Chapter 35

You Belong With Me

“Tapi Cik…”

Perbincangan antara ByungHee dan SeungHo terganggu apabila terdengar bunyi bising yang muncul secara tiba-tiba di dalam pejabat ByungHee itu. Kelihatan SeYeon sedang melangkah masuk ke dalam walaupun tindakannya itu cuba dihalang oleh setiausaha ByungHee.

“Maafkan saya, Tuan Jung. Saya dah cuba halang tapi…”

“It’s okay. Awak boleh pergi sambung kerja awak, Cik Kim,”kata ByungHee,memintas kata-kata setiausahanya itu dengan tenang.SeYeon tersenyum puas.

“Nanti kita sambung balik perbincangan kita,”kata ByungHee. SeungHo yang memahami isyarat ByungHee itu sekadar mengangguk. Perlahan-lahan, kakinya melangkah meninggalkan bilik itu sebelum dia memberikan jelingan tajam ke arah SeYeon. SeYeon sengaja tidak mengendahkan pandangan SeungHo itu terhadapnya. ByungHee kemudiannya duduk bersandar pada kerusinya sebelum dia memandang ke arah SeYeon.

“Em,ada apa kau datang sini?” Soal ByungHee,malas. SeYeon terus sahaja mengambil tempat di hadapan ByungHee tanpa menunggu pelawaan daripada lelaki tersebut. ByungHee juga tidak menghalang. Malas hendak menimbulkan kekecohan di dalam pejabatnya itu.

“Saja. SeYeon rindukan oppa,”kata SeYeon,selamba.Senyuman manis tak lekang terukir pada bibirnya itu. ByungHee langsung tidak memandang ke arah SeYeon. Sebaliknya dia lebih selesa memandang ke arah butir-butir maklumat yang tertera pada skrin komputer ribanya itu.

“Kau ni tak faham bahasakah…atau pekak?” Soal ByungHee.

“Kan aku dah cakap…yang aku tak nak jumpa kau lagi. Antara kita berdua dah tak ada apa-apa hubungan lagi,faham?” Soal ByungHee lagi.SeYeon mendengus perlahan.Muak dengan kedegilan ByungHee untuk memaafkan kesalahannya dahulu.

“SeYeon Cuma nak oppa maafkan kesalahan SeYeon. Dan terima SeYeon seperti dulu,”kata SeYeon,berterus terang.

“Aku boleh maafkan kesalahan kau. Tapi aku takkan terima kau semula. Faham?” Balas ByungHee.

“Oppa! SeYeon betul-betul sayangkan oppa. SeYeon sedar apa yang dah berlaku sebelum ni adalah silap SeYeon sendiri. SeYeon akui yang SeYeon tak boleh teruskan hidup tanpa oppa. SeYeon perlukan oppa sebab SeYeon cintakan oppa,”kata SeYeon,bersungguh-sungguh.

“SeYeon tak tahu apa yang perempuan tu dah hasut dekat oppa sampai oppa boleh bencikan SeYeon macam ni. Oppa tolonglah sedar. Oppa sebenarnya hanya termakan budi…bukannya oppa betul-betul cintakan dia. Oppa hanya cintakan SeYeon. 5 tahun kita dah bersama. Takkan hanya disebabkan perempuan tu, oppa nak terus lupakan kenangan kita bersama?” Soal SeYeon,sebak.

“SeYeon tetap setia mencintai oppa. Tapi oppa…hanya disebabkan termakan pujuk rayu perempuan tu, oppa terus lupakan SeYeon. Sedikit pun oppa tak berusaha untuk cari SeYeon. Pujuk SeYeon balik,”katanya lagi. ByungHee tersenyum sinis.

“Bukan kau jugakah yang cakap…tujuan kau lari dari aku sebab kau nak tengok kesungguhan aku untuk berkahwin dengan kau? Kau juga yang nak aku buktikan yang aku ni betul-betul ikhlas sayangkan kau atau tak. Dan sekarang kau pun dah tahu kenapa aku tak cari kau dulu kan?” Balas ByungHee.

“Itu semua sebab perempuan tu punya pasal!” Marah SeYeon,tidak puas hati.

“Kalau dia tak ada pun, aku memang malaslah nak cari kau. Kau ingat aku ni jenis yang suka buang masakah? Daripada aku buang masa cari kau yang merajuk entah ke mana tu, baik aku cari orang lain yang sudi menjadi isteri aku,”kata ByungHee,sengaja membakar hati wanita di hadapannya itu. SeYeon mengetap bibirnya,geram.

“Hati oppa dah buta. Oppa tak tahu nak bezakan yang mana satu kaca dan permata. Hati oppa dah buta untuk melihat semua tu disebabkan oleh perempuan tak guna tu!” Balas SeYeon,berang.

“Perempuan tu ada nama! Dan dia tu isteri aku!” Balas ByungHee,mulai hilang sabar. Begitu hinakah isterinya sehingga digelar begitu oleh SeYeon?

