Chapter 38

You Belong With Me

“Kenapa diam? Salahkah apa aku cakap?” Soal SeYeon,sinis. Victoria menarik nafas dalam.

“Macam mana awak tahu pasal keluarga saya?” Soal Victoria,perlahan.

“Dari mana aku tahu itu tak penting. Yang penting…semua tu betul kan?” Soal SeYeon lagi.Senyumannya masih cuba disembunyikan. Victoria sekadar membisu, tidak mengiyakan mahupun menidakkan pertanyaan SeYeon itu.

“Mak ayah kau terkorban dalam kebakaran tu semata-mata nak selamatkan kau. Kalau tak, mesti mereka masih lagi hidup. Kau langsung tak rasa bersalahkah, huh? Disebabkan kau… kau dan abang kau terpaksa hidup sebagai anak yatim piatu.”

“Dan…kalau bukan sebab kau juga…ByungHee oppa takkan terlibat dalam kemalangan tu. Entah dia boleh bertahan atau tak…itu semua masih belum dapat dipastikan. Kau mesti tahukan apa yang terjadi kepada kembar oppa? Kau sanggupkah nak tengok omma dengan appa menderita kalau apa-apa perkara buruk terjadi dekat oppa nanti?” Soal SeYeon lagi. Mata Victoria mulai bergenang. Apakah benar dirinya membawa malang seperti yang dikatakan oleh SeYeon itu?

“Kalau kau tak muncul dalam keluarga oppa…semua ni takkan terjadi. Memang aku akui aku yang menjadi punca dalam hal ni. Tapi kalau kau tak menjadi penghalang kepada oppa untuk cari aku waktu tu…aku dan oppa tetap akan berkahwin. Dan tentunya dah lama kami hidup bahagia. Oppa pun tak perlu menderita disebabkan kau.”

“Habis tu….apa yang awak nak saya buat?” Soal Victoria,mulai mengalah. Seolah-olah termakan dengan tuduhan SeYeon terhadapnya itu.SeYeon sudah menguntum senyuman kemenangan.

“Tinggalkan oppa.”

Victoria memandang ke arahnya.

“Tinggalkan ByungHee oppa…jadi segala perkara malang tu takkan terjadi lagi dekat oppa. Kau pun mesti tak nak tengok oppa menderita macam ni lagi kan?”Soal SeYeon.

“Tapi SeYeon…”

“Tinggalkan ByungHee oppa…atau kau nak oppa mati. Pilihlah antara dua,”kata SeYeon lagi,tidak memberi peluang kepada Victoria untuk berkata-kata. Victoria menundukkan wajahnya. Air matanya mulai mengalir.

“Saya akan tinggalkan dia…”

Senyuman SeYeon kian lebar.

“…Tapi…izinkan saya untuk jaga dia…sampai dia betul-betul sembuh. Tolonglah…” Rayu Victoria. SeYeon mengetap bibirnya,memikirkan permintaan wanita itu.

“Saya janji…sebaik saja oppa dah sihat…dah boleh berjalan sendiri…saya akan pergi. Saya…”

Air mata Victoria mengalir laju.

“Saya takkan muncul lagi sampai bila-bila…kalau itu yang terbaik untuk semua orang,”katanya,sebak.

“Okey. Aku pegang janji kau. Kalau kau mungkir janji kau…kau akan tahu apa yang akan terjadi dekat ByungHee oppa nanti.”

SeYeon terus beredar dari situ tanpa mempedulikan Victoria yang sedang menangis teresak-esak itu. Victoria kemudiannya terduduk di situ.

“Betulkah…selama ni aku membawa malang kepada orang-orang yang sayang? Betulkah…oppa jadi macam ni disebabkan aku?”

Victoria duduk bersandar di situ sambil menangis. Telefon bimbitnya yang berdering itu dibiarkan tidak berjawab.

