Chapter 40

You Belong With Me

“ Hai Vic.”

 Victoria tersenyum manis sebagai membalas sapaan mesra rakannya yang sedang menantinya di meja itu.  Tertera nama ‘ Park YeJin’ pada meja wanita berpakaian seragam doktor itu.

“Maaf kalau saya lambat. Saya ada kerja sikit dekat wad tadi,”kata Victoria sambil mengambil tempat di hadapan YeJin  itu.

“Itu pun sebab saya call awak, baru awak tunjuk muka, Vic. Kalau tak…mesti awak pun terlupa yang awak sepatutnya ada appointment dengan saya kan?” Soal YeJin sambil mengecilkan matanya. Victoria sekadar tersengih.

“Sorry…nasib baik awak ingatkan. Kalau tak…teruklah saya kena bebel dengan ByungHee nanti,”kata Victoria. YeJin tersenyum.

“ByungHee macam mana? Kaki dia dah okey sikit?” Soal YeJin,sekadar ingin tahu serba sedikit mengenai keadaan suami rakannya itu.

“Macam tu jugalah. Cuma sekurang-kurangnya keadaan dia lebih cergas dari sebelumnya. Kalau bukan sebab kaki dia yang berbalut tu…memang susahlah nak tengok muka dia melekat dekat rumah. Sekarang ni pun, dia asyik telefon saja office dia. Nak tahu sangat pasal kerja dia,”kata Victoria.

“Terimalah hakikat yang suami awak tu kaki kerja. Macamlah awak tu selalu duduk rumah sangat. Awak pun dua kali lima saja dengan suami awak tu, Vic. Sampai antenatal check up sendiri pun saya yang kena ingatkan awak,”kata YeJin sambil menjeling ke arah Victoria. Victoria sekadar tersengih.

“Oh ya…yang pasal appointment kita hari tu…awak dah cakap dengan suami awak?” Soal YeJin.

“Dah. Semuanya okey kan? “ Balas Victoria. Kedengaran YeJin melepaskan keluhan kecil. Seolah-olah sudah dapat meneka reaksi daripada Victoria itu.

“Vic…awak pun tahukan…bukan itu yang saya maksudkan? Awak dah beritahu ByungHee pasal hal tu… atau belum?”Sekali lagi YeJin mengulangi soalannya itu. Victoria tersenyum hambar.

“Saya tak nak dia tahu…”

“Vic! Awak tak boleh macam ni. ByungHee mesti tahu pasal keadaan awak yang sebenarnya. Dia suami awak…dan ayah kepada bayi yang awak kandungkan. Dia berhak tahu pasal hal tu, Vic,”kata YeJin,tidak berpuas hati.

“Saya tak peduli dengan keadaan saya, YeJin. Yang penting anak saya tak ada apa-apa. ByungHee terlalu sayangkan anak ni. Saya…saya Cuma tak nak dia kecewa kalau dia tahu perkara yang sebenarnya,”kata Victoria,perlahan. YeJin memejamkan matanya untuk seketika.

“Habis tu awak ingat kasih sayang dia terhadap awak akan terus hilang kalau dia tahu perkara yang sebenarnya? Semudah tu dia akan lupakan awak,hm?” Soal YeJin. Victoria tidak menjawab,lebih selesa mendiamkan diri. Perlahan-lahan, YeJin mencapai tangan Victoria sebelum digenggamnya erat.

“Awak pun dah tengokkan keputusan hasil pemeriksaan awak sebelum ni? Saya yakin…awak faham semua tu dan awak mungkin tak perlukan penjelasan daripada saya pun. Tapi saya ni kawan awak. Saya Cuma nak mengingatkan awak. Kalau awak tetap nak teruskan kandungan awak, nyawa awak mungkin dalam bahaya ,Vic. Saya tak nak apa-apa terjadi dekat awak nanti,”kata YeJin,berusaha memujuk Victoria untuk mengubah pemikirannya.Victoria terus membisu.

