Chapter 50

You Belong With Me

23 tahun kemudian

 

 

MinHyun berdiri sambil melihat jam tangannya, seolah-olah sedang menantikan ketibaan seseorang yang masih belum kunjung tiba itu. Sesekali dia akan melepaskan keluhan kecil. Cermin mata hitam yang dipakainya itu ditanggalnya perlahan.

“Aku rasa flight dia dah lama sampai dah. Tapi batang hidung dia sikit pun aku tak nampak,”ngomelnya perlahan. Dia mengeluh lagi.

“Kalau ikutkan hati, aku sebenarnya malas nak jemput dia ni. Tapi … haih..sabar sajalah dengan budak pendek tu,”keluhnya lagi. Penantiannya berakhir apabila melihat seorang lelaki berpakaian t-shirt putih sambil menarik bagasi berwarna merah sedang berjalan menuju ke arahnya. Namun ketika itu,lelaki itu tidak berseorangan. Kelihatan seorang wanita cantik turut berjalan beriringan dengan lelaki tersebut. MinHyun menggelengkan kepalanya.

“Tu tak lain tak bukan…mangsa baru dialah tu. Tak padan dengan pendek,”katanya,perlahan.

“Hoi, MinHyun ah!!!” Laung lelaki itu sambil mengangkat tangannya. MinHyun sekadar membalasnya dengan senyuman paksa.

“Woah! Makin tinggilah kau sekarang ni. Makin tinggilah aku nak kena dongakkan kepala aku tengok kau,” kata lelaki yang memakai cermin mata gelap itu. Penampilannya yang ringkas itu tetap tidak menjejaskan wajahnya yang sememangnya kacak itu. MinHyun sekadar menggeleng.

“Kau ni pergi mana? Aku rasa flight kau dah lama sampai. Tapi sekarang baru kau nak tunjuk muka,”kata MinHyun. Lelaki itu sekadar tersengih. Lelaki itu kemudiannya menoleh ke arah wanita yang masih setia berdiri di sebelahnya itu.

“Ini MinHyun. Bestfriend I,”kata lelaki itu. Wanita itu tersenyum sambil menghulurkan tangannya.MinHyun menyambutnya dengan hati terpaksa.

“Jung MinHyun.” Kata MinHyun.

“Song HyeMi.” Balas wanita cantik itu.

“Aron…you tak pernah cerita pun yang you ada bestfriend yang tinggi macam model ni dekat I,”kata HyeMi,merengek manja. Aron sekadar ketawa.

“Kalau I cerita dekat you, jatuhlah saham I,sayang.”Balas Aron sambil mengusap lembut pipi wanita itu. MinHyun mencebik. Menyampah barangkali.

“Woi,cepatlah. Aku nak balik ni,”kata MinHyun,meluat melihat kemesraan antara Aron dengan HyeMi itu.

“You balik macam mana ni,sayang? I boleh hantarkan you balik,”kata Aron.

“It’s okay. Kawan I pun ada datang jemput I juga. Nanti bila free, you call lah I. Kita keluar sama-sama ya?” Cadang wanita itu. Aron tersenyum lebar.

“Of course! No problem. I’ll call you later,honey,”kata Aron sebelum dia menghadiahkan kucupan lembut pada pipi wanita itu. HyeMi tersenyum bahagia sebelum dia beredar meninggalkan lelaki itu bersama MinHyun. MinHyun menjeling tajam ke arah Aron yang masih lagi sedang tersenyum sambil melambai ke arah kelibat HyeMi yang kian jauh itu.

“Jadi nilah kerja kau selama kau belajar dekat UK tu?”Soal MinHyun. Aron menoleh ke arahnya sambil tersenyum.

“Aku bosanlah duduk sana seorang. Kalau kau ada tak adalah aku buat kerja ni. Lagipun aku tak paksa mereka datang kat aku. Mereka yang sukarela datang dekat aku,”kata Aron,membangga diri. MinHyun mencebik. Bagasi yang berada dalam pegangan Aron itu diambilnya. Mereka sama-sama berjalan menuju ke arah kereta MinHyun yang terparkir di ruang lobi itu.

