Chapter 47

You Belong With Me

 

 

“Ya, Encik? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Soal jururawat itu sambil melemparkan senyuman manisnya kepada ByungHee yang sedang berdiri di hadapannya itu.

“Saya datang sebab nak tengok anak-anak saya,”kata ByungHee.

“Nama isteri encik siapa ya?” Soal jururawat itu sambil memeriksa senarai nama pesakit di dalam komputer.

“Victoria…Victoria Jung.” Jawab ByungHee,lemah.Jururawat itu tersenyum lagi.

“Encik boleh ikut saya dulu. Saya akan bagi penutup kepala dan baju untuk encik. Mari ikut saya,”kata jururawat itu sambil mengiringi ByungHee menuju ke arah bilik persalinan. ByungHee sekadar patuh tanpa sedikit pun membantah.

 

“Baby of Victoria Jung”

Dia melihat tag nama yang diikat kemas pada pergelangan tangan kedua-dua anaknya itu.Kedua-dua bayi itu kelihatan begitu nyenyak dibuai mimpi. Seolah-olah sedang melayari mimpi yang cukup indah. Adakah mereka sedang bermain bersama Victoria di dalam mimpi tersebut, ByungHee sendiri tidak pasti. ByungHee hanya memandang ke arah bayi kembarnya tanpa sekelumit senyuman.

 

“Berjanjilah dengan Vic,oppa. Yang oppa takkan abaikan mereka. Sayangilah mereka lebih daripada oppa sayangkan Vic sendiri.”

 

ByungHee memejamkan matanya. Isi kandungan surat isterinya itu masih lagi terbayang jelas dalam fikirannya itu.

 

“Kalau Hyung rasa lemah untuk hadapi semua ni…Percayalah..merekalah yang menjadi sumber kekuatan untuk Hyung.”

 

Kali ini kata-kata LeeJoon pula bermain dalam fikirannya. Tangannya diletakkan pada kaca incubator itu. Bagaikan cuba mendapatkan kekuatan untuk menampung dirinya yang lemah itu.Matanya masih lagi terpejam rapat.

“Encik.”

ByungHee membuka matanya sebelum dia menoleh ke arah seorang jururawat yang sedang tersenyum ke arahnya itu.

“Encik nak dukung anak-anak encik?” Soal jururawat itu dengan ramah. ByungHee sekadar membisu,tidak langsung bersuara.Malah tubuhnya menjadi kaku,tidak langsung menunjukkan isyarat sama ada mahu mengiyakan mahupun menidakkan pertanyaan jururawat itu.

“Walaupun anak-anak encik ni dilahirkan tidak cukup bulan, tapi anak-anak encik sihat. Keadaan mereka sangat stabil. Mungkin dalam tempoh seminggu dua nanti, encik boleh bawa mereka balik. Itupun selepas doktor pakar pastikan yang anak-anak encik ni betul-betul dah kuat,”kata jururawat itu sambil mengeluarkan salah seorang daripada bayi kembar itu daripada incubator. Perlahan-lahan,dia menghulurkan bayi lelaki itu kepada ByungHee. ByungHee mendukung bayinya dengan penuh berhati-hati.

 

“Oppa ni nampak sangat kekok dukung baby.Oppa tak pernahkah dukung Hanna waktu dia baby dulu?”

 

Sekali lagi suara gemersik isterinya itu bermain dalam fikirannya.Dia cuba menahan air matanya daripada mengalir.

“Ini anak encik yang sulung. Walaupun dia yang sulung, tapi dia kecil sikit daripada anak encik yang lagi seorang. Dia nampak saja kecil, tapi dia kuat. Kuat seperti ibunya,”kata jururawat itu sambil tersenyum. ByungHee terus menatap wajah anak lelakinya yang masih kemerah-merahan itu. Sesekali bayi kecil itu akan bergerak, mungkin kerana tidurnya itu sedikit terganggu. Namun tidak pula dia menangis. Mungkin kerana bayi kecil itu berasa selesa dalam pangkuan erat bapanya itu. ByungHee terus menatap wajah anaknya yang mempunyai wajah mirip dengannya itu. Perlahan-lahan, bibirnya menguntum senyuman nipis.

