Chapter 11

You Belong With Me

       “Jomlah, Hyung. Lagipun kita kan dah lama tak bercuti sama-sama. Sementara kita tengah tak sibuk sekarang, apa salahnya kalau kita pergi bercuti sekejap,” kata Mir, cuba memujuk ByungHee untuk menyertai rancangan mereka bercuti selama 5 hari itu.

“Lamanya nak bercuti sampai 5 hari? Habis tu siapa yang nak uruskan office kalau kita berlima tak ada nanti?” Soal ByungHee,sambil mengerutkan dahinya.

“Tapi Hyung….”

“Tak boleh. Hyung tak nak tinggalkan office lama-lama. Hyung malas nak bersoal jawab dengan appa kalau apa-apa jadi dengan syarikat kita nanti,” pintas ByungHee, nekad tidak bersetuju dengan rancangan rakan-rakannya itu.

“Kalau Mir nak bercuti sangat, Hyung izinkan. Tapi bukannya melibatkan kita berlima. Kalau semua nak pergi bercuti juga…pergilah. Tapi Hyung tak akan ikut,”katanya lagi.

“3 hari,” kata SeungHo pula. ByungHee memandang ke arahnya.

“Kita pergi selama 3 hari. Rasanya kalau kita pergi waktu hujung minggu, aku rasa kerja kita tak akan terganggu pun, ByungHee,” kata SeungHo, masih cuba untuk memancing minat rakannya itu. ByungHee tidak segera membalas, seolah-olah cuba mempertimbangkan cadangan SeungHo itu.

“Kita pergi hari Jumaat. Dalam Ahad atau Isnin tu, kita baliklah semula ke Seoul, Hyung. Joon rasa okey saja,”kata Joon pula. ByungHee mengeluh perlahan. Dia begitu arif dengan sikap rakan-rakannya itu. Selagi dia tidak memberi kata putus, selagi itulah mereka akan terus memujuknya sehingga dia tidak terdaya lagi untuk membantah.

“Hyung boleh bawa Victoria Noona sekali. Kami langsung tak kisah,” kata Cheondung pula. Semua yang berada di situ kecuali ByungHee tersenyum lebar mendengar cadangan Cheondung itu.

“Hanna pun boleh ikut sekali,” kata Mir pula.

“Hyung tak boleh bagi jawapan lagi. Hyung nak bincang dulu dengan appa. Kalau appa rasa tak ada masalah untuk kita berlima tinggalkan syarikat selama 3 hari, Hyung akan ikut. Kalau tak, Hyung akan duduk di sini,”kata ByungHee, terpaksa mengalah.

“Okey. Nanti apa-apa hal, kau beritahu aku. Aku akan uruskan percutian kita nanti,” kata SeungHo, tersenyum lebar, seolah-olah kemenangan sudah pun hampir menjadi milik mereka.

“Kalau tak ada apa-apa lagi, aku masuk office dulu,” kata ByungHee, sebelum dia beredar meninggalkan rakan-rakannya di kafe itu.

“SeungHo Hyung rasa…ByungHee Hyung akan ikutkah kita nanti?” Soal Cheondung, ingin tahu.

“Jangan risaulah. Nak tak nak, dia akan ikut kita juga. Kita kena pastikan rancangan omeonim ni berjaya,”kata SeungHo sambil tersenyum.

 

 

“3 hari saja? Kalau ByungHee nak pergi bercuti seminggu pun, appa tak kisah,” kata Tuan Jung sambil membaca surat khabarnya itu.

“Appa, ByungHee serius ni. Takkan appa nak tengok syarikat kita tunggang terbalik kalau kami berlima tak ada dalam seminggu tu? “ Balas ByungHee.

“Appa boleh uruskan untuk sementara waktu. ByungHee tak payah risaulah. Lagipun appa tengok, ByungHee macam tak ada waktu untuk berehat sejak appa serahkan syarikat tu kepada ByungHee. Appa rasa cadangan mereka tu sangat sesuai untuk ByungHee. Appa bersetuju dengan mereka,” kata Tuan Jung, masih lagi menumpukan perhatiannya terhadap bacaannya itu.

