Chapter 3

You Belong With Me

“Kita nak pergi mana ni,ByungHee?” Soal Victoria sambil membetulkan ikatan pada rambut Hanna yang panjang itu.Hanna pula kelihatan asyik bermain dengan telefon bimbit milik Victoria itu. ByungHee yang sedang memandu itu sekadar tersenyum.

“Semalam omma telefon. Omma ajak kita pergi makan malam dekat rumah malam ni,” kata ByungHee sambil memandu.

“Bwo? Kenapa awak tak cakap awal-awal? Saya pakai baju biasa-biasa saja sekarang ni. Nanti apa pula yang eomeoni cakap pasal saya,” kata Victoria,bimbang. ByungHee sekadar tersenyum.

“Baju awak tu dah cukup okey,”kata ByungHee tanpa menoleh ke arah Victoria. Victoria mencebik.

 

 

“Hanna!”

Puan Jung segera memeluk Hanna sebaik sahaja kanak-kanak itu berlari masuk ke dalam rumahnya.

“Anak kesayangan awak tu memang suka betul berlarikan?” Soal Victoria sambil menoleh ke arah ByungHee yang sedang menutup pintu kereta itu.

“Tengoklah appa dia,”balas ByungHee.Victoria membeliakkan kedua-dua matanya.

“Awak dulu atlet sukankah? Awak tak pernah cerita pun dekat saya,”kata Victoria. ByungHee sekadar tersenyum.

“Awak yang tak nak tanya,”balas ByungHee. Setelah hampir sebulan mereka tinggal di bawah bumbung yang sama, hubungan mereka kian akrab. Mereka semakin selesa dan bersikap terbuka antara satu sama lain.

Puan Jung yang sedang mendukung Hanna itu melihat ke arah ByungHee dan Victoria yang masih lagi berdiri di luar itu.Bibirnya menguntum senyuman manis.

“Awak tengoklah anak menantu awak tu. Saya tengok mereka makin mesra dari dulu,”kata Puan Jung sebaik sahaja menyedari Tuan Jung yang sedang berjalan ke arahnya itu. Tuan Jung turut tersenyum apabila melihat ke arah ByungHee dan Victoria yang sedang berbual di luar itu.

“Saya dah cakap dah. Lama-kelamaan ByungHee akan suka juga dengan pilihan saya,”kata Puan Jung,gembira melihat kemesraan antara ByungHee dan Victoria itu.

“Daripada awak asyik pandang mereka macam tu, baik awak panggil mereka masuk. Saya dah lapar ni,”kata Tuan Jung.

“ByungHee yah! Victoria ! Cepatlah masuk. Apa lagi yang kamu berdua buat dekat luar tu?” Soal Puan Jung,separuh menjerit ke arah pasangan itu. ByungHee dan Victoria menoleh ke arahnya.

“Tengok. Saya dah ajak awak masuk dah tadi. Tak pasal-pasal omma jerit panggil kita masuk,” kata ByungHee sebelum dia beredar meninggalkan Victoria seorang diri di situ.Mulut Victoria terlopong apabila lelaki itu selamba meninggalkannya seorang diri di situ.

“Yah Jung ByungHee!”

 

 

“Hari ni Victoria tak kerjakah? Risau pula omma kalau omma ganggu waktu kerja Victoria,”soal Puan Jung.

“Kebetulan hari ni saya cuti,eomeoni. Kalau tak,mungkin susah sikit saya nak datang makan malam dengan eomeoni dan aboji,”kata Victoria sambil tersenyum. ByungHee sekadar mendengar perbualan mereka sambil memandang ke arah Hanna yang kusyuk menikmati  makan malamnya itu. Sesekali dia akan mengelap bibir Hanna yang kelihatan comot itu.

“Macam mana rasanya bila duduk serumah dengan ByungHee? ByungHee ada buli Victoria tak dekat rumah tu?” Soal Puan Jung sambil memandang ke arah anak lelakinya itu. ByungHee memandang ke arahnya. Victoria tersenyum.

“Omma…apa omma cakap ni?” Soal ByungHee.

“Kenapa? Salahkah omma tanya? Omma Cuma nak tahu saja,” kata Puan Jung,selamba.

“ByungHee layan saya dengan baik,eomeoni. Dia selalu hantar saya dan jemput saya dari hospital. Dia tak bagi saya balik lewat seorang,”kata Victoria sambil tersenyum ke arah ByungHee. ByungHee berdehem beberapa kali sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah Hanna. Puan Jung dan Tuan Jung tersenyum lebar.

“Baguslah kalau macam tu. Lega hati omma bila dengar Victoria cakap macam tu,” kata Puan Jung. ByungHee pula terus mendiamkan diri.

