Chapter 48

You Belong With Me

“Kau jangan nak buat gila,boleh tak? Walau apa pun terjadi, aku takkan sesekali terima kau untuk jadi isteri aku! Faham?!” Jerkah ByungHee, tanpa langsung mempedulikan suasana koridor hospital yang sunyi sepi itu. Suaranya bergema di sepanjang laluan koridor tersebut.

“Oppa memang tak faham atau saja buat-buat tak faham? Jadi oppa sangguplah tak tepati janji oppa terhadap isteri oppa tu?” Soal SeYeon. ByungHee ketawa sinis.

“Janji? Sejak bila pula aku berjanji dengan dia yang aku nak kahwin dengan kau?Sejak bila?Hei,aku tak tua lagi tau. Seingat aku, aku tak pernah sekalipun berjanji dengan dia untuk berkahwin dengan kau. Bukan dengan kau saja. Aku takkan sesekali terima mana-mana pun perempuan selain daripada isteri aku.” Balas ByungHee,bengang.

“Tapi Victoria dah berjanji untuk benarkan SeYeon berkahwin dengan oppa kalau dia dah tak ada nanti. Jadi…mahu tak mahu, oppa kena terima,”kata SeYeon. ByungHee ketawa lagi.

“Kau ni memang perempuan tak tahu malukan? Hoi…isteri aku tu masih hiduplah. Dia ada lagi dekat dalam tu. Yang kau terhegeh-hegeh nak sangat ajak aku kahwin dengan kau kenapa? Dah terdesak sangat? Dah tak ada lelaki lain sangat dah nak dekat kau?”

“Aku dah malas dah nak layan perangai gila kau ni,tahu tak? Cukuplah jangan ganggu aku lagi,SeYeon. Cubalah terima hakikat yang antara kita memang dah tak ada jodoh. Sampai bila-bila pun, aku hanya sayangkan Victoria. Kalau dia lari tinggalkan aku pun, aku tetap setia menyanyangi dia. Pintu hati aku dah tertutup rapat untuk menerima perempuan lain. Aku dah tak nak. Kau faham tak? Tolonglah..pergi dari hidup aku, SeYeon.”

“Kalau kau buat macam ni sebab kau rasa bersalah tinggalkan aku dulu…aku maafkan kau. Kau tak perlu rasa bersalah dah. Kau pergilah cari kebahagiaan kau sendiri. Ada lelaki yang lebih layak untuk membahagiakan kau daripada aku. Pergilah,Seyeon.”

“Tapi SeYeon hanya cintakan oppa. SeYeon tak boleh hidup tanpa oppa. Tolonglah oppa. Terimalah SeYeon semula dalam hidup oppa.SeYeon janji yang SeYeon akan berubah. SeYeon akan jadi wanita yang oppa mahukan.Kalau oppa nak SeYeon jadi macam Victoria pun, SeYeon sanggup. Asalkan oppa terima SeYeon,”kata SeYeon sambil memegang erat lengan lelaki itu. ByungHee mengeluh. Perlahan-lahan dia melepaskan pautan tangan SeYeon terhadap lengannya itu.

“Jangan, SeYeon. Tak adil bagi kau kalau aku terima kau semata-mata kerana Victoria. Aku tak nak berlaku kejam dengan kau. Cukupla , SeYeon. Aku betul-betul tak boleh terima kau. Carilah lelaki yang boleh terima kau seadanya,”kata ByungHee.

“Tapi dulu oppa cintakan SeYeon!”

“Ya! Memang dulu aku cintakan kau! Tapi itu semua dah tinggal kenangan, SeYeon. Dah setahun lebih berlalu. Dan sekarang aku hanya cintakan Victoria. Sampai bila-bila pun, hanya dialah yang aku sayang. Hanya dialah satu-satunya isteri aku.Tak ada orang lain yang boleh gantikan dia termasuklah kau. Miane,”kata ByungHee. Air mata SeYeon mulai mengalir.