“Kau ni,Aron…janganlah mainkan perasaan wanita. Tak baik tahu. Cuba kau bayangkan kalau ada orang main-mainkan perasaan kau, mesti kau marah juga kan?” Soal MinHyun. Aron sekadar tersenyum simpul. Mereka kemudiannya melangkah masuk ke dalam kereta sebelum kereta itu dipandu oleh MinHyun.

“Mereka ajak kita keluar malam ni. Itu pun kalau kau laratlah. Kalau kau penat, kita tangguh lain kali saja,”kata MinHyun sambil menumpukan perhatian terhadap pemanduannya. Aron kusyuk memerhatikan pemandangan sekeliling. Sudah agak lama dia tidak kembali ke tanah air setelah hampir 4 tahun dia menuntut ilmu di perantauan.

“Seoul ni dah banyak berubah.Kan?” Soal Aron. MinHyun sekadar tersenyum.

“Kau ni…aku tanya lain,kau jawab lain,”kata MinHyun.Aron tersenyum.

“Aku nak berehat dekat rumah. Lagipun penatlah. Mungkin esoklah kita boleh keluar.Nanti kau cakap dengan mereka ekh?” Cadang Aron sambil bersandar pada tempat duduk. MinHyun sekadar mengangguk.

“Kau tak rindu rumahkah?”Soal MinHyun,sengaja menguji.

“Gila tak rindu. Aku ni pun bersemangat balik sebab dah tak boleh tahan rindu dekat rumah tu tau. Padahal kawan-kawan aku dah ajak aku bercuti dekat Eropah tu,”kata Aron.

“Kawan-kawan kau atau mangsa-mangsa kau?” Soal MinHyun. Aron tertawa kecil.

“Sama sajalah,”kata Aron.MinHyun turut ketawa.

“Ellie mesti dah besarkan?” Soal Aron. MinHyun mengangguk.

“Dia kenal aku lagi tak?” Soal Aron,ingin tahu.MinHyun menjungkit bahunya.

“Itu aku tak jaminlah.Takut Noona tak pernah tunjuk gambar kau dekat dia saja. Lagipun manalah sempat dia nak kenal kau. Kau kan terbang ke UK waktu umur dia baru setahun,”kata MinHyun.

“Ni kau balik sini... kau ada beritahu appa tak?” Soal MinHyun. Aron menghela nafas panjang sebelum dia tersenyum nakal. MinHyun yang bagaikan sudah memahami dengan kenakalan Aron itu sekadar menggelengkan kepalanya.

“Kau jangan nakal sangat, Aron. Appa sekarang tak berapa sihat tu. Kalau dia sakit sebab kau, memang mimpilah kau nak bercuti dulu sebelum kau mula kerja dekat office tu,”kata MinHyun,cuba mengingatkan Aron. Aron menoleh ke arah MinHyun.

“Eh,appa tak sihatkah? Dia sakit apa?” Soal Aron,ingin tahu. MinHyun tersenyum nipis. Senakal-nakal Aron pun, dia tetap mengambil berat mengenai bapanya.

“Jantung appa tu tak berapa kuat dah sekarang. Appa pun bukannya muda lagi. Tambah-tambah lagi dengan masalah syarikat yang bertimbun tu. Bagus jugala kalau kau balik ni. Boleh juga kau tolong tengokkan syarikat tu. Bagi appa pula berehat.” Jelas MinHyun.

“Dah kau selalu duduk dekat rumah tu, sepatutnya kau tolonglah appa tu. Takkan nak tunggu aku balik juga,”balas Aron,tidak puas hati.

“Kau pun tahukan aku ni macam mana? Aku tak minatlah nak join syarikat tu. Lagipun sekarang aku tengah usahakan galeri seni aku sendiri. Nanti bila dah buka nanti, kau datanglah. Bawa segerombolan girlfriend kau tu,”kata MinHyun,seraya bergurau. Aron ketawa terbahak-bahak.MinHyun turut ketawa.

