Chapter 45

You Belong With Me

Lee Joon melepaskan keluhan berat apabila melihat keadaan ByungHee yang kusut itu. Ketika itu, air mata ByungHee bagaikan begitu murah untuk mengalir. Ketika itu, masih lagi terngiang-ngiang akan jeritan ByungHee sewaktu berada di dalam bilik YeJin sebentar tadi.

 

“Kenapa awak tak cakap mengenai penyakit Victoria kepada saya?! Wae?! Wae?! Wae?!”

YeJin yang sedang bersiap sedia untuk ke bilik pembedahan itu terkejut dengan kehadiran ByunGhee yang tiba-tiba itu.

“Jung ByungHee ssi?”

“Wae? Kenapa awak sorokkan hal ni daripada saya, YeJin? Kenapa?” Air mata ByungHee mengalir laju. Lidah YeJin bagaikan kelu untuk bersuara. Rasa bersalahnya terhadap lelaki itu tidak sekali pun pernah terpadam. Tetapi hanya kerana terpaksa menuruti permintaan Victoria, dia terpaksa membohongi lelaki tersebut. Hatinya tersentuh melihat keadaan ByungHee yang kusut itu. Air matanya tidak berhenti mengalir. Ternyata hati lelaki itu begitu terluka dengan sikapnya.

“ByungHee ssi…saya minta maaf. Saya memang nak beritahu awak. Tapi Victoria tak izinkan. Dia nak saya rahsiakan hal ni daripada awak. Sebab dia tak nak awak sedih,”kata YeJin. ByungHee mengetap bibirnya,menahan perasaan marah.

“Awak tahu dia akan mati kalau dia teruskan kandungan tu. Sepatutnya awak halang dia sebelum semuanya terlambat!” Jerit ByungHee.

“Saya dah cuba! Tapi dia tetap tak nak. Dia tak nak gugurkan kandungan dia…sebab dia tak nak kecewakan awak. Dia tahu awak terlalu gembira yang dia sedang mengandungkan anak awak. Sebab tu dia minta tolong saya rahsiakan hal ni daripada awak,”kata YeJin lagi.

“BOHONG! AWAK BOHONG!” Jerkah ByungHee. Kerana terlalu menurutkan rasa marahnya itu, dia menolak tubuh YeJin dengan kasar sehingga membuatkan wanita itu terjatuh. Mujur tiada sebarang kecederaan dialami oleh wanita tersebut.

“Hyung!”

Lee Joon yang baru sahaja tiba di bilik itu segera menghalang ByungHee daripada bertindak dengan lebih kasar terhadap YeJin. YeJin sekadar menundukkan kepalanya. Seolah-olah pasrah dengan hukuman yang sedang diberikan oleh ByungHee terhadapnya.

“Lepaskan aku,Lee Joon! Lepaskan aku! Aku nak bunuh perempuan tak guna ni! Lepaskan aku!” Jerit ByungHee. Dia meronta-ronta kasar agar dirinya dilepaskan oleh Lee Joon.

“Baik awak pergi sekarang. Biar saya halang dia!” Kata Lee Joon.

“S…s..saya minta maaf,ByungHee ssi. Saya akan cuba selamatkan isteri awak. Saya minta maaf.”

YeJin menundukkan kepalanya sebelum dia segera beredar meninggalkan ByunGhee dan Lee Joon di situ.

“Lepaskan! Argh!”

ByungHee terus meronta-ronta. Lee Joon pula berusaha untuk menguatkan pelukannya terhadap Byunghee itu.

“Lepaskan…”

ByungHee menangis lagi. LeeJoon turut tidak dapat menahan sebaknya. Hatinya pedih mendengar tangisan ByungHee yang kuat itu. ByungHee menangis teresak-esak.

“Sabar,Hyung. Hyung janganlah macam ni. Kita sama-sama doa yang Victoria akan selamat. Hyung tak boleh putus asa,”kata LeeJoon,cuba memujuk. ByungHee terus menangis. Pujukan Lee Joon itu seolah-olah bagaikan angin lalu baginya. Fikirannya sedang bercelaru. Dia lebih memikirkan keadaan Victoria ketika itu tanpa mempedulikan orang lain sekelilingnya.

 

“Hyung.”

Lembut Lee Joon memanggil ByungHee yang sedang termenung itu. Dia mengeluh perlahan apabila panggilannya itu tidak mendapat reaksi daripada ByungHee.

“Oppa.”

Lee Joon menoleh ke arah SooJung yang sedang berjalan ke arahnya itu. Perlahan-lahan, dia mencapai tangan wanita itu sebelum digenggamnya erat.

“ByungHee oppa tak apa-apakah?” Soal SooJung. Lee Joon menguntum senyuman kelat.