“Memang hati aku dah buta. Hati aku dah buta untuk melihat perempuan lain sebab aku dah ada seorang wanita yang cukup sempurna untuk aku. Aku dah tak perlukan benda lain. Sebab aku dah cukup bahagia,”kata ByungHee.

“Cukuplah SeYeon. Tolonglah terima hakikat yang hubungan kita dah berakhir. Aku maafkan kau…tapi…aku betul-betul tak boleh terima kau balik. Kalau nak berkawan, aku tak ada masalah. Tapi bukan untuk menyambung kembali percintaan kita. Seperti yang kau dah nampak sekarang ni…aku dah bahagia. Aku bahagia di samping isteri aku dan Hanna. Dan tak lama lagi, kami akan menimang cahaya mata pertama kami. Aku tak nak sia-siakan semua tu. Tolonglah…jangan cari aku lagi, SeYeon. Aku betul-betul dah jumpa kebahagiaan yang aku cari selama ni. Dan kau juga berhak untuk temui kebahagiaan kau sendiri,”kata ByungHee lagi.

“Please…tinggalkan tempat ni sekarang,”rayunya pula,tanpa memandang ke arah SeYeon. SeYeon menggenggam tangannya. Perasaannya bercampur baur. Sedih dan marah. Semuanya disebabkan oleh impiannya untuk kembali kepada lelaki itu punah. Kenangan cintanya bersama ByungHee selama 5 tahun itu musnah sekelip mata hanya disebabkan oleh Victoria.Dia mengetap bibirnya geram.

“Oppa ingat semua ni adil bagi SeYeon? Oppa ingat semudah ni SeYeon akan berputus asa?” SeYeon tersenyum sinis.

“Oppa takkan bahagia. Percayalah!”

SeYeon segera beredar meninggalkan ByungHee seorang diri di dalam pejabat itu. ByungHee melepaskan keluhan berat. Hatinya betul-betul runsing dengan pertemuan mengejut itu. Dia cuba berlagak tenang sedangkan hatinya sedang dilanda rasa bimbang. Bimbang sekiranya Victoria diapa-apakan oleh SeYeon. Dia yakin SeYeon sanggup buat apa sahaja untuk menjauhkan Victoria daripadanya.

 

 

“Eh,Vic!”

Victoria menoleh ke arah JooYeon.

“Ada apa?” Soal Victoria , sebaik sahaja dia selesai menguruskan salah seorang pesakitnya di dalam wad itu. Dia melihat sekilas ke arah jam dinding. Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Dia sudah pun memaklumkan kelewatannya kepada ByungHee di rumah.

“Awak tak beritahu Mr Gorgeouskah yang awak balik lewat sikit hari ni?” Soal JooYeon.Victoria mengerutkan dahinya.

“Eh? Kenapa pula? Saya dah call dia tadi,”kata Victoria,hairan.

“Habis tu, kenapa dia tunggu awak dekat luar wad?” Soal JooYeon.

“Apa?”

 

“Oppa!”

ByungHee segera menoleh ke arahnya sebelum dia menguntum senyuman manis. Kelihatan lelaki itu masih lagi berpakaian pejabatnya.

“Oppa buat apa dekat sini?” Soal Victoria.Dia terkejut apabila tubuhnya dipeluk kemas oleh ByungHee.

“Oppa…”

“Oppa rindukan Vic. Oppa terus datang sini dari office,”kata ByungHee,separuh berbisik.

“Oppa baru habis kerjakah hari ni?” Soal Victoria.ByungHee angguk.

“Hanna?” Soal Victoria lagi. ByungHee tersenyum. Haih…Victoria…sayang sungguh dia terhadap Hanna.

“Macam biasalah,sayang,”balas ByungHee.Victoria tersenyum sebelum dia meleraikan pelukan ByungHee terhadapnya itu.

“Kenapa oppa tak terus balik saja? Kan Vic dah call yang Vic balik lewat sikit hari ni. Nanti kalau Vic nak balik, Vic call lah oppa,”kata Victoria. Simpati melihat wajah ByungHee yang keletihan itu.

“Bosanlah balik rumah seorang. Oppa nak balik dengan Vic,”kata ByungHee,sengaja mahu bermanja dengan isterinya itu.Victoria tergelak kecil.

“Tapi Vic tak habis kerja lagi ni,”kata Victoria.

“Tak apalah.Oppa tunggu,”balas ByungHee.

“Oppa dah makan? Kalau belum,Vic temankan oppa makan dekat pantry,”kata Victoria sambil mengusap lembut pipi suaminya itu.ByungHee sekadar tersenyum.

“Vic dengan YoungMin dah makan?” Soal ByungHee sambil mengusap lembut perut isterinya itu.

“Dah. Vic dah makan roti tadi,”kata Victoria.

“Roti saja? Vic ni…tak serik lagikah? Kalau pengsan lagi macam mana?”Soal ByungHee,bimbang.