 

 

MinHyun kemudiannya memarkirkan keretanya sebaik sahaja memasuki garaj yang terletak di dalam kediaman rumah agam tiga tingkat itu. Aron melangkah keluar dari kereta MinHyun itu.

“Home sweet home.”

MinHyun sekadar tersenyum sambil mengeluarkan bagasi merah milik Aron itu.Perlahan-lahan,dia melangkah ke arah Aron sebelum ditepuknya bahu lelaki itu.

“Jom masuk.”

“Mana semua orang? Senyap saja,”soal Aron sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah itu.

“Mereka keluar. Tapi rasanya appa ada dekat atas. Dia tak kerja harini. Tak larat katanya,”kata MinHyun.

“Jinja? Teruk sangatkah appa sakit ni?” Soal Aron,bimbang.

“Stress rasanya. Kau faham-fahamlah kerja office tu macam mana,”kata MinHyun sambil meletakkan bagasi merah Aron di tepi dinding. Niat Aron untuk melangkah ke arah bilik bapanya itu terbantut apabila terdengar derap langkah seseorang dari luar. Perlahan-lahan,dia menoleh ke belakang.

“Oh,sorry. EunJi ingat oppa tak balik lagi. Sebab tu EunJi terus masuk,”kata seorang gadis yang sedang berdiri di pintu masuk rumah itu.

“Eh,tak apalah. Ni barang apa pula yang Aunty bagi ni?” Soal MinHyun. EunJi tersenyum sambil menyerahkan beg kertas kepada MinHyun.

“Omma dapat tahu yang Samcheon tak sihat. Sebab tu omma bagi vitamin ni untuk Samcheon. Nanti MinHyun oppa bagi dekat Samcheon boleh?” Soal EunJi. Sesekali dia memandang ke arah Aron yang kelihatan seperti sedang merenungnya itu.

“Oh,boleh saja. Susah-susahkan Aunty saja. Nanti jemputlah datang rumah ya. Appa mesti suka,”kata MinHyun. EunJi tersenyum sambil mengangguk. MinHyun kemudiannya menoleh ke arah Aron yang begitu kusyuk memandang ke arah EunJi itu. Dia menyiku perlahan lengan lelaki itu.

“Yang kau tenung si EunJi macam nak telan tu apahal?” Bisik MinHyun. Kedengaran Aron berdehem beberapa kali.

“Siapa ni?” Soal Aron,ingin tahu.

“Lah…kau lupakah? Ni EunJilah. Lee EunJi. Sepupu kita. Kau tak ingatkah?” Soal MinHyun. Aron segera menanggalkan cermin mata gelapnya.

“EunJi?” Soal Aron,tidak percaya. Kelihatan dahi EunJi berkerut.

“EunJi pun tak kenalkah ni siapa?” Soal MinHyun. EunJi memandang ke arah Aron,cuba mengecami wajah lelaki tersebut.

“YoungMin oppa?!”

“Aish! Don’t you ever dare to call me YoungMin! Call me Aron,” balas Aron,terkejut dengan panggilan EunJi terhadapnya itu. MinHyun mencebik.

“Bila oppa balik dari UK ni? Serius…EunJi tak dapat cam. Oppa nampak lain.” Kata EunJi.

“Oppa tahu oppa makin handsomekan?” Soal Aron.

“Tak. Jangan nak perasan. Oppa ni…perangai tak berubah langsung. Suka perasan handsome,”kata EunJi. MinHyun sekadar ketawa.

“Nak buat macam mana. Appa selalu cakap oppa ni mewarisi ketampanan daripada dia,”kata Aron,membangga diri.

“Dan oppa pula…mewarisi kecantikan daripada omma,”sampuk MinHyun pula,turut tidak mahu mengalah.EunJi ketawa melihat telatah dua orang lelaki merangkap sepupunya itu.

