Chapter 25

You Belong With Me

“Se Yeon ah!”

Se Yeon tersenyum lebar sambil melambaikan tangannya ke arah Soo Bin yang sedang menunggunya di Te Amor Café itu. SeYeon segera mengambil tempat di hadapan Soo Bin sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam kafe itu.

“I dah pesankan minuman untuk you,”kata Soo Bin.

“Wow, terima kasih. Tak adalah I nak kena tunggu minuman I sampai,”balas SeYeon.Soo Bin sekadar tersenyum.

“Bila you balik Seoul? You tak cakap dengan I pun,”kata Soo Bin.

“Baru saja. Nak dekat seminggu dah I duduk sini,”kata SeYeon sambil menanggalkan cermin mata hitamnya.Soo Bin sekadar memandang ke arahnya.

“Kenapa you tiba-tiba nak balik? Bukan hari tu you cakap you nak tinggal lamakah dekat Osaka?” Soal Soo Bin pula. Perbualan mereka terganggu seketika apabila seorang pelayan wanita menghidangkan minuman yang dipesan oleh mereka itu di atas meja.

“Biasalah kalau perancangan asal berubah. Kena ikut keadaan juga,”kata SeYeon sebelum dia menikmati minumannya di atas meja itu.

“Company I suruh I balik Seoul. Mereka cakap I dapat banyak tawaran untuk penggambaran majalah. Sayang nak tolak. Jadi, terpaksalah I batalkan cuti I yang masih berbaki tu,”kata SeYeon.

“Companykah…atau Jung ByungHee?”Soal Soo Bin pula. SeYeon sekadar tersenyum.

“Dua-dua,”kata SeYeon, separuh berbisik. Soo Bin tertawa kecil.

“Kalau you balik Seoul disebabkan oleh ByungHee pun, apa yang you dapat? You mesti tahukan yang dia dah kahwin dengan doktor peribadi anak perempuan dia tu?” Soal Soo Bin.

“I tahu,”balas SeYeon,pendek.

“Dan sebab itulah…I balik semula ke Seoul,”katanya lagi. Soo Bin mengerutkan dahinya.

“Untuk apa? You sendiri cakap…kalau ByungHee tak cari you sebelum majlis perkahwinan tu, itu maknanya ByungHee tak serius dengan you,”soal Soo Bin,tidak puas hati.

“I Cuma nak dapatkan apa yang sepatutnya jadi milik I. Takkan itu pun tak boleh? Lagipun, I yakin, ByungHee takkan lupakan I dengan mudah. Antara I dengan Victoria, dia lebih cintakan I. Buat masa ni, mungkin dia susah nak maafkan I sebab dia masih marahkan I. Tapi…lama-lama, mesti hati dia lembut balik,”kata SeYeon,penuh yakin. Soo Bin menggelengkan kepalanya.

“So, apa yang you dah buat sekarang ni?” Soal Soo Bin.

“I Cuma cakap dengan Victoria…yang I nak dia pulangkan ByungHee kepada I dalam tempoh dua minggu ni. Dan sekarang dia masih ada seminggu untuk pulangkan ByungHee kepada I,”kata SeYeon sambil tersenyum lebar. Soo Bin tertawa kecil.

“Bwo? You cakap dengan dia macam tu? You ingat dia nak bagikah?” Soal Soo Bin. SeYeon menjungkitkan bahunya.

“Kalau dia tak nak bagi, I rampaslah. Lagipun dia tu kena sedar diri, yang dia hanyalah pengganti I. ByungHee bukan cintakan dia pun. ByungHee Cuma terhutang budi dengan dia saja,”kata SeYeon.

“You nampaknya yakin,”balas Soo Bin. SeYeon angguk bersetuju.

“Tapi kalau ByungHee dah jatuh cinta dengan doktor tu,apa yang you nak buat?” Soal Soo Bin pula.Senyuman SeYeon mengendur.