“Begitu mudah untuk oppa lupakan SeYeon kan?Mesti perempuan tu dah hasut oppa macam-macam untuk benci dan lupakan Seyeon!”

“Victoria bukan macam tu! Dia bukannya macam kau!Sepatutnya kau salahkan diri kau sendiri dengan apa yang telah berlaku antara kita berdua. Victoria langsung tak bersalah dalam hal ni. Malah dia yang selamatkan maruah keluarga aku daripada menanggung malu akibat daripada perbuatan kau sendiri. Kau tak layak tuduh dia bukan-bukan,faham?!”

“Tolong pergi dari sini. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Aku harap ini perjumpaan kita yang terakhir. Aku doakan semoga kau temui kebahagiaan kau sendiri. Selamat tinggal.”

ByungHee segera beredar meninggalkan SeYeon di situ. Dia langsung tidak mempedulikan SeYeon yang sedang memanggil namanya itu.

 

 

“ByungHee!”

ByungHee yang sedang memegang erat tangan Victoria itu menoleh ke belakang. Kelihatan SeungHo sedang tercungap-cungap berdiri di pintu masuk bilik Victoria itu.

“Kenapa ni, SeungHo?” Soal ByungHee,kebingungan.

“SeYeon!”

ByungHee mengerutkan dahinya.

 

“Turun,SeYeon! Kau dah gilakah?!” Jerit LeeJoon. SeYeon yang sedang berdiri di hujung tebing bangunan hospital itu menggelengkan kepalanya.Kelihatan wajahnya basah dengan air mata.

“Tak nak! Selagi ByungHee oppa tak nak terima SeYeon, selagi tu SeYeon akan berdiri dekat sini!” Jerit SeYeon sambil menangis teresak-esak.LeeJoon mendengus kasar. Cheondung dan Mir turut buntu dalam mencari jalan keluar terhadap masalah yang sedang mereka hadapi itu. Sungguh SeYeon sudah gila!

“Jin SeYeon!”

 SeYeon menoleh. Kelihatan ByungHee sedang berjalan ke arahnya. Raut wajah ByungHee menunjukkan rasa cemasnya terhadap perbuatan bahaya yang sedang dilakukan oleh SeYeon itu.

“Turun dari situ, SeYeon! Kau dah gilakah?” Soal ByungHee. SeYeon menggelengkan kepalanya.

“Selagi oppa tak nak terima SeYeon sebagai isteri oppa, selagi tu SeYeon takkan turun! SeYeon lebih rela mati!” Jerit SeYeon sambil berundur selangkah. Sesekali dia akan melihat ke bawah. Jantungnya berdegup kencang. Jika tersilap langkah,nyawanya pasti melayang. Niatnya hanya mahu mengugut lelaki itu supaya bersetuju untuk berkahwin dengannya.

“Apa kau merepek ni?! Kau ingat dengan cara ni, kau boleh ubah fikiran aku? Sedarlah SeYeon! Janganlah buat benda ni,boleh tak?!” Jerit ByungHee,geram. SeYeon menggeleng.

“SeYeon cintakan oppa! Susah sangatkah untuk oppa terima semula SeYeon?! Besar sangatkah salah SeYeon kepada oppa?”Balas SeYeon. ByungHee mengeluh berat.Sungguh fikirannya runsing dengan perangai gila SeYeon ketika itu.

“SeYeon ah!”

SeYeon mendongak. Matanya terbuka luas apabila melihat JongSuk dan beberapa orang pegawai polis sedang berlari ke arahnya itu. Ketika itu, SeungHo dan LeeJoon saling berpandangan. Mereka amat mengenali lelaki itu. JongSuklah lelaki yang mereka nampak di dalam rakaman CCTV tersebut.Dialah suspek yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang terjadi kepada ByungHee dan SeungHo sebelum ini.

