Chapter 22

You Belong With Me

ByungHee duduk termenung di dalam pejabatnya sehingga tidak menyedari SeungHo yang sedang melangkah masuk ke dalam pejabatnya itu. SeungHo mengawang-awangkan tangan kanannya di hadapan ByungHee, namun ByungHee tetap kusyuk dengan lamunannya itu. Entah apa yang sedang difikirkan oleh ByungHee itu pun, dia sendiri tidak pasti.

“Yah, Jung ByungHee.”

SeungHo memanggil namanya. Panggilannya itu dibiarkan sepi oleh ByungHee. SeungHo mengerutkan dahinya.

“ByungHee yah.”

Kali ini SeungHo memetik jarinya betul-betul di hadapan muka ByungHee sehingga membuatkan lelaki itu tersedar daripada lamunan panjangnya itu. SeungHo menahan dirinya daripada ketawa apabila melihat ByungHee yang masih lagi kelihatan terkejut itu.

“SeungHo? Bila kau masuk? Aku tak dengar pun kau ketuk pintu bilik aku?” Soal ByungHee,hairan.

“Maafkan saya, Tuan Jung. Tapi saya dah ketuk pintu bilik Tuan sampai nak patah tangan saya dibuatnya. Saya ingatkan ada sesuatu terjadi dekat Tuan tadi. Sebab tu saya terus serbu masuk ke dalam,” kata SeungHo, sengaja berlagak formal di hadapan teman baiknya itu. ByungHee mencebik, terasa dirinya diperli.

“Tak payah nak perli aku sangatlah. Apahal tiba-tiba kau serbu masuk ke bilik aku ni?” Soal ByungHee, sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah pelan lukisan yang terbentang di atas mejanya itu.

“Kau lupakah? Aku nak ajak kau pergi tengok tapak lepas lunch hour nanti,”kata SeungHo.

“Oh…aku hampir terlupa. Nasib baik kau ingatkan,”kata ByungHee sebelum dia melepaskan keluhan perlahan. SeungHo mengerutkan dahinya.

“Kau ni kenapa? Aku tengok kau hari ni macam tak bermaya saja. Itulah…aku ajak kau cuti seminggu…kau pandai-pandai bawa Victoria balik ke Seoul cepat-cepat. Kan dah tak puas bercuti,” kata SeungHo. ByungHee tersenyum kelat.

“Kau tak tahu apa yang terjadi dekat Osaka minggu lepas,”kata ByungHee,perlahan.Kening SeungHo terangkat. Dia kemudiannya mengambil tempat di hadapan ByungHee.

“Apa yang terjadi sebenarnya ni? Ada sesuatu terjadi dekat Victoriakah?” Soal SeungHo,ingin tahu. ByungHee menggelengkan kepalanya.

“Victoria tak ada apa-apa.” Kata ByungHee.

“Cuma…aku terserempak dengan SeYeon waktu aku habiskan masa dengan Victoria di Osaka,”kata ByungHee lagi. SeungHo membeliakkan kedua-dua matanya, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru sahaja disampaikan oleh ByungHee itu.

“Bwo? Apa yang dia buat dekat situ?” Soal SeungHo.

“Aku tak tahu.Tapi…aku rasa Vic tahu yang aku terserempak dengan SeYeon di Osaka. Sebab tu dia ajak aku balik ke Seoul,”kata ByungHee.

“Aku tak salahkan Vic kalau betul dia nampak aku dengan SeYeon waktu tu. Kalau aku jadi dia pun…aku tak nak jumpa dengan pesaing aku,”kata ByungHee lagi. SeungHo melepaskan keluhan berat.

“Habis tu apa yang terjadi?” Soal SeungHo,mulai bimbang.

“Dia datang ke rumah aku dua hari selepas kami balik dari Osaka,”kata ByungHee sebelum dia mengeluh.

“Apa?! Dia datang rumah kau? Apa lagi yang dia nak?!” SeungHo mulai berang. Ternyata dia juga tidak suka akan kemunculan SeYeon yang tiba-tiba itu. Bimbang sekiranya kemunculan wanita itu akan menggugat kebahagiaan rumah tangga ByungHee dan Victoria yang baru terbina itu.