“Ish,dahlah. Penatlah EunJi layan oppa berdua ni. Nanti EunJi cakap dengan omma suruh singgah rumah ya. Kebetulan appa pun baru balik dari business trip dia petang nanti. Bolehlah kita berkumpul macam dulu-dulu. Omma mesti suka bila tahu yang YoungMin oppa dah balik dari UK,”kata EunJi.

“Aron! A.R.O.N!” Lantang Aron mengeja nama Inggerisnya itu.

“Dahlah. Tak payah nak berlagak guna nama mat saleh kau tu. Kau sekarang dekat Seoul. Berlagak sajala macam orang Seoul,”kata MinHyun. Aron mencebik.

 

 

Aron menarik nafas sedalam-dalamnya sebaik sahaja dia sudah pun berdiri di hadapan bilik bapanya itu.Beg kertas dalam pegangannya itu digenggamnya erat. Perlahan-lahan,dia menolak pintu bilik bapanya.

“Appa?” Panggilnya perlahan. Namun, matanya terbuka luas apabila melihat sekujur tubuh yang terbaring di atas lantai itu.

“Appa!”

Kelam kabut Aron berlari ke arah bapanya yang terbaring tidak sedarkan diri itu.

“Appa? Appa?!”

Aron mengeluh apabila bapanya itu langsung tidak memberi sebarang reaksi terhadap panggilannya itu. Aron kemudiannya mengangkat tubuh bapanya sebelum dibaringkan tubuh itu di atas katil.

“Appa! Gwenchana?” Soal Aron sambil menyapu tuala basah kecil pada wajah bapanya itu. Perlahan-lahan lelaki yang berusia dalam linkungan 50-an itu membuka matanya.Dahinya berkerut apabila melihat Aron yang sedang memandang ke arahnya dengan riak wajah bimbang itu.

“MinHyun?” Soal lelaki itu,lemah.

“Ani. Appa ni sakit sampai tak kenal anak sendiri pula,”kata Aron sambil menggelengkan kepalanya.Lelaki itu kemudiannya mengecilkan sedikit matanya, seolah-olah mahu mendapatkan pandangan yang lebih jelas.

“YoungMin?”

“Aronlah,appa.” Balas Aron. Kelihatan lelaki tua itu tersenyum.

“Penat appa dengan omma bagi nama dekat YoungMin. Senang senang saja suruh orang panggil dia Aron ya,”kata lelaki itu. Suaranya kedengaran lemah. Aron sekadar tersenyum.

“Dah terbiasa dengan nama Aronlah,appa,”kata Aron. Lelaki itu sekadar tersenyum.

“Bila YoungMin balik? Tak cakap dengan appa pun. MinHyun yang pergi jemput ya?” Soal lelaki itu,ingin tahu. Aron angguk.

“YoungMin ingat saja nak buat surprise dekat appa. Tapi…sekali YoungMin yang terkena surprise dari appa. Appa ni…macam mana boleh terbaring atas lantai ni? Appa tak sihat ekh? MinHyun cakap appa tak sihat,”kata Aron sambil memicit kepala bapanya itu.

“Appa pun tak tahu. Tiba-tiba appa rasa kepala appa pening. Banyak sangat kerjalah sekarang ni. Pening kepala appa nak uruskan satu-satu,”kata lelaki itu. Kedengaran Aron melepaskan keluhan perlahan.

“Macam nilah , appa. Memandangkan YoungMin pun dah balik, biarlah YoungMin uruskan apa yang patut. Appa berehatlah dekat rumah. YoungMin kasihan lah tengok appa tak sihat macam ni,”kata Aron.

“YoungMin tak nak bercuti dulukah dalam seminggu dua?” Soal lelaki itu,inginkan kepastian. Aron tersenyum.

“Bukannya YoungMin tak boleh bercuti waktu lain,appa. Appa kan tak sihat. Apa salahnya YoungMin tolong appa dulu. Nanti YoungMin tanya SeungHo samcheon lah. Dia mesti tahu kan apa yang YoungMin patut buat dekat office tu,”kata Aron. Lelaki  itu tersenyum. Rambut perang anak lelakinya itu diusapnya.