 

 

 

 

Tiga hari kemudian

 

Victoria mengelap bibir ByungHee yang kering itu dengan sapu tangan yang dibasahkan dengan air suam itu. Keadaan ByungHee yang kian stabil itu telah membolehkan lelaki itu dipindahkan ke wad biasa . Namun ByungHee masih dipantau oleh doktor dan jururawat dengan rapi. Victoria kemudiannya menatap wajah ByungHee yang pucat itu dengan penuh rasa rindu. Rindu untuk mendengar suara lelaki tersebut. Rindu untuk bergurau senda dengan suaminya itu.

“Oppa…oppa ada dekat mana sekarang? Oppa berseronok dengan perempuan lain ya,hm?” Soal Victoria sambil mengusap lembut rambut ByungHee itu. ByungHee pula terus kaku di situ. Victoria kemudiannya mengambil tangan ByungHee sebelum digenggamnya dengan erat.

“Bila oppa nak buka mata? Vic rindu tau dengan oppa. Dah lama rasanya Vic tak dengar suara oppa. Dah lama tak kena buli dengan oppa,”kata Victoria sambil mendekatkan tangan ByungHee pada pipinya.

“Vic…Hanna…dengan YoungMin…rindu sangat dekat oppa. Oppa pun dah lama tak bacakan buku cerita untuk YoungMin sebelum tidur. YoungMin rindu tau,oppa,”kata Victoria lagi. Dia terus berbual dengan suaminya itu. Dia yakin ByungHee dapat mendengar kata-katanya. Dan sememangnya itulah yang dipesan oleh doktor yang merawat suaminya itu. Mungkin dengan cara itu, ByungHee akan cepat sedar dari lenanya yang panjang itu. Victoria kemudiannya meletakkan kepalanya pada bahu Byunghee sambil menggenggam erat tangannya.

“Vic…Vic akan tunggu oppa. Vic janji yang Vic akan tunggu oppa sampai oppa sedar. Vic akan pastikan yang oppa takkan berseorangan bila oppa dah sedar nanti,”katanya,perlahan. Dia terus membiarkan kepalanya terlentok atas bahu suaminya itu sehinggalah dia terlena tanpa dia sedari.

 

Jari ByungHee yang berada dalam genggaman Victoria itu bergerak perlahan. Perlahan-lahan, dia membuka matanya sebelum dia memandang ke arah Victoria yang masih lagi lena sambil memegang erat tangannya itu. Bibirnya menguntum senyuman bahagia apabila melihat Victoria yang sedang menemaninya ketika itu. Wajah Victoria yang keletihan itu ditatapnya dengan penuh rasa rindu.

“Sayang…”

ByungHee memanggil Victoria dengan lembut. Serba salah juga mahu mengejutkan isterinya yang keletihan menjaganya itu.

“Sayang…oppa ni…”

Victoria membuka matanya perlahan-lahan apabila merasakan tidurnya diganggu oleh seseorang. Dia memandang ke arah ByungHee yang sedang tersenyum lemah ke arahnya. Tubuhnya menjadi kaku untuk seketika. Seolah-olah tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya ketika itu.

“Op..Oppa?” Soal Victoria,tidak percaya.

“Ya…ni oppa.” Balas ByungHee sambil tersenyum. Victoria segera menyentuh kedua-dua pipi ByungHee. Wajah ByungHee yang mulai ditumbuhi kumis nipis itu ditatapnya. Ingin memastikan bahawa dia tidak bermimpi.

“Oppa? ByungHee oppa?”

ByungHee tersenyum lebar.

“Ya…sayang. Vic dah tak kenal oppakah?” Soal ByungHee. Mata Victoria mulai bergenang.

“Oppa!”

Victoria terus memeluk suaminya dengan erat. ByungHee sekadar tersenyum sambil membalas pelukan isterinya itu.

“Bogoshipposo…”

Victoria terus menangis dalam pelukan suaminya itu. Tangisannya semakin kuat apabila mendengar ucapan rindu daripada ByungHee itu.