“Dia kata nak betulkan balik keadaan. Tapi aku dah malas nak ambil tahu pasal dia. Walau apa pun alasan dia, aku takkan terima,”kata ByungHee.

“Aku setuju. Walau apa pun alasan dia tinggalkan kau dengan Hanna dulu…Victoria adalah keutamaan kau sekarang.”

ByungHee sekadar mendengar.

“Aku tahu kau dan SeYeon dah lama bercinta. Tapi semua tu kisah silam kau. Yang penting sekarang ni…Victoria dah sah jadi isteri kau. Aku harap kau tak abaikan dia hanya disebabkan oleh kepulangan SeYeon,”kata SeungHo,cuba mengingatkan ByungHee. ByungHee mengangguk perlahan.

“Aku risaukan dia, SeungHo,” kata ByungHee pula.

“Sejak SeYeon datang ke rumah aku hari tu…perangai Vic macam dah lain. Kadang-kadang dia termenung…kadang-kadang dia menangis. Bila aku tanya dia…dia cakap dia tak ada apa-apa. Semuanya okey. Aku tak senang hati tengok dia macam tu,”kata ByungHee,meluahkan rasa bimbangnya yang terbuku selama ini.

“Semalam dia balik rumah lambat. Aku call dia berkali-kali, langsung tak dapat. Waktu tu, aku memang dah risau sangat kalau ada apa-apa terjadi dekat Vic waktu tu. Sekali aku terjumpa dia tengah balik jalan kaki seorang diri waktu lewat malam macam tu. Disebabkan aku terlalu risaukan dia waktu tu, aku marah dia.”

ByungHee mengeluh berat sambil meraup wajahnya di hadapan SeungHo yang masih lagi setia mendengar itu.

“Pertama kali aku marahkan dia. Aku tak sengaja nak tengking dia. Kalau aku dapat kawal perasaan aku, mungkin emosi Vic takkan lebih terganggu,”katanya perlahan. SeungHo tersenyum nipis sebaik sahaja ByungHee menghabiskan kata-katanya itu.

“Aku rasa Vic faham kalau kau marahkan dia. Itu tandanya…kau sayangkan dia. Kau risaukan dia sebab kau sayangkan dia.”

ByungHee terdiam apabila mendengar kata-kata SeungHo itu.

“Kau pula macam mana?” Soal SeungHo. ByungHee memandang ke arahnya.

“Macam mana pula dengan perasaan kau terhadap Victoria? Takkan kau masih anggap dia sebagai orang asing lagi dalam hidup kau?” Soal SeungHo. ByungHee menggeleng perlahan.

“Aku mengaku yang…aku dah mula suka dengan Vic. Sebagai seorang suami, aku sayangkan dia. Cuma…” ByungHee berhenti seketika.Dia mengerutkan dahinya.

“Aku tak pasti kalau…aku sebenarnya cintakan dia…atau tak,”kata ByungHee. SeungHo tersenyum.

“Apa salahnya kalau betul kau cintakan dia? Dia kan isteri kau,”kata SeungHo.

“Aku Cuma keliru…sama ada aku betul-betul cintakan dia, ataupun…semua tu hanyalah keinginan aku untuk membalas budi dia atas apa yang dia dah buat terhadap aku selama ni,”kata ByungHee.

“Aku tak nak mainkan perasaan Vic. Sebab tu aku…aku keliru. Aku tak berani nak luahkan perasaan sebenar aku dekat Vic.” Katanya lagi.

“Hei ByungHee…kalau orang yang termakan budi…dia tak angau macam kaulah. Termenung 24 jam. Aku ketuk pintu sampai nak roboh pun , kau boleh termenung lagi,” kata SeungHo,seraya bergurau.

“Kau sebenarnya dah cintakan dia. Kau saja yang tak sedar. Ataupun kau sendiri yang sengaja menutup pintu hati kau sebab kau takut hati kau terluka lagi. Seperti yang SeYeon dah buat dekat kau sebelum ni,”kata SeungHo.

