Chapter 9

You Belong With Me

Imbas kembali:

Dua bulan yang lalu…

 

****************************

 

“Awak ingat ini perkara main-mainkah?” Soal ByungHee,dingin. Victoria yang sedang duduk di hadapannya itu sekadar membisu sambil menundukkan kepala. ByungHee mengeluh kasar.

“Saya tak tahu berapa banyak yang omma saya dah bayar awak. Tapi saya boleh bayar 2 kali ganda dari tu supaya awak tolak permintaan omma saya ni,”kata ByungHee. Victoria memandang ke arahnya.

“Saya ada maruah. Dan maruah saya tak semurah seperti yang awak sangkakan, Jung ByungHee ssi. Untuk pengetahuan awak, Puan Jung tak bayar saya walau satu sen pun. Saya bersetuju untuk berkahwin dengan awak sebab saya memang ikhlas untuk melakukannya,” kata Victoria. ByungHee tersenyum sinis.

“Ikhlas? Awak langsung tak kenal dengan saya…dan awak cakap yang awak ikhlas untuk berkahwin dengan saya? Saya betul-betul tak faham dengan awak, Victoria ssi,”kata ByungHee sambil memeluk tubuhnya. Matanya tidak lepas dari memandang tepat ke arah Victoria.

“Habis tu, awak sanggup tengok keluarga awak dimalukan kalau awak tak nak saya tolong teruskan perkahwinan dengan awak?” Soal Victoria pula.

“Urusan keluarga saya tak ada kaitan langsung dengan awak! Peranan awak dalam keluarga saya hanya terhad sebagai doktor yang merawat anak saya, bukan lebih dari tu! Awak faham tak?” Soal ByungHee, mulai meninggikan suaranya terhadap Victoria. Victoria terdiam, terkejut apabila ByungHee meninggikan suara terhadapnya itu. ByungHee mengeluh lagi sebelum dia meraup wajahnya secara perlahan. Ternyata dia hampir hilang kesabarannya terhadap wanita itu.

“Saya tahu niat awak memang baik…” Suara ByungHee kembali lembut. Victoria pula menundukkan wajahnya, enggan untuk memandang ke arah lelaki itu.

“Tapi perkara ni…bukannya perkara yang mudah. Awak tak sedarkah yang awak sedang pertaruhkan masa depan awak kalau awak bersetuju untuk berkahwin dengan saya? Awak tak kenal siapa saya sebenarnya? Awak tak takutkah kalau saya tipu awak? Awak tak takut kalau saya ni mempergunakan awak untuk kepentingan diri saya sendiri?” Soal ByungHee.

“Semua ni berpunca daripada kesilapan saya. Kalau saya dengar cakap omma saya dari dulu, saya yakin semua ni takkan terjadi. Saya yang buta untuk membuat keputusan. Dan bila semua ni dah berlaku, takkan saya nak awak yang selesaikan masalah yang berpunca daripada kesilapan saya sendiri? Semua ni tak adil untuk awak. Takkan itu pun awak tak nampak?” Soal ByungHee lagi. Victoria memandang ke arah ByungHee yang kelihatan runsing itu.

“Semua orang akan buat silap, Jung ByungHee ssi. Dan saya yakin…awak tak tahu pun yang semua ini akan terjadi. Dan siapa juga yang akan tahu yang tunang awak akan menghilangkan diri di saat-saat akhir macam ni? Betul tak?” Soal Victoria pula.

“Apa-apa pun saya tak nak awak korbankan masa depan awak untuk saya. Saya boleh cari jalan sendiri. Saya akan terus cari dia sampai saya jumpa. Awak tak perlu libatkan diri awak dalam masalah saya,”kata ByungHee.

“Kalau awak tak jumpa dia?” Soal Victoria lagi. ByungHee tidak segera menjawab.