“Miane…Hm? Oppa mesti dah buat Vic risau sangat. Oppa betul-betul minta maaf,”ucap ByungHee. Victoria menggelengkan kepalanya tanpa melepaskan pelukannya terhadap ByungHee.

“Asalkan oppa dah sedar…semua tu dah cukup untuk Vic. Vic betul-betul takut kalau oppa akan tinggalkan Vic,”kata Victoria,sebak. ByungHee kemudiannya meleraikan pelukannya terhadap Victoria. Wajah isterinya ditatap dengan penuh rasa kasih. Air mata Victoria itu disekanya lembut.

“Vic dah lupa ya? Oppa kan dah pernah berjanji yang oppa takkan sesekali tinggalkan Vic. Oppa akan sentiasa ada untuk Vic sampai bila-bila,”kata ByungHee. Victoria terus membisu. Sekadar mendengar suaminya berkata-kata. Sungguh dia amat merindui suara merdu lelaki itu.

“Dah…dah berapa lama oppa tak sedar?” Soal ByungHee,ingin tahu.

“Cukup lama…cukup untuk buat hidup Vic tak tentu arah tanpa oppa,”jawab Victoria,perlahan. ByungHee tersenyum kelat.

“Biar oppa teka…em…seminggu?” Soal ByungHee. Victoria menggeleng.

“Em…sebulan?” Soal ByungHee lagi. Sekali lagi Victoria menggeleng.

“Takkan setahun?” Soal ByungHee,tidak percaya.

“Tiga hari,”balas Victoria. Mata ByungHee terbuka luas.

“Bwo? Tiga hari?” Soal ByungHee,tidak percaya. Victoria mengangguk.

“Baru tiga hari oppa tak sedar, Vic dah kurus macam ni. Kalau setahun tak tahulah,”kata ByungHee, seraya bergurau. Victoria menepuk lengan suaminya.

“Oppa ni…benda macam ni pun boleh dibuat bergurau. Vic risau tau dekat oppa. Kalau oppa langsung tak sedar macam mana?” Victoria mulai menangis lagi. ByungHee cepat-cepat menarik Victoria ke dalam pelukannya.

“Miane…Oppa Cuma nak bergurau dengan Vic. Aish…miane..Hm? Okey ? Oppa betul-betul minta maaf dengan Vic. Vic janganlah menangis. Tak elok untuk YoungMin,”kata ByungHee,memujuk. Victoria terus menangis dalam pelukannya. ByungHee kemudiannya tersenyum.

“Sayang juga Vic dekat oppa ye?” Usik ByungHee lagi.

“Mestilah sayang…” Balas Victoria dalam tangisannya. Senyuman ByungHee kian lebar. Terasa bahagia apabila melihat isterinya setia menanti di sisinya.

 

“Doktor cakap apa lagi?” Soal SeungHo. Gembira melihat keadaan ByungHee yang kian pulih itu. Cuma pergerakan lelaki itu sahaja yang masih lagi terhad kerana kakinya yang patah itu. Kesan jahitan pembedahan pada perutnya juga bersih dari kuman.

“Yang lain dah okey. Cuma kaki ni lah. Mungkin dalam 4-5 bulan baru okey,” kata ByungHee sambil memandang ke arah kakinya yang berbalut itu.

“Lama juga tu. Tak apalah. Yang penting kau dah okey. Tak adalah kami risau sangat,”kata SeungHo. ByungHee sekadar tersenyum sambil memandang ke arah isterinya. Victoria turut membalas senyuman suaminya itu.

“Sementara kaki tu tak boleh nak jalan betul lagi, ByungHee dengan Vic duduklah dengan omma. Kasihan juga omma nak biarkan Vic jaga ByungHee seorang. Lagipun Vic mengandung. Takkanlah omma sanggup nak biarkan Vic susah-susah jaga kamu,ByungHee,”kata Puan Jung , memberi cadangan.

