Chapter 28

You Belong With Me

Senyuman SeYeon mati sebaik sahaja mendengar kata-kata Victoria itu.

“Bwo?” Soalnya,tidak percaya.Victoria tidak segera membalas pertanyaan SeYeon itu.Dia langsung tidak berasa gentar melihat wajah SeYeon yang berubah tegang itu.Marah barangkali kerana jawapan yang diberikan olehnya itu tidak menepati jangkaaan SeYeon.

“Walau apa pun terjadi, saya takkan pulangkan semula ByungHee oppa kepada awak,”kata Victoria,mengulangi kata-katanya semula.SeYeon tertawa sinis.

“Awak dah lupakah dengan apa yang saya dah katakan kepada awak sebelum ni? Kalau awak tak nak pulangkan semula ByungHee kepada saya,saya akan rampasnya semula daripada awak.Sebab dia sebenarnya milik saya. Awak yang rampas dia daripada saya dan saya tak akan teragak-agak untuk dapatkannya semula daripada awak,Victoria,”kata SeYeon,berang. Berasa tercabar dengan kata-kata Victoria sebentar tadi.

“Bukan saya yang rampas dia daripada awak. Awak yang tinggalkan dia. Awak dah lupa?” Soal Victoria,tidak mahu mengalah.

“Awak yang halang dia untuk mencari saya.Kalau awak tak bersetuju dengan cadangan omeonim untuk berkahwin dengan ByungHee, dia akan tetap mencari saya walau apa pun terjadi,”kata SeYeon.

“Awak ingat saya tak tahu yang awak sebenarnya dah lama pendamkan perasaan awak terhadap ByungHee?Jadi…bila saya tak ada , mestilah awak akan ambil kesempatan untuk rampas ByungHee daripada saya,”tuduh SeYeon pula.

“Awak goda dia supaya dia jatuh cinta dengan awak. Awak hasut dia supaya dia bencikan saya…”

“Cukup, SeYeon!” Victoria memintas kata-kata SeYeon yang berbaur tuduhan itu.

“Cukup…” Victoria meraup wajahnya.

“Saya tahu awak tak pernah sukakan saya sejak dari dulu lagi,SeYeon. Ya, memang saya cintakan dia sejak saya kecil lagi. Tapi sedikit pun tak terlintas dalam hati saya untuk rampas ByungHee oppa daripada awak. Sebab saya tahu….dia hanya sayangkan awak.Dia hanya cintakan awak. Dan saya hanyalah sekadar seorang doktor yang merawat Hanna saja.Hubungan kami tak lebih daripada tu.”

“Saya terima permintaan omeonim untuk berkahwin dengan ByungHee oppa…sebab saya hormatkan omeonim dan keluarga ByungHee oppa yang dah banyak berjasa kepada saya sejak saya kecil lagi.Bukan niat saya nak rampas dia daripada awak.Memang asalnya saya nak pulangkan semula ByungHee oppa kepada awak.Tapi…”

“…Saya dah telalu cintakan dia…saya sayangkan dia. Dan…saya tak sanggup untuk berpisah dengan dia…”

Belum sempat Victoria menghabiskan kata-katanya, pipinya ditampar oleh SeYeon.Victoria tergamam untuk seketika.

“Tak guna punya perempuan! “ Jerkah SeYeon.Victoria memandang ke arahnya.

“Aku tak sangka yang kau ni pentingkan diri sendiri orangnya. Kau hanya fikirkan perasaan kau sendiri. Perasaan aku? 5 tahun aku dengan ByungHee bercinta. Tapi disebabkan kau…dia dah bencikan aku.Dia langsung tak nak tengok muka aku.Aku tahu kau dah buruk-burukkan aku depan dia. Sebab kau nak pastikan yang dia takkan tinggalkan kau.Kau hanya nak miliki dia seorang.Kau ni memang terukkan?” Kata SeYeon. Panggilannya terhadap Victoria juga turut berubah kasar.Victoria sekadar membisu.

“Atau pun…kau tak nak pulangkan semula ByungHee kepada aku…sebab kau dah mengandungkan anak dia?”Soal SeYeon seraya menuduh Victoria.

“Saya hanya pertahankan apa yang dah menjadi milik saya,SeYeon,”kata Victoria.SeYeon mengetap bibir geram.

“Ya,memang saya pentingkan diri.Tapi saya Cuma nak bersama dengan suami saya.Salahkah?”Soal Victoria pula.

“Miane.Saya tak boleh nak pulangkan ByungHee oppa semula kepada awak. Tapi itu bukan bermakna saya menghalang awak daripada berkawan dengan suami saya.Saya tak ada hak untuk tentukan dengan siapa Byunghee oppa boleh berkawan.”

“Saya tak kisah kalau saya terpaksa berkongsi kasih kalau itulah takdir untuk saya.Tapi memandangkan pendirian kita tak sama…saya minta maaf. Saya tak boleh lepaskan ByungHee hanya kerana nak memenuhi permintaan awak.”

