Chapter 14

You Belong With Me

“Hyung, tengoklah tu,” kata Joon sambil menyiku lengan SeungHo yang sedang duduk di sebelahnya itu. Mir dan Cheondung turut melihat ke arah yang sama. Mereka tersenyum sesama sendiri apabila melihat ByungHee dan Victoria yang sedang memilih makanan  sarapan mereka di bahagian buffet yang terdapat di hotel itu. Kelihatan ByungHee yang sengaja mengusik Victoria yang sedang sibuk memilih makanan itu. Victoria pula kelihatan rimas dengan usikan ByungHee yang tidak berkesudahan itu.

“ByungHee Hyung dah makin berubah sejak dia berkahwin dengan Victoria. Dulu bukan main dingin lagi dia dengan Victoria,” kata Joon sambil tersenyum.

“Betul tu, Hyung. Sampai kita pun kadang-kadang pening kepala tengok cara ByungHee Hyung layan Noona tu. Walaupun Hyung tak adalah marah-marah Noona, tapi layanan dia tu kadang-kadang nampak dingin,” kata Mir pula.

“Tengok cara ByungHee Hyung layan Noona macam waktu dia bersama dengan SeYeon dulu, betul tak?” Soal Cheondung pula. Ketiga-tiga mereka menoleh ke arah Cheondung. Cheondung segera terdiam, menyedari keterlanjuran kata-katanya itu.

“Jangan bangkitkan soal SeYeon depan ByungHee nanti, arasso?” SeungHo cuba mengingatkan rakan-rakannya itu. Kesemua mereka mengangguk.

“Tapi Hyung…kalau tiba-tiba SeYeon datang cari ByungHee Hyung semula macam mana?” Soal Mir,meluahkan rasa bimbangnya. Cheondung turut mengangguk, bersetuju dengan pendapat maknae itu.

“Kalau dia datang cari ByungHee balik pun, apa yang dia boleh buat? Salah dia juga sebab tinggalkan ByungHee dan Hanna tanpa sebarang berita. Lagipun ByungHee dah bahagia dengan Victoria. Hyung yakin ByungHee dah pun lupakan SeYeon,” kata SeungHo, berasa geram dengan bekas tunang ByungHee itu.

“Hyung yakin? Hyung jangan lupa… ByungHee Hyung dan SeYeon dah lama bercinta. Joon risau kalau hubungan ByungHee Hyung dengan Victoria akan terganggu kalau SeYeon kembali satu hari nanti,” kata Joon pula. SeungHo mengeluh.

“Kita doakan sajalah yang terbaik untuk mereka. Lagipun…” SeungHo menoleh ke arah ByungHee dan Victoria. Bibirnya menguntum senyuman.

“…ByungHee dah nampak cukup bahagia dengan Victoria,”sambungnya lagi. Perbualan mereka terhenti apabila melihat ByungHee dan Victoria yang sedang berjalan ke arah mereka itu.

“Eh, kenapa tak makan lagi?” Soal ByungHee sambil mengambil tempat di sebelah Mir. Victoria pula mengambil tempat di sebelahnya.

“Kami tunggu Hyunglah. Perut kami dah lapar tau. Lapar sangat sampai boleh makan orang,” kata Mir sambil mengambil lengan ByungHee. Dia kemudiannya berpura-pura menggigit lengan ByungHee yang berada dalam pegangannya itu.

“Yah! Lepaskan!” ByungHee segera melepaskan lengannya daripada Mir. Victoria ketawa melihat telatah ByungHee dan Mir itu.

“Elok sangatlah tu, Mir. Awak gigit saja lengan dia sampai putus. Tangan dia nakal sangat. Tak habis-habis mengusik saya,” kata Victoria,masih lagi ketawa. ByungHee menoleh ke arahnya sambil mengangkat keningnya.

“Kenapa pandang saya macam tu? Tak puas hati?” Soal Victoria,sengaja mencabar.

“Siaplah awak nanti. Berani buli saya depan kawan-kawan saya ya,” kata ByungHee seraya mengugut. Victoria menjelirkan lidah ke arahnya. SeungHo, Joon, Cheondung dan Mir tersenyum-senyum melihat telatah suami isteri itu.