“Anak appa yang paling nakal ni dah besar rupanya. Nampaknya bolehla appa serahkan syarikat tu dekat YoungMin. Appa pun dah tak larat ni,”kata lelaki itu.

“Janganlah bagi terus appa. Kelam kabut syarikat tu nanti.” Kata Aron sebelum dia ketawa di hujung kata-katanya. Lelaki yang dipanggil “appa” oleh Aron  itu sekadar tersenyum.

“ByungHee oppa!”

Kedua-dua lelaki itu menoleh. Wanita itu kelihatan terkejut apabila melihat Aron yang sedang duduk di atas katil bersebelahan dengan ByungHee itu. Aron pula tersenyum lebar.

“Omma!”

Aron segera berlari ke arah wanita itu sebelum dipeluknya dengan erat. Wanita itu turut membalas pelukan lelaki muda itu.

“YoungMin ah…kenapa tak cakap yang YoungMin nak balik?” Soal wanita itu. Aron sekadar tersenyum sebelum dia menghadiahkan kucupan lembut pada dahi wanita itu. Wanita itu turut tersenyum.

“Saja nak buat surprise dekat omma dengan appa,”kata Aron. Wanita itu tersenyum sambil mencuit hidung anak lelakinya itu. Geram dengan sikap anak lelakinya yang gemar mengusik itu. Tak ubah seperti bapanya.

“Em..ni mesti MinHyun pun terlibat samakan? Nak kena anak-anak omma ni. Nakal ekh?”Balas wanita itu. Aron tergelak. Aron kemudiannya memeluk ibunya untuk kali kedua.

“YoungMin rindukan omma. Rindu sangat-sangat,”kata Aron. Wanita itu tersenyum.

“Omma pun,sayang.” Balas wanita itu. Aron meleraikan pelukannya.

“Omma,tadi appa pengsan. Nasib baik YoungMin nampak. Kalau tak…” Aron menoleh ke arah bapanya yang sedang tersenyum itu.

“Jinja?” Kelam kabut wanita itu berlari ke arah suaminya yang sedang duduk di atas katil itu.

“Oppa…kepala oppa sakit lagikah? Kita pergi klinik nak?” Soal wanita itu sambil meletakkan tangan pada dahinya. ByungHee sekadar tersenyum sambil menggeleng.

“Sikit saja,sayang. Tadi Vic cakap nak keluar lama dengan Hanna tadi. Pergi mana tadi?” Soal ByungHee sambil mengusap rambut isterinya yang panjang hingga ke paras bahu itu. Victoria tersenyum.

“Pergi jumpa mendiang JiHoon oppa,”kata Victoria sambil tersenyum. Byunghee turut tersenyum.

“Hanna macam mana? Kali ni berapa lama dia berbual dengan ayah dia tu?” Soal ByungHee. Victoria tersenyum.

“Banyak jugalah. Tak habis-habis dia puji oppa tau. Dia kata walaupun dia tu bukannya anak kandung oppa, tapi oppa sangat sayangkan dia macam anak-anak oppa sendiri,”kata Victoria sambil mengusap lembut pipi suaminya itu.

“Selama ni pun memang oppa anggap dia macam anak sendiri pun. Oppa sayangkan dia sama seperti oppa sayangkan anak-anak teruna kita yang nakal tu,”kata Byunghee sebelum dia memandang ke arah Aron yang berdiri tidak jauh daripada mereka itu. Aron yang melihat kemesraan antara ibu bapanya itu sekadar tersenyum. Sudah bergelar datuk dan nenek pun , masih lagi romantic seperti pasangan muda yang baru berkahwin. Perlahan-lahan, dia beredar meninggalkan ibu bapanya di dalam bilik. Memberikan laluan privasi untuk pasangan itu berdua-duaan.

 

 

“Samcheon lagi handsome daripada dalam gambar.”