“Vic…”

Victoria memejamkan matanya.

“Saya tetap nak teruskan juga kandungan saya ni,YeJin. Saya tak peduli walau apapun akibat dia. Saya sayangkan anak saya. Lagipun semua orang dah terlalu gembira bila mereka dapat tahu yang saya mengandungkan anak ByungHee. Takkan saya nak musnahkan harapan  mereka hanya untuk kepentingan diri saya sendiri?” Balas Victoria.

“Tapi ByungHee sayangkan awak,Vic. Takkan awak sanggup tengok dia bersedih kalau apa-apa terjadi dekat awak nanti?” Soal YeJin,terus cuba memujuk. Victoria tersenyum hambar.

“Cepat atau lambat…saya tetap akan tinggalkan dia,YeJin. Jadi…bila saya dapat tahu keadaan saya yang sebenarnya…saya rasa bersyukur. Sekurang-kurangnya saya ada sesuatu yang boleh diberikan kepada ByungHee sebelum saya pergi. “ Kata Victoria sambil menundukkan wajahnya. YeJin mengerutkan dahinya.

“Apa awak cakap ni,Vic? Awak nak pergi mana?” Soal YeJin,tidak faham.Victoria tersenyum kelat.

“Awak janji dengan saya, YeJin. Tolong jangan beritahu ByungHee pasal keadaan saya.Please?” Rayu Victoria sambil memegang erat tangan YeJin. Lidah YeJin bagaikan kelu untuk membalas permintaan Victoria itu.Hatinya berat untuk menerima permintaan rakannya itu.

“Tolonglah YeJin. Tolonglah…jangan beritahu ByungHee apa-apa langsung pasal hal ni. Saya tak nak kecewakan dia.Saya tak nak kecewakan keluarga saya. Saya rela hadapi semua ni…asalkan saya dapat tengok semua orang bahagia.” Rayu Vic bersungguh-sungguh. YeJin mengeluh kasar.

“Baiklah…kalau itu yang awak nak…saya akan tolong. Tapi…satu syarat,”kata YeJin,terpaksa mengalah.Terpancar sedikit kegembiraan pada wajah Victoria sebaik sahaja mendengar persetujuan YeJin untuk membantunya itu.

“Apa dia,YeJin?”

“Mulai hari ini dan seterusnya…saya akan jadualkan appointment kita dengan lebih kerap. Dan awak jangan sesekali tinggal appointment kita. Saya Cuma nak awak tahu…mungkin kesihatan awak akan lebih teruk kalau awak tak jaganya betul-betul. Awak mesti ikut cakap saya. Dan saya juga akan jadualkan appointment awak dengan pakar jantung. Mereka lebih arif mengenai hal ni daripada saya. Faham?” Soal YeJin. Kelihatan Victoria menguntum senyuman puas hati.

“Saya faham. Dan saya akan ikut nasihat awak, YeJin. Gomawo,”ucap Victoria bersungguh-sungguh. YeJin sekadar tersenyum kelat.

“Tapi saya tetap akan beritahu ByungHee….bila tiba masanya nanti,Vic. Dia berhak tahu keadaan awak yang sebenarnya…” Bisik hati YeJin. Sementara itu, senyuman lega tidak lekang terukir pada bibir Victoria. Kelihatan dia mengusap perutnya yang mulai kelihatan itu sambil tersenyum. Lega kerana permintaannya itu diterima oleh YeJin.

 

 

Victoria menolak perlahan pintu bilik tidurnya sebelum dia melihat ByungHee yang sedang bermain dengan Hanna di atas katil itu. Bibirnya menguntum senyuman bahagia apabila melihat dua orang kesayangannya di hadapannya itu. Keletihannya bagaikan terus lenyap sebaik sahaja melihat ByungHee dan Hanna di hadapannya itu.

“Omma!”