“Tapi appa…”

“Omma pun bersetuju dengan mereka, ByungHee,” kata Puan Jung yang baru sahaja muncul itu. ByungHee menoleh ke arah ibunya.

“Nanti ByungHee bawa Victoria sekali. Omma dengan appa boleh tengokkan Hanna dekat sini,” kata Puan Jung lagi.

“ Bagus juga tu. Lagipun kamu berdua belum pernah bercuti sekali kan?” Soal Tuan Jung pula. ByungHee hilang kata-kata untuk bersuara. Ternyata dia sudah tidak mampu untuk membantah kata-kata orang tuanya itu lagi. Kedengaran dia melepaskan keluhan perlahan.

“Nanti ByungHee bincang dengan Victoria,”katanya,perlahan. Puan Jung tersenyum lebar. Perlahan-lahan, dia menyiku lembut lengan suaminya itu. Tuan Jung turut tersenyum.

 

 

Victoria yang sedang kusyuk menaip sesuatu pada komputer riba di dalam biliknya itu, menghentikan kerjanya seketika apabila terdengar bunyi ketukan pada pintu biliknya itu.

“Oh, ByungHee. Ada apa ni?” Soal Victoria, apabila melihat ByungHee yang sedang berdiri di hadapannya itu sebaik sahaja dia membuka pintu biliknya itu. Kelihatan ByungHee menggosok perlahan belakang lehernya itu, seolah-olah sedang mencari idea untuk berbincang dengan wanita itu.

“Em…awak sibukkah sekarang?” Soal ByungHee. Victoria menanggalkan cermin matanya sambil tersenyum.

“Tak adalah sibuk sangat. Awak nak apa-apakah?” Soal Victoria.

“Oh, tak ada apa-apa. Saya Cuma…em…ada perkara yang saya nak bincangkan dengan awak. Itupun kalau awak betul-betul tak sibuk. Kalau awak sibuk, lain kali sajalah,”kata ByungHee.

“Oh, masuklah,” kata Victoria, menjemput lelaki itu untuk masuk ke dalam biliknya.

“Tak apa. Kita boleh berbincang dekat sini. Lagipun, saya rasa tak ambil masa yang lama pun,” kata ByungHee. Victoria mencebik.

“Kenapa? Awak malu nak masuk bilik saya? Macamlah awak tak pernah curi-curi masuk ke dalam bilik saya sebelum ni,” kata Victoria sambil memeluk tubuhnya. ByungHee berdehem beberapa kali.

“Arasso arasso. Kita bincang di dalam bilik awak,” kata ByungHee, terus melangkah masuk ke dalam bilik Victoria tanpa mempedulikan Victoria yang sedang mentertawakannya itu.

“Awak buat apa ni?” Soal ByungHee apabila melihat meja Victoria yang dipenuhi dengan buku-buku dan kertas itu.

“Belajar,”jawab Victoria.

“Duduklah. Awak nak bincang pasal apa ni?” Soal Victoria sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di atas katil. ByungHee pula masih memerhatikan gambar-gambar yang tersusun kemas di atas meja itu. Victoria bangun semula sebelum dia berdiri di sebelah lelaki itu. Kelihatan ByungHee sedang melihat gambar graduasinya bersama seorang lelaki.

“Awak tengok apa , ByungHee?” Soal Victoria, sambil melihat ke arah gambar yang sedang dipegang oleh ByungHee itu.

“Lelaki sebelah awak ni…abang awak kan?” Soal ByungHee. Victoria tersenyum sambil mengangguk.

“A’ah. Zhoumi oppa. Awak pernah jumpa dia sekali waktu majlis perkahwinan kita dulu. Awak ingat lagi tak?” Soal Victoria. ByungHee angguk.

“Dia ada dekat mana sekarang? Saya rasa saya tak pernah lagi jumpa dia lepas majlis kita tu,” soal ByungHee.

“Em…oppa sibuk dengan business dia dekat Dubai. Sebab tu, kita susah sikit nak jumpa dengan dia ni,”kata Victoria.

“Dia tak rindukan adik perempuan dia inikah?” Soal ByungHee sambil tersenyum.