“Apa yang you buat dekat sini?!” Jerit SeYeon. Kakinya mulai menggeletar apabila melihat tiga orang pegawai polis yang mengiringi JongSuk ketika itu.

“You pula buat apa dekat situ?Turun! You dah gilakah? You memang betul-betul nak matikah?!” Marah JongSuk.

“Apa semua ni? Awak siapa?” Soal ByungHee,bingung. JongSuk menelan air liurnya. Perlahan-lahan, dia menoleh ke arah ByungHee.

“Saya JongSuk. Saya…saya yang menyebabkan awak dan SeungHo terlibat dalam kemalangan jalan raya,”kata JongSuk,perlahan.Mata ByungHee terbuka luas sebaik sahaja mendengar pengakuan daripada JongSuk.

“Apa?”

“JongSuk! Apa yang you cakap ni?!” Jerit SeYeon. JongSuk menoleh ke arah SeYeon.

“Cukuplah, SeYeon. Kita dah tak boleh lari. Turunlah dari situ. Kita menyerah saja kepada polis.Please…” Rayu JongSuk.SeYeon menggeleng laju.

“Apa yang you merepek ni? Buat apa I nak menyerah diri atas kesalahan yang I tak pernah buat?!” Balas SeYeon,berdegil.

“Kami ada bukti kukuh, SeYeon ssi. Jadi kami nak Cik turun dari situ dan serah diri kepada pihak polis!” Salah seorang daripada pegawai polis itu memberi arahan kepada SeYeon. SeYeon tertawa.

“Apa ni?! JongSuk ah…you tahu kan I tak tahu apa-apa pasal ni? Apa yang mereka mengarut ni?!” Soal SeYeon.

“Sudahlah SeYeon. Mengaku sajalah yang kau dah bersubahat dengan JongSuk atas cubaan untuk membunuh Victoria. Kau dah tak boleh lari dah. Menyerah sajalah!” Laung SeungHo. ByungHee masih membisu, seolah-olah masih sukar untuk percaya dengan kenyataan yang baru sahaja diketahuinya itu.

“Saya tahu saya tak layak untuk minta maaf. Tapi saya betul-betul menyesal atas apa yang saya dah buat. Saya terpaksa buat sebab SeYeon dah janji yang dia akan terima saya kalau saya tunaikan setiap permintaan dia…saya..”

“Walaupun terpaksa membunuh?”Pintas ByungHee.JongSuk terdiam.ByungHee memejamkan matanya. Satu keluhan berat dilepaskan.

“Saya serahkan semuanya kepada Tuan. Saya tak nak masuk campur lagi dalam hal ni.” ByungHee memusingkan badannya, berura-ura mahu beredar dari situ.Fikirannya benar-benar runsing.

“Oppa! Jangan pergi!!! Jangan tinggalkan SeYeon!”

Entah di mana silapnya,kaki kanan SeYeon tergelincir sehingga membuatkan tubuhnya terjatuh ke belakang.

“SEYEON AH!!!!”

Cepat-cepat JongSuk berlari menuju ke arah SeYeon. Namun semuanya sudah terlambat.JongSuk memejamkan matanya sebaik sahaja melihat tubuh SeYeon yang terkulai tidak bernyawa di atas jalan itu. ByungHee turut terkejut. Perlahan-lahan,dia terduduk di situ. Sungguh dia sudah lelah untuk menghadapi semua itu.Perlahan-lahan, air matanya mengalir. Walaupun sudah tidak ada lagi perasaan cinta terhadap wanita itu, namun dia akui masih ada lagi terselit rasa sayang. Mana mungkin dia dapat melupakan kenangannya dengan mudah bersama SeYeon yang terbina selama 5 tahun itu. Walau apa pun kenyataannya, wanita itu pernah bertakhta di hatinya sebelum hatinya dilukai oleh wanita itu sendiri.

“Miane…SeYeon ah…”

Air matanya mengalir laju.

