakah sejak muntah-muntah ni?” Soal Mir.

“Entah.Hyung memang ada rasa teringin nak makan sesuatu,tapi Hyung ingat tu perkara biasa saja.Tapi kenapa pula Hyung yang rasa macam ni?”Soal ByungHee,hairan.

“Oh…omma pernah cakap, kalau suami yang selalu muntah-muntah waktu isteri pregnant, itu tandanya suami tu sayang sangat dekat isteri dia,”kata Mir sambil tersengih.SeungHo turut ketawa.

“Betulkah?” Soal ByungHee,tidak percaya.

“Victoria tak cakap apa-apakah dekat kau? Takkan dia saja tak nak beritahu kau kalau betul dia pregnant?” Soal SeungHo.ByungHee diam sejenak.Kalau diikutkan memang benar Victoria ada sesuatu yang ingin dikatakannya pada malam semalam,tapi wanita itu sengaja merahsiakannya terlebih dahulu. Mungkinkah tekaan SeungHo dan Mir itu benar?

 

Lamunan ByungHee berkecai apabila terdengar deringan telefon bimbitnya itu.Keningnya terangkat apabila melihat nama JuYeon yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu.Hanna sekadar membisu apabila melihat bapanya menjawab panggilan telefon tersebut.

“Hello?”

“Jung ByungHee ssi!”

 

 

Victoria membuka matanya perlahan-lahan.Diperhatikan suasana bilik yang kelihatan sedikit asing baginya itu.

“Aku dekat mana ni?” Bisik hati kecilnya.

“Vic…”

Victoria menoleh apabila terdengar namanya dipanggil lembut.Kelihatan ByungHee sedang duduk menghadapnya sambil memegang erat tangannya itu.Lelaki itu menguntum senyuman lega ke arahnya sambil mengusap lembut kepala Victoria.

“Oppa…”

“Hm?Vic ada rasa sakit dekat mana-mana lagikah?” Soal ByungHee.Victoria menggeleng lemah.

“Apa dah jadi dengan Vic?” Soal Victoria,perlahan.Tangan ByungHee itu digenggamnya erat.

“JuYeon cakap Vic pengsan sebab terlalu penat.Tapi…”

“Baby macam mana?” Soal Victoria,sambil mengeratkan lagi genggaman tangannya terhadap tangan ByungHee itu.Kelihatan matanya bergenang.Suaranya juga kedengaran sebak.

“Apa?Baby?” Sempat lagi ByungHee mengusik isterinya yang sedang dilanda rasa bimbang itu.

“Oppa…Baby kita okeykan?Baby kita tak ada apa-apakan?” Soal Victoria bersungguh-sungguh.Air matanya mulai mengalir perlahan.ByungHee tersenyum sambil menyeka air mata isterinya yang mengalir itu.Dahi isterinya itu dikucupnya lembut.

“Vic tak ada apa-apa.Baby pun tak ada apa-apa.Semuanya okey,sayang,”kata ByungHee.Victoria menangis sebaik sahaja ByungHee menghabiskan kata-katanya.Lantas dipeluknya tubuh ByungHee dengan erat.

“Vic takut kalau apa-apa terjadi dekat Baby.Vic takkan maafkan diri Vic kalau semua tu terjadi dekat Baby,”kata Victoria dalam tangisnya.ByungHee membalas pelukan Victoria sambil mengusap rambut Victoria dengan erat.

“Janganlah menangis.Kan oppa dah cakap yang semuanya okey?Sekarang oppa nak Vic berehat.Doktor cakap Vic kurang rehat,terlalu penat. Sebab tu pengsan.Tak elok tahu untuk Baby,”kata ByungHee sambil menyeka air mata Victoria.Victoria sekadar membisu.ByungHee tersenyum sebelum dia mengucup lembut pipi Victoria.

“Jadi … inilah berita gembira yang Vic nak beritahu oppa semalam?”Soal ByungHee.Victoria tersenyum malu sambil mengangguk.Senyuman ByungHee kian lebar.

“Vic saja buat oppa tertunggu-tunggu ekh?” Soal ByungHee lagi.Victoria tersenyum.

“Lagipun…sebelum oppa datang sini,oppa … memang dah agak..yang Vic…pregnant,”kata ByungHee sambil meramas lembut tangan isterinya.Victoria memandang ke arahnya dengan hairan.

“Macam mana oppa boleh tahu?” Soal Victoria.

“Mir yang cakap.Cara oppa muntah-muntah…macam pregnant lady.Dan itu tandanya…oppa sayangkan Vic sangat-sangat,”kata ByungHee sambil tersenyum.Senyuman Victoria kian lebar.

“Jinja? Sampai macam tu sekali oppa sayangkan Vic?” Soal Victoria,inginkan kepastian.ByungHee tersenyum sebelum dia mencium bibir isterinya.

“I love you very much,jagi,”ucap ByungHee.Victoria tersenyum bahagia.ByungHee kemudiannya menarik Victoria ke dalam pelukannya.Tubuh isterinya itu dipeluknya erat.Victoria turut membalas pelukannya sambil tersenyum.

“Ah~~~tak sabarnya appa nak jumpa dengan YoungMin.Yeah!”Kata ByungHee.Victoria menepuk lembut lengan ByungHee.

“Oppa~~~malulah orang dengar,”kata Victoria.ByungHee sekadar ketawa.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((