Aron ketawa terbahak-bahak sambil mengusap lembut kepala anak saudaranya yang petah berkata-kata itu.

“Ellie ni biar betul. Nak MinHyun samcheon belikan cermin matakah?” Soal MinHyun,tidak puas hati dengan pujian melambung yang diberikan oleh anak saudaranya itu.Ellie mengangguk laju.

“Betullah. YoungMin samcheon handsome. Macam muka araboji waktu araboji muda muda dulu,”kata Ellie sambil memandang ke arah ByungHee. ByungHee yang sedang memangku cucu perempuannya itu sekadar tersenyum. Perlahan-lahan dia mengucup lembut pipi satu-satu cucu perempuannya itu. Ellie tertawa.

“Noona selalu tunjuk gambar YoungMin dekat Ellie. Nanti kasihan pula dekat Youngmin kalau Ellie tak kenal samcheon dia sendiri,”kata Hanna.

“Gomawo,noona. Ni yang YoungMin nak sayang lebih dekat Noona ni,”kata Aron sambil memaut bahu kakaknya itu dengan manja. Sejak dari kecil lagi, dia begitu manja dengan Hanna. Hanna sekadar ketawa. Victoria yang melihat kemesraan anak-anaknya itu sekadar tersenyum. Perbualan mereka terganggu seketika apabila terdengar bunyi loceng pintu yang bergema itu. Kelam kabut MinHyun berlari untuk membukakan pintu.

“Aunty!Uncle!”

MinHyun teruja apabila melihat SooJung dan LeeJoon yang sedang berdiri di hadapannya itu. MinHyun turut tersenyum ke arah EunJi. EunJi sekadar tersenyum, membalas senyuman yang dilemparkan oleh sepupunya itu.

“Jemputlah masuk. Semua dah ada dekat dalam,”kata MinHyun.

 

 

“Oppa ni…kalau dah tahu tak sihat,pergilah klinik. Dari muda sampailah sekarang,sama saja degilnya oppa ni,”rungut SooJung. ByungHee sekadar tersenyum. Victoria yang duduk di sebelahnya itu turut tersenyum.

“EunJi dah bagi vitamin dekat samcheon?” Soal SooJung.

“Dah,omma.” Balas EunJi yang sedang bermain bersama Ellie itu.

“Oh,vitamin tu YoungMin dah letak dekat dapur,”sampuk Aron pula. EunJi menoleh ke arahnya.

“Eh,tadi gaduh suruh orang panggil Aron. Sekarang YoungMin pula,”kata EunJi. Aron sekadar mencebik.MinHyun pula ketawa melihat telatah YoungMin dan EunJi yang sememangnya tidak pernah sebulu sejak kecil itu. Kahwinkan juga budak dua orang ni baru tahu, getus hati kecilnya.

“Uncle, YoungMin ingat nak masuk office awallah. YoungMin nak bagi appa berehat. Nanti Uncle tolong beritahu SeungHo samcheon boleh?” Soal Aron.

“Boleh sangat. Eloklah YoungMin nak masuk office awal. Uncle pun dah tak larat nak nasihat appa YoungMin ni. Badan tu bukannya kuat lagi pun,”kata Lee Joon, sambil membetulkan cermin mata yang dipakainya itu. Lelaki bekerjaya itu juga masih lagi kelihatan gagah walaupun usianya hampir mencecah 50-an. Jika mahu dibandingkan dengan Lee Joon, ByungHee tetap tidak mengalah. Dia masih kelihatan muda dah lebih matang. Tambahan pula dia sudah mula menyimpan misai yang menyerlahkan lagi kematangannya itu. Cuma kesihatannya sedikit terganggu sejak belakangan ini. Berkemungkinan disebabkan oleh kesibukannya menguruskan syarikat keluarganya yang tidak pernah surut itu.

 “Aish..Hyung bukannya tua sangat pun. Hyung belum genap 55 tahun  lagi tau,”kata ByungHee,tidak mahu mengalah.