ByungHee menoleh ke arah Victoria sebaik sahaja mendengar Hanna memanggil isterinya itu. Victoria terus sahaja berjalan ke arah katil sebelum dia duduk di sebelah suaminya. Hanna segera memeluknya sebaik sahaja Victoria melabuhkan punggung di atas katil.

“Hanna buat apa dengan appa ni? Macam seronok saja. Sampai hati tak ajak omma,”kata Victoria,berpura-pura merajuk. ByungHee sekadar tersenyum melihat perbualan antara isteri dan anak perempuannya itu.

“Macam mana nak ajak omma main. Omma kan kerja,”balas Hanna,manja. Victoria tersenyum sebelum dia mencium pipi si kecil itu.

“Hanna pergilah main dengan halmoni. Appa nak main dengan omma pula,”kata ByungHee. Hanna mencebik.

“Mana adil appa saja yang main dengan omma. Hanna yang dapat peluk omma dulu. Appa jangan nak sibuk,okey?” Balas Hanna,selamba. ByungHee membulatkan matanya sebaik sahaja mendengar kata-kata anak perempuannya itu. Victoria yang keletihan itu sekadar ketawa kecil.

“Omma letihlah. Bagi omma berehat dulu. Nanti Hanna mainlah dengan omma,okey?”Pujuk ByungHee.

“Janji ekh?” Soal Hanna,inginkan kepastian. ByungHee sekadar angguk sambil tersenyum. Victoria turut tersenyum, mengiyakan pertanyaan anak kecil itu. Hanna kemudiannya turun dari katil sebelum dia berjalan ke arah pintu.

“Hanna nak pergi mana tu?” Soal Victoria.

“Hanna nak ambilkan susu untuk omma. Omma kan penat?” Balas Hanna yang sudah pun memegang tombol pintu itu. Kedua-dua ByungHee dan Victoria tersenyum.

“Elok-elok turun tangga tu ya. Gomawo,” ucap Victoria, terharu dengan keprihatinan Hanna terhadapnya itu. ByungHee kemudiannya memeluk Victoria dari belakang sebaik sahaja Hanna melangkah keluar dari bilik itu. Victoria tersenyum sebelum dia menoleh ke arah suaminya.

“Mulalah tu…” Kata Victoria. ByungHee tertawa kecil.

“Oppa rindulah dekat Vic,”kata ByungHee sambil memperkemas pelukannya terhadap Victoria itu.Victoria sekadar tersenyum sambil meletakkan tangannya pada lengan ByungHee.

“Vic pun rindukan oppa. Sebab tu Vic terus balik lepas habis kerja tadi,”kata Victoria sambil tersenyum.

“Tadi Vic pergi tak check up? Jangan-jangan Vic terlupa tak ni?” Soal ByungHee, sambil menjeling manja ke arah isterinya itu.

“Hei…Vic pergi okey. Nasib baik YeJin ingatkan. Kalau tak…”

“Vic pun terlupa. Oppa dah agak sangat dah. Vic ni memang pelupa tau,”kata ByungHee,memintas kata-kata Victoria. Victoria tertawa kecil sambil menyandarkan kepalanya pada bahu ByungHee.

“Vic ada banyak kerja sikit tadi. Tapi oppa jangan risaulah. Vic pergi appointment tadi. Tak tinggal pun,”kata Victoria. ByungHee meletakkan dagunya pada bahu Victoria.

“Jadi…doktor cakap apa? Semuanya okey?” Soal ByungHee. Senyuman Victoria mengendur.

“Em…semua okey. Macam biasalah,oppa. Tak ada apa-apa yang oppa patut risau pun,”kata Victoria,cuba berlagak biasa. ByungHee yang tidak mengesyaki apa-apa itu sekadar tersenyum lega.

“Oh oppa…tengok ni.”

Victoria kemudiannya mengeluarkan sesuatu daripada beg tangannya. Sehelai kertas kecil dihulurkan kepada ByungHee. ByungHee tersenyum lebar sebaik sahaja melihat gambar yang tertera pada kertas tersebut. Victoria sekadar melihat reaksi daripada suaminya itu.