“Sekurang-kurangnya…awak kena fikirkan perasaan keluarga awak. Awak sanggupkah keluarga awak mendapat malu? Bagaimana pula dengan perasaan Hanna? Awak sanggup rosakkan kegembiraan dia untuk meraikan hari bahagia awak?” Soal Victoria. ByungHee memandang ke arahnya.

“Tapi Victoria…”

“3 bulan.”

Victoria memintas kata-kata  ByungHee.

“Kita kahwin untuk 3 bulan,”kata Victoria lagi.ByungHee tergamam. Victoria pula tersenyum nipis.

“Sekurang-kurangnya untuk 3 bulan ni…kita teruskan saja perkahwinan kita ni.Sampai satu masanya nanti…awak tentukanlah sama ada awak nak teruskannya atau awak nak lepaskan saya. Terpulang kepada awak,”kata Victoria.

“Victoria…”

“Demi Hanna…Tolong fikirkan Hanna, Jung ByungHee ssi…”

 

**************************

 

Peristiwa 2 bulan lalu kembali bermain dalam fikiran Victoria.

“Victoria,”panggil ByungHee.Victoria memandang ke arahnya.

“Awak tak jawab soalan saya lagi,”kata ByungHee.Victoria menelan air liur.

“Saya…” Victoria mulai resah untuk menjawab pertanyaan lelaki itu.

“Kan saya dah kata…saya setuju untuk berkahwin dengan awak disebabkan Hanna. Saya tak nak Hanna jatuh sakit kalau tiba-tiba dia tahu yang perkahwinan awak dengan SeYeon ssi tak jadi,”kata Victoria.ByungHee mengeluh perlahan.

“Takkan hanya disebabkan oleh Hanna? “ Soal ByungHee, ternyata tidak puas hati dengan jawapan daripada Victoria itu.

“Awak pula? Awak masih lagi tunggu SeYeon ssi?” Soal Victoria. ByungHee terdiam untuk seketika. Dia memandang ke arah Victoria yang sedang menanti jawapan daripadanya itu.Victoria tersenyum paksa apabila melihat ByungHee yang tidak mampu menjawab soalannya itu.

“Dia sangat beruntung ada kekasih yang setia macam awak, ByungHee,”kata Victoria. ByungHee sekadar mendengar.

“Saya yakin yang dia sangat cintakan awak. Mungkin dia ada alasannya sendiri kenapa dia terpaksa menghilangkan diri waktu tu.Awak jangan risau.Tempoh perkahwinan kita yang dijanjikan akan tamat. Awak masih ada sedikit masa lagi untuk tentukan hala tuju hubungan kita nanti. Dan saya akan terima semuanya tanpa langsung membantah,”kata Victoria, mulai bangun dari tempat duduknya. ByungHee pula masih lagi duduk di situ tanpa langsung berkata-kata.Victoria berjalan menuju ke arah sinki untuk menyelesaikan kerjanya di situ.Dia cuba menahan air matanya daripada mengalir.Dia tidak mahu ByungHee mengetahui isi hatinya yang terpendam selama ini.Dia tidak mahu ByungHee menerima dirinya kerana terpaksa.Lelaki itu berhak untuk membuat pilihannya sendiri. Jika dia masih lagi menyanyangi SeYeon, untuk apa lagi dia berada di sisi lelaki itu? Mungkin dia akan terpaksa meninggalkan ByungHee suatu hari nanti, untuk memberi ruang kepada ByungHee dan SeYeon. Sememangnya SeYeon lebih layak untuk bersama dengan ByungHee , bukan dirinya.

“Kalau awak dah habis, awak tinggalkan saja di atas meja. Nanti saya kemaskan. Jangan lupa makan ubat nanti,”kata Victoria, tanpa menoleh ke arah ByungHee .Dia terus menyiapkan kerjanya di situ tanpa mempedulikan ByungHee yang mungkin masih lagi berada di meja makannya itu.Kerjanya terhenti apabila merasakan tubuhnya dirangkul dari belakang.

