Chapter 10

You Belong With Me

“Berseri-serinya muka awak, Victoria. Ada apa-apa terjadikah sepanjang awak jaga suami awak yang demam dekat rumah tu?” Soal JooYeon,sambil menyiku lengan Victoria di sebelahnya itu.Victoria mengerutkan dahinya.

“Tiap-tiap hari awak cakap muka saya berseri-seri,JooYeon. Awak cemburukah?” Balas Victoria.

“Agaklah.Saya pun nak muka berseri-seri macam awak juga,”kata JooYeon.

“Kalau macam tu, awak pun kenalah kahwin. Barulah berseri-seri,”kata Victoria,selamba. JooYeon mencebik.

“Oh,mentang-mentanglah suami dia hot.Nak berlagak ekh?” Balas JooYeon.Victoria tertawa kecil.

“Buat apa saya nak berlagak.Suami saya bukannya hot sangat pun. Biasa saja. Tak ada yang sudi nak dekat dia kalau bukan saya,”kata Victoria,seraya bergurau.

“Tak hot awak cakap? Awak tahu tak semua orang dekat hospital ni cemburu tau awak dapat suami yang kacak, kaya, dan caring macam Jung ByungHee tu. Saya pun tak terkecuali,” kata JooYeon sambil menepuk dadanya perlahan.Victoria tersenyum.

“Kalau macam tu, awak kahwinlah dengan ByungHee tu,”kata Victoria.JooYeon membeliakkan kedua-dua matanya.

“Jinja? Bolehkah?” Soal JooYeon,tidak percaya.

“Amboi,bersinar-sinarnya mata. Jangan nak mimpi,okey?” Balas Victoria,sambil menjeling tajam ke arah JooYeon.

“Garangnya awak ni.Kalau macam ni,tak ada siapa yang berani nak rampas ByungHee kesayangan awak tu tau,”kata JooYeon.Victoria sekadar tersenyum.

“Katakanlah…kalau ada perempuan lain nak dekat Jung ByungHee…”

Victoria memandang ke arah JooYeon sambil mendengar kata-kata wanita itu.

“…apa yang awak akan buat?” Soal JooYeon.

“Soalan jenis apa yang awak bagi ni,JooYeon?” Soal Victoria pula.

“Saya saja nak tahu sejauh mana awak akan jaga ByungHee awak tu.Takkan itu pun tak boleh?” Balas JooYeon.Victoria tidak segera menjawab pertanyaan rakan karibnya itu.Entah mengapa,wajah SeYeon terbayang dalam fikirannya. Bagaimana sekiranya suatu hari nanti SeYeon akan muncul dan ingin kembali kepada ByungHee? Bagaimana pula dengan ByungHee? Adakah dia akan gembira dengan kepulangan SeYeon itu? Dan bagaimana pula dengan dirinya? Sanggupkah dia untuk melihat ByungHee dan SeYeon kembali bersama setelah apa yang dia lalui bersama lelaki itu?

“Wae?” Soal JooYeon,hairan melihat Victoria yang tiba-tiba berubah muram itu. Dia tersilap cakapkah?

“Victoria,kenapa ni?”Soal JooYeon lagi.Victoria mengukir senyuman paksa sambil menggelengkan kepalanya.

“Tak ada apa-apa.Saya Cuma tengah fikirkan jawapan untuk soalan awak,”kata Victoria.

“Betulkah ni? Saya tengok muka awak nampak lain bila saya tanya awak soalan macam tu? Awak ada masalah dengan ByungHeekah?” Soal JooYeon,mulai bimbang. Victoria pantas menggeleng,menafikan tanggapan JooYeon itu.

“Tak adalah,JooYeon.Saya dengan ByungHee okay.Macam mana pulalah awak boleh fikir macam tu?”Kata Victoria.JooYeon memegang tangan Victoria.

“Miane.Mungkin saya dah tersilap cakap tadi. Saya minta maaf ,okey?”Pinta JooYeon,rasa bersalah.

“Gwenchana.Saya okey saja,”kata Victoria.

“Tapi kalau memang akan ada perempuan lain yang nak rampas ByungHee…saya takkan duduk diam,”kata Victoria sambil tersenyum.

“Jinjayo?Kalau macam tu, awak nak buat apa?” Soal JooYeon.

“Saya sorok ByungHee dalam almari.Jangan bagi orang nampak,”kata Victoria,bergurau.

“Eee…Victoria!Kasihannya ByungHee!” JooYeon ketawa mendengar gurauan daripada Victoria itu.Victoria turut ketawa.Perbualan mereka terhenti apabila kereta yang dipandu ByungHee berhenti di hadapan mereka.