“Dia mungkin sedang stress. Oppa rasa baik kita jangan ganggu dia. Tapi…oppa tak nak tinggalkan dia seorang kat sini. Oppa bimbang dia buat sesuatu perkara bodoh lagi lepas ni. Fikiran dia tengah bercelaru tu,”kata Lee Joon,perlahan. SooJung mengalirkan air mata apabila melihat nasib malang yang menimpa abangnya dan Victoria itu.

“Kenapa semua ni berlaku kepada oppa dan unni? Salahkah kalau biarkan mereka bahagia bersama?” Tangis SooJung. Perlahan-lahan, Lee Joon menarik SooJung dalam pelukannya.

“Kita doakan yang terbaik untuk mereka,okey? Oppa yakin…semuanya akan baik-baik saja,”pujuk Lee Joon. Walaupun dia sendiri turut takut sekiranya perkara yang tidak diingininya itu berlaku. Puan Jung juga tidak berhenti menangis mengenangkan nasib yang menimpa menantunya itu. Puas dipujuk oleh Tuan Jung yang setia menemani isterinya itu disisi.

“Appa…”

ByungHee mendongak. Kelihatan Hanna sedang berdiri di hadapannya sambil menyentuh tangannya yang sejuk itu.

“Gwenchana?” Soal Hanna. Hanna menyeka air mata ByungHee yang mengalir itu dengan lembut.

“Appa sedih sebab omma sakit ya?” Soal Hanna lagi. ByungHee sekadar memandang ke arahnya tanpa langsung bersuara.

“Gwenchana. Omma akan sihat. Appa janganlah risau ya?” Pujuk Hanna sambil tersenyum. Dia kemudiannya memeluk tubuh bapanya dengan erat. Seolah-olah menyalurkan kekuatannya kepada bapanya untuk terus bertahan. Air mata ByungHee kian lebat. Perlahan-lahan, dia turut membalas pelukan anak perempuannya itu dengan erat.

“Hanna jangan tinggalkan appa ya,sayang? Appa perlukan Hanna…” Kata ByungHee salam tangisnya. Hanna mengangguk sambil memperkemas pelukannya terhadap bapanya itu.

 

 

Penantian mereka berakhir apabila pintu bilik pembedahan itu terbuka setelah hampir dua jam mereka menunggu. Kelihatan dua orang jururawat sedang menolak dua buah incubator keluar dari bilik pembedahan tersebut.

“Encik Jung ByungHee!”

ByungHee mendongak apabila terdengar namanya dipanggil. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah jururawat tersebut.

“Tahniah, Encik. Isteri encik selamat melahirkan anak kembar lelaki. Buat masa ni, kami akan memantau keadaan anak-anak encik di unit neonatal memandangkan anak-anak encik dilahirkan tidak cukup bulan,”kata jururawat tersebut. Jelas kelihatan senyuman terukir pada bibir jururawat tersebut walaupun wajahnya ditutup dengan penutup muka. ByungHee sekadar memandang ke arah anak-anaknya tanpa sekelumit senyuman.

“Isteri saya macam mana?” Soal ByungHee,masih lagi memandang ke arah anak-anaknya yang berada di dalam incubator tersebut.

“Isteri encik masih lagi berada di dalam. Pembedahan ke atas isteri encik masih belum selesai. Kita doakan agar semuanya selamat,”kata jururawat tersebut.

“Comelnya. Wajah mereka betul-betul seiras dengan kamu, ByungHee,”kata Puan Jung dalam sebak. Gembira melihat cucu-cucunya yang selamat dilahirkan itu. ByungHee mengetap bibirnya.

“Bawa mereka jauh daripada saya. Saya tak nak tengok muka mereka.Saya benci,”kata ByungHee sebelum dia mengalihkan wajahnya daripada bayi kembarnya itu.

“ByungHee!”

Ternyata kata-kata ByungHee itu mengejutkan semua orang yang berada di situ. Namun ByungHee tidak langsung ambil peduli. Dia terus mengambil tempat di tempat duduknya semula tanpa langsung memandang ke arah anak-anaknya itu.

“Dia mungkin dalam keadaan tertekan sekarang. Baiklah. Nanti kami tengok cucu-cucu kami di unit neonatal,”kata Tuan Jung,cuba meredakan keadaan. Puan Jung pula sudah menangis apabila melihat keengganan ByungHee untuk melihat anak-anaknya itu. Jururawat itu akur sebelum dia beredar meninggalkan keluarga itu di situ. Sekali lagi ByungHee langsung tidak memandang ke arah anak-anaknya yang sedang dibawa oleh jururawat itu.

“Kamu cakap apa tadi,ByungHee? Kamu benci dengan anak-anak kamu sendiri?” Soal Puan Jung. ByungHee tidak segera menjawab.Apatah lagi memandang ke arah ibunya itu.