“Kerja kamu pula macam mana,ByungHee? Setakat ni ada apa-apa masalah tak?” Soal Tuan Jung pula. Dia begitu gemar membincangkan hal-hal berkaitan kerja dengan anak lelakinya itu. Entah berapa kali Puan Jung cuba untuk mengubah sikapnya itu,namun ternyata Tuan Jung seorang yang keras kepala. Bagaikan sudah menjadi tabiatnya untuk membangkitkan hal-hal kerja ketika berada di meja makan.Mungkin juga dia berasa rindu dengan pekerjaannya itu apabila kedudukannya sebagai presiden syarikat pembinaan itu kini diambil alih oleh ByungHee.

“Setakat ni semuanya berjalan lancar,appa. SeungHo,Joon,Cheondung dengan Mir sentiasa tolong ByungHee untuk uruskan syarikat tu,” kata ByungHee.

“Dan mungkin dalam 2-3 hari lagi, ByungHee akan pergi ke Tokyo dengan SeungHo.Mungkin kami akan berada di sana selama seminggu,”kata ByungHee. Victoria memandang ke arahnya sebaik sahaja ByungHee menghabiskan kata-katanya itu. ByungHee turut memandang ke arahnya sebelum lelaki itu mengalihkan pandangannya ke arah Tuan Jung.

 

 

ByungHee memandang ke arah Victoria yang sedang berbual dengan Hanna di laman rumahnya itu. Mereka turut ditemani oleh Tuan Jung. Ternyata Victoria tidak kekok membiasakan diri dengan ahli keluarganya. Mungkin juga kerana Victoria sudah biasa berurusan dengan keluarganya sebelum ini sebagai doktor yang pernah merawat Hanna suatu ketika dahulu.

“Jauh betul kamu termenung ya,ByungHee.”

ByungHee menoleh. Kelihatan Puan Jung sedang berdiri di sebelahnya sambil tersenyum. Wanita itu turut melihat ke arah Victoria yang kelihatan rancak berbual dengan suami dan cucu perempuannya itu.

“Omma tahu…ByungHee masih marah dengan omma. Tapi…pilihan omma kali ni…tak salahkan?” Soal Puan Jung. ByungHee tidak segera menjawab.

“Walaupun omma tahu yang kamu masih belum kenal dengan Victoria , tapi omma rasa seronok sangat bila Victoria cakap yang kamu layan dia dengan baik. Macam nilah anak omma,”kata Puan Jung sambil memegang erat tangan ByungHee. ByungHee memandang ke arah tangannya yang sedang digenggam oleh ibunya itu.

“Macam mana kalau dia cakap macam tu sebab nak sedapkan hati omma saja?” Soal ByungHee pula. Puan Jung menoleh ke arahnya. Kedengaran lelaki itu mengeluh perlahan.

“Omma jangan lupa.Keluarga kita yang minta dia untuk berkahwin dengan ByungHee.Sedangkan kami langsung tak pernah rapat sebelum ni.Entah-entah dia dah ada orang yang dia sayang selama ni.Kita saja yang tak tahu,”kata ByungHee.

“ByungHee takut…kalau-kalau dia hanya pendam perasaan dia selama ni. Dia hanya pura-pura gembira depan kita. Sedangkan dia sedang menderita seorang diri,”kata ByungHee.

“Kenapa ByungHee cakap macam tu? Kan omma dah cakap yang Victoria ialah pilihan omma yang terbaik untuk ByungHee.Omma berani cakap macam tu, sebab omma dah kenal dengan Victoria waktu dia jadi doktor Hanna dulu. Kalau betul dia dah ada pilihan hati dia sendiri, dia takkan terima pun lamaran keluarga kita,”kata Puan Jung.

“Tapi omma…kalau omma pilih dia semata-mata nak tutup malu keluarga kita, ByungHee rasa…”

“Semua tu dah pun berlakukan,ByungHee?” Puan Jung memintas kata-kata ByungHee. ByungHee terdiam.

“Benda yang dah berlaku…tak usah diingatkan lagi.Kalau perkara tu tak terjadi sebelum perkahwinan kamu pun, omma tetap nak Victoria jadi menantu omma.Ingat tu,”kata Puan Jung. ByungHee mengeluh perlahan.Puan Jung memperkemaskan genggaman tangannya terhadap tangan ByungHee.

“Omma nak ByungHee cubalah buka hati ByungHee untuk mengenali Victoria. Berkawanlah dulu dengan dia. Lama-kelamaan, perasaan sayang tu akan wujud juga. Ambillah masa selama mungkin yang ByungHee mahukan. Omma tak kisah. Asalkan omma nak ByungHee bahagia dengan Victoria. Omma buat semua ni sebab omma sayangkan ByungHee dan Hanna. Lagipun, ByungHee dah banyak berkorban untuk Hanna. Tak salahkan kalau ByungHee merasai kebahagiaan ByungHee sendiri?” Soal Puan Jung. ByungHee memandang ke arah Victoria yang sedang melayani kerenah Hanna itu. Tidak lama selepas itu, pandangan mereka bertembung antara satu sama lain apabila Victoria turut memandang ke arahnya. Victoria kemudiannya tersenyum sambil melambaikan tangan ke arahnya. ByungHee turut membalas senyumannya.