“Dah hampir 4 bulan you tinggalkan ByungHee, SeYeon. Apatah lagi you tinggalkan dia tanpa sebarang sebab. Langsung tak dapat dihubungi. Dan lebih teruk, you tinggalkan dia waktu majlis perkahwinan you dengan ByungHee hampir tiba. You menghilangkan diri 3 hari sebelum majlis perkahwinan tu, SeYeon. You ingat…ByungHee dan keluarga dia akan terima you semula dengan mudah?” Soal Soo Bin. SeYeon sekadar membisu.

“Dan…macam mana..kalau doktor tu….pregnant?” Soal Soo Bin lagi. SeYeon mendengus kasar.

“I takkan biarkan semua tu berlaku. I akan paksa perempuan tu pulangkan semula ByungHee kepada I walau dengan apa cara sekalipun,”kata SeYeon,nekad. Tangannya digenggam dengan erat.

 

“Dan…macam mana…kalau doktor tu…pregnant?”

Kata-kata Soo Bin itu kembali menerjah dalam fikirannya. SeYeon memukul stereng keretanya dengan kuat, melepaskan kemarahannya yang agak lama dipendamnya itu. Dadanya berombak kencang. Bibirnya menguntum senyuman sinis.

“Pregnant?”

SeYeon tertawa kecil.

“Kan aku dah cakap…aku akan dapatkan ByungHee semula walau dengan apa cara sekalipun. Kau ingat…kalau kau mengaku mengandungkan anak ByungHee, aku akan menyerah kalah?” Soalnya sendiri.

“Aniyo.Kalau ByungHee dah jatuh cinta dengan kau…”

Senyumannya kian lebar.

“…Aku akan pastikan kau bencikan ByungHee sampai kau sendiri yang nak tinggalkan dia.”

SeYeon ketawa di dalam keretanya. Bagaikan sudah menjangkakan kemenangan akan menjadi miliknya.

 

 

 

Victoria bergegas menuju ke wad perubatan yang terletak di aras 4 bangunan hospital itu, sebaik sahaja menerima panggilan telefon daripada salah seorang rakannya yang turut sama-sama membesar dengannya di rumah anak yatim milik Puan Jung itu. Victoria mulai memperlahankan langkahnya sebaik sahaja melihat bilik rawatan yang kelihatan tidak jauh darinya itu. Dia menelan air liurnya. Dadanya berdebar-debar untuk berjumpa dengan pesakit di dalam bilik rawatan itu. Setelah agak lama dia berfikir di situ, dia menolak pintu itu secara perlahan-lahan. Kelihatan seorang pesakit lelaki yang sedang terbaring lemah di atas katil.

“Min Ho yah…”

Lelaki itu menoleh ke arahnya. Min Ho terkejut melihat Victoria yang sedang memandang ke arahnya itu.

“Awak buat apa dekat sini?” Soal Min Ho sambil memalingkan wajahnya daripada memandang ke arah Victoria. Victoria memberhenti langkahnya.

“Awak…awak…kenapa awak…kenapa awak tak beritahu saya yang awak sakit?” Soal Victoria. MinHo tersenyum sinis.

“Kalau saya beritahu awak pun, kenapa? Saya tak perlukan simpati awak,Victoria,”kata MinHo,masih tidak memandang ke arah Victoria.

“Habis tu…walaupun kanser awak dah melarat teruk pun, awak tetap nak rahsiakan hal itu daripada saya? Saya ni siapa dalam hidup awak?” Soal Victoria. MinHo lebih selesa mendiamkan diri. Victoria mengeluh perlahan.

“MinHo yah…saya tahu awak marahkan saya…sebab saya tak dapat nak berikan jawapan kepada lamaran awak seperti yang awak nak. Tapi itu bukan bermakna…persahabatan kita dah putus. Kita sama-sama membesar di rumah anak yatim tu. Takkan awak nak lupakan semua tu semata-mata saya tolak lamaran awak dan berkahwin dengan orang lain?” Soal Victoria,kecewa dengan sikap dingin MinHo terhadapnya.