“Baik.Hari ni hari kau. Kau jangan ingat…aku akan mengaku kalah,”kata SeYeon,sambil tersenyum sinis.

“Kalau kau tak sanggup tinggalkan dia…aku akan pastikan…dia sendiri yang rela tinggalkan kau,”katanya lagi. Victoria sekadar memandangnya tanpa bersuara.

“Oh ya…sebelum aku pergi,aku pun ada hadiah untuk kau,”kata SeYeon. Belum sempat Victoria membalas kata-katanya itu, SeYeon segera menolak tubuhnya sehingga membuatkan Victoria terjatuh ke dalam kolam renang itu.SeYeon tertawa.

“Annyeong.” SeYeon melambaikan tangannya sebelum dia beredar meninggalkan Victoria yang sedang meronta-ronta di dalam kolam renang itu.

 

“Oppa!”

ByungHee menoleh.Kelihatan SeYeon tercungap-cungap di hadapannya.Wajahnya jelas kelihatan cemas.

“Kenapa ni?” Soal ByungHee.

“Victoria…dia..”

“Kenapa dengan Victoria?!” Soal ByungHee,separuh menjerit. Semua tetamu yang berada di situ menoleh ke arah ByungHee dan SeYeon.

 

ByungHee terkejut melihat Victoria yang sedang meronta di dalam kolam renang itu.

“Vic!”

Tanpa membuang masa lagi, dia terus terjun ke dalam kolam renang itu untuk menyelamatkan Victoria.SeYeon yang turut berada di situ menyembunyikan senyumannya.Puas hatinya melihat Victoria dalam keadaan lemah itu. SeungHo membantu ByungHee yang sedang cuba mendukung Victoria itu.

“Vic…Vic…”

ByungHee menepuk perlahan pipi isterinya itu. Victoria yang dalam keadaan separuh sedar itu membuka matanya perlahan-lahan. ByungHee tersenyum lega apabila melihat Victoria yang mulai sedar itu.

“Gwenchana?” Soal ByungHee,bimbang.Victoria terbatuk sambil menggigil kesejukan.

“Aku rasa baik kau bawa dia naik ke bilik sekarang,”kata SeungHo,memberi cadangan.ByungHee segera mendukung Victoria melangkah masuk ke dalam rumahnya sebaik sahaja SeungHo menghabiskan kata-katanya itu.SeungHo kemudiannya menoleh ke arah SeYeon.

“Apa yang awak dah buat?” Soal SeungHo,mengesyaki semua itu adalah perbuatan SeYeon.SeYeon mengerutkan dahinya.

“Apa? Mana ada saya buat apa-apa. Dia yang terjatuh. Saya sendiri pun terkejut,”kata SeYeon.

“Awak ingat saya ni bodoh sangatkah nak percaya dengan kata-kata awak tu?Siapa lagi yang tolak Victoria kalau bukan awak? Hanya awak dengan dia saja yang ada dekat sini,”kata SeungHo.

“Awak ada buktikah nak tuduh saya?” Soal SeYeon,tidak puas hati.SeungHo tersenyum.

“Dan awak pun ada buktikah nak pertahankan yang semua ini bukannya salah awak?” Balas SeungHo.SeYeon mengetap bibirnya.

“Saya kenal awak,SeYeon,”kata SeungHo,sebelum dia beredar meninggalkan SeYeon di situ.Lee Joon,Cheondung dan Mir turut memandang tajam ke arahnya sebelum mereka beredar meninggalkan SeYeon di situ.Pandangan SeYeon kemudiannya teralih ke arah Hanna.

“Hanna ah…mari dekat omma.Omma rindu sangat dekat Hanna,”kata SeYeon,mendepakan tangannya.Senyumannya mengendur apabila melihat Hanna yang menggelengkan kepalanya itu.Kanak-kanak itu kemudiannya segera beredar meninggalkan SeYeon sebelum dia mencapai tangan Mir.SeYeon menggenggam erat tangannya.

“Tak guna.”

 

 

ByungHee membiarkan Victoria duduk di atas sofa sebelum dia mengambil tuala daripada almari bajunya.

“Oppa dah letakkan baju atas katil.Nanti Vic tukar baju ya.Dekat luar tu sejuk.Tak pasal-pasal Vic demam pula nanti,”kata ByungHee,sambil mengelap rambut Victoria yang basah itu.Victoria sekadar mengangguk.

“Vic okey?”Soal ByungHee,bimbang. Dia langsung tidak mengendahkan bajunya yang turut basah itu.Fikirannya lebih tertumpu ke arah isterinya yang mungkin berada dalam kesejukan itu.

“Vic tak ada apa-apa,oppa.Oppa pun pergilah tukar baju.Baju oppa pun basah,”kata Victoria.Suaranya kedengaran serak.ByungHee menggelengkan kepalanya.

