Chapter 43

You Belong With Me

“Victoria!”

ByungHee menggagahkan dirinya untuk berdiri di hadapan pintu bilik air sambil memanggil nama isterinya berulang kali. Sesekali dia akan mengetuk pintu bilik air tersebut apabila mendapati tiada respond daripada wanita tersebut. Rasa bimbang mulai timbul dalam benaknya.

“Sayang! Sayang okeykah dekat dalam tu?”Soal ByungHee.

“Vic tak ada apa-apa , oppa!”

Victoria meletakkan tangan kanan pada dadanya. Dia menggigit bibir sambil memejamkan matanya, cuba menahan rasa sakit pada dadanya itu. Nafasnya juga terasa semput. Peluh juga sudah mula membasahi tubuhnya. Sinki putih di hadapannya dipegangnya dengan kuat, cuba menampung tubuhnya yang terasa lemah. Dia memandang wajahnya yang pucat itu pada cermin. Sejak belakangan ini, dia semakin kerap mengalami rasa sakit pada dadanya itu. Dadanya berombak kencang, seolah-olah cuba mendapatkan udara yang cukup untuknya bernafas.

“Vic! Kenapa lama sangat dalam tandas ni? Vic betul-betul okeykah ni?” Soal ByungHee, yang masih lagi setia menantinya di luar itu. Sebaik sahaja merasakan kesakitannya yang mulai reda itu, Victoria membasahkan wajahnya dengan air. Dia memaksa bibirnya untuk tersenyum, cuba menggaburi pandangan mata ByungHee terhadap kesakitan yang sedang dialaminya itu. Penantian ByungHee berakhir apabila melihat pintu bilik air yang ditarik dari dalam itu. Kelihatan Victoria memandang ke arahnya sambil tersenyum.

“Oppa ni bisinglah. Vic nak duduk dalam tandas pun tak senang,”kata Victoria, cuba berlagak biasa seolah-olah tiada apa-apa yang terjadi. ByungHee menyentuh wajah isterinya yang kelihatan pucat itu.

“Ni kenapa muka nampak pucat ni? Sayang tak sihatkah?” Soal ByungHee,bimbang. Victoria sekadar menjawab soalan ByungHee dengan senyuman nipis.

“Vic tak ada apa-apalah,oppa. Mungkin Vic rasa penat sikit. Tu yang muka pucat tu,”kata Victoria. Kedengaran ByungHee melepaskan keluhan berat.

“Vic tak payah kerjalah, ya? Vic berehat sajalah dekat rumah. Oppa risaulah tengok Vic pucat macam ni. Nanti oppa bawa Vic pergi klinik ya?” Cadang ByungHee. Victoria menggelengkan kepalanya.

“Tak payahlah. Vic betul-betul okay. Cuma penat saja. Bukannya apa-apa pun,”kata Victoria sambil memaut lengan suaminya dengan erat. Dia memaksa dirinya untuk tersenyum. Berusaha untuk menyembunyikan rasa sakit yang sedang dialaminya itu daripada pengetahuan ByungHee.

“Vic pergi berehat dekat atas katil. Biar oppa picitkan kepala Vic ya? Vic nak makan apa? Nanti oppa minta tolong omma buatkan,”soal ByungHee sambil memimpin isterinya ke arah katil. Rasa sakit pada kakinya itu cuba diabaikannya apabila melihat keadaan Victoria yang kurang sihat itu. ByungHee kemudiannya mengambil tempat di sebelah Victoria sebaik sahaja membaringkan isterinya di atas katil.Perlahan-lahan, dia memicitkan kepala isterinya dengan lembut. Mudah-mudahan dapat memberi kelegaan kepada isterinya. Victoria menguntum senyuman nipis.

“Vic tak apa-apa,oppa. Oppa ni nampak risau betullah,”kata Victoria,lemah.