“Dah…dah…dah… Kalau nak gaduh, nanti sambung dekat bilik. Aku nak makan sekarang,” kata SeungHo. Dia kemudiannya memandang ke arah pinggan di hadapan ByungHee itu.

“Eh, ByungHee. Aku tak tahu pula yang kau ni jenis makan besar juga. Setahu aku selera kau sederhana saja,” kata SeungHo,sedikit terkejut melihat pinggan ByungHee yang penuh dengan makanan itu.

“Bukan aku yang letaklah. Victoria yang ambilkan makanan ni untuk aku,”kata ByungHee sebelum dia menjeling ke arah Victoria. Victoria sengaja tidak mempedulikan jelingan ByungHee terhadapnya itu.

“Oh…so sweet…ByungHee Hyung dah jadi macam Hanna. Nak makan pun, dah ada orang tolong ambilkan. Agak-agaknya, ByungHee Hyung sengaja nak tunggu Noona tolong suapkan juga kah?” Soal Joon, sengaja mengusik.

“Aish…Hyung tengah makanlah ni. Puas hati?” Soal ByungHee sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Victoria tersenyum, geli hati mendengar pertengkaran kecil antara ByungHee dan rakan-rakannya itu. Ternyata mereka bersepakat untuk mengenakan ByungHee. Biar dia rasa!

“ByungHee, awak nak rasa?” Soal Victoria. ByungHee menoleh ke arahnya.

“Saya tak tahu pula benda ni sedap. Kalau saya tahu, saya ambilkan untuk awak tadi,” kata Victoria sambil memegang garfu itu.Dia kemudiannya terus menyuapkan makanan itu ke dalam mulut ByungHee tanpa menunggu respon daripada lelaki itu. ByungHee kelihatan sedikit terkejut dengan tindakan Victoria itu. Victoria kemudiannya mengelap bibir ByungHee yang kelihatan sedikit comot itu. ByungHee tergamam. Victoria sekadar tersenyum ke arahnya. Sengaja mengusik ByungHee di hadapan rakan-rakannya.

“Hyung!!! Tengoklah ByungHee Hyung tu!!! Manjanya!!!” Jerit Mir. SeungHo , Joon dan Mir ketawa besar apabila melihat wajah ByungHee yang berubah merah itu.

“Awak tahu tak muka awak merah sangat sekarang ni? Tomato pun boleh kalah tau,” kata Victoria, sengaja mengusik.

“Betul tu,Victoria. Muka Hyung merah sungguh,” kata Joon sambil ketawa.Victoria turut ketawa.ByungHee pula terus menjadi kaku di situ.

 

“Awak marahkan sayakah?” Soal Victoria sambil menoleh ke arah ByungHee yang membisu sejak mereka selesai menikmati sarapan sebentar tadi.ByungHee terus mengunci mulutnya serta mengalihkan pandangannya ke arah laut membiru di sebelah kanannya itu. Seolah-olah tidak berminat untuk berbual dengan Victoria di sebelahnya itu. Pendek kata, ByungHee sedang merajuk. Victoria kemudiannya berdiri di hadapan ByungHee. ByungHee pula masih enggan untuk memandang ke arah Victoria.

“Saya tahu awak marahkan saya sebab saya buli awak depan kawan-kawan awak tadi,”kata Victoria sambil memandang ke arah ByungHee yang bercermin mata gelap itu.Penampilan ByungHee yang hanya memakai t-shirt hitam tidak berlengan serta berseluar pendek putih itu sungguh ringkas namun tetap bergaya. Manakala Victoria kelihatan anggun dengan memakai blaus tidak berlengan, skirt labuh merah jambu serta bertopi.

“Miane…Hm?” Ucap Victoria sambil memegang kedua-dua tangan ByungHee. Tangan lelaki itu digoyang-goyangnya.

“Saya saja nak bergurau dengan awak tadi. Saya minta maaf,okey?” Victoria terus memujuk suaminya itu.Victoria kemudiannya memegang kedua-dua pipi ByungHee sebelum dipusingnya kepala lelaki itu supaya menghadapnya. ByungHee memandang ke arahnya di sebalik cermin mata hitamnya itu. Victoria tersenyum manja ke arahnya.