“Em…putera raja awak dah sampai pun,”kata JooYeon.Victoria tersenyum apabila melihat ByungHee yang sedang memandangnya dari dalam kereta itu. Lelaki itu kelihatan kacak sekali dengan cermin mata hitamnya itu.

“JooYeon ssi!”

JooYeon menoleh ke arah ByungHee.

“Marilah naik sekali. Saya boleh hantarkan awak balik sekali,”kata ByungHee,ramah.

“Betul tu,JooYeon. Jomlah naik sekali,”kata Victoria.

“Oh…tak apalah.Saya boleh balik sendiri.Lagipun….”

JooYeon memandang seketika ke arah Victoria sebelum pandangannya dialihkan ke arah ByungHee.

“…Saya tak nak tengok awak kena kurung dalam almari nanti,”katanya lagi.Riak wajah ByungHee berubah,tidak memahami maksud yang tersirat di sebalik kata-kata JooYeon itu.

“Yah, Lee JooYeon!” Victoria segera menutup mulut JooYeon. ByungHee pula masih lagi tidak memahami dengan situasi yang sedang berlaku di hadapannya itu.

“Kalau awak cakap dekat ByungHee pasal hal tadi,siap awak,”kata Victoria separuh berbisik.JooYeon segera melepaskan tangan Victoria.

“Arasso~~~saya takkan cakap,”kata JooYeon sambil mengangkat kedua-dua tangannya, tanda mengalah.Victoria menjeling ke arahnya.

“Arasso! Saya zip mulut saya,”kata JooYeon sambil meletakkan tangan pada mulutnya.ByungHee sekadar tersenyum sambil menggelengkan kepalanya melihat telatah dua wanita itu.

“Jadi awak tak nak naik sekalikah, JooYeon ssi?” Soal ByungHee,inginkan kepastian.

“Tak apalah.Saya betul-betul tak sampai hati nak tengok awak dikurung dalam almari nanti,”kata JooYeon,sengaja mengusik Victoria.

“JooYeon ah!”

 

 

ByungHee mencuri-curi pandang ke arah Victoria yang sedang duduk di sebelahnya itu.Sejak mereka bertolak dari hospital, wanita itu langsung tidak bersuara seperti kebiasaannya. ByungHee mula mencari idea untuk berbual dengan wanita itu.

“Kenapa dengan kisah almari tadi?” Soal ByungHee,tanpa menoleh ke arah Victoria. Victoria melepaskan keluhan perlahan.

“It’s not your business,”katanya,perlahan.ByungHee tersenyum.

“Awak marahkah?” Soal ByungHee.Victoria tidak segera menjawab.

“Oh tidak… Victoria saya dah merajuk.Ottoke?”Soal ByungHee sambil meneruskan pemanduannya.Victoria pula terus membisu. ByungHee kemudiannya terus memandu sehingga masuk ke suatu simpang yang kelihatan asing bagi Victoria.

“Kita nak pergi mana ni, ByungHee?” Soal Victoria.

“Adalah…” Balas ByungHee sambil tersenyum.

“Tapi…kita tak pergi jemput Hanna lagi,”kata Victoria,bimbang.

“Biarkan Hanna seorang dekat sekolah tu,”balas ByungHee.

“Bwo?” Soal Victoria,tidak percaya.ByungHee kemudiannya ketawa kecil.

“Soo Jung dah datang jemput dia. Nanti kita pergi ambil dia dari rumah omma,”kata ByungHee.

“ByungHee…awak ni…” Ternyata Victoria tidak senang dengan gurauan ByungHee itu.

“Baik awak cakap sekarang ni kita nak pergi mana?” Soal Victoria sambil memeluk tubuhnya.Wajahnya kelihatan masam mencuka.

“Saya nak culik awak,”balas ByungHee.

“Eh?”

 

 

“Kita nak buat apa dekat sini?” Soal Victoria sambil memandang ke arah Gwangjang Market di hadapannya itu.

“Makanlah.Kita nak buat apa lagi dekat sini,”kata ByungHee.Victoria menoleh ke arahnya.

“Tapi saya kan boleh buatkan makan malam macam biasa.Membazirlah makan dekat luar ni,”kata Victoria.

“Awak mesti penat. Sekali sekala kita makan dekat luar apa salahnya,”kata ByungHee sambil tersenyum ke arah Victoria. Victoria turut tersenyum.ByungHee kemudiannya mencapai tangan Victoria sebelum digenggamnya dengan erat. Victoria tergamam.

“Jom.”

 

“Banyaknya awak pesan,ByungHee. Awak boleh habiskan semua inikah?” Soal Victoria,terkejut melihat makanan yang dipesan oleh ByungHee di hadapannya itu.

“Kenapa pula saya yang nak habiskan semua makanan ni? Awak lah yang kena habiskan,”kata ByungHee. Mata Victoria terbuka luas.

