Chapter 30

You Belong With Me

“Omma!”

 

Senyuman terus terukir di bibir Victoria setiap kali teringatkan panggilan Hanna terhadapnya sebentar tadi.Patung beruang milik Hanna itu dipeluknya erat, seolah-olah langsung tidak mahu dilepaskan jauh daripadanya.

 

“Omma…Hanna nak bagi omma pinjam Baby ni dekat omma,”kata Hanna sambil menghulurkan patung beruangnya kepada Victoria.

“Eh,kenapa Hanna nak bagi omma pinjam? Hanna kan selalu tidur dengan Baby dekat bilik,”soal Victoria,hairan.

“Tadi kan omma cakap yang omma rindukan Hanna. Manalah tahu kalau omma peluk Baby, omma akan cepat sihat. Nanti bolehlah balik rumah cepat. Kita main sama-sama macam dulu ya,omma?” Soal Hanna sambil tersenyum.

“Haih…sejak bilalah anak appa ni pandai bercakap ni?” Soal ByungHee pula sambil mengusap lembut kepala anak perempuan tunggalnya itu.Hanna tersengih malu.

“Oppa jangan tak tahu. Hanna selalu join SooJung tengok drama dekat bilik. Mungkin dia belajar baca skrip dari situlah,”sampuk SooJung pula. Victoria dan ByungHee saling berpandangan.

“Jinja? Hanna tengok drama?” Soal ByungHee tidak percaya.

“Aunty dengan Halmonilah selalu tengok drama. Hanna nak tengok kartun pun susah,”balas Hanna sambil memuncungkan mulutnya. ByungHee dan Victoria ketawa sesama sendiri.

“Em…nampaknya Vic dah ada orang boleh temankan Vic tengok dramalah dekat rumah,”kata ByungHee sambil mencuit lengan isterinya.Victoria tertawa kecil.

“Em…betul juga tu. Nanti kita tengok drama sama-sama nak, Hanna? Kita tinggalkan appa seorang,”soal Victoria, sengaja mengusik ByungHee. Hanna mengangguk laju sambil tersenyum.

 

 

“Amboi…jauhnya orang tu termenung.”

Victoria menoleh. Kelihatan ByungHee sedang meletakkan jag berisi air suam di atas meja berdekatan dengannya itu. Victoria sekadar membiarkan ByungHee yang mula mengambil tempat di sebelahnya itu.ByungHee kemudiannya menghulurkan gelas berisi air suam itu kepada Victoria.Victoria mengambilnya sambil tersenyum.

“Gomawo,oppa,”ucap Victoria.

“Nak berangan..beranganlah juga. Tapi air kena minum juga. Baru cepat demam tu baik,”kata ByungHee sambil memandang ke arah Victoria yang sedang meneguk air suam itu.

“Vic tak beranganlah,oppa,”balas Victoria,menafikan kata-kata ByungHee.ByungHee mencebik.Gelas yang berada dalam pegangan Victoria itu diambilnya sebelum diletaknya di atas meja.

“Vic nak minum air lagi?” Soal ByungHee.Victoria menggelengkan kepalanya.ByungHee tergamam apabila Victoria memeluk tubuhnya dengan erat.Victoria sengaja membiarkan kepalanya disandarkan pada dada suaminya itu.ByungHee sekadar tersenyum sambil membelai lembut rambut Victoria yang panjang melepasi bahu itu.

“Em…waeyo?” Sengaja ByungHee menyoal, walaupun dia sudah tahu jawapannya.Victoria tersenyum bahagia.

“Gomawo,oppa,”ucap Victoria.

“Disebabkan oppa…Vic dapat rasakan kasih sayang yang tak terhingga daripada keluarga oppa.Vic tak pernah rasa kasih sayang ibu dan ayah. Tapi sejak Vic berkahwin dengan oppa…Vic dah ada omma..appa..SooJung..dan juga Hanna,”kata Victoria.Perlahan-lahan,dia mendongakkan kepalanya.Matanya bertentang dengan mata ByungHee yang redup itu.

“Saranghae…”Ucap Victoria sambil tersenyum.ByungHee turut tersenyum.

“Sepatutnya oppa yang berterima kasih dengan Vic,”kata ByungHee sambil mengusap pipi Victoria.

“Eh,kenapa pula?Oppa kan dah ada segala-galanya?” Soal Victoria.

“Memang oppa dah ada segala-galanya. Tapi tanpa adanya Vic…hidup oppa takkan lebih bahagia macam sekarang. Saranghae,”kata ByungHee sebelum dia mengucup pipi Victoria.Victoria tersenyum.

“Kiranya kita ni saling melengkapilah kan?”Soal Victoria.ByungHee angguk,bersetuju dengan kata-kata Victoria.ByungHee kemudiannya memperkemas pelukannya terhadap Victoria.