“Macam mana oppa tak risau. Sejak belakangan ni, Vic nampak tak sihat saja. Oppa tak sedap hati tau. Kita pergi klinik ya,sayang?” Soal ByungHee,berusaha memujuk isterinya untuk pergi ke klinik. Sekali lagi Victoria menggeleng lemah.

“Biar Vic berehat sajalah ,oppa. Kalau pergi klinik pun, doktor akan cakap benda yang sama. Lagipun Vic tak demam. Penat saja,” kata Victoria. ByungHee cuba bersabar dengan perangai isterinya yang agak keras kepala itu. Rambut Victoria yang panjang itu diusapnya lembut. Wajah isterinya yang pucat itu ditatapnya dengan penuh rasa kasih. Hari demi hari, semakin bertambah mekar rasa cintanya terhadap isterinya itu. Mana mungkin dia sanggup melihat isterinya dalam keadaan kesakitan begitu. Andai dia ada kuasa, dia sanggup memindahkan rasa sakit yang dialami oleh isterinya itu kepada dirinya. Biar dia yang menanggung semuanya.

“Kalau macam tu, oppa suapkan Vic makan ya? Vic kena makan. Tak adalah badan lemah macam ni. Vic nak makan apa?” Soal ByungHee,terpaksa mengalah.

“Vic…”

“Vic kalau boleh tak nak susahkan oppa. Tapi…Vic tak tahu kenapa tekak Vic terasa nak sangat makan bubur ayam yang oppa masak…” Kata Victoria,sedikit rasa bersalah. Entah mengapa dia begitu teringin untuk menikmati bubur ayam yang dimasak sendiri oleh suaminya itu. Sedangkan dia tahu kaki suaminya itu masih belum kuat untuk berjalan sepenuhnya. ByungHee tersenyum lebar.

“Alahai…apa yang susahnya. Kalau Vic dah teringin sangat, apa salahnya oppa masakkan. Tak susah pun. Untuk sayang oppa ni, buat apa-apa pun oppa sanggup,”kata ByungHee sambil mencuit hidung isterinya. Victoria tersenyum bahagia.

“Vic berehat dululah dekat sini ya? Biar oppa buatkan bubur untuk Vic. Nanti oppa minta tolong omma bawakan untuk Vic,”kata ByungHee sebelum dia mengucup lembut dahi isterinya itu. Victoria tersenyum lagi.

“Miane…”

“Aish…dah dah. Vic tidur dulu. Nanti kalau dah siap, oppa kejutkan Vic,”kata ByungHee sambil mengusap lembut pipi Victoria. Victoria membalasnya dengan anggukan. ByungHee tersenyum sebelum dia menggagahkan dirinya untuk berjalan ke arah pintu dengan menggunakan tongkat.

Victoria kemudiannya memandang sambil mengusap lembut perutnya yang kian membulat itu. Perlahan-lahan dia menguntum senyuman manis.

“Anak-anak omma ni nakal ya? Memang suka buli appa . Dulu appa muntah teruk tau. Sekarang ni anak-anak omma nak makan bubur yang appa buat pula,”kata Victoria sambil tersenyum. Namun senyumannya perlahan-lahan mati. Matanya mulai bergenang.

“Tapi nanti…YoungMin dengan MinHyun janganlah buat appa sedih ya? Jangan nakal-nakal. Jangan buat appa marah. YoungMin dengan MinHyun kena janji dengan omma…selalulah buat appa gembira. Dengar cakap appa. Jadi anak-anak yang baik. Tolong jadi pengganti omma untuk bahagiakan appa bila omma dah tak ada nanti. Ya,sayang?”

Laju saja air matanya mengalir membasahi pipinya. Hanya mengenangkan dirinya yang mungkin tidak dapat bersama dengan keluarganya suatu hari nanti itu, sudah cukup membuatkan hatinya pedih.