“YoungMin?” Soal ByungHee,inginkan kepastian. Victoria sekadar angguk sambil tersenyum.Dia turut melihat ke arah gambar ultrasound yang baru diambilnya sebentar tadi.

“Dia dah besar kan? Dulu nak bezakan mana satu YoungMin pun tak tahu,”kata Victoria sambil memaut lengan suaminya dengan manja. ByungHee mengangguk.

“Seronoknya kalau oppa dapat tengok sendiri waktu Vic buat scan tadi. Oppa pun nak dengar juga bunyi jantung YoungMin berdegup,”kata ByungHee.

“Kita dah boleh tahukah YoungMin kita ni … baby girl atau baby boy?” Soal ByungHee,teruja untuk tahu.

“Belum lagilah oppa. YoungMin kecil lagi. Tak boleh nak nampak lagi pun,”kata Victoria.

“Oh yakah? Bila kita boleh tahu?” Soal ByungHee,tidak sabar untuk tahu.

“Lagi dua minggu Vic akan pergi check up lagi. Mungkin kita dah boleh tahu waktu tu,”kata Victoria. ByungHee sekadar angguk.

“Oppa minta maaf kalau oppa tak dapat nak jaga Vic macam suami orang lain. Nak temankan Vic pergi check up pun oppa tak mampu,”kata ByungHee,separuh berbisik. Victoria tersenyum.

“Kan Vic dah pernah cakap…yang Vic tak kisah. Lagipun kaki oppa sakit. Doktor pun nasihatkan oppa supaya jangan terlalu aktif. Kalau tak, kaki baru saja nak baik.. dah patah balik,”kata Victoria sambil memandang ke arah kaki ByungHee yang masih berbalut itu.

“Tapi nanti kaki oppa dah okeykan lepas YoungMin dah lahir nanti? Waktu tu…kalau Vic nak buli oppa habis-habisan pun oppa tak kisah. Asalkan Vic dan YoungMin dapat layanan terbaik daripada oppa waktu tu,”kata ByungHee,bersungguh-sungguh. Victoria tersenyum kelat.

“Oppa….”

“Hm?”

“Yang ni… Vic saja nak tanya tau. Tak ada apa-apa makna tau.” Kata Victoria sambil memandang ke arah suaminya.

“Apa dia?” Soal ByungHee.

“Antara Vic dengan YoungMin…yang mana oppa lebih sayang?” Soal Victoria,sengaja menguji. Kelihatan ByungHee mengerutkan dahinya sebaik sahaja mendengar pertanyaan isterinya itu.

“Vic tanya soalan apa ni?” Soal ByungHee pula. Victoria menggoyangkan lengan ByungHee.

“Cepatlah oppa…jawablah soalan Vic,”kata Victoria,bersungguh-sungguh mahu mengetahui jawapan daripada ByungHee itu.

“Mestilah oppa sayang dua-dua,”jawab ByungHee.

“Tak boleh jawab macam tu. Oppa hanya boleh jawab… Vic atau YoungMin saja,”balas Victoria.

“Aish…oppa tak naklah jawab soalan Vic ni. Mana boleh oppa pilih salah satu kalau kedua-dua penting dalam hidup oppa. Kalau Vic dengan YoungMin tak ada…oppa takkan bahagia. Oppa takkan rasa bahagia macam yang oppa sedang rasakan sekarang ni,”kata ByungHee sambil mengeratkan pelukannya terhadap Victoria itu.

“Tapi…katakan kalau oppa terpaksa pilih salah satu. Oppa akan pilih siapa antara Vic dengan YoungMin?” Victoria terus menyoal.

“Vic…”

“Vic kata… KALAU… bukannya betul-betul pun. Cepatlah oppa,”kata Victoria seraya memujuk. Kedengaran ByungHee melepaskan keluhan perlahan. Dia memandang ke arah Victoria. Wanita itu turut memandang ke arahnya.

