Chapter 24

You Belong With Me

Victoria membuka matanya perlahan-lahan apabila merasakan sinaran matahari pagi yang mulai menerangi ruang kamar tidurnya itunya. Dia mengerdipkan matanya berkali-kali sebelum dia memandang ke arah lengan ByungHee yang sedang merangkul kemas pinggangnya itu. Victoria menguntum senyuman bahagia sambil meletakkan tangannya pada lengan ByungHee itu. Malam semalam merupakan malam yang terindah dalam hidupnya. Akhirnya dia dapat mengetahui perasaan sebenar lelaki itu terhadapnya yang selama ini menjadi pertanyaannya sejak awal perkahwinan mereka dahulu. Victoria kemudiannya mengangkat perlahan tangan ByungHee sebelum dikucupnya lembut. Tangan lelaki itu diramasnya lembut sebelum dia merasakan lelaki itu mencium lembut bahunya dari belakang.

“Selamat pagi, Jagi…” Ucap ByungHee,perlahan. Bibirnya masih belum dialihkan dari bahu isterinya itu. Victoria tersenyum.

“Oppa dah bangun? Vic ingatkan oppa tidur lagi,” kata Victoria sambil mengeratkan pegangan tangannya terhadap tangan ByungHee itu. ByungHee tersenyum.

“Oppa dah lama bangun. Oppa saja tak nak kejutkan Vic tadi,”kata ByungHee. Victoria kemudiannya memusingkan tubuhnya menghadap ByungHee. Wajah ByungHee itu ditatapnya. ByungHee turut melakukan perkara yang sama terhadapnya.

“Rasa macam tak percaya saja,”kata Victoria. Kening kanan ByungHee terangkat.

“Apa yang Vic tak percaya?” Soal ByungHee.

“Pasal semalam. Vic rasa semua ni macam mimpi,”kata Victoria. ByungHee tersenyum.

“Kalau macam tu, cuba Vic tutup mata kalau nak tahu semua ni mimpi atau tak,”kata ByungHee. Tanpa banyak soal, Victoria memejamkan matanya. ByungHee tersenyum nakal sebelum dia mendekatkan wajahnya ke arah Victoria. Wajah Victoria itu ditatapnya sebelum dia mendekatkan bibirnya ke arah bibir Victoria. Victoria segera membuka matanya.

“Oppa?”

“Kenapa?” Soal ByungHee kembali. Berlagak biasa, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

“Oppa nakal ekh…Vic ingat oppa nak cubit pipi Vic,”kata Victoria,memuncungkan mulutnya.

“Ni kenapa muncung-muncung ni? Nak oppa cium lagikah?” Usik ByungHee. Victoria segera menutup bibir ByungHee dengan tangannya.

“Oppa saja ambil kesempatan dekat Vic,”kata Victoria. ByungHee tersenyum sambil mengalihkan tangan Victoria daripada bibirnya.Tangan Victoria itu kemudiannya diciumnya lembut.

“Itulah kepakaran oppa,”usik ByungHee sambil mengenyitkan matanya. Dia kemudiannya menarik tubuh Victoria ke dalam pelukannya. Dia memperkemas pelukannya terhadap wanita itu.

“Oppa…nanti kita lambatlah pergi kerja,”kata Victoria, yang sedang berada di dalam pelukan lelaki itu.ByungHee sengaja tidak mengendahkan kata-kata Victoria itu. Kepala Victoria dikucupnya. Victoria tersenyum bahagia.

“Awal lagilah, sayang. Kita baringlah dulu, okey?” Cadang ByungHee.

“Oppa bolehlah datang lambat sebab oppa bos. Vic ni kuli,oppa,”balas Victoria. ByungHee tersenyum.

“Hari ni Vic ada on-callkah?” Soal ByungHee,masih lagi memeluk erat tubuh isterinya itu.

“Tak ada. Kenapa?” Soal Victoria. ByungHee kemudiannya meleraikan pelukannya terhadap Victoria.

“Oh…oppa ingatkan Vic ada on-call hari ni. Sebab tu, oppa peluk Vic lama-lama. Takut nanti oppa rindu,”kata ByungHee,sengaja mengusik. Victoria mencebik. Hidung lelaki itu dicuitnya. ByungHee sekadar tersenyum. Victoria kemudiannya bangun dari pembaringannya sambil diperhatikan oleh ByungHee.