“ByungHee?”

Victoria terkejut apabila mendapati tubuhnya yang sedang dipeluk erat oleh lelaki itu.Victoria cuba melepaskan dirinya dari pelukan ByungHee namun pelukan lelaki itu kian erat.

“Apa awak buat ni,ByungHee?” Soal Victoria.

“Saya nak awak menangis,”kata ByungHee.

“Kenapa?” Soal Victoria.

“Saya tak nak awak pendam perasaan sedih awak.Saya nak awak lepaskan kesedihan awak,”kata ByungHee.

“Kenapa pula saya nak menangis? Saya yang bersetuju untuk berkahwin dengan awak, bukannya awak yang paksa,”kata Victoria.ByungHee meletakkan dagunya pada bahu Victoria.

“Semuanya berpunca daripada saya.Awak tak salah pun,Victoria.Sikit pun awak tak salah.Malah awak yang dah banyak berkorban untuk saya…untuk keluarga saya.Sampai bila-bila pun, saya takkan boleh untuk balas balik kebaikan awak terhadap saya selama ni,”kata ByungHee,separuh berbisik.

“Miane..” Ucap ByungHee,perlahan.Air mata Victoria akhirnya mengalir juga.ByungHee sekadar membiarkan wanita itu melepaskan kesedihannya yang dipendam selama ini.Victoria pula terus menangis tanpa mempedulikan dirinya yang masih lagi berada dalam pelukan ByungHee itu.Alangkah indahnya jika ByungHee mengetahui isi hatinya yang terpendam selama ini. Namun mungkin sukar untuknya menggantikan tempat SeYeon yang selama ini bertakhta di dalam hati lelaki itu.

“Boleh awak lepaskan saya?” Soal Victoria sambil mengesat air matanya yang masih bersisa itu.ByungHee tersenyum sebelum dia meleraikan pelukannya terhadap Victoria itu.Victoria memusingkan tubuhnya menghadap ByungHee.Wajahnya berubah merah.Dia menundukkan wajahnya, enggan memandang ke arah ByungHee.

“Awak dah rasa okey?” Soal ByungHee.Victoria sekadar angguk.

“Awak tak patut buat saya macam tadi,”kata Victoria,perlahan.ByungHee tersenyum.

“Wae?Awak malu sebab menangis depan saya?” Soal ByungHee.

“Saya tak nak yang awak salah sangka dengan saya.Saya bukannya menangis sebab saya menyesal berkahwin dengan awak,”kata Victoria.

“Saya tahu.Awak memang tak menyesal berkahwin dengan saya sebab ini memang pilihan awak,”kata ByungHee.Victoria memandang ke arahnya.

“Tapi awak sebenarnya menangis sebab saya belum balas perasaan cinta awak terhadap saya kan?” Soal ByungHee.Mata Victoria terbuka luas sebaik sahaja mendengar kata-kata ByungHee itu.

“Bwo?A…an..aniyo! Sa..saya..saya tak pernah cakap pun yang saya…saya..cin…cin..” Victoria tergagap-gagap menuturkan kata-katanya.ByungHee tersenyum lebar.

“Awak memang tak pernah cakap…tapi saya macam pernah dengar..”Balas ByungHee.Dahi Victoria berkerut.

“…”Saya hanya ada awak,ByungHee”…” Kata ByungHee.Victoria tergamam.

“Awak…awak bukan tidurkah..”Wajah Victoria menjadi semakin merah.ByungHee tertawa kecil.Dia kemudiannya memegang kedua-dua pipi Victoria itu.

“Kita lupakan tempoh 3 bulan tu,arasso? Saya tak nak awak fikirkan sangat pasal hal tu.Anggap saja yang kita tak pernah cakap pasal tempoh 3 bulan tu,okey?” Soal ByungHee,perlahan.Victoria memandang ke arahnya.