“Omma tanya ni, ByungHee! Kamu betul-betul maksudkankah dengan apa yang kamu cakapkan tadi? Kamu benci dengan anak-anak kamu, huh?!” Soal Puan Jung lagi. Kali ini nada suaranya lebih tinggi daripada sebelumnya.

“Ya. Saya bencikan mereka. Disebabkan mereka , nyawa isteri ByungHee dalam bahaya. Sepatutnya Victoria tak patut teruskan kandungannya kalau dia dah tahu nyawanya dalam bahaya! Puas hati omma?!”

PANG!

ByungHee menahan bisa pada pipinya kesan dari tamparan oleh Puan Jung itu. Bibrinya itu diketap rapat.

“Yeobo!”

Tuan Jung cuba menghalang isterinya daripada bertindak lebih kasar terhadap anak lelakinya itu.

“Kamu sedar tak apa yang kamu katakan ni, ByungHee? Kamu sedar tak?!” Soal Puan Jung. Ketika itu, SooJung hanya menundukkan wajahnya. Tidak sanggup melihat perbalahan yang sedang berlaku antara ibu dan abangnya itu. Lee Joon pula memaut erat bahu SooJung sambil mendukung Hanna.

“Byunghee sangat sedar dengan apa yang Byunghee cakap tadi,omma. ByungHee betul-betul maksudkan apa yang ByungHee cakap tadi. Byunghee takkan terima mereka kalau apa-apa jadi dengan Victoria lepas ni!”

Air mata Puan Jung mengalir laju.

“Hyung! Hyung jangan cakap macam tu. Kalau Victoria dengar apa yang Hyung cakapkan ni, dia mesti sedih. Dia mesti ada sebab kenapa dia nak juga teruskan kandungan dia walaupun dia tahu nyawa dia dalam bahaya. Lagipun anak-anak Hyung tu langsung tak bersalah. Hyung tak boleh terus hukum mereka macam ni. Sedarlah , Hyung. Joon yakin yang Hyung tak maksudkan apa yang Hyung cakapkan tadi. Hyung Cuma tertekan. Jangan hanya disebabkan tekanan yang Hyung sedang alami ni, Hyung bersikap tak adil dengan mereka. Tolonglah, Hyung. Jangan hukum mereka macam ni.”

Lee Joon cuba untuk menyedarkan ByungHee yang sedang tertekan itu. ByungHee mendengus kasar.

“Semua tolong pergi dari sini.” Katanya,perlahan. Matanya dipejamkan rapat.

“Pergi…tinggalkan ByungHee …” Katanya lagi, sambil menundukkan wajahnya.

Lee Joon mengeluh perlahan. Dia kemudiannya mengajak SooJung dan Hanna supaya beredar dari situ. Begitu juga dengan Tuan Jung. Mereka terpaksa beredar dari situ untuk memberi ruang kepada ByunGhee bersendirian. ByungHee terus menangis sebaik sahaja dirinya ditinggalkan bersendirian di ruang menunggu itu.

“Vic….jangan tinggalkan oppa. Tolong jangan tinggalkan oppa,Vic. Tolonglah bertahan…oppa..dan anak-anak kita perlukan Vic..Tolonglah,sayang…”Tangisnya.

 

 

“Kalau Vic dah tak ada pun, oppa hanya akan setia pada Vic sajakah?”

“Vic ni…oppa main-main sajalah tadi. Oppa saja nak usik Vic. Vic tak perlulah nak serius pula pasal hal ni.”

“Tapi tadikan oppa sendiri yang cakap…itulah gunanya ada isteri. Kalau kaki patah, isteri boleh pegangkan. Kalau sakit, isteri boleh jagakan. Katakan lepas ni, kalau oppa sakit waktu Vic dah tak ada, siapa yang nak jaga oppa? Siapa yang nak jaga makan minum oppa? Lambat laun oppa akan lupakan Vic juga. Oppa akan jumpa pengganti Vic juga. Betul tak?”

“Vic tak boleh tinggalkan oppa walau apa pun terjadi. Muktamad.”

“Oppa peliklah dengan Vic ni. Sejak belakangan ni, Vic selalu cakap bukan-bukan dengan oppa. Vic ada sorokkan apa-apa daripada oppa ya?”

 

 

ByungHee terus menangis.

“Oh Tuhan…tolonglah jangan ambil Victoria dari aku. AKu tak kuat untuk menghadapi kehilangannya. Aku tak mampu untuk teruskan kehidupan aku tanpa dia. Sebab aku terlalu cintakan dia. Aku terlalu sayangkan dia. Tolonglah berikan dia kekuatan untuk terus bertahan . Tolonglah…”

Air matanya mengalir lagi.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((