“Dia kata dia sangat senang hati sejak saya berkahwin dengan awak. Dia tak perlu risau tinggalkan saya seorang dekat sini sebab dia tahu awak ada untuk jaga saya,”kata Victoria.

“Memang dia tak perlu risau pun,”balas ByungHee sambil tersenyum. Victoria turut tersenyum. Perhatian ByungHee kemudiannya teralih ke arah gambar yang lain.

“Ini kan….”

Victoria sekadar melihat gambar yang sedang dipegang oleh ByungHee itu.

“Ini omma kan?” Soal ByungHee apabila melihat gambar ibunya bersama Victoria dan Zhoumi itu. Victoria tersenyum sambil mengangguk.

“Bukan tempat ni…dekat rumah anak yatim yang omma uruskan sekarangkah?” Soal ByungHee.

“Awak dah lupa? Saya dan Zhoumi kan membesar di rumah anak yatim,”kata Victoria. ByungHee menoleh ke arah Victoria.

“Tapi saya tak tahu pun yang awak membesar di rumah anak yatim milik omma,”kata ByungHee.

“Awak tu yang tak nak tanya. Macam mana awak nak tahu,”kata Victoria.

“Jadi…sebab itulah omma nak awak yang jadi doktor peribadi kepada Hanna sebelum ni? Sebab omma dah kenal awak,”kata ByungHee. Victoria tersenyum.

“Mungkin juga. Kalau awak nak tahu, omeonim seorang pengetua yang sangat baik dekat rumah anak yatim tu. Dia layan kami tak ubah seperti anak kandung dia sendiri. Oleh sebab tu, saya bersetuju untuk jadi doktor peribadi Hanna. Mungkin dari situ, saya boleh balas jasa baik dia terhadap saya dengan Zhoumi oppa selama ni,”kata Victoria sambil memandang ke arah gambarnya bersama Puan Jung itu. ByungHee sekadar tersenyum.

“Patutlah omma bersungguh-sungguh nak saya berkahwin dengan awak. Rupa-rupanya…dia dah kenal awak sejak awak kecil lagi,”kata ByungHee.

“Saya pernah datang melawat rumah anak yatim tu sekali. Mungkin waktu tu umur saya dalam 12 tahun…” ByungHee tersenyum untuk seketika sebelum dia menyambung kata-katanya semula.

“Saya ingat lagi…saya terjumpa dengan seorang budak perempuan terjatuh dalam longkang. Habis kotor baju dia waktu tu,” kata ByungHee sebelum dia ketawa kecil.

“Awak tolong tak budak perempuan tu?” Soal Victoria,ingin tahu.

“Mestilah saya tolong. Saya tak sampai hati nak tinggalkan budak perempuan comel tu dalam longkang. Waktu tu…saya rasa saya macam jatuh cinta pandang pertama dekat budak perempuan tu. Saya pun tak tahu kenapa tiba-tiba saya ada rasa macam tu,” kata ByungHee.

“Habis tu, awak sempat kenal tak dengan budak perempuan tu? Manalah tahu kalau saya kenal, saya boleh bawa awak jumpa dengan cinta pertama awak tu,” kata Victoria.

“Serius? Awak tak cemburukah kalau saya dapat jumpa dengan dia lagi?” Soal ByungHee, sengaja menguji. Victoria mencebik.

“Tak sempat. Saya tak tahu pun nama dia. Awak tak payah risaulah. Saya dah jadi milik awak pun,” kata ByungHee, sengaja mengusik. Victoria mencubit lengan ByungHee sehingga membuatkan lelaki itu mengaduh kesakitan.

“Sakitlah, Victoria.” ByungHee menggosok lengannya yang dicubit oleh Victoria itu. Victoria tersenyum sinis.

“Awak nak bincang apa sebenarnya ni? Cepatlah,” kata Victoria sambil berpeluk tubuh.

“Oh ya pasal tu…em…” Kelihatan ByungHee menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Seolah-olah baru teringat akan tujuannya datang ke bilik Victoria itu.