“Jadi…betullah yang…SeYeon tolak Vic ke dalam swimming pool semalam?” Soal ByungHee.Victoria tidak segera menjawab pertanyaan suaminya itu.ByungHee memandang ke arahnya.

“Kita ni suami isteri. Sepatutnya tak ada rahsiakan antara suami dan isteri?” Soal ByungHee lagi. Victoria menundukkan wajahnya.

“Em…Vic nak minta maaf…sebab dah berbohong dengan oppa.Tapi…Vic memang tak salahkan SeYeon.Sebab kalau Vic berada di tempat SeYeon,mungkin Vic akan buat benda yang sama,”kata Victoria,perlahan.

“Vic Cuma cakap…yang Vic cintakan oppa…dan sampai bila-bila pun…”

Victoria memandang ke arah ByungHee.

“…ByungHee tetap suami Vic. Dan Vic akan pertahankan apa yang telah menjadi hak Vic walau apa pun terjadi.” Terang Victoria. Kelihatan ByungHee tersenyum puas mendengar kata-kata Victoria itu. Satu kucupan lembut dihadiahkan pada dahi isterinya itu.

“Kan oppa dah cakap…semua itu memang bukannya salah Vic.Memang patut pun Vic cakap macam tu dekat SeYeon.Oppa ialah suami Vic…dan Vic sepatutnya mempertahankan oppa daripada jatuh ke tangan orang lain,”kata ByungHee.Senyuman lebar tak lekang dari bibirnya.

“Tapi dia cintakan oppa,”kata Victoria.

“Oppa pula cintakan Vic,”balas ByungHee.Victoria memandang ke arah suaminya.

“Oppa kenal sangat dengan SeYeon.Oppa yakin…dia takkan berdiam diri.Jadi…oppa nak kita berdua berjanji…walau apa pun terjadi, kita mesti saling mempercayai.Biarlah apa yang orang lain nak cakap, yang penting..Oppa percayakan Vic, dan Vic percayakan oppa. Arasso?” Soal ByungHee. Victoria tersenyum. Apa yang dikatakan oleh ByungHee itu benar. Kepercayaan antara suami dan isteri itu penting untuk mengekalkan kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga.

Mereka kemudiannya membisu untuk seketika, melayani suasana yang tenang di dalam bilik itu.

“Em…lepas ni kita dah susahlah nak berdua-duaan macam ni kan?” Soal ByungHee.Kening Victoria terangkat.

“Wae?” Soal Victoria pula.

“Sebab nanti Hanna dah duduk dengan kita balik. Lagi-lagi..bila Vic cakap yang Vic nak habiskan lebih masa dengan Hanna daripada dengan oppa,”kata ByungHee sebelum dia memuncungkan bibirnya. Pura-pura merajuk.Victoria tertawa.

“Aik…takkan oppa nak cemburu dengan anak sendiri?” Soal Victoria.

“Cemburulah. Oppa dah biasa bermanja dengan Vic. Entah-entah lepas ni…oppa tidur seorang-seorang. Tak ada orang yang sudi nak teman,”rajuk ByungHee.Victoria mencebik.

“Eee..mengada-ngadanya Encik Jung ByungHee ni!” Victoria mencubit pipi suaminya. ByungHee mengaduh kesakitan. ByungHee kemudiannya mengeratkan pelukannya terhadap Victoria.

“Kalau macam tu…Vic kenalah bagi seseorang untuk temankan oppa kalau Vic nak selalu habiskan masa dengan Hanna,”kata ByungHee.Victoria menoleh ke arah ByungHee dengan dahinya yang berkerut.

“Vic kan boleh temankan oppa juga? Oh…oppa nak cari perempuan lain ya?”Soal Victoria sambil menarik telinga ByungHee.ByungHee mengaduh kesakitan.

“Ah! Ah! Sakit sakit sakit! Bukanlah Vic.”

Victoria melepaskan tangannya.

“Habis tu?” Soal Victoria.ByungHee kemudiannya meletakkan tangannya pada perut Victoria sambil diusapnya lembut.

“Oppa nak Jung YoungMin,”kata ByungHee.Dahi Victoria berkerut.

“Siapa pula Jung YoungMin ni?” Soal Victoria,tidak memahami.

“Anak kitalah,”kata ByungHee.Wajah Victoria terasa hangat.Victoria memandang ke arah ByungHee.

“Kenapa Jung YoungMin?” Soal Victoria lagi.ByungHee tersenyum.

“Oppa pun nak ada orang teman oppa main basketball juga. Tak adillah kalau Vic saja yang ada Hanna temankan Vic tengok drama,betul tak?” Soal ByungHee.

“Aih..sejak bila pula oppa main basketball ni?” Soal Victoria,hairan.

“Baru nak belajarlah ni. Oppa nak main dengan YoungMin,”kata ByungHee.Victoria tergelak.

“Oppa ni…bolehlah pula cakap macam tu. Kalau nanti yang keluarnya bukan Jung YoungMin macam mana?” Soal Victoria.ByungHee tersenyum.