“Saya minta maaf,MinHo. Saya tahu saya dah kecewakan awak. Tapi saya nak awak tahu…sebagai seorang kawan, saya sayangkan awak. Susah senang macam mana pun, saya akan tetap bersama dengan awak,”kata Victoria. MinHo tersenyum kelat.

“Saya dah tak ada apa-apa,Victoria. Saya balik semula ke Seoul pun…sebab saya dah dibuang kerja.Penyakit saya pun dah makin teruk. Dan…awak pula dah ada kehidupan awak sendiri,”kata MinHo,perlahan.Dia tersenyum lagi.

“Saya memang kecewa…yang awak hanya anggap saya sebagai seorang kawan. Awak tolak lamaran saya. Tapi…pada masa yang sama, saya rasa gembira untuk awak,” kata MinHo. Kali ini, dia menoleh ke arah Victoria.

“Sekurang-kurangnya awak dah jumpa dengan lelaki yang baik. Yang boleh menjaga awak bila saya dah tak ada nanti,”kata MinHo.

“MinHo…awak tak boleh cakap macam tu. Takkan awak nak menyerah macam tu saja? Awak mesti lawan penyakit awak tu,”kata Victoria.MinHo menggeleng.

“SooHyun mesti dah beritahu awakkan yang penyakit saya ni…dah tak boleh dirawat lagi.Saya hanya dapatkan rawatan untuk kurangkan rasa sakit. Bukan untuk sembuh,”kata MinHo,perlahan. Wajah ayu Victoria itu ditatapnya.

“Sebenarnya saya dah lama maafkan awak. Saya tahu…kalau awak terima cinta saya pun, saya takkan dapat jaga awak dengan baik,”kata MinHo. Dia tersenyum.

“Lagipun…ByungHee Hyung tu…bukankah cinta pertama awak sejak awak tinggal di rumah anak yatim tu?” Soal MinHo.

“Macam mana awak tahu?” Soal Victoria.MinHo tersenyum lagi.

“Adalah,”balas MinHo.Victoria akhirnya tersenyum sambil menyeka air matanya yang mulai mengalir itu.MinHo sekadar memandang ke arahnya.

“Saya sayangkan awak,Victoria. Dari dulu sampai sekarang…saya hanya cintakan awak,”kata MinHo,sambil menundukkan kepalanya.

“Dan saya nak awak janji…yang awak akan hidup bahagia dengan ByungHee Hyung. Boleh?” Soal MinHo.

“MinHo…jeongmal miane…”Ucap Victoria,sebak.MinHo tersenyum.

“Janji dengan saya dulu.Boleh?” Soal MinHo.Victoria memandang ke arahnya.Perlahan-lahan,dia mengangguk.

“Saya percaya…awak akan hidup bahagia dengan cinta pertama awak,”kata MinHo.Victoria tersenyum.

“Dan…saya harap saya sempatlah tengok anak buah saya nanti,”kata MinHo,penuh makna.Victoria membulatkan matanya.

“Bwo?”

MinHo tersenyum sambil menunjukkan jarinya ke arah perut Victoria.Wajah Victoria berubah merah.

“Yah, MinHo! Awak sempat lagi mengusik sayakan?” Soal Victoria. MinHo sekadar ketawa. Victoria yang melihat MinHo ketawa itu turut tersenyum.Hatinya lega apabila hubungannya dengan MinHo yang keruh dahulu kembali jernih. Mereka mungkin tidak ditakdirkan untuk bercinta. Namun dia tetap mengharapkan agar persahabatannya dengan lelaki itu akan berkekalan sehingga akhir hayat.

 

 

 

“Jauh termenung nampak.”

Victoria menoleh. Bibirnya menguntum senyuman manis apabila melihat ByungHee yang baru sahaja melabuhkan punggung di atas katil itu.

“Bila oppa masuk? Vic tak perasan pun,”soal Victoria.

“Dah lama.Siap menari depan Vic lagi. Vic saja tak perasan,”kata ByungHee.Victoria mencebik.

“Nampak sangat menipu,”balas Victoria.ByungHee ketawa.