“Tak sempatlah,oppa. Vic ada banyak kerja hari ni. Asalkan Vic dah makan kira okeylah tu,”kata Victoria,selamba.

“Haih…macam manalah oppa tak risaukan Vic? Nanti oppa report dekat ZhouMi baru tahu,”kata ByungHee.Victoria sekadar tersenyum.

“Jangan risaulah,oppa.Tahulah Vic jaga diri Vic.Em…betulkah oppa nak tunggu Vic ni?” Soal Victoria,inginkan kepastian.

“Yalah.Kenapa?”Soal Byunghee pula.

“Kalau macam tu,oppa tunggulah dekat bilik Vic.Lagipun dalam office Vic, ada pantry. Kalau oppa lapar, oppa ambil sajalah apa-apa dalam tu. Nanti lepas Vic habis kerja, kita pergi makan,okey? Vic belanja,”kata Victoria. ByungHee sekadar tersenyum sebelum dia menghadiahkan kucupan pada dahi isterinya itu. Victoria turut tersenyum bahagia.

 

 

“Oppa.”

Victoria menggelengkan kepalanya apabila melihat ByungHee yang sudah pun lena dibuai mimpi di atas sofa itu. Perlahan-lahan, dia melangkah mendekati suaminya itu. Wajah ByungHee yang keletihan itu ditatapnya. Perlahan-lahan,dia mendekatkan wajahnya kepada ByungHee.

“Gotcha!”

Victoria terkejut apabila melihat ByungHee yang sudah pun membuka matanya itu. Tangannya pula dipegang erat oleh lelaki tersebut.

“Oppa! Vic ingat oppa dah tidur,”kata Victoria. ByungHee tersenyum nakal.

“Kalau oppa dah tidur kenapa?” Soal ByungHee sambil mengangkat keningnya. Victoria tidak segera menjawab. Wajahnya terasa bahang.

“Kalau Vic nak cium oppa…cium sajalah. Buat apa malu-malu. Oppa kan Vic yang punya,”kata ByungHee, sengaja mengusik. Victoria menepuk lengan suaminya.

“Jangan nak perasanlah. Vic Cuma nak kejutkan oppa saja. Jomlah kita balik. Takkan kita nak tidur sini pula,”kata Victoria,cuba berlagak biasa walhal hatinya sedang dilanda perasaan malu yang amat. ByungHee tersenyum simpul.

“Eleh, nak berlagak cool konon. Macamlah oppa tak tahu yang Vic tengah berdebar-debar sekarang ni,”usik ByungHee lagi.

“Oppa,jom balik.Kalau nak mengada-ngada kat sini lagi, Vic tinggalkan oppa,”kata Victoria,sengaja mengugut. ByungHee ketawa.

“Arasso. Jom kita balik. Hah…jangan lupa, kita pergi makan dulu. Oppa tak nak Vic pengsan lagi,”kata ByungHee.

“Kalau badan tu ringan, tak apalah juga. Ni berat macam gajah, susah oppa nak angkat nanti,”kata ByungHee lagi. Victoria membeliakkan kedua-dua matanya.

“Oppa!”

 

 

“Makanlah banyak sikit,”kata ByungHee.

“Vic dah kenyanglah,oppa. Oppa sajalah habiskan,”kata Victoria.

“Aish…sejak bila Vic dah pandai lawan cakap oppa ni? Hm?” Soal ByungHee sambil memaut bahu isterinya. Victoria menoleh ke arahnya.

“Kalau macam tu, oppa sajalah suapkan Vic.Boleh?” Soal Victoria, sengaja mahu bermanja dengan suami tercinta. ByungHee tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

“Ni saja nak bermanja dengan oppalah ni,”kata ByungHee. Victoria tersenyum.

“Oppa kan selalu bermanja dengan Vic. Apa salahnya kalau Vic nak balas dendam hehehe,” balas Victoria. ByungHee ketawa.

“Oppa dekat office dah tak muntah-muntah lagi?” Soal Victoria,ingin tahu mengenai keadaan suaminya di pejabat.

“Tak teruk sangat dah. Sikit saja,”kata ByungHee. Victoria tersenyum lega.

“Mesti YoungMin tak nak buli appa kan?” Soal Victoria sambil mengusap perutnya. ByungHee tersenyum.

“Mestilah. YoungMin kan satu geng dengan appa,”kata ByungHee sambil turut meletakkan tangannya pada tangan Victoria. Mereka kemudiannya tertawa sesama sendiri.

 

SeYeon menggenggam erat stereng keretanya. Perasaan cemburunya membara setiap kali melihat kemesraan pasangan itu dihadapannya.

“Ketawalah puas-puas selagi kamu berdua masih diberikan peluang,”katanya,seolah-olah mengejek. Dia kemudiannya memandang ke arah stereng keretanya. Bibirnya menguntum senyuman sinis.

“Kau ingat aku tak serius dengan kata-kata aku ya? Kalau aku cakap yang kau takkan bahagia…aku betul-betul maksudkannya.Kau takkan bahagia!”

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((