“Vic mandi dengan air panas dulu ya.Bagi badan tu panas sikit,”kata ByungHee sebelum dia menuju ke arah bilik air.Sebaik sahaja selesai menyediakan air panas untuk isterinya itu,dia segera melangkah keluar dari bilik air tersebut.Kelihatan Victoria sudah pun tertidur di atas sofa sambil berpeluk tubuh.ByungHee berjalan ke arah isterinya sebelum didukungnya tubuh isterinya itu menuju ke arah bilik air itu.Pakaian Victoria yang basah itu ditukarnya dan membiarkan tubuh Victoria berendam di dalam air panas.

ByungHee kemudiannya membaringkan Victoria di atas katil sebelum dia menarik selimut tebal membaluti tubuh isterinya sehingga ke paras bahu.Dia juga sudah siap menukar bajunya yang basah itu kepada baju yang kering.

“Oppa…”

“Ya?Vic nak apa?” Soal ByungHee.

“Vic tak ada apa-apalah,oppa.Vic okay,”kata Victoria,lemah.

“Oppa pergilah turun.Kasihan tetamu dekat bawah,”kata Victoria lagi.

“Oppa nak temankan Vic.Pasal tetamu tu,Vic janganlah risau. Omma ada untuk layan mereka,”kata ByungHee.Victoria menggelengkan kepalanya.

“Oppa janganlah macam ni.Oppa pergilah turun.Vic boleh jaga diri Vic.Lagipun Vic betul-betul tak ada apa-apa,”kata Victoria.ByungHee mengeluh perlahan.

“Arasso.Oppa pergi turun sekejap.Tapi kalau ada apa-apa,Vic beritahu oppa.Okay?” Soal ByungHee.Victoria tersenyum sambil mengangguk lemah.ByungHee mengucup dahi isterinya sebelum dia meninggalkan Victoria di dalam bilik dengan hati yang berat.

 

Sebaik sahaja memastikan semua tetamu sudah pulang, ByungHee segera menuju ke arah biliknya untuk melihat keadaan Victoria.Kelihatan Victoria sudah pun lena dibuai mimpi.Perlahan-lahan,dia meletakkan tangannya pada dahi Victoria.Kedengaran dia melepaskan keluhan berat.Tanpa membuang masa lagi, dia segera mendail nombor telefon SeungHo pada skrin telefon bimbitnya itu.

“Kau bawakan aku dengan Vic ke hospital.Vic demam.”

ByungHee kemudiannya mendukung Victoria yang tidak sedarkan diri itu menuju ke ruang tamu.

“Kenapa dengan Vic,ByungHee?” Soal Puan Jung,bimbang.

“Dia demam.ByungHee nak bawa Vic ke hospital,”kata ByungHee.

“Unni…” Hanna mencapai tangan Victoria yang terkulai layu itu.

“Hanna duduk dulu dengan halmoni ya?Appa nak bawa unni ke hospital,”pujuk ByungHee sebelum dia beredar meninggalkan ruang tamu menuju ke arah kereta.

 

 

“Gomawo.Aku dah banyak susahkan kau malam ni,”kata ByungHee.Matanya tidak lepas daripada memandang ke arah Victoria yang sedang terbaring lemah di atas katil itu.

“Tak apalah,ByungHee.Nasib baik demam Victoria tak teruk,”kata SeungHo.Dia memandang ke arah ByungHee.Riak wajahnya jelas sekali kelihatan bimbang.

“Kau okey?” Soal SeungHo.ByungHee tersenyum kelat.

“Kau rasa…SeYeonkah yang buat semua ni kepada Vic?” Soal ByungHee,perlahan.SeungHo tidak segera menjawab pertanyaan teman karibnya itu.

“Kalau aku tahu semua ni salah dia…aku takkan sesekali maafkan dia,”kata ByungHee,menahan geram.SeungHo menepuk perlahan bahu ByungHee.

“Kau jangan fikirkan dulu pasal hal tu. Aku boleh uruskannya untuk kau. Yang penting sekarang ni…kau jaga Victoria.Arasso?” Kata SeungHo.ByungHee mendengus perlahan sebelum dia mengangguk perlahan.SeungHo tersenyum.

“Okey. Aku balik dulu. Kalau ada apa-apa,kau call aku,”kata SeungHo sebelum dia beredar meninggalkan ByungHee dan Victoria di dalam bilik rawatan itu. ByungHee kemudiannya melabuhkan punggungnya di atas katil sambil memandang Victoria yang sedang tidur itu. Kepala wanita itu diusapnya lembut.

 “Oppa…”

ByungHee tersenyum ke arahnya.

“Vic nak apa?” Soal ByungHee.

“Air…”Jawab Victoria,lemah.ByungHee kemudiannya membantu Victoria untuk duduk bersandar padanya sebelum diminumkannya air.Victoria melentokkan kepalanya pada dada suaminya sebaik sahaja selesai meneguk air suam yang diberikan oleh ByungHee itu.ByungHee memeluk tubuh isterinya dengan erat.

“Vic tidur dulu,okey?”Pujuk ByungHee.Victoria yang sememangnya dalam keadaan lemah itu terus sahaja memejamkan matanya sebelum hanyut dibuai mimpi dalam dakapan suaminya itu.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((