“Cuba kau cakap dekat Victoria, yang kau cintakan dia. Aku jamin…dia takkan rasa sedih lagi macam yang kau katakan tadi. Isteri mana yang tak sedih kalau suami sendiri tak pernah cakap “saranghae” dekat dia. Lagi-lagi kalau ada perempuan lain yang cuba nak mengganggu macam SeYeon.”

“Victoria tak minta banyak benda pun, ByungHee. Dia Cuma nak kasih sayang daripada kau saja,”kata SeungHo lagi. ByungHee tersenyum nipis sebaik sahaja SeungHo menghabiskan kata-katanya.

“Tak sangka kawan baik aku ni lebih faham perasaan sebenar Victoria daripada aku,” kata ByungHee. SeungHo tertawa kecil.

“Nak buat macam mana? Nasib Victorialah dapat suami yang lambat tangkap macam kawan baik aku ni,”kata SeungHo sambil menepuk bahu ByungHee. ByungHee tersenyum lagi. Mujur ada SeungHo yang sudi mendengar masalahnya dan memberikan pendapat untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalahnya itu.

“Kau cubalah. Kau tak perlu ragu-ragu lagi. Memang kau dah jatuh cinta dengan Victoria. Aku yakin 100%,”kata SeungHo. ByungHee tidak segera membalas. Sekadar membalasnya dengan senyuman nipis.

“Sekurang-kurangnya…bila kau dah luahkan perasaan sebenar kau dekat Victoria, dia akan tahu dekat mana sebenarnya tempat dia dalam hati kau. Kalau SeYeon nak kacau pun, dia dah tak perlu takut dan risau apa-apa. Sebab dia dah ada kau. Yang sayangkan dia lebih daripada kau pernah sayangkan SeYeon dulu,”kata SeungHo lagi.

“Lupakan SeYeon, ByungHee. Antara kau dengan dia hanya tinggal kenangan saja. Kalau betul dia cintakan kau, dia takkan tinggalkan kau dengan Hanna dulu. Dia takkan pentingkan perasaan dia sendiri.”

ByungHee terus membisu.

“Kau fikir-fikirkanlah apa yang aku cakapkan tadi okey?” Soal SeungHo sambil menepuk bahu ByungHee. ByungHee tersenyum ke arahnya.

“Dan jangan lupa jadual kita petang ni,”kata SeungHo lagi sebelum dia beredar meninggalkan ByungHee seorang diri di dalam bilik itu. Sebaik sahaja SeungHo melangkah keluar dari biliknya itu, ByungHee menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Dia menghela nafas panjang sebelum dipejamkan matanya itu secara perlahan-lahan.

 

 

Victoria tersenyum lebar apabila melihat kereta yang dipandu ByungHee itu sedang meluncur perlahan ke arahnya, yang sedang berdiri di lobi hospital itu. Victoria segera membuka pintu kereta tersebut sebelum dia melangkah masuk ke dalamnya. ByungHee yang memakai cermin mata hitam itu tersenyum ke arahnya.

“Oppa terlambat sikit hari ni. Sorry,” kata ByungHee.

“Tak apa. Vic pun baru saja keluar,” kata Victoria sambil memasang tali pinggang keledar.

“Malam ni…Vic free tak?” Soal ByungHee.

“Em…kenapa oppa tanya?” Soal Victoria,hairan.

“Oppa nak ajak Vic date malam ni,”kata ByungHee, tanpa memandang ke arah Victoria. Malu barangkali.Victoria tersenyum malu.

“Hanna macam mana?” Soal Victoria. ByungHee tersenyum. Ternyata Victoria begitu mengambil berat akan Hanna. SeungHo benar. Victorialah wanita yang paling tepat untuknya. Bukannya SeYeon.

“Soo Jung akan jemput Hanna dari tadika. Dan oppa minta tolong omma tengokkan Hanna untuk seminggu dua ni,” kata ByungHee sambil menumpukan perhatian terhadap pemanduannya. Victoria mengerutkan dahinya.