“Suami saya ni merajuk ya?” Soal Victoria, masih lagi memegang kedua-dua pipi lelaki itu. ByungHee cuba menahan dirinya daripada tersenyum. Sebenarnya hatinya sudah lama terpujuk sejak tangannya dipegang erat oleh Victoria lagi. Sengaja berlagak dingin di hadapan Victoria untuk melihat tindakan Victoria yang seterusnya.

“Macam manalah saya nak pujuk appa Hanna ni ya?Tak sangka appa Hanna ni kuat merajuk orangnya,”kata Victoria lagi.ByungHee terus berkelakuan dingin seperti tadi. Victoria kemudiannya sengaja memeluk leher ByungHee. ByungHee membulatkan matanya. Perlahan-lahan, Victoria mengucup lembut bibir lelaki itu. Mata ByungHee langsung tidak berkedip, terkejut dengan tindakan Victoria itu. Mujur sahaja kawasan pantai itu masih lagi belum dikunjungi oleh orang lain. Jika tidak, pasti mereka menjadi perhatian orang lain di pantai itu.

“Awak dah tak marahkan saya lagi kan?” Soal Victoria, masih lagi memeluk leher lelaki tersebut.

“Awak memang pandai memujuk, Victoria,” kata ByungHee sambil mencuit hidung isterinya itu. Victoria tergelak.

“Itulah kepakaran saya,”kata Victoria, masih lagi tidak melepaskan pandangannya terhadap ByungHee. Dia akui perasaan sayangnya terhadap lelaki itu kian bercambah dari hari ke hari. Walaupun ByungHee sudah dapat mengetahui isi hati sebenarnya, namun dia sengaja tidak mahu mengakuinya secara terbuka kepada lelaki itu.

“Sampai hati awak buli saya depan kawan-kawan saya tadi ya. Nakal juga awak ni,”kata ByungHee.Kali ini, tangannya sudah pun merangkul kemas pinggang ramping Victoria itu.

“Itu balasannya sebab awak buli saya dekat bilik tadi,”kata Victoria. Victoria kemudiannya tersenyum.

“Em…terima kasih sebab…” Victoria menundukkan wajahnya. Pipinya terasa hangat. ByungHee sekadar menunggu Victoria untuk meneruskan kata-katanya itu.

“…sebab awak sudi jadi oppa saya malam tadi,” kata Victoria.ByungHee tersenyum lebar.

“Oh…em…tak ada masalah. Saya sudi saja nak jadi oppa awak bila-bila masa pun,” kata ByungHee. Victoria memandang ke arahnya.

“Tak ingin saya!” Victoria terus melepaskan dirinya daripada ByungHee. Cepat-cepat dia melarikan dirinya daripada lelaki itu.

“Yah!” ByungHee segera mengejar Victoria dari belakang. Victoria ketawa sambil bersungguh-sungguh menjauhkan dirinya daripada ByungHee. Namun ternyata larian ByungHee lebih pantas apabila ByungHee berjaya memeluknya dari belakang.

“Yah! Lepaskan saya!” Victoria berusaha melepaskan dirinya daripada ByungHee.

“Yah? Awak panggil saya “Yah” ?” Soal ByungHee,terkejut. Victoria menjelirkan lidah ke arahnya.

“Wae? Apa salahnya saya panggil awak ‘Yah’ ?” Balas Victoria.

“Semalam awak panggil saya ‘oppa’. Jadi hari ni dan seterusnya pun awak mesti panggil saya ‘oppa’,”kata ByungHee,sambil memperkemas pelukannya terhadap Victoria. Victoria menggeleng.

“Tak nak,” balas Victoria.

“Kalau tak, saya takkan lepaskan awak. Kita akan jalan-jalan macam ni sampai kita balik Seoul. Awak nak? Saya tak kisah,” kata ByungHee sambil mengeratkan lagi pelukannya terhadap Victoria.

“Eee…penat saja saya pujuk awak tadi. Kalau saya tahu awak buli saya lagi, saya takkan pujuk awak,” kata Victoria,kesal. ByungHee ketawa.

“Kalau awak tak nak pujuk pun, saya akan paksa awak pujuk saya juga,”kata ByungHee.Victoria sekadar tersenyum.

“So….awak akan panggil saya oppa lepas ni?” Soal ByungHee. Victoria tidak lekas menjawab, membiarkan dirinya dipeluk oleh ByungHee dari belakang. ByungHee memandang ke arahnya.

