Chapter 49

You Belong With Me

ByungHee memandang ke arah MinHyun yang sedang tidur di dalam incubator itu. Nafasnya berombak perlahan. Mujur anak lelakinya itu berjaya diselamatkan selepas mengalami masalah kesukaran bernafas sebentar tadi. Dia sendiri tidak dapat membayangkan nasibnya sekiranya bayi kecilnya itu tidak berjaya diselamatkan.

“MinHyun ah…”

ByungHee melepaskan keluhan perlahan.Kaca incubator itu disentuhnya perlahan.

“Appa dah tak ada apa-apa lagi,MinHyun. Omma masih belum sedar. MinHyun dengan YoungMin pula masih lagi dalam pemerhatian doktor.Kalau omma tak ada,YoungMin dengan MinHyun tak ada, apa lagi yang tinggal untuk appa? Appa tak nak kehilangan isteri dan anak-anak appa. Isteri dan anak-anak appalah sumber kekuatan untuk appa.”

ByungHee terus menatap wajah anaknya yang sedang lena dibuai mimpi itu.Perlahan-lahan,bibirnya menguntum senyuman nipis.

“MinHyun jangan buat macam tu lagi ya,sayang?MinHyun kena kuat macam YoungMin,”kata ByungHee.Kelihatan MinHyun menggerakkan mulutnya seolah-olah memberi reaksi kepada ByungHee yang sedang berbual dengannya itu. ByungHee tergelak kecil. Pipi merah itu dielusnya lembut.

“YoungMin tengokkan MinHyun ya.Appa nak tengok omma,”katanya lembut. Dia mendekatkan jari telunjuk pada bibirnya sebelum dia meletakkan jarinya itu pada pipi merah MinHyun.

 

 

ByungHee mengelap tangan Victoria yang sejuk itu dengan tuala kecil yang dibasahkan dengan air suam itu.Sudah hampir 2 minggu Victoria terlantar di situ.Masih belum ada petanda untuk sedar dari lenanya yang panjang itu.

“Kuku sayang dah panjang lah. Biar oppa potongkan,okey?” ByungHee kemudiannya mengambil pengetip kuku sebelum diketipnya kukus Victoria dengan cermat. Tidak mahu meninggalkan sebarang kecederaan kepada jari jemari isterinya yang halus itu.

“Sayang tengah mimpi apa tu? Lamanya sayang tidur.Mesti sayang tengah bermain dengan anak-anak kitakan? Oppa tengok…YoungMin dengan MinHyun pun tidur lena.Bila oppa dukung pun, mereka tak terjaga dari tidur.Geram pula oppa tengok,”kata ByungHee.

“Sayang tahu tak…anak-anak kita tu comel tau. YoungMin tu kecil orangnya. Muka dia macam oppa tapi dia ada mata yang cantik macam sayang. Yalah. Mata oppa ni kecil. Tak cantik macam mata sayang. Kalau MinHyun…muka dia betul-betul mirip macam sayang. Kulit dia putih.Pipi dia pula merah. Kalau nak dibandingkan dengan YoungMin, dia lebih besar. Mata dia pula..kecil macam oppa. Tapi tak kisahlah. Dia tetap nampak kacak. Tengoklah anak siapa kan?” ByungHee tergelak kecil.

“MinHyun tu…bila dah besar mesti dia tinggi. YoungMin pula mesti kacak. Sebab muka dia macam oppa kan?” ByungHee tergelak lagi. Entah mengapa hatinya berasa terhibur bercerita mengenai anak-anaknya itu.

“Kalau sayang…sayang nak YoungMin dengan MinHyun tu jadi apa bila dah besar?Hanna cakap…kalau dah besar, dia nak jadi doktor kanak-kanak macam sayang.Dia nak jadi doktor yang baik macam sayang.” ByungHee tersenyum.

“Kalau oppa…oppa tak kisah. Cuma kalau boleh,biarlah salah seorang daripada anak kita uruskan syarikat keluarga Jung suatu hari nanti. Sebab itulah saja harta keluarga yang kita ada.Oppa nak terus majukan perniagaan keluarga Jung yang dah lama appa usahakan. Oppa tak sampai hati nak biarkan syarikat tu terhenti di tengah jalan. Kalau boleh,oppa nak pastikan syarikat tu bertahan selama yang boleh.”

