Chapter 6

You Belong With Me

“Saya mungkin datang lambat sikit. Awak boleh tunggukah?” Soal ByungHee dalam panggilan telefonnya. Victoria melihat jam tangannya sebelum dia melihat hujan yang lebat di luar kafe hospital itu.

“Saya tak kisah. Hanna pula macam mana?” Soal Victoria pula.

“Saya dah minta tolong Soo Jung untuk jemput Hanna dulu. Saya ada kerja sikit pula tiba-tiba. Em…tak apakah?” Soal ByungHee,bimbang. Victoria tersenyum.

“Tak apa. Lagipun hujan tengah lebat ni. Saya boleh tunggu awak,”kata Victoria.

“Okey. Saya akan cuba datang secepat yang mungkin. Nanti kalau saya dah sampai, saya call awak,”kata ByungHee.

“Jangan tergesa-gesa sangat pula memandu tu. Tak apa,saya boleh tunggu,okey?” Balas Victoria. ByungHee tersenyum.

“Arasso. Kita jumpa nanti ya?” ByungHee kemudiannya menamatkan panggilan telefonnya. Victoria masih lagi tersenyum walaupun perbualannya dengan ByungHee sudah lama tamat. Dia kemudiannya berjalan menuju ke arah kaunter untuk membuat pesanan kopi sementara menunggu ketibaan ByungHee.

 

 

“Encik nak beli bunga yang mana satu?” Soal pekerja wanita itu kepada ByungHee. ByungHee terus melihat bunga-bunga yang dijual di kedai bunga itu sambil berfikir.

“Em…sebenarnya saya pun tak pasti…”Kata ByungHee,tidak pasti untuk membuat pilihan.Pekerja wanita itu tersenyum.

“Encik nak bagi bunga dekat siapa?” Soal pekerja wanita itu lagi.

“Saya nak bagi dekat isteri saya,”balas ByungHee.Senyuman pekerja wanita itu kian lebar.

“Beruntungnya isteri encik. Encik nak bagi bunga bersempena ulangtahun perkahwinankah?” Soalnya lagi.

“Eh, taklah. Em…saya sebenarnya…” Kelihatan ByungHee ragu-ragu untuk membuat keputusan. Perlukah dia menghadiahkan bunga kepada Victoria hanya sekadar suka-suka? Bagaimana sekiranya Victoria tidak suka akan pemberiannya itu?

“Em…tak apalah.Bagi saya yang tu dulu.Em…saya takut dia tak suka pula dengan bunga ros merah ni,”kata ByungHee.

“Baik. Encik nak berapa kuntum?” Soal pekerja wanita itu.ByungHee sekadar tersenyum nipis ke arahnya.

 

 

Victoria terus setia menunggu ketibaan ByungHee sambil menikmati kopi panas yang baru dipesannya sebentar tadi.

“Aku ni bukannya tak pandai memandu pun. Macam menyusahkan dia pula nak hantar dan jemput aku dari hospital tiap-tiap hari,”ngomelnya,perlahan.Dia kemudiannya tersenyum sendiri.

“Tapi…seronok juga macam ni. Sekurang-kurangnya ada teman nak berbual dalam kereta,”katanya lagi.Victoria kemudiannya memandang ke arah cincin yang tersarung pada jari manisnya itu.

 

“Kalau awak tak selesa dengan cincin tu, awak boleh tanggalkannya. Saya tak kisah.”

 

Perlahan-lahan,dia menyentuh cincin perkahwinan yang tersarung pada jari manisnya itu.Cincin bertahtakan berlian itu begitu cantik pada jari manisnya. Namun, dia tahu cincin itu bukanlah untuk dirinya. Pasti cincin yang dipakainya itu dibuat khas untuk gadis pilihan ByungHee. Senyumannya mengendur secara perlahan-lahan. Pasti kehadirannya dalam keluarga Jung itu sedikit sebanyak membuatkan ByungHee berasa tidak selesa. Mana mungkin lelaki itu mudah untuk menerima dirinya jika perkahwinan mereka itu berlaku bukan atas kehendak diri masing-masing. Dia melepaskan keluhan perlahan.

 

“Victoria?”

Victoria mendongak apabila terdengar namanya dipanggil.Matanya terbuka luas apabila melihat seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapannya itu.

“Min Ho?”

 

 

“Apa yang awak buat dekat sini?” Soal Victoria,berasa kurang selesa dengan kehadiran Min Ho di situ.Min Ho tersenyum.

“Aik? Macam tak seronok saja tengok saya balik? Saya terus datang sini dari airport semata-mata nak jumpa dengan awak tau,”kata Min Ho.