“Eh? Lamanya…Kenapa oppa buat macam tu? Hanna pula tak kisahkah?” Soal Victoria,hairan.

“Oppa lagi suka kalau Hanna duduk dengan omma. Sebab sekurang-kurangnya dia ada kawan untuk bermain. Sekali-sekala kita pergilah tengok dia dekat rumah omma. Omma pun tak kisah. Dia pun tak rasa sunyi kalau Hanna ada dekat rumah,” kata ByungHee.

“Lagipun…” ByungHee mencuri pandang ke arah Victoria di sebalik kaca mata hitamnya itu.

“Oppa nak luangkan masa dengan Vic berdua dekat rumah,”kata ByungHee. Victoria membeliakkan kedua-dua matanya.

“Eh?”

“Vic dah lupakah? Kan oppa dah cakap…oppa nak kita sambung honeymoon kita dekat rumah,” kata ByungHee lagi. Wajah Victoria berubah merah. Dia segera mengalihkan wajahnya daripada ByungHee, menyembunyikan wajah malunya daripada lelaki itu. ByungHee sekadar ketawa kecil. Tangan Victoria itu dicapainya sebelum diramasnya dengan lembut. Victoria tersenyum bahagia sambil memandang ke arah pemandangan di luar kereta itu.

 

 

“Oppa…apa ni?” Soal Victoria apabila melihat sebuah kotak berwarna hitam yang diletakkan di atas katil itu.

“Untuk Vic. Bukalah,” kata ByungHee sambil menanggalkan tali lehernya itu. Victoria kemudiannya membuka kotak tersebut sebelum dia meletakkan tangannya pada mulut sebaik sahaja dia melihat isi kandungan kotak tersebut. ByungHee yang melihat reaksi Victoria itu sekadar tersenyum. Dia berjalan ke arah wanita itu sebelum dipeluknya tubuh itu dengan erat.

“Vic suka?” Soal ByungHee.

“Betulkah ini untuk Vic?” Soal Victoria,tidak percaya.

“Betullah. Oppa hadiahkan dress ni khas untuk Vic. Vic tak sukakah? Kalau tak suka, oppa tukarkan dengan yang lain,”kata ByungHee.

“Eh,tak. Vic suka. Vic suka sangat. Cantik,” kata Victoria sambil menoleh ke arah ByungHee. ByungHee tersenyum.

“Oppa nak Vic pakai dress ni untuk date kita malam ni,okay?” Kata ByungHee. Victoria mengecilkan matanya.

“Entah apa lagi yang oppa dah rancang ni ekh?” Soal Victoria.

“Rahsia…” Bisik ByungHee sebelum dia mencium pipi isterinya itu. Victoria menjadi kaku untuk seketika.

 

 

ByungHee terpegun melihat Victoria yang sedang menuruni anak tangga itu. Wanita itu kelihatan sangat cantik dengan gaun merah hati yang yang tersarung pada tubuh rampingnya itu. Victoria juga terkejut apabila melihat dekorasi ruang tamunya yang berubah apabila terdapat sebuah meja bulat berlapikkan kain putih itu diletakkan di tengah-tengah ruang tamunya itu. Sebotol wine beserta dua batang lilin merah diletakkan di atas meja bulat tersebut. ByungHee kemudiannya berjalan ke arah Victoria yang sedang berdiri di hujung tangga itu. Kelihatan wanita itu masih lagi terkejut dengan kejutan yang disediakan olehnya itu.

“Oppa…apa semua ni?” Soal Victoria.

“Kan oppa cakap oppa nak date dengan Vic malam ni. Vic dah lupa?” Soal ByungHee sambil tersenyum.

“Tapi…Vic ingatkan…oppa nak bawa Vic keluar,”kata Victoria,masih lagi tidak percaya dengan apa yang dilihatnya itu. ByungHee tersenyum sambil mencapai tangan Victoria.

“Jom,ikut oppa,”kata ByungHee sambil menarik lembut tangan isterinya itu menuju ke tengah ruang tamu. Victoria sekadar menurut langkah suaminya itu tanpa sebarang kata.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((