“Vic nak bersiap dulu. Oppa nak makan apa untuk  breakfast? Biar Vic buatkan,”soal Victoria sambil memperkemas gaun tidur yang baru sahaja disarungkan pada tubuhnya itu.

“Apa-apa sajalah. Oppa tak kisah,” kata ByungHee sambil memeluk bantal Victoria. Victoria sekadar tersenyum sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik air.

 

 

“Jagi!”

Kelam kabut Victoria membaluti tubuhnya dengan tuala sebaik sahaja dia mendengar ByungHee memanggil namanya dari luar. Dibukanya pintu bilik air itu dengan perlahan. Kelihatan ByungHee sedang berdiri di hadapannya dengan hanya bertuala sehingga paras pinggang itu. Wajah Victoria berubah merah.

“Kenapa oppa?” Soal Victoria, menahan debar.

“Oppa bosanlah dekat luar,”kata ByungHee, sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik air tersebut.Pintu bilik air itu dikuncinya rapat. ByungHee sekadar tersenyum ke arahnya. Manakala Victoria pula cuba mengalihkan pandangannya daripada ByungHee.

 

 

Victoria meletakkan hidangan sarapan pagi yang masih panas itu di atas meja sambil menunggu suaminya itu bersiap.

“Nasiblah aku buat sarapan simple saja pagi ni. Siapa suruh dia kacau aku tadi?” Ngomelnya perlahan. Victoria tersenyum malu. Wajahnya terasa hangat.

“Victoria!”

Victoria mendongak apabila mendengar namanya dipanggil oleh ByungHee dari tingkat atas.

“Tu kenapa pula tu?” Soalnya sendiri sebelum dia segera berjalan menuju ke arah kamar tidurnya itu. Kelihatan ByungHee yang segak berpakaian kemeja putih itu sedang berdiri di hadapan cermin. ByungHee menoleh ke arahnya sambil tersenyum. Tali leher berwarna biru gelap itu dihulurkan kepada Victoria.

“Vic pakaikan tali leher ni untuk oppa, boleh?” Soal ByungHee. Tali leher berwarna biru gelap itu diletakkan di atas telapak tangan Victoria.

“Oppa…ini kan…” Lidah Victoria bagaikan kelu untuk berbicara. ByungHee sekadar tersenyum.

“Em, kenapa?” Soal ByungHee.

 

 

 

Imbas kembali :

 

 

ByungHee yang sedang memakai tali leher itu menghentikan kelakuannya sebentar apabila terdengar bunyi ketukan pada pintu biliknya itu.

“Masuk!”

ByungHee menoleh apabila melihat Victoria yang berdiri di luar biliknya menerusi cerminnya itu.

“Oh,Victoria. Ada apa?” Soal ByungHee.

“Em…boleh saya masuk?” Soal Victoria,ragu-ragu untuk melangkah masuk ke dalam bilik lelaki tersebut. ByungHee sekadar mengangguk tanpa bersuara.Victoria kemudiannya melangkah masuk ke dalam bilik ByungHee dengan langkah yang perlahan.

“Em…saya tak tahu kalau awak suka atau tak dengan hadiah saya ni. Tapi…saya harap awak sudi terima hadiah saya tak seberapa ni,”kata Victoria sambil menghulurkan sebuah kotak berwarna kelabu kepada ByungHee. ByungHee menyambut huluran Victoria itu dengan pandangan penuh tanda Tanya.

“Apa ni?” Soal ByungHee. Victoria menggigit bibirnya.

“Awak bukalah,”kata Victoria,tidak berani memandang ke arah lelaki tersebut. ByungHee kemudiannya membuka kotak tersebut. Dia terkejut melihat seutas tali leher yang tersimpan kemas di dalam kotak kelabu itu. Dia kemudiannya memandang ke arah Victoria.

“Hadiah untuk apa ni?” Soal ByungHee,ingin tahu. Victoria menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

“Em…saya saja belikan untuk awak. Sebab saya rasa tali leher tu macam sesuai untuk awak,”kata Victoria.

“Tapi kalau awak tak suka, tak apalah. Biar saya pulangkan balik,” kata Victoria, cuba mengambil semula tali leher itu daripada ByungHee. Namun ByungHee menghalangnya. Victoria memandang ke arah ByungHee.

“Gomawo,”ucap ByungHee sambil tersenyum ke arahnya.

 

**************************************

 

 

“Vic ingatkan oppa tak suka dengan tali leher ni,” kata Victoria sambil memandang ke arah tali leher yang berada dalam pegangannya itu.