“Mata dia cantik. Macam mata ibu dia,”kata ByungHee,perlahan. Jururawat itu sekadar tersenyum.

“YoungMin ah….miane…miane…” Perlahan-lahan air matanya mengalir. Hatinya meruntun pilu sebaik sahaja dia menatap wajah bersih anak lelakinya itu.Bagaikan menyesali akan kata-kata kejamnya kepada anak kembarnya sebelum ini. Mana mungkin dia sanggup membenci anak-anaknya sendiri. Mana mungkin dia sanggup meletakkan semua kesalahan kepada bayinya yang masih kecil dan tidak berdosa itu. Malah dia sudah berjanji kepada dirinya sendiri yang dia akan menjadi seorang bapa yang baik untuk anak-anaknya. Dia akan menyanyangi anak-anaknya sebagaimana dia menyanyangi isterinya selama ini.

“Appa minta maaf…Appa tak patut cakap semua tu kepada anak-anak appa. Anak-anak appa tak salah…” Tangisnya lagi.

“Miane…” Perlahan-lahan,dia mengucup lembut dahi anaknya yang masih merah itu.

 

Puan Jung yang memerhati ByungHee dari jauh itu turut mengalirkan air mata. Niatnya mahu melihat cucu-cucunya yang masih berada di dalam unit neonatal untuk pemerhatian rapi itu. Namun tidak pula dia jangkakan yang dia akan berjumpa dengan ByungHee di situ. Gugur air matanya apabila dia melihat sendiri ByungHee yang sedang mendukung erat sambil mencium anak lelakinya itu. Hatinya bersyukur kerana tiada lagi dendam dan benci dalam hati ByungHee terhadap anak-anaknya itu.

 

ByungHee kemudiannya menyerahkan semula bayinya kepada jururawat itu untuk diletakkan semula ke dalam incubator.

“Encik nak dukung anak encik yang lagi seorang?” Soal jururawat itu. Bagaikan memberi peluang kepada ByungHee untuk melupakan kesedihannya dengan meluangkan masanya dengan anak-anaknya di situ. ByungHee sekadar tersenyum nipis sambil mengangguk. Kali ini , dia mendukung pula anaknya yang seorang lagi.

“Dia ni besar sikit dari abangnya,kan?” Soal ByungHee sambil menatap wajah bersih bayi lelakinya itu. Jururawat itu tertawa kecil.

“Mesti dia banyak buli abang dia waktu dalam perut dulu,”kata jururawat itu,turut bergurau. ByungHee sekadar tersenyum.

“Tak baik tau MinHyun buli YoungMin. YoungMin tu abang. MinHyun ni adik,”kata ByungHee sambil mengusap lembut pipi anaknya yang masih merah itu. Bibirnya tersenyum lagi.

“Mereka ni bukan kembar seiras rupanya. Muka MinHyun…lebih seiras dengan wajah ibunya. Mata dia pula…kecil..macam ayahnya,”kata ByungHee.

“MinHyun ah…appa janji…apa akan jadi appa yang baik. Appa akan curahkan kasih sayang yang tak terhingga untuk anak-anak appa. Tapi MinHyun dengan YoungMin mesti berjanji…jangan nakal-nakal. Jadi anak-anak yang baik kepada appa dan omma. Jangan buat omma menangis tau. Nanti appa marah,”katanya,perlahan. Bayinya itu kemudiannya dikucup lembut.

“Appa sayangkan anak-anak appa.Lebih daripada nyawa appa sendiri,”katanya.

 

 

ByungHee melangkah lemah di sepanjang koridor menuju ke arah bilik isterinya itu. Langkahnya terhenti apabila melihat ahli keluarganya yang sedang menunggu di hadapan bilik Victoria itu. SooJung yang melihat kelibat Byunghee itu segera menuju ke arah abangnya.