“Hm?” Soal ByungHee lagi.

“Em…tengoklah dulu,”kata Victoria. ByungHee mengeluh perlahan. Dia kemudiannya memandang ke arah seorang lelaki yang sedang berjalan dengan kudanya itu. Bibirnya menguntum senyuman nakal. Dia kemudiannya membisikkan sesuatu kepada Victoria. Victoria membulatkan matanya.

“Tak naklah. Saya takutlah,” kata Victoria. Dia memandang ke arah kuda yang dimaksudkan oleh ByungHee itu. Dia menelan air liurnya.

“Saya takutlah. Nanti kalau jatuh macam mana?” Soal Victoria.

“Saya kan ada. Saya akan naik sekali dengan awak. Jom,” kata ByungHee, terus sahaja menarik tangan Victoria menuju ke arah kuda tersebut.

 

“ByungHee…saya tak nak naik,”kata Victoria.

“Saya ada. Saya akan pegang awak. Awak takkan jatuh punya,” balas ByungHee. Dia kemudiannya cuba membantu Victoria untuk duduk di atas pelana kuda.

“ByungHee…” Victoria terus cuba memujuk ByungHee untuk menukar fikirannya. Namun ternyata ByungHee tetap berkeras untuk menunggang kuda tersebut.

“Saya dah bayar dekat orang tu tadi. Nak tak nak awak kena naik juga. Saya kan ada. Apa yang awak nak risaunya?” Soal ByungHee. Victoria menarik muka masam. ByungHee tersenyum geli hati.

“Kaja~~~” ByungHee memegang tali tunggangan kuda tersebut sambil memerhatikan Victoria yang sedang duduk di hadapannya itu. Victoria pula memegang lengan ByungHee dengan erat.

“ByungHee…awak jangan tunggang kuda ni laju sangat. Saya takut,”kata Victoria. ByungHee tersenyum.

“Ya…saya tahu…” Kata ByungHee. Dia kemudiannya sengaja menunggang kuda tersebut dengan laju.

“ByungHee…jangan laju sangat,” rayu Victoria sambil memejam matanya dengan rapat. Namun ByungHee sengaja tidak mengendahkan rayuan wanita itu. Malah semakin laju kuda itu ditungganginya dari satu langkah ke satu langkah.

“Oppa!”

Sebaik sahaja terdengar jeritan Victoria itu, ByungHee mulai menunggang kuda itu dengan perlahan. Victoria mulai membuka matanya secara perlahan-lahan. Dia kemudiannya menoleh ke arah ByungHee. Kelihatan ByungHee sedang ketawa. Victoria segera memukul lengan ByungHee.

“Awak ni memang sengajakan, ByungHee!” Victoria melepaskan perasaan tidak puas hatinya terhadap tindakan ByungHee sebentar tadi. ByungHee terus ketawa.

“Eh, mana pergi ‘oppa’ tadi? “ Soal ByungHee, mulai menunggang kuda itu dengan laju sekali lagi. Victoria memegang lengan ByungHee dengan erat.

“Oppa…!!!”

ByungHee ketawa lagi.

“Awak ni memang comel betullah Vic,” kata ByungHee sambil mencuit hidung Victoria. Victoria memandang tajam ke arahnya.

“Saya suka dengar awak panggil saya oppa. Sejuk hati saya mendengarnya,” kata ByungHee, terus galak mengusik Victoria. Wajah Victoria terus mencuka. ByungHee tersenyum simpul. Dia kemudiannya mencium pipi Victoria. Victoria menoleh ke arahnya.

“Miane…hm? Jom, saya bawa awak jalan-jalan sekitar pantai ni,” kata ByungHee.

“Awak janji awak jangan bawa laju-laju lagi,” kata Victoria.

“Asalkan awak panggil saya ‘Oppa’. Okey, jagi?” Soal ByungHee. Victoria tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Hatinya turut kembang apabila ByungHee memanggilnya ‘ jagiya’. ByungHee ni memang….ada saja ideanya untuk mengusik…

Senyuman Victoria kian lebar. Ternyata sikap ByungHee terhadapnya kian berubah dari hari ke hari. Dan dia begitu gembira dengan perubahan lelaki tersebut.

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((