“Kenapa Vic fikir macam tu?” Soal ByungHee,ingin tahu.

“Sebab Vic tak pernah tengok oppa pakai,”katanya,perlahan. ByungHee tersenyum.

“Oppa tak pakai bukan sebab oppa tak suka. Oppa tak pakai sebab oppa sayang dekat tali leher ni. Maklumlah…isteri kesayangan oppa yang bagi,”kata ByungHee sambil mencuit hidung isterinya itu. Victoria tersenyum malu.

“Tapi,kenapa tiba-tiba oppa nak pakai tali leher ni?” Soal Victoria.

“Sebab oppa rasa oppa akan Nampak lagi kacak kalau oppa pakai tali leher ni,”kata ByungHee,penuh yakin. Victoria mencebik.

“Ni mesti sebab nak mengurat perempuan lain ya?” Soal Victoria.

“Eh, ada pula Vic cakap oppa macam tu. Dalam hati oppa, hanya ada Vic seorang saja. Vic tak percayakan oppa lagikah,hm?”Soal ByungHee sambil meletakkan kedua-dua tangannya pada pipi Victoria.

“Oppa,lepaskan Vic.” Victoria berusaha melepaskan tangan ByungHee daripada pipinya itu. ByungHee ketawa kecil.

“Cepatlah, Vic. Oppa tak sabar nak pakai tali leher baru ni,” pinta ByungHee, lagaknya tak ubah seperti kanak-kanak yang manja.

“Em…Vic tak pandailah ,oppa. Vic mana pernah pakai tali leher sebelum ni,” kata Victoria,sambil membelek-belek tali leher itu.

“Mari sini,oppa tunjukkan.” ByungHee kemudiannya menarik tangan Victoria menuju ke arah katil. Victoria melihat ByungHee mengikat tali lehernya secara perlahan-lahan itu.

“Okey. Vic Cuma perlu ketatkan tali leher ni saja untuk oppa,” kata ByungHee. Victoria tersenyum sebelum dia memperkemas tali leher yang tergantung pada leher ByungHee itu. Senyumannya kian lebar.

“Handsome.” Puji Victoria.

“Oppa tahu,” balas ByungHee.

“Perasan!”

ByungHee sekadar ketawa. Mereka kemudiannya berpandangan antara satu sama lain sebelum ByungHee mencium bibir isterinya itu. Victoria tersenyum.

“Oppa,Vic dah siapkan breakfast dekat bawah. Rasanya makanan tu dah sejuk sebab lama  tunggu oppa bersiap,” kata Victoria,di kala bibir mereka yang masih lagi bertaut itu. ByungHee tersenyum.

“Okey,”balas ByungHee sambil menjauhkan wajahnya daripada Victoria. Tangan isterinya itu dicapainya.

“Jom kita turun,”katanya.

 

 

 

“Gomawo,oppa.”

Ucap Victoria sebaik sahaja ByungHee memberhentikan keretanya di hadapan lobi hospital.

“Kalau ada apa-apa, Vic mesti call oppa,okay?” Soal ByungHee,cuba mengingatkan isterinya itu.

“Vic tahulah,oppa. Oppa janganlah risau,”kata Victoria. ByungHee mencubit lembut pipi isterinya itu.

“Vic ni…cakap saja ‘Vic tahu Vic tahu’. Tapi selalu ulang balik benda yang sama,”kata ByungHee. Victoria mengusap pipinya.

“Arasso. Kali ni, Vic janji Vic takkan buat oppa risau lagi. Okay?” Soal Victoria sebelum dia mencium pipi suaminya itu. ByungHee tersenyum lebar.

“Kat sini?” Soal ByungHee sambil meletakkan jari pada bibirnya itu.

“Tak naklah. Tadikan dah banyak Vic cium oppa dekat situ,”kata Victoria.

“Ala…please?” Rayu ByungHee sambil mendekatkan wajahnya ke arah Victoria.

“Oppa,nanti orang lain nampaklah,”kata Victoria.

“Biarlah. Vic bukannya cium orang lain. Vic cium suami Vic juga,kan?” Balas ByungHee. Victoria memuncungkan mulutnya. Dia tahu dia tidak akan pernah berbalah kecil dengan lelaki itu.Tanpa Victoria jangkakan, ByungHee segera mencium bibirnya.

“Oppa!”

“Take care ya,jagi,” kata ByungHee sambil mengenyitkan matanya ke arah Victoria. Victoria sekadar mencebik.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((