 

 

SeungHo menghulurkan cawan kertas berisi kopi kepada Byunghee yang sedang termenung itu. ByungHee memandang ke arahnya.

“Aku bawakan kopi untuk kau.”

Perlahan-lahan,ByungHee menyambut huluran tangan SeungHo sambil tersenyum hambar. SeungHo kemudiannya mengambil tempat di sebelah ByungHee. ByungHee pula masih lagi kelihatan murung. Seolah-olah masih lagi terkejut dengan kejadian yang menimpa SeYeon dua hari yang lalu.

“Kau okeykah?” Soal SeungHo,cuba menyelami perasaan sahabat baiknya itu.ByungHee sekadar mengangguk perlahan.

“Kau rasa…aku ni terlalu kejamkah terhadap SeYeon?” Soal ByungHee. SeungHo tidak terus menjawab.Sekadar membiarkan lelaki itu meluahkan perasaannya yang selama ini terbuku di dalam hati. Sesekali kedengaran lelaki itu melepaskan keluhan berat.

“Adakah aku ni terlalu kejam kerana sedikit pun aku tak pernah beri peluang kedua kepada dia? Sedangkan selama ni…dialah yang aku sayang…dialah yang aku cinta. Malah aku sudah berjanji untuk menjadikan dia teman hidup aku untuk selama-lamanya…”

ByungHee menundukkan wajahnya. SeungHo meletakkan tangannya pada bahu ByungHee.

“Semua ni bukan salah kau. Kau Cuma berterus terang kepada dia tentang perasaan kau yang sebenarnya. Ya, memang kau pernah cintakan dia. Tapi silap dia sendiri yang membuatkan perasaan kau berubah. Silap dia sendiri yang membiarkan hati kau belajar untuk menerima cinta daripada Victoria. Kau jangan salahkan diri kau. Lagipun semua ni dah lepas. SeYeon pun dah tak ada. JongSuk pun dah kena tangkap. Sekarang ni…kau tumpukan saja perhatian kau terhadap Victoria. Dia perlukan kau sekarang ni,”pujuk SeungHo. ByungHee mengetap bibirnya.

“Aku takut, SeungHo. Aku takut yang Vic akan tinggalkan aku…” Rintih ByungHee.

“Janganlah cakap macam tu. Kau kena kuat. Kau kena percaya yang Vic akan sedar. Dan dia akan sembuh macam biasa. Lepas tu…kau akan jalani kehidupan kau bersama-sama Vic dan anak-anak kau. Kau akan bahagia selepas ni, ByungHee.Percayalah cakap aku,”kata SeungHo. Byunghee sekadar mengangguk perlahan.

“Gomawo…SeungHo yah..” Ucap ByungHee. SeungHo tersenyum lebar.

Perbualan mereka terganggu apabila telefon bimbit ByungHee berbunyi. ByungHee terus menjawab panggilan tersebut sebaik sahaja melihat nama SooJung yang tertera pada skrin telefon bimbit tersebut.

“Ne, SooJung ah.”

Mata ByungHee terbuka luas sebaik sahaja menerima panggilan daripada SooJung. Kelam kabut dia berlari meninggalkan SeungHo di situ.

“ByungHee yah! Kenapa ni?!”

 

 

“Kenapa dengan MinHyun?” Soal ByungHee sebaik sahaja tiba di hadapan bilik yang menempatkan bayi kembarnya itu. Puan Jung pula sudah lama menangis di sisi suaminya.

“MinHyun tiba-tiba berhenti bernafas. Doktor sedang cuba selamatkan MinHyun,”kata SooJung,turut mengalirkan air mata.ByungHee terundur beberapa langkah.Tubuhnya yang hampir terjatuh itu sempat disambut oleh SeungHo dari belakang. Lidahnya bagaikan kelu untuk berkata-kata.

“ByungHee yah! Gwenchana?” Soal SeungHo sambil menggoncangkan bahu lelaki tersebut.ByungHee terus membisu. Pandangannya kosong.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((