“Oppa punya kerja dalam bilik oppa tu dah siapkah? Vic tak berani nak kacau oppa tadi. Nampak kusyuk betul oppa siapkan kerja dalam bilik tu,”kata Victoria.ByungHee kemudiannya memeluk Victoria dari belakang sebelum dia meletakkan dagunya pada bahu Victoria. Keluhan kecil dilepasnya perlahan.

“Dah.Rasa nak patah tangan siapkan pelan bangunan tadi,”kata ByungHee sambil tersenyum.Victoria menoleh ke arah suaminya yang keletihan itu.

“Oppa ni..sepatutnya dekat rumah oppa berehatlah. Kerja pejabat boleh sambung dekat pejabat. Oppa ni sama macam aboji. Suka bawa balik kerja pejabat dekat rumah. Patutlah omeonim bising,”kata Victoria. ByungHee tersenyum.

“Eleh,dia cakap orang. Dia pun sama,”balas ByungHee sambil mencuit lembut hidung isterinya itu.

“Em…oppa nak Vic urutkan bahu? “ Soal Victoria.Senyuman ByungHee kian lebar.Pantas sahaja dia mengangguk. ByungHee kemudiannya meleraikan pelukannya sebelum dia menukar posisi duduknya dengan membelakangi Victoria. Victoria meletakkan kedua-dua tangannya di atas bahu ByungHee sebelum diurutnya bahu itu perlahan-lahan.

“Wah,sedapnya!”

Victoria tertawa kecil. Victoria meneruskan urutannya pada bahu ByungHee.

“Macam mana? Dah rasa lega sikit?” Soal Victoria,ingin tahu.

“Oppa?”

Victoria menghentikan urutannya sebelum dia menoleh ke arah ByungHee.

“Lah…patutlah tak jawab. Dah tidur rupanya,”katanya,separuh berbisik.Victoria tersenyum. Dia kemudiannya membaringkan tubuh ByungHee di atas katil. Wajah ByungHee yang sedang lena itu ditatapnya sebelum dibelainya rambut ByungHee yang kehitaman itu.

“Letih sangatlah tu sampai tertidur,”bisiknya sambil tersenyum.Victoria terus membelai lembut rambut ByungHee sehinggakan dia sendiri tertidur di dalam pelukan lelaki tersebut.

 

 

ByungHee tersenyum melihat Victoria yang masih lena di sebelahnya itu. Dia kemudiannya melihat jam pada skrin telefon bimbitnya itu. Entah mengapa, timbul idea nakalnya secara tiba-tiba apabila melihat Victoria yang masih lena dibuai mimpi itu. ByungHee kemudiannya mendekatkan wajahnya ke arah Victoria sambil menghalakan kamera telefon bimbitnya ke arah wajah mereka.

Klik!

Senyuman ByungHee kian lebar apabila melihat gambarnya bersama Victoria di dalam telefon bimbitnya itu.

“Tidur pun masih nampak cantik,”bisiknya,puas hati dengan gambar yang baru sahaja ditangkapnya itu.ByungHee kemudiannya mencium lembut dahi Victoria sehingga membuatkan wanita itu terjaga dari tidurnya.

“Bangun, jagiya. Nanti lambat pergi kerja,”kata ByungHee sambil mengusap lembut kepala Victoria.

“Awal oppa bangun?” Soal Victoria sambil memandang ke arah ByungHee.

“Bahu oppa dah rasa okey?”Soalnya lagi.ByungHee tersenyum.

“Dah okey sangat. Gomawo,”ucapnya sambil menghadiahkan kucupan pada dahi Victoria. Victoria tersenyum.

“Vic nak tidur lagikah?” Soal ByungHee.

“Em.Oppa kejutkan Vic lepas oppa dah siap,boleh? Vic tak tahu kenapa Vic rasa mengantuk sangat pagi ni,”kata Victoria,perlahan.

“Arasso. Nanti oppa kejutkan Vic,”kata ByungHee sebelum dia bangun dari katilnya itu,membiarkan Victoria kembali menyambung lenanya itu.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((