“Oppa cakap macam ni… sebab oppa terpaksa jawab soalan Vic tau. Hakikatnya… Vic dengan YoungMin sama-sama penting dalam hidup oppa. Sama-sama oppa sayang,”kata ByungHee. Victoria tersenyum sambil mengangguk. ByungHee menarik nafas dalam sebelum dihembusnya perlahan-lahan.

“Vic…” Bisik ByungHee. Mata Victoria terbuka luas sebaik sahaja mendengar jawapan daripada suaminya itu. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah ByungHee. Kelihatan lelaki itu sedang tersenyum ke arahnya.

“Untuk menjawab soalan Vic… Oppa akan pilih Vic… Sebab Vic lebih penting dalam hidup oppa. Oppa lebih sayangkan Vic. Sebab tanpa Vic, oppa takkan rasa bahagia seperti yang oppa rasa sekarang ni,”kata ByungHee.

“Jadi…Vic kenalah janji dengan oppa. Vic tak boleh tinggalkan oppa. Sebab oppa tak boleh hidup tanpa Vic,”kata ByungHee lagi sebelum dia mencium lembut pipi isterinya itu.

“Vic dah buat oppa jatuh cinta dekat Vic tau. Tiap-tiap hari oppa asyik terbayangkan muka Vic saja. Senyum seorang-seorang macam orang tak betul. Tiap-tiap masa oppa rindukan Vic. Cuba Vic bayangkan kalau Vic tak ada dalam hidup oppa. Oppa boleh gila tau,”kata ByungHee sambil tersenyum. Victoria sekadar tersenyum kelat. Cuba menahan dirinya daripada mengalirkan air mata.

“I love you, baby…” Ucap ByungHee seraya berbisik. Victoria tersenyum segaris.

“Omma!”

ByungHee dan Victoria menoleh ke arah pintu. Kelihatan Hanna baru sahaja membuka pintu bilik sambil memegang segelas susu bersamanya.

“Eh, Hanna. Lamanya pergi ambil susu,” kata ByungHee. Hanna sekadar tersenyum.

“Halmoni tak bagi Hanna bawa susu ni laju-laju. Nanti tumpah,”kata Hanna sebelum ByungHee mengambil gelas berisi susu itu daripada tangan Hanna. Hanna kemudiannya mengambil tempat di sebelah Victoria.

“Terima kasih sayang. Pandai anak omma bawakan susu untuk omma,“ Ucap Victoria sebelum dia mencium lembut pipi si kecil itu. Hanna ketawa kecil, kembang mendengar pujian daripada ibunya itu.

“Minumlah cepat,omma,”kata Hanna. Victoria akur sebelum dia meneguk sedikit susu itu di hadapan Hanna.

“Sedapnya. Ni mesti sebab Hanna yang bawakan susu ni untuk omma,kan?” Soal Victoria sambil mengusap lembut kepala si kecil itu. Hanna sekadar tersenyum malu.

“Hanna…jom kita picit kaki omma nak? Omma mesti penat berjalan hari ni,”kata ByungHee.

“Jom!”

ByungHee sekadar tersenyum ke arah Victoria.

“Cepatlah,omma. Luruskan kaki. Hanna dengan appa nak urutkan ni,”kata Hanna,tidak sabar. Victoria tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Perlahan-lahan,dia meluruskan kakinya. ByungHee dan Hanna kemudiannya memicit perlahan kedua-dua kaki Victoria. ByungHee memicit kaki kanan Victoria manakala Hanna pula memicit di sebelah kirinya pula. Victoria sekadar tersenyum melihat telatah dua beranak itu. Matanya bergenang namun dia cuba tahan daripada mengalirkan air mata di hadapan suami dan anak perempuannya itu.

“Vic minta maaf,oppa. Kali ni… Vic terpaksa juga tinggalkan oppa…Hanna…dan YoungMin…”

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((