ByungHee kemudiannya memegang tangan isterinya dengan erat.

“Dan sebab tu…oppa perlukan Vic. Anak-anak kita pun perlukan Vic. Sebab Vic ialah kekuatan oppa di kala oppa dalam kesusahan. Viclah penenang hati oppa di kala oppa keresahan. Dan Vic jugalah penawar duka oppa di kala oppa kesedihan.”

ByungHee mengucup lembut tangan isterinya itu.

“Oppa akan tunggu sayang. Sampai bila-bila pun oppa hanya akan tunggu Vic. Sampai bila-bila pun, Vic lah satu-satunya isteri oppa. Tak ada orang lain yang boleh gantikan tempat Vic dalam hati oppa.”

Wajah pucat isterinya itu ditatapnya dengan penuh rasa kasih.

“Oppa rindukan Vic. Oppa sayangkan Vic.”

Tangan isterinya itu dibiarkan melekat pada bibirnya. ByungHee memejamkan matanya. Dia tidak mahu menangis lagi di hadapan wanita itu.Dia mesti kelihatan kuat supaya dia sendiri dapat membantu isterinya itu untuk terus bertahan.

 

“Oppa…”

ByungHee membuka matanya. Matanya terbuka luas apabila melihat Victoria yang sedang tersenyum ke arahnya itu. Senyuman manis yang begitu dirinduinya selama ini.

“Vic?”

Kelihatan Victoria mengangguk sambil tersenyum.

“Victoria?”

Senyuman Victoria kian lebar. Sekali lagi dia mengangguk mengiyakan pertanyaan suaminya itu.Perlahan-lahan,dia menyentuh wajah ByungHee yang ditumbuhi kumis nipis itu.

“Kenapa muka oppa nampak comot ni? Selalu oppa kan cukur misai oppa sebab oppa kata oppa rimas kan,”soal Victoria. ByungHee terus kaku di situ. Masih cuba untuk percaya dengan apa yang sedang dilihatnya ketika itu.

“Muka oppa pun nampak kurus. Oppa tak makankah? Oppa ni…kalau sakit macam mana? Vic juga yang susah.” Kata Victoria lagi. Victoria kemudiannya menggenggam tangan suaminya itu dengan erat.Lalu tangan itu dikucupnya lama, seolah-olah menggambarkan rasa rindunya yang teramat terhadap lelaki itu.

“Vic rindukan oppa. Vic minta maaf…sebab dah buat oppa tunggu Vic.Miane…” Ucap Victoria,penuh rasa bersalah.Air mata ByungHee mengalir.Victoria sekadar tersenyum sambil menyeka air mata suaminya yang mengalir itu.

“Oppa ni…macam budak kecillah. Menangis pula. Oppa kena ingat…oppa dah jadi bapa budak tau. Mana boleh menangis macam ni,”kata Victoria,sengaja bergurau. ByungHee kemudiannya menarik Victoria ke dalam pelukannya. Victoria turut tersenyum sambil membalas pelukan suaminya itu.

“Bogoshippo….” Ucap ByungHee,sebak. Victoria masih lagi tersenyum. Cuba menahan air matanya daripada mengalir.Belakang tubuh suaminya itu diusapnya dengan penuh kasih sayang.

“Vic pun rindukan oppa.Miane…”

“Vic takkan tinggalkan oppa lagikan? Vic akan setia di sisi oppa sampai bila-bila kan? Vic akan tinggal dengan oppa dan anak-anak kita kan? Kan sayang?” Soal ByungHee,bertubi-tubi. Victoria sekadar tersenyum. Dia kemudiannya meleraikan pelukannya terhadap ByungHee itu.Wajah suaminya yang basah dengan air mata itu ditatapnya dengan penuh rasa rindu. Perlahan-lahan,dia mendekatkan wajahnya ke arah ByungHee,membiarkan bibir mereka bersentuhan. Air mata ByungHee mengalir laju. Dia menyentuh pipi isterinya itu. Agak lama bibir mereka bersentuhan, seolah-olah melepaskan kerinduan yang selama ini terbuku di dalam hati.

ByungHee memandang wajah isterinya yang amat dirinduinya itu.Victoria pula tersenyum ke arahnya.

“Vic tak tengok lagi anak-anak kita.” Kata Victoria. ByungHee turut tersenyum.