“Tak ada yang susahlah, omeonim. Bukannya jaga orang lain.Jaga suami sendiri juga,”kata Victoria.

“Habis Vic tu…omma tak nak apa-apa jadi dekat cucu omma tu. Budak ni pun…” Puan Jung kemudiannya menarik telinga anak lelakinya itu sehingga membuatkan lelaki itu menjerit kesakitan itu.

“…waktu macam ni jugalah dia nak buat hal. Sepatutnya kamu yang jaga Vic..bukannya Vic jaga kamu,”leter Puan Jung.Semua yang berada di situ ketawa.

“Omma! Bukannya ByungHee sengaja pun! Kalau omma tak nak jaga sudah. ByungHee boleh jaga diri sendiri. Vic, kita duduk saja rumah kita. Oppa boleh uruskan diri sendiri. Vic tak perlu risau.” Kata ByungHee. Victoria ketawa kecil. Puan Jung mencebik.

“Macamlah kuat sangat. Demam sikit pun dah macam mayat hidup Vic tengok oppa,”kata Victoria. ByungHee membulatkan matanya.

“Sayang!”

Victoria ketawa lagi. Semua yang berada di situ turut ketawa melihat ByungHee yang sedang dibuli oleh Victoria dan ibunya itu.

“Oh….sampai hati buli oppa ya? Kalau macam ni, oppa koma baliklah.”

ByungHee segera menarik selimut sehingga menutupi seluruh tubuhnya .

“Ala oppa. Vic main-main saja. Janganlah merajuk,”pujuk Victoria, sambil menarik selimut tersebut. ByungHee enggan. Kononnya merajuk kerana dibuli oleh isterinya itu. Victoria memuncungkan bibirnya. Perlahan-lahan, dia menarik selimut itu. ByungHee masih lagi tidak menoleh ke arahnya. Victoria tersenyum simpul sebelum dia menghadiahkan kucupan pada pipi suaminya itu. Kelihatan ByungHee tergamam untuk seketika.

“Em…entah perangai siapalah budak ni ikut. Merajuk sampai nak kena pujuk,”kata Tuan Jung pula sampai menjeling manja ke arah isterinya. Puan Jung membeliakkan kedua-dua matanya. SooJung sekadar tersenyum melihat kemesraan ibu bapanya itu.

“Em..kalau ByungHee Hyung pun dah kuat merajuk… SooJung apatah lagi. Joon sampai dah tak ada idea macam mana nak pujuk dia lagi dah,”sampuk Lee Joon pula sambil menyiku lembut lengan teman wanitanya itu. SooJung menjeling ke arahnya.

“Eeee…kenapa pula SooJung yang kena ni? Ish tak sukalah macam ni!” SooJung terus beredar meninggalkan semua orang di dalam bilik ByungHee itu.

“Yah, Jung SooJung!” Jerit LeeJoon.

“Nasiblah , Hyung. Pergilah pujuk cepat,”usik Mir pula. Cheondung dan SeungHo sekadar ketawa.

“Good luck,bro!” Sampuk ByungHee pula. Lee Joon mencebik. Mahu tidak mahu, dia terpaksa juga beredar untuk mencari SooJung.

“Amboi…bukan main dia usik Lee Joon ya,”kata Victoria. ByungHee tersengih.

“Sebab tu oppa suka merajuk. Sebab Vic memang pandai pujuk,”kata ByungHee. Victoria mencebik.

“Jangan dilayan sangat suami kamu ni, Vic. Makin mengada-ngada dia nanti. Vic juga yang susah,”kata Puan Jung. ByungHee sekadar ketawa. Victoria pula hanya mampu tersenyum. Senang hati melihat ByungHee yang kembali sihat seperti dulu. Namun adakah dia bersedia untuk menunaikan janjinya kepada SeYeon itu…. Dia sendiri belum pasti.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((