“Bukan itu maksud saya. Tapi…awak boleh saja call saya dulukan yang awak balik ke Seoul hari ni,”balas Victoria.

“Tak bestlah. Saya nak juga buat kejutan untuk awak,”kata Min Ho. Victoria sekadar tersenyum nipis. Min Ho memandang ke arahnya sambil tersenyum.

“I miss you so much, Victoria,”ucap Min Ho. Victoria memandang ke arahnya.

“Dah 3 tahun kita tak jumpa. Dan awak nampak sangat lain. Saya hampir-hampir tak kenal awak tadi,”kata Min Ho.

“Macam mana awak tahu yang saya ada dekat sini?” Soal Victoria.

“Awakkan pernah beritahu saya yang awak bekerja di sini? Sebab tu saya cari awak dekat sini,”kata Min Ho.Victoria sekadar tersenyum.Min Ho kemudiannya memandang ke arah Victoria.

“Jadi…” Dia berhenti seketika. Victoria memandang ke arahnya.

“…Awak dah fikirkan pertanyaan saya sebelum ni?” Soal Min Ho,teragak-agak.

“Pertanyaan awak?” Soal Victoria,tidak memahami.

“Pasal…lamaran saya 3 tahun yang lepas,”kata Min Ho. Mata Victoria terbuka luas. Sungguh dia langsung tidak mengingati lamaran lelaki itu terhadapnya. Min Ho terus menantikan jawapan daripadanya. Perlahan-lahan, Victoria menundukkan wajahnya, mencari jawapan kepada pertanyaan Min Ho itu. Dia kemudiannya memandang ke arah cincin yang tersarung pada jari manisnya itu.

“Victoria?” Soal Min Ho.Victoria memandang ke arahnya.

“Min Ho…saya…” Victoria teragak-agak untuk memberikan jawapannya kepada Min Ho. Selama ini, dia sudah mengetahui perasaan sebenar Min Ho terhadap dirinya. Namun, sekali pun dia tidak pernah mempunyai perasaan yang sama terhadap lelaki tersebut. Baginya, dia sudah lama menganggap Min Ho sekadar teman rapatnya, tidak lebih dari itu.

“Min Ho…saya cuma nak awak tahu…selama ni saya hanya anggap kita ni sekadar berkawan, tak lebih dari tu. Dan…pasal lamaran awak tu…saya…”

“Kenapa? Awak masih tak percayakan saya?” Soal Min Ho,memintas kata-kata Victoria. Victoria memandang ke arahnya.

“Saya tahu…yang kita ni dah lama berkawan,Vic. Tapi perasaan saya terhadap awak dah berubah. Saya dah anggap awak lebih daripada seorang kawan,”kata Min Ho.Victoria mengeluh perlahan.

“Miane. Saya…saya…”

Victoria menggelengkan kepalanya.

“Saya rasa baik awak balik dulu,Min Ho.Lagipun awak mesti penat,”kata Victoria,sebelum dia bangun dari tempat duduknya itu. Namun,belum sempat dia berganjak dari situ, Min Ho segera mencapai tangannya. Victoria menoleh ke arahnya.

“Saya dah lama tunggu jawapan daripada awak,Victoria. 3 tahun saya beri masa kepada awak untuk fikirkan jawapan kepada lamaran saya tu. Takkan tempoh 3 tahun tu masih belum cukup untuk awak?” Soal Min Ho,tidak puas hati. Victoria cuba untuk melepaskan tangannya daripada genggaman Min Ho.

“Min Ho,lepaskan tangan saya. Semua orang tengah tengok kita. Awak tak malukah?” Soal Victoria,tidak selesa dengan tindakan Min Ho terhadapnya itu.

“Miane. Tapi saya memang dah tak boleh tunggu lagi,Victoria. Saya dah tunggu awak selama 3 tahun. Dan tiba masanya untuk saya tahu jawapan daripada awak,”kata Min Ho,tetap berdegil.

“Min Ho,lepaskan tangan saya. Tangan saya sakit,”kata Victoria,mulai berasa sakit.

“Vic…please…” Min Ho terus merayu. Min Ho terus memegang tangan Victoria dengan erat sehinggalah tubuhnya ditolak kasar oleh seseorang. Victoria segera menoleh. Matanya terbuka luas apabila melihat ByungHee yang sedang berdiri di sebelahnya itu. Wajah lelaki itu kelihatan tegang sekali, bagaikan sedang menahan kemarahannya yang teramat itu.

“Byung…ByungHee…?” Victoria masih lagi terkejut dengan kehadiran ByungHee di situ. Apatah lagi dengan keadaan ByungHee yang basah kuyup itu. Min Ho kemudiannya bangun.