“Omma sayang sangat dengan anak-anak omma. Tapi omma nak minta maaf.Omma mungkin tak dapat bersama dengan anak-anak omma. Omma tak mampu lakukannya. Walaupun hayat omma akan dipanjangkan selepas ni pun, omma tetap kena pergi. Omma tak nak apa-apa perkara buruk terjadi kepada appa dan anak-anak omma. Miane…jeongmal miane…”

Victoria menangis teresak-esak. Entah mengapa, sejak belakangan ini, air matanya begitu murah untuk mengalir. Hatinya begitu mudah terusik.

 

 

“Sayang…”

ByungHee menggerakkan bahu isterinya yang sedang lena itu dengan lembut. Bibirnya menguntum senyuman manis apabila melihat Victoria yang mulai membuka mata itu. Victoria turut membalas senyuman ByungHee apabila melihat wajah ByungHee yang bersih itu di hadapannya.

“Lamakah sayang tunggu? Mesti sayang dah laparkan?” Soal ByungHee sambil mengusap lembut dahi isterinya itu.Victoria menggeleng lemah.

“Tak adalah. Vic tertidur sebab penat sangat…bukannya sebab lapar,”kata Victoria.

“Mari oppa suapkan , okey?”ByungHee membantu isterinya itu untuk duduk bersandar pada kepala katil. Victoria sekadar akur.

“Oppa tak tahulah bubur yang oppa buat ni kena dengan selera Vic atau tak. Tapi…rasanya boleh tahan sedaplah,”kata ByungHee,sempat memuji skill memasaknya itu. Victoria tergelak kecil.

“Kalau tak sedap pun, Vic habiskan. Yang penting oppa yang buatkan bubur ni untuk Vic. Gomawo,”ucap Victoria sebelum dia mencium bibir suaminya. ByungHee tersenyum.

“Wow..kalau macam ni…sampai bila-bila pun oppa sanggup masak untuk Vic,”kata ByungHee. Ada terselit nada usikan di situ. Victoria tersenyum. ByungHee terus menyuap bubur kepada Victoria. Entah mengapa hati Victoria menjadi sebak dengan layanan yang diberikan oleh ByungHee. Wajah lelaki itu kelihatan benar-benar bahagia. Belum pernah lagi dia melihat wajah bahagia itu sebelum ini.

 

Maafkan Vic,oppa. Hati Vic tak kuat untuk jelaskan hal sebenarnya kepada oppa. Sebab hati Vic juga tak kuat untuk melihat oppa bersedih. Biarlah Vic menanggung semua ini asalkan Vic dapat melihat wajah bahagia oppa sehingga Vic menutup mata.

 

“Aik,kenapa menangis ni?” Soal ByungHee. Victoria yang bagaikan baru tersedar dari lamunannya itu terus sahaja menyeka air matanya. Dia sendiri tidak sedar sejak bila dia mengalirkan air mata.

“Em…tak ada apa. Sedap sangat kot,oppa. Terharu sebab oppa sanggup bersusah payah untuk Vic. Sedangkan kaki oppa pun belum pulih sepenuhnya,”kata Victoria. ByungHee tersenyum.

“Kalau kaki oppa dah tak ada pun, oppa masih kuat untuk buat apa saja untuk Vic. Sebab oppa sayangkan Vic. Sangat sangat sayangkan Vic,”kata ByungHee sambil mengusap lembut pipi isterinya. Sekali lagi Victoria mengalirkan air mata. Selepas ini, dia pasti akan merindui ucapan sayang itu daripada suaminya.

“Aduh…Vic ni buat oppa risaulah. Vic ada sakit dekat mana-manakah ni?” Soal ByungHee,bimbang. Victoria tersenyum lagi.

“Vic Cuma terharulah oppa,”kata Victoria. ByungHee kemudiannya meletakkan tangannya pada perut isterinya. Victoria sekadar memerhati.

“Aih…nakal juga anak-anak appa ni ya? Hati omma dah jadi makin sensitif tau. Appa cakap sikit saja, omma menangis. Serba salah appa jadinya,”kata ByungHee sambil memandang ke arah Victoria. Segaris senyuman bahagia terukir pada bibirnya.