“Vic nak oppa bawakan Vic jumpa anak-anak kita?” Soal ByungHee. Victoria menggeleng lemah.

“Tak perlulah. Nanti Vic menangis. Lagipun oppa kata anak-anak kita masih berada dalam pemerhatian doktorkan? Biarlah mereka berehat,”kata Victoria.

“Tapi Vic tak teringinkah nak dukung anak-anak kita tu?Anak-anak kita tu comel sangat. Cantik macam ibunya,”kata ByungHee sambil mencuit hidung isterinya. Victoria tergelak kecil.

“Vic Cuma nak jumpa dengan oppa. Sebab Vic rindukan oppa,”kata Victoria. ByungHee tersenyum.

“Sayang cakap apa ni? Sayang ni suka sangat mengarut. Anak-anak kita pun rindukan Vic tahu,”kata ByungHee. Victoria tersenyum kelat.

“Oppa rasa bahagia tak sekarang?”Soal Victoria.ByungHee meletakkan kedua-dua tangannya pada pipi Victoria. Mata isterinya yang jernih itu ditatapnya dengan penuh rasa kasih.

“Selagi Vic dan anak-anak kita berada di sisi oppa, selagi tu oppa rasa bahagia. Tu saja,”kata ByungHee.Kelihatan mata Victoria bergenang.Perlahan-lahan dia memeluk lelaki itu dengan erat.

“Vic sayangkan oppa. Sampai bila-bila pun, Vic hanya sayangkan oppa. Vic nak oppa tahu…Vic sanggup buat apa saja asalkan oppa dan anak-anak kita bahagia.”

ByungHee memeluk isterinya dengan erat.

“Oppa lebih sayangkan Vic. Sangat-sangat sayangkan Vic.” Ucap ByungHee sebelum dia mengucup lembut dahi isterinya itu. Perlahan-lahan,air mata Victoria mengalir.

 

 

 

ByungHee terjaga dari lenanya. Cepat-cepat dia menoleh ke arah Victoria yang masih lagi terlantar di atas katil itu.Kelihatan dada wanita itu berombak perlahan. ByungHee mengeluh perlahan. Dia meraup wajahnya.

“Aku bermimpi rupanya…”

Mungkin kerana terlalu merindui isterinya itu, sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi. Entah mengapa Byunghee merasakan mimpinya itu benar-benar berlaku.Tangan isterinya itu dikucupnya lembut.

“Sayang tetap nampak cantik walaupun dalam mimpi. Terubat sedikit rindu oppa nak dengar suara sayang,”katanya sambil tersenyum. ByungHee menundukkan sedikit kepalanya.

“O…o…op..oppa…”

Mata ByungHee terbuka luas. Lekas-lekas dia menoleh ke arah Victoria yang baru sahaja sedar itu. Perlahan-lahan, wanita itu menguntum senyuman segaris kepada ByungHee.

“Vic…Vic?!”

Victoria tersenyum lagi.

“Op…oppa tak mimpikan kali ni?” ByungHee memegang tangan isterinya dengan erat. Victoria sekadar tersenyum. Kali ini barulah ByungHee mampu tersenyum bahagia.

“Vic takkan tinggalkan oppa kan? Kan?” Soal ByungHee dalam sebak. Victoria masih lagi dengan senyumannya. Tenaganya bagaikan hilang untuk bersuara. Pandangannya juga sedikit kabur.

“Biar oppa panggilkan doktor ya?”

ByungHee cuba untuk beredar namun dihalang oleh Victoria. Victoria memegang tangannya walaupun pegangan tangannya itu kelihatan sangat lemah. ByungHee menoleh ke arah Victoria.

“Vic nak apa? Biar oppa buatkan…” Kata ByungHee,mulai duduk di tepi katil itu. Victoria sekadar memandang ke arahnya dengan matanya yang bergenang. ByungHee menyeka air mata Victoria yang mulai mengalir itu.

“Vic ni..menangis pula dia. Oppa Cuma nak panggilkan doktor. Nak doktor tengokkan keadaan Vic.Oppa risau kalau Vic ada sakit dekat mana-mana lagi,”kata Byunghee.

“Miane…”

ByungHee terdiam apabila mendengar isterinya itu bersuara.