“Awak siapa?” Soal Min Ho,tidak puas hati. ByungHee tidak segera menjawab pertanyaan Min Ho.Dia kemudiannya berpaling daripada Min Ho sebelum dia mencapai tangan Victoria. Victoria menoleh ke arahnya.

“Jom kita balik,”kata ByungHee,perlahan. Min Ho yang tidak puas hati apabila melihat ByungHee memegang tangan Victoria itu, segera menumbuk wajah lelaki itu sehingga menyebabkan ByungHee tersungkur di atas lantai.

“ByungHee!” Victoria segera menerpa ke arah ByungHee. Dia terkejut apabila melihat bibir ByungHee yang berdarah itu. Dia kemudiannya menoleh ke arah Min Ho.

“Min Ho! Apa awak buat ni?!” Soal Victoria,marah dengan tindakan Min Ho itu.

“Siapa lelaki tu,Vic?” Soal Min Ho,tidak puas hati.

“Dia suami saya! Puas hati? !” Balas Victoria. Min Ho terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Victoria itu.

“Miane…saya terpaksa tolak lamaran awak. Saya betul-betul tak boleh terima awak lebih daripada seorang kawan,Min Ho,”kata Victoria,menundukkan wajahnya.

“Bwo? Semudah tu awak tolak lamaran saya? Saya lebih kenal awak daripada lelaki tu, Vic. Macam mana awak boleh terima lelaki tu dengan mudah tapi bukan dengan saya? Saya lebih sayangkan awak daripada dia!” Jerkah Min Ho. Victoria tidak memandang ke arah Min Ho. Sebaliknya dia terus memaut lengan ByungHee dengan erat.

“Jeongmal miane…miane…” Balas Victoria. Suaranya kedengaran sebak. Min Ho melepaskan keluhan kasar sebelum dia meraup wajahnya.

“Saya betul-betul kecewa dengan awak,Vic,”kata Min Ho, sebelum dia segera beredar dari situ meninggalkan Victoria dan ByungHee. Perlahan-lahan, Victoria mengalirkan air matanya. ByungHee kemudiannya mengesat air matanya dengan lembut. Victoria memandang ke arahnya.

“Kaja…” Kata ByungHee,cuba untuk bangun semula. Dia kemudiannya melepaskan pautan tangan Victoria terhadap lengannya sebelum dia menutup kepala Victoria dengan jaketnya.

“Miane.Saya lupa nak bawa payung,”kata ByungHee,tanpa memandang ke arah Victoria.Dia kemudiannya memaut bahu Victoria sebelum mereka sama-sama menuju ke arah kereta.

Victoria kemudiannya menoleh ke arah ByungHee sebaik sahaja lelaki itu mengambil tempat di sebelahnya. Dia cuba untuk menyentuh luka pada bibir lelaki itu, namun lelaki itu enggan.

“Saya minta maaf sebab lambat,”kata ByungHee,perlahan. Victoria mengalihkan wajahnya daripada ByungHee. Entah mengapa, dia berasa sedih kerana sikap ByungHee yang dingin terhadapnya itu. Mereka kemudiannya terus membisu sepanjang perjalanan pulang mereka ke rumah.

 

 

“Awak kena hujan tadi. Biar saya sediakan air panas untuk awak,”kata Victoria sebaik sahaja dia meletakkan begnya di atas meja.

“Tak apa,”kata ByungHee,sebelum dia bersin kerana kesejukan.

“Tapi awak…”

“Saya boleh buat sendiri,”kata ByungHee,segera menaiki tangga menuju ke arah biliknya tanpa mempedulikan Victoria yang sedang memandang ke arahnya itu.Victoria kemudiannya terduduk di situ sebelum dia mengalirkan air mata.

 

 

“Tolong cakap dekat Hanna…yang ByungHee tak dapat nak datang ambil dia dari rumah omma. Lagipun hujan lebat lagi dekat luar. ByungHee tak nak Hanna kena hujan,”kata ByungHee yang ketika itu sedang berbual dengan Puan Jung melalui telefon.

“Em..mungkin ByungHee akan jemput dia terus dari tadika esok. Miane…” Kata ByungHee sebelum dia menamatkan panggilan telefonnya itu. Dia kemudiannya membaringkan diri di atas tilamnya, tanpa mempedulikan tubuhnya yang masih basah itu. Perlahan-lahan,dia mengeluarkan sekuntum bunga ros merah yang dibalut kemas dalam plastik itu dari dalam jaket hitamnya itu. Dia melepaskan keluhan berat sebelum dia mencampak bunga itu ke dalam bakul sampah.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((