“Em…perempuan pun boleh main basketball kan?Apa salahnya,”balas ByungHee,selamba.Victoria tersenyum.

“Kalau macam tu…Vic pun nak Jung YoungMin lah,”kata Victoria.

“Wae?” Soal ByungHee.

“Sebab nanti Vic tak adalah rasa nak cemburu sangat bila tengok oppa main basketball dengan YoungMin. Sama-sama lelaki kan,”kata Victoria. Kali ini giliran ByungHee pula ketawa.

“Em,kuat cemburu juga YoungMin omma ni sebenarnya ya?” Soal ByungHee sambil mencuit hidung isterinya itu. Victoria turut ketawa.

 

 

 

“Haih…kenapa muka masam saja ni?”

SeYeon mendengus kasar sebaik sahaja mendengar suara seorang lelaki yang menegurnya dari sisi itu.Dia sekadar membiarkan lelaki itu memeluknya dari belakang sebelum diciumnya lehernya yang putih melepak itu.

“Orang datang sini nak enjoylah,jagi. Bukannya marah-marah macam ni,”kata lelaki itu lagi. Kali ini dia mencium pula pipi SeYeon yang gebu itu.

“I benganglah,”kata SeYeon. Gelas berisi wine itu diletaknya kuat.Lelaki itu memandang ke arahnya.

“Relakslah. You pun bukannya betul-betul nak dekat ByungHee tu pun kan. You Cuma nak duit dia saja,”kata lelaki itu.SeYeon kemudiannya menolak tubuh lelaki itu jauh daripadanya.Wajah lelaki itu dipandangnya dengan tajam.

“Kalau bukan sebab idea gila you tu, semua ni takkan terjadi tahu. Tak pasal-pasal ada perempuan lain dah rampas ByungHee daripada I,”kata SeYeon,berang.Lelaki itu sekadar tersenyum.

“Apa yang gilanya? Nampak kan ByungHee tu pun bukannya betul-betul sayang dekat you pun.Bila dia tahu you lari saja, dia terus ambil entah perempuan manalah untuk jadi isteri dia. Sebab dia tak nak keluarga dia tanggung malu punya pasal,”kata lelaki itu.SeYeon mengeluh kasar.Perlahan-lahan lelaki itu memaut bahunya dengan erat.

“Come onlah, jagi. Lupakan saja ByungHee tu. I kan ada. Dari you terus tunggu lelaki yang dah jadi suami orang tu, baik you layan I. You pun tahukan…yang I sayangkan you lebih daripada lelaki tak guna tu,”bisik lelaki itu sambil tersenyum.

“You jangan kutuk dia,Jong Suk. I masih sayangkan dia,”balas SeYeon.

“But I love you more,”kata JongSuk sambil meletakkan bibirnya pada leher SeYeon.SeYeon tersenyum.Ya, dia memang mencintai ByungHee dan ingin bersama dengan lelaki tersebut. Namun dia juga ingin memenuhi keinginan nafsunya dengan JongSuk yang jauh lebih muda daripada ByungHee itu.Kesibukan ByungHee terhadap kerjanya itu membuatkan SeYeon yang sudah biasa dengan kehidupan bebas itu mudah berasa bosan. Dan ternyata kehadiran JongSuk telah mengubah segala-galanya.JongSuk jugalah yang berjaya menghasutnya untuk meninggalkan ByungHee di kala majlis perkahwinannya itu hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.Katanya untuk menguji sejauh mana kasih sayang ByungHee terhadap SeYeon.Dan SeYeon termakan dengan kata-kata hasutan JongSuk itu.

“Urusan I dengan perempuan tu masih belum habis lagi, JongSuk,”kata SeYeon sambil memegang pipi lelaki itu.

“Untuk apa lagi,Jagi.Biar sajalah mereka.I nak bersama dengan you. I boleh bahagiakan you,”kata JongSuk,tidak bersetuju. SeYeon menggeleng.Bibirnya menguntum senyuman sinis.

“Kalau I tak boleh dapatkan semula ByungHee…perempuan tak guna tu pun tak boleh dapatkan ByungHee. I akan buat apa saja asalkan I boleh rosakkan perkahwinan mereka.”

“Apa yang you nak buat?” Soal JongSuk,ingin tahu.

“Adalah…”Balas SeYeon.

“You takkan buat kerja gilakan, SeYeon?” Soal JongSuk,bimbang.

“Buat masa ni I masih waraslah , JongSuk,”kata SeYeon. Dia kemudiannya memeluk leher JongSuk sebelum dia mengucup bibir lelaki itu.

“You saja yang selalu buat I gila,”sambungnya lagi.JongSuk tersenyum lebar.Hatinya kembang mendengar kata-kata SeYeon itu.

“Jom?”Soal JongSuk sambil merangkul pinggang SeYeon. SeYeon yang sudah pun memahami tingkah laku JongSuk sekadar ketawa manja.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((