“Miane…”

Sekali lagi Victoria mengulangi kata maafnya.

“Vic…Vic masih lemah. Vic jangan gunakan tenaga yang banyak untuk bercakap,”kata ByungHee.

“Saranghae…oppa…”

Hati ByungHee mulai tidak sedap. Namun dia cuba menguntum senyuman kepada wanita kesayangannya itu.

“Oppa pun sayangkan Vic. Vic pun tahukan?” Balas ByungHee. Victoria sekadar tersenyum. Perlahan-lahan, matanya terpejam semula. ByungHee mulai cemas apabila melihat bacaan nadi pada mesin itu mulai menurun.

“Sayang…Sayang!”

ByungHee menggoncang bahu isterinya. Namun langsung tiada reaksi daripada wanita itu.Cepat-cepat ByungHee menekan butang merah di hujung katil Victoria itu.

“Sayang! Bangun ! Jangan buat oppa macam ni!” ByungHee mulai menangis. Victoria pula terus kaku. Tidak lama kemudian seorang doktor dan dua orang jururawat melangkah masuk ke dalam bilik Victoria itu. Mereka kelihatan terkejut apabila bacaan nadi Victoria yang semakin menurun itu.

“Encik tolong keluar dulu. Biar kami uruskan isteri encik,”kata doktor wanita itu.

“Tolong selamatkan isteri saya, doktor!” Jerit ByungHee dalam tangisan. ByungHee kemudiannya diiringi oleh jururawat itu keluar dari bilik tersebut. ByungHee semakin cemas apabila seorang lagi doktor lelaki bersama mesin defibrillator berlari masuk ke dalam bilik isterinya itu. Air matanya semakin laju mengalir. Mulutnya tidak putus-putus berdoa.

“Vic…tolong jangan tinggalkan oppa,sayang…”

 

 

Setelah hampir 20 minit menunggu, barulah doktor wanita itu melangkah keluar dari bilik Victoria. Langkahnya kelihatan lemah. Wajahnya ditundukkan. Bagaikan tidak berani untuk menyampaikan berita buruk kepada Byunghee.

“Macam mana dengan isteri saya?” Soal ByungHee. Doktor wanita itu mengetap bibir.

“Doktor! Macam mana dengan isteri saya?!” Jerit Byunghee.

“Saya minta maaf. Kami dah cuba tapi…”

“BOHONG!”

ByungHee segera melangkah masuk ke dalam bilik Victoria sebelum sempat doktor itu menghabiskan kata-katanya. ByungHee terkejut apabila melihat jururawat yang sedang mencabut alat bantuan pernafasan daripada Victoria itu.

“APA AWAK BUAT NI?! LEPASKAN!”

ByungHee menghalang jururawat itu daripada menanggalkan alat bantuan pernafasan daripada isterinya.Air matanya semakin lebat mengalir.

“AWAK SEMUA NAK BUNUH DIA KAH?! DIA MASIH HIDUP! DIA MASIH HIDUP!”

ByungHee memeluk isterinya dengan erat.

“Kami minta maaf, Encik Jung. Tapi..kami betul-betul berusaha. Puan Jung…dia..”

“Tak…dia tak mati. Dia hidup lagi. Dia baru sedar. Dia dah bercakap dengan saya tadi…” Tangis ByungHee.

“Dia tak mati…”

“Vic..bangun sayang. Vic, bangunlah. Tolong buka mata. Oppa ada dekat sini. Nanti oppa bawa Vic jumpa anak-anak kita ya? Bangunlah sayang. Kita pergi dari sini. Kita duduk di rumah kita dengan anak-anak kita. Bangun,sayang…” Rayu ByungHee sambil memandang wajah isterinya yang pucat itu.

“Sayang..bangun…”

Tangan Victoria yang masih berada dalam pegangannya itu terkulai layu.

“Vic….tolonglah..jangan tinggalkan oppa…” ByungHee memejamkan matanya sambil mengeratkan pelukannya terhadap isterinya itu.Victoria pula masih kaku , langsung tidak memberi sebarang reaksi terhadap panggilan daripada suaminya itu.

“Vic…”

“VIC!!!!!!!”

Jeritan sayu seorang suami yang kesedihan itu bergema di setiap pelosok bangunan hospital besar itu, menangisi pemergian satu-satunya si isteri yang tercinta.....

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((