“Oppa!”

ByungHee melemparkan senyuman hambar kepada adik perempuannya itu.

“Oppa pergi mana tadi?” Soal SooJung,sambil memaut erat lengan abangnya itu.ByungHee sekadar tersenyum sambil mengusap lembut kepala adiknya itu.

“SooJung ni…dah besar pun nak bermanja dengan oppa lagi ekh? Nanti kalau LeeJoon tengok ni,mesti dia cemburu,”kata ByungHee. SooJung menjadi sebak. Dia begitu merindui gurauan daripada abangnya itu. Perlahan-lahan,dia memeluk abangnya sambil menangis.

“Ni kenapa menangis pula ni? Hm? Oppa ada salah cakapkah?” Soal ByungHee sambil membalas pelukan adik perempuannya itu.

“SooJung rindu nak dengar suara oppa. SooJung rindukan oppa,”kata SooJung dalam tangis.ByungHee sekadar tersenyum.

“Miane…oppa tahu…oppa dah buat semua orang risaukan oppa.Jeongmal miane,hm?” Pujuk ByungHee sambil mengusap lembut kepala SooJung. SooJung mengangguk. ByungHee kemudiannya meleraikan pelukannya sambil menyeka air matanya.

“Dahlah. Jangan nangis lagi. Buruk muka tu. Bakal pengantin tak boleh menangis banyak-banyak,”kata ByungHee,sengaja mahu menceriakan hati adiknya itu.SooJung menepuk lengan abangnya.

“Oppa ni!”

Byunghee tertawa kecil. Perlahan-lahan, bahu adiknya itu dipautnya erat. Mereka kemudiannya berjalan menuju ke arah ahli keluarga mereka yang lain. Rakan-rakan ByungHee turut berada di situ untuk memberi sokongan moral kepadanya. ByungHee kemudiannya meleraikan pautannya terhadap SooJung sebelum dia berjalan ke arah Puan Jung yang sedang duduk itu. Perlahan-lahan, dia melutut di hadapan ibunya. Tangan Puan Jung dicapai sebelum digenggamnya erat.

“Omma….”

ByungHee menatap wajah ibunya yang turut berduka dengan nasib malang yang menimpanya itu.ByungHee menelan air liurnya.

“ByungHee nak minta maaf. ByungHee dah banyak buat omma sedih. ByungHee dah banyak lukakan hati omma. ByungHee tahu…ByungHee tak sepatutnya menyalahkan takdir. ByungHee dah sedar,omma.ByungHee dah sedar yang Tuhan sebenarnya sedang menguji ByungHee supaya kuat untuk menghadapi semua ni. Bukannya menyalahkan sesiapa atas apa yang telah terjadi sekarang ni. ByungHee minta maaf sebab ByungHee dah marah omma. Sedangkan omma sentiasa berada di sisi ByungHee. Omma sentiasa menemani ByungHee untuk beri kekuatan kepada ByungHee. Mianeyo..omma…Miane…”

ByungHee mendekatkan tangan ibunya itu sebelum dikucupnya lembut. Puan Jung turut tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir.Perlahan-lahan dia menarik tubuh lelaki itu sebelum dipeluknya erat.

“ByungHee tak pernah salah dengan omma. Tak ada apa yang omma perlu maafkan. Sebab omma tahu…ByungHee anak omma yang baik,”kata Puan Jung. ByungHee turut mengalirkan air mata.

“Miane…”

Puan Jung menggeleng.

“ByungHee tak salah,sayang. Omma faham. Sebab tu omma sentiasa berada di sisi anak omma sebab omma tak nak anak omma bersedih seorang diri. Omma ada. Kongsikan saja kesedihan ByungHee dengan omma. Jangan pendamkannya seorang diri. Omma tak nak anak omma jatuh sakit,”kata Puan Jung. ByungHee sekadar mengangguk. Puan Jung kemudiannya meleraikan pelukannya.