“Sebab lagipun…manalah cukup tempoh 3 bulan tu untuk saya balas cinta awak terhadap saya,”kata ByungHee.

“Saya tak cintakan awaklah,ByungHee!” Balas Victoria sambil melepaskan kedua-dua tangan ByungHee yang memegang pipinya itu.ByungHee tersenyum.

“Kalau awak tak nak mengaku pun…saya boleh nampak,”balas ByungHee,sengaja mengusik.

“Taklah,ByungHee! Jangan nak perasanlah,”balas Victoria.Dia kemudiannya memusingkan tubuhnya daripada ByungHee namun ByungHee mencapai tangannya dengan pantas.Victoria menoleh ke arahnya.

“Lepaskan tangan saya,”kata Victoria.

“Mulai sekarang, jangan cakap pasal SeYeon lagi.Arasso?” Kata ByungHee.Victoria terdiam.

“Awak dah jadi isteri saya yang sah. Dan SeYeon tak ada kaitan lagi dalam hidup awak..dan hidup saya.”

“Mungkin saya masih belum lupakan dia.Tapi…saya dah berhenti menunggu dia sejak awak sah jadi isteri saya.Untuk apa lagi saya tunggu dia…sedangkan saya dah ada isteri yang cukup sempurna seperti awak?” Soal ByungHee sambil tersenyum.Perlahan-lahan,dia mengusap lembut pipi wanita itu.Air mata Victoria mengalir lagi.Senyuman ByungHee kian lebar.

“Ah…awak menangis lagi.Saya tahu saya dah buat awak terharu,”kata ByungHee lagi.Victoria pula terus menangis.ByungHee kemudiannya memegang dagu Victoria, sebelum dia mendongakkan kepala wanita itu supaya memandang tepat ke arahnya.

“Dia hanya kisah silam saya. Sekarang, saya dah ada awak. Saya harap awak bagi saya masa untuk belajar mencintai awak seperti mana awak cintakan saya,”kata ByungHee,separuh berbisik.

“Saya dah kata yang saya tak cintakan awak,ByungHee,”kata Victoria dalam tangis.ByungHee tertawa kecil.Dia kemudiannya menarik Victoria ke dalam pelukannya.

“Awak cakaplah berapa ribu kali pun yang awak tak cintakan saya.Saya tetap tak percaya,”kata ByungHee sambil mengusap lembut rambut Victoria yang panjang itu.Perlahan-lahan,Victoria membalas pelukan lelaki itu.

“Saya benci awak…”Bisik Victoria.

“Tapi saya sukakan awak.Ottoke?” Soal ByungHee pula.Victoria tersenyum dalam pelukan lelaki itu.

 

 

“Nah,ubat awak,”kata Victoria sambil menghulurkan ubat kepada ByungHee.

“Saya dah sihatlah.Tak payahlah makan ubat-ubat ni,”kata ByungHee,enggan untuk mengambil ubat yang diletakkan di tapak tangan Victoria itu.

“Badan awak panas lagilah,ByungHee.”Victoria terus memujuk ByungHee .

“Saya betul-betul dah sihatlah.Cuba awak letak tangan awak dekat dahi saya,”kata ByungHee sambil meletakkan tangan Victoria pada dahinya.

“Tak panas dah kan?”Soal ByungHee.

“Tapi tadi..badan awak…macam panas lagi,”kata Victoria.

“Mungkin sebab awak dah ambil sikit demam saya tadi kot,”kata ByungHee,sambil tersenyum nakal.

“Bwo?” Soal Victoria. ByungHee kemudiannya mendekatkan wajahnya ke arah Victoria sebelum dia mengucup lembut bibir wanita itu.Victoria terkejut.

“Saya Cuma nak ambil balik demam tu.Saya tak nak awak jatuh sakit pula nanti,”kata ByungHee sambil tersenyum.Victoria masih lagi kaku di situ. Matanya langsung tidak berkedip. ByungHee kemudiannya tertawa kecil.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((