“Apa? Saya mana boleh habiskan semua ni, ByungHee,”kata Victoria.

“It’s okay. Biar saya tolong awak habiskan.Puas?” Balas ByungHee.Victoria mencebik.

“Awak memang saja nak kenakan sayakan?” Soal Victoria. ByungHee tertawa.

“Sebab awak nampak comel bila marah macam ni. Saya betul-betul nak tahu apa yang JooYeon maksudkan dengan almari tadi,”kata ByungHee.

“Awak tak payah nak sibuk,”balas Victoria.ByungHee sekadar tersenyum.

 

 

 

 

“Lambatnya kamu berdua balik. ByungHee bawa Victoria pergi mana tadi?” Soal Puan Jung sebaik sahaja melihat ByungHee dan Victoria yang sedang melangkah masuk ke dalam ruang tamu itu.

“Tak ada pergi mana-mana pun, omeonim. Kami pergi makan saja,”kata Victoria sambil tersenyum. ByungHee pula terus mendekati ke arah Hanna yang sedang  sibuk menulis sesuatu pada kertas di atas lantai itu.

“Hanna buat apa ni?” Soal ByungHee sambil mencium pipi anak perempuannya itu. Hanna kemudiannya menunjukkan lukisannya itu kepada ByungHee.

“Cantiknya! Hanna lukis siapa ni?” Soal ByungHee sambil tersenyum. Victoria dan Puan Jung kemudiannya turut menyertai dua beranak itu. Mereka sekadar tersenyum melihat ByungHee yang sedang melayan anak perempuannya itu.

“Hanna lukis..appa…dan Hanna..” Hanna menunjukkan gambar orang yang dilukisnya di atas kertas itu. ByungHee sekadar mendengar.

“…dan ni unni,”kata Hanna sambil menunjukkan jarinya ke arah Victoria.ByungHee menoleh ke arah Victoria.

“Jinja? Hanna lukis gambar unni juga?” Soal Victoria,tidak percaya.Hanna mengangguk sambil tersenyum.

“Cantiknya.Pandai Hanna lukis,”puji Victoria sambil mengusap lembut rambut Hanna yang panjang melepasi bahu itu. ByungHee sekadar tersenyum melihat Victoria dan Hanna di hadapannya itu. Kelakuannya itu disedari oleh Puan Jung.

“ByungHee dah banyak berubah. Baguslah…” Bisik hatinya sendiri.

“ByungHee yah…”

ByungHee menoleh ke arah ibunya. Victoria turut menoleh ke arah Puan Jung.

“ByungHee tak nakkah bawa Victoria bercuti? “ Soal Puan Jung.

“Bercuti?” Soal ByungHee,sebelum dia menoleh ke arah Victoria.

“Honeymoon lah. ByungHee tak pernah bawa Victoria bercuti ke mana-mana lagi kan? Kalau ByungHee tak tahu nak bawa Victoria ke mana, omma boleh bagi cadangan,” kata Puan Jung.

“ByungHee…susah sikitlah nak dapat cuti sekarang ni. Banyak kerja dekat office. Victoria pun sibuk juga dekat hospital,omma,”balas ByungHee.Puan Jung mencebik.

“Takkanlah susah sangat nak minta cuti. Kamu berdua bukannya pekerja bawahan lagi pun. Senangkan nak dapat cuti sendiri,” balas Puan Jung, tidak puas hati dengan alasan yang diberikan oleh anak lelakinya itu.

“Omma tak kira. Nak tak nak, omma nak ByungHee bawa Victoria bercuti juga. Cakap saja nak pergi mana, omma boleh uruskan. Takkanlah kamu berdua tak nak berehat kot?” Soal Puan Jung.

“Tak apalah,omeonim. Lagipun, nanti siapa nak jaga Hanna?” Soal Victoria pula.

“Omma kan ada. Lagipun Hanna selalu saja duduk dengan omma kalau ByungHee tak ada. Betul tak, Hanna?” Soal Puan Jung. Hanna yang sedang melukis itu sekadar mengangguk. Puan Jung tersenyum lebar.

“Pergilah bercuti, ByungHee. Lagipun…sampai bila Hanna nak main seorang-seorang. Dia mesti nak ada teman untuk bermain juga,”kata Puan Jung. Wajah ByungHee dan Victoria berubah merah.

“Omma!”

“Wae? Betullah omma cakap. Hanna pun dah besar. Kamu nak tunggu apa lagi,ByungHee?” Soal Puan Jung. Victoria pula masih lagi membisu. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. ByungHee mengeluh perlahan. Dia kemudiannya memandang ke arah Victoria. Victoria turut memandang ke arahnya. Puan Jung sekadar tersenyum. Dia begitu mengharapkan rancangannya itu berhasil.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((