“Em…kawan-kawan saya nak ajak saya bercuti sekali. Mungkin dalam 3 hari…Cuma tak pasti lagi dekat mana. Dan mereka nak awak ikut sekali. Awak okeykah?” Soal ByungHee. Victoria tidak segera menjawab pertanyaan ByungHee itu.

“Saya tahu awak mungkin susah nak tinggalkan kerja awak di hospital tu. Kalau awak betul-betul sibuk, tak apalah. Nanti saya cakap dengan mereka yang kita tak ikut,”kata ByungHee.

“Kalau awak nak pergi, awak pergilah ByungHee. Kalau saya tak ikut pun tak apakan,”balas Victoria.

“Saya tak nak tinggalkan awak dengan Hanna. Kalau ikutkan hati saya, saya pun malas nak ikut. Saya ada banyak kerja lagi dekat office tu,” kata ByungHee.

“Saya rasa cadangan mereka tu bagus juga untuk awak. Awak sibuk sangat bekerja sampai tak ada masa untuk berehat. Apa salahnya kalau awak ikut mereka sekali, betul tak?” Soal Victoria. ByungHee memandang ke arah Victoria.

“Nanti saya tengok jadual saya.Awak tunggu kejap ya,” kata Victoria sebelum dia mencari sesuatu di atas meja kerjanya itu. Agak lama dia memeriksa jadualnya yang berada dalam pegangannya itu. ByungHee sekadar memerhatikannya tanpa langsung bersuara. Victoria kemudiannya tersenyum.

“Saya rasa saya boleh ikut awak. Em…sebab saya memang tak bertugas untuk 3 hari tu. Tapi dalam 2 minggu lagilah baru saya cuti. Awak okeykah?” Soal Victoria,inginkan kepastian.

“Jinja? Awak betul-betul okeykah ni?” Soal ByungHee,tidak percaya.

“Kalau saya tak boleh pun, saya boleh minta cuti. Bukannya susah sangat pun. Lagipun saya nak juga tengok suami saya ni berehat,” kata Victoria. ByungHee tersenyum.

“Arasso. Nanti saya beritahu SeungHo.Em…okeylah…saya masuk bilik dulu,” kata ByungHee,berura-ura mahu beredar dari bilik wanita itu. Victoria sekadar mengikutnya dari belakang sehinggalah lelaki itu berdiri di luar biliknya.

“Jangan belajar sampai lewat malam. Saya tak nak mata awak jadi macam mata SeungHo,”kata ByungHee seraya bergurau. Victoria tertawa kecil.

“Arasso. Lepas ni, saya tidur,”kata Victoria. ByungHee tersenyum.

“Em…okeylah. Saya tak nak ganggu awak lagi. Good night,” ucap ByungHee sebelum dia beredar meninggalkan Victoria di situ. Langkahnya terhenti apabila tangannya dipegang oleh Victoria. ByungHee menoleh ke arahnya. Victoria tersenyum ke arahnya sebelum dia menghadiahkan kucupannya pada pipi ByungHee. ByungHee tergamam akan tindakan Victoria yang tiba-tiba itu. Perlahan-lahan dia menyentuh pipinya yang dikucup oleh Victoria itu.

“Em…yang tu…sebagai ucapan selamat malam saya untuk awak,”kata Victoria sambil menundukkan wajahnya. Dia sendiri berasa malu akan tindakannya terhadap ByungHee itu. ByungHee kemudiannya tersenyum sambil mengusap pipinya sendiri itu.

“Awak nak saya balas balikkah?” Soal ByungHee. Victoria memandang ke arahnya.Matanya terbeliak luas apabila ByungHee terus mengucup bibirnya tanpa menunggu lama. Mereka saling berpandangan apabila ByungHee menjauhkan wajahnya daripada Victoria. Dia mengusap pipi wanita itu dengan lembut. Victoria pula terus menunggu tindakan ByungHee yang seterusnya. ByungHee kemudiannya mengucup bibir Victoria sekali lagi. Kali ini, ciumannya itu lebih lama. Victoria memejamkan matanya sebelum dia turut meletakkan tangannya pada tangan ByungHee yang sedang menyentuh kedua-dua pipinya itu.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((