“Muka ByungHee dah nampak kurus. ByungHee makan ya? Omma ada bawakan makanan untuk ByungHee,”pujuk Puan Jung sambil meletakkan kedua-dua tangan pada pipi cengkung anak lelakinya itu. ByungHee sekadar membisu.

“ByungHee makanlah sikit. Nanti kalau ByungHee sakit macam mana?” Soal Puan Jung.

“ByungHee rindukan Vic,omma…”Luah ByungHee sambil mengalirkan air mata.Sungguh jiwanya begitu terseksa kerana kerinduannya yang kian menebal terhadap isterinya itu. Zhoumi yang turut berada di situ mengalihkan wajahnya. Tidak sanggup melihat sendiri penderitaan adik iparnya itu.

“Omma tahu ByungHee rindukan Vic. Tapi ByungHee tak boleh seksa diri ByungHee macam ni. Kalau Vic tahu ByungHee seksa diri macam ni, dia mesti sedih. Kalau ByungHee nak beri kekuatan kepada Vic untuk terus bertahan…untuk melawan penyakit dia…ByungHee pun kena kuat.ByungHee tak boleh lemah.ByungHee makan sikit ya,sayang?” Puan Jung terus memujuk.

“Appa…”

ByungHee menoleh. Kelihatan Hanna sedang menuju ke arahnya.

“Hanna kenapa nampak kurus ni,hm?” Soal ByungHee sambil menyentuh wajah Hanna yang semakin kurus itu.

“Hanna pun tak nak makan sejak kamu duduk di hospital ni. Dah dua hari dia demam sebab dia rindukan kamu dengan Vic,”kata Puan Jung lagi.Dada ByungHee terasa sebak. Perlahan-lahan, dia mengusap lembut pipi anak perempuannya itu.

“Aish…kenapa anak appa tak makan ni? Nanti sakit perut macam mana?Hm? Hanna tak kasihan dekat appa ya?” Soal ByungHee.

“Hanna rindukan appa dengan omma. Dah lama appa dengan omma tak balik rumah. Telefon pun tak pernah. Hanna rindu nak main dengan appa dan omma,”tangis kanak-kanak itu. ByungHee segera memeluk erat anak perempuannya itu.

“Appa minta maaf ya,sayang. Appa tak sengaja nak abaikan Hanna. Tak pernah terlintas pun dalam fikiran appa untuk lupakan Hanna. Appa minta maaf ya,sayang,”ucap ByungHee,bersungguh-sungguh. Hanna terus menangis dalam pelukannya itu.

“Jom kita pergi makan ya? Appa pun rindu nak makan dengan Hanna. Em, Hanna nak tengok tak gambar adik-adik Hanna?” Soal ByungHee,cuba menceriakan wajahnya. Hanna tersenyum lebar sambil mengangguk. ByungHee kemudiannya mengeluarkan telefon bimbitnya sambil menunjukkan sesuatu kepada Hanna. Mata Hanna terbuka luas apabila melihat gambar dua orang bayi comel di dalam telefon bimbit bapanya itu.

“Ni adik-adik Hanna? Hanna ada dua adik?” Soal Hanna. ByungHee tersenyum sambil mengangguk.

“Em,nil ah adik-adik Hanna. Yang ni namanya YoungMin…ni pula MinHyun. Comel kan?” Soal ByungHee. Hanna mengangguk laju.

“Comel sangat! Nanti Hanna nak jaga adik-adik Hanna boleh?” Soal Hanna sambil memaut manja lengan bapanya itu.

“Mestilah. Hanna kenalah tolong appa dengan omma jaga adik-adik Hanna. Tapi Hanna kenalah makan dulu. Kalau Hanna sakit, macam mana Hanna nak jaga adik-adik,betul tak?” Soal ByungHee.

“Okay. Kita pergi makan sama-sama ya,appa?”

ByungHee mengangguk sambil tersenyum.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((