“Ingat apa yang omma cakap tadi. Layan Victoria baik-baik. Kalau ByungHee rasa bersalah terhadap dia walaupun omma tak nak ByungHee rasa macam tu, ByungHee layanlah dia dengan baik. Buktikan kepada Victoria yang ByungHee layak untuk menjadi suami dia. Walaupun perkahwinan yang terjadi antara ByungHee dan Victoria berlaku secara tiba-tiba.Arasso?” Kata Puan Jung. ByungHee sekadar membisu,memikirkan kata-kata ibunya itu.

 

 

Victoria membiarkan Hanna tidur lena dalam pangkuannya. Dia memperkemas pelukannya terhadap Hanna, untuk memastikan kanak-kanak itu berasa selesa dalam pangkuannya.ByungHee pula meneruskan pemanduannya tanpa bersuara.

“Seronok betul Hanna bermain dengan aboji tadi. Tengoklah ni. Lena betul dia tidur,”kata Victoria. ByungHee pula terus membisu. Victoria kemudiannya menoleh ke arah ByungHee yang sedang memandu itu. Dia berasa hairan melihat ByungHee yang tiba-tiba berubah senyap sejak pulang dari rumah kedua-dua ibu bapa mertuanya sebentar tadi.

“Awak…”

ByungHee menoleh ke arahnya.

“Awak okaykah? Kenapa tiba-tiba awak diam saja ni?” Soal Victoria,ingin tahu.

“Tak ada apa-apa. Saya okey,”balas ByungHee.

“Betul ni?” Soal Victoria,inginkan kepastian.ByungHee sekadar tersenyum sambil mengangguk.

“Sampai hati awak ya,ByungHee…” Kata Victoria,memuncungkan mulutnya. ByungHee menoleh ke arahnya.

“Kenapa pula? Apa yang saya dah buat?” Soal ByungHee,ingin tahu.

“Awak tak pernah cakap dengan saya pun yang awak nak pergi Tokyo lagi dua tiga hari ni. Kalau pergi untuk dua tiga hari tak apalah juga. Ni nak pergi untuk seminggu,”kata Victoria sambil mengusap kepala Hanna yang sedang tidur itu dengan lembut.

“Miane. Saya betul-betul terlupa nak beritahu awak. Lepas appa tanya, baru saya teringat,”kata ByungHee.ByungHee kemudiannya mencuri-curi pandang ke arah Victoria sambil tersenyum.

“Awak takut kalau awak rindukan saya ya?” Soal ByungHee. Mata Victoria terbuka luas mendengar kata-kata Byunghee yang berbaur usikan itu.Itulah pertama kali lelaki itu mengusiknya selama mereka tinggal bersama selama ini.

“Bwo? Aniyo! Buat apa saya nak rindukan awak pula?” Balas Victoria.ByungHee tersenyum lagi.

“Kalau awak nak ikut,boleh saja. Lagipun saya cuma ada mesyuarat dekat sana. Kalau awak nak bersiar-siar dekat Tokyo dengan Hanna, apa salahnya,”kata ByungHee,memberi cadangan.

“Tak apalah. Saya pun ada banyak kerja dekat hospital. Awak ingat senangkah nak minta cuti?” Balas Victoria.

“Terpulanglah.Saya cuma beri cadangan dekat awak saja,”kata ByungHee.Victoria mencebik.

“Tapi kenapa sampai seminggu? Awak kata awak Cuma ada mesyuarat saja,”soal Victoria tanpa memandang ke arah ByungHee. Entah mengapa wajahnya terasa panas apabila menanyakan soalan itu kepada ByungHee.

“Saya ada mesyuarat dan lawatan ke tapak pembinaan.Tempoh seminggu tu hanya anggaran saya saja.Kalau kerja saya dah habis, saya baliklah cepat,”kata ByungHee.

“Tengok tu. Saya tak pergi lagipun, awak dah mula rindukan saya,”usik ByungHee lagi.

“Jangan nak perasanlah,ByungHee,”kata Victoria. ByungHee tersenyum. Begitu juga dengan Victoria.

 

 

“Biar saya dukung Hanna. Awak tunggu dulu,”kata ByungHee,sebaik sahaja memarkirkan kereta di garaj.Victoria menunggu di tempat duduknya sehinggalah pintu kereta dibuka oleh ByungHee.

“Bolehkah awak ambil Hanna ni,ByungHee? Kuat juga dia peluk lengan saya ni,”soal Victoria.

“Tak apa,”balas ByungHee. ByungHee kemudiannya cuba menarik lengan Hanna yang sedang memaut lengan Victoria itu.Dahi Hanna berkerut apabila merasakan tidurnya terganggu.Dia kemudiannya cuba menarik semula lengannya yang sedang dipegang oleh ByungHee sehingga membuatkan jarak antara ByungHee dan Victoria kian dekat, sebelum bibir mereka bersentuhan secara tidak sengaja. Kedua-dua mereka tergamam untuk seketika.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((