“Oh!”

Victoria ketawa melihat reaksi suaminya apabila merasakan gerakan bayinya pada perutnya itu.

“Mereka marahlah appa cakap mereka nakal,”kata Victoria. ByungHee turut ketawa.

“Oh…marahkah? Sorrylah. Kalau YoungMin dengan MinHyun terasa nak membuli, bulilah appa. Janganlah buli omma. Kasihan omma. Omma asyik nampak tak sihat saja sekarang ni. Appa risau tau,”kata ByungHee sambil mengusap lembut perut isterinya. Bibirnya menguntum senyuman bahagia apabila sekali lagi merasakan gerakan pada perut Victoria itu. Seolah-olah memahami dengan apa yang dikatakan oleh ByungHee sebentar tadi.

“Anak-anak omma baik,kan? YoungMin dengan MinHyun kenalah jadi anak-anak yang baik dekat omma dan appa. Jangan nakal-nakal,”kata Victoria pula. ByungHee sekadar tersenyum.

“Baik,omma,”balas ByungHee,kononnya menjawab bagi pihak anak-anaknya itu. Victoria tertawa kecil ByungHee kemudiannya menarik Victoria ke dalam pelukannya. Victoria turut membalas pelukannya.

“Oppa.”

“Hm?”

“Kenapa ni?”

ByungHee tersenyum.

“Saja…oppa terasa nak peluk Vic. Kalau boleh tak nak lepas,”kata ByungHee.

“Terima kasih,sayang. Terima kasih untuk semuanya,”ucap ByungHee,separuh berbisik. Pelukannya terhadap Victoria itu diperkemas.

“Oppa rasa bersyukur sangat… sebab Tuhan temukan oppa dengan sayang. Walaupun awalnya oppa tak bersetuju dengan perkahwinan kita, tapi Tuhan dah bukakan hati oppa untuk menerima sayang seadanya. Sebab Dia tahu…Hanya Vic yang akan bahagiakan oppa. Bukannya orang lain.”

“Dan terima kasih…sebab Vic sudi berikan cinta Vic untuk oppa. Terima kasih sebab sudi bersabar melayani kerenah oppa…yang kadang-kadang melukakan hati Vic. Oppa minta maaf kalau oppa banyak melukakan hati Vic. Tapi oppa nak Vic tahu… yang oppa betul-betul tak perlukan benda lain lagi. Oppa hanya perlukan Vic dalam hidup oppa. Tanpa Vic,hidup oppa takkan sempurna. Dan lepas ni…kita akan jadi ibu dan ayah kepada anak-anak kita. Kita akan sama-sama besarkan dan didik anak-anak kita. Waktu itulah…saat yang paling bahagia dalam hidup oppa.”

Senyuman ByungHee melebar. Hatinya berbunga memikirkan saat-saat bahagia itu untuk tiba. Pelukannya terhadap Victoria itu dieratkan. Victoria pula sudah lama mengalirkan air mata. Dia turut memeluk erat suaminya.

“Oppa tak pernah sekalipun lukakan hati Vic. Malah oppa dah terlalu banyak berikan kebahagiaan untuk Vic. Terlalu banyak…dan Vic rasa Vic tak mampu nak balas. Dan Vic nak berterima kasih kepada oppa sebab oppa sudi menerima Vic dalam hidup oppa. Sudi membukakan pintu hati oppa untuk Vic.Sudi mencurahkan kasih sayang yang tak terhingga untuk Vic.”

ByungHee tersenyum. Dia kemudiannya meleraikan pelukannya sebelum dia menatap wajah Victoria yang basah dengan air mata itu. Air matanya diseka lembut.

“Vic untuk oppa. Dan oppa untuk Vic.”

ByungHee merenung mata isterinya yang jernih itu.

“Saranghae…Victoria.”

Perlahan-lahan dia mendekatkan wajahnya ke arah Victoria sebelum membiarkan bibir mereka bertaut.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((