“Tak kisahlah,Hyung.Hyung belum tua pun tapi…badan tu tetap dah tak kuat. Bagi sajalah company tu dekat YoungMin. SeungHo Hyung boleh pantaukan. Hyung berehat sajalah dekat rumah,”kata Lee Joon.

“Vic pun setuju,oppa. Lagipun oppa dah lama sangat kerja keras. Sekarang berehatlah. Kita bagilah peluang dekat YoungMin untuk buktikan kemampuan dia uruskan syarikat.Hm?” Pujuk Victoria pula. Perlahan-lahan, ByungHee mengangguk. Victoria tersenyum lebar.

“Oppa ni…sejak dulu sampai sekarang…hanya Victoria unni saja yang boleh tundukkan oppa.Kalau orang lain,sikit pun oppa tak makan saman,”kata SooJung. ByunGhee dan Victoria sekadar ketawa. Hanna turut ketawa. Dia bersetuju dengan kata-kata ibu saudaranya itu.

“Okey.Lagi dua hari,YoungMin boleh masuk office. Biar SeungHo samcheon ajarkan selok belok syarikat. Sementara tu,YoungMin berehatlah dulu dekat rumah,”kata ByungHee. Aron mengangguk smabil tersenyum.

“Ne!” Balas Aron. MinHyun turut tersenyum melihat semangat yang ditunjukkan oleh saudara kembarnya untuk membantu menguruskan syarikat keluarga mereka itu.

 

 

Victoria mengurut lembut bahu suaminya. ByungHee pula memejamkan matanya sambil tersenyum.Sesekali Victoria mencuri-curi pandang ke arah suaminya.

“Em…oppa dah tidurkah?” Soal Victoria. ByungHee membuka matanya.

“Belum. Kenapa,sayang?” Soal ByungHee.

“Selalunya oppa tidur waktu Vic urut bahu oppa,”kata Victoria. ByungHee tersenyum. Dia kemudiannya memusingkan tubuhnya ke arah Victoria. Wajah isterinya yang masih jelita tidak dimamah usia itu ditatapnya dengan penuh rasa kasih. Pipi isterinya itu diusap lembut.

“Gomawo.” Ucapnya. Victoria tersenyum.

“Untuk apa?” Soal Victoria.

“Untuk semua.” Balas Byunghee. Kali ini tangannya sudah pun merangkul erat pinggang isterinya itu. Victoria tersenyum.

“Terima kasih sebab Vic tak tinggalkan oppa. Terima kasih sebab sudi menghabiskan sisa sisa hidup Vic untuk bersama dengan oppa. Terima kasih sayang,”ucap ByungHee sebelum dia mengucup lembut dahi isterinya itu.

“YoungMin mesti belajar dari oppa kan? Sebab dia pun suka cium dahi Vic macam oppa,”kata Victoria. Byunghee ketawa.

“Mestilah. Dia kan ByungHee junior. Sama handsome…sama romantic,”kata ByunGhee. Victoria mencebik.

“Dan lagi satu, dia pun sama perasan macam oppa. Eee..” Victoria mencuit hidung suaminya,geram. ByunGhee ketawa lagi. Dia kemudiannya mencium bibir isterinya. Victoria tersenyum bahagia.

“Vic takkan tinggalkan oppa kan?” Soal ByungHee. Victoria memeluk leher suaminya sambil memandang wajah suaminya yang masih kacak tidak dimamah usia itu.

“Oppa kan milik Vic? Mestilah Vic akan sentiasa berada di sisi oppa. Lagipun Vic sayangkan oppa. Oppalah cinta hati Vic sampai bila-bila,”kata Victoria. ByunGhee tersenyum bahagia.

“I love you,sayang,”Ucap ByungHee sebelum dia mendekatkan bibirnya ke arah Victoria. Victoria sekadar tersenyum malu.

“I love you too…”

 

 

 

 

TAMAT

 

 

A/N : Thanks for reading ^^ Hope u guys enjoy my story ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((