Chapter 41

You Belong With Me

“Tak apakah kalau oppa tinggal seorang ni?” Soal Victoria sambil meletakkan minuman di atas meja berhadapan dengan ByungHee itu. ByungHee yang sedang menyemak beberapa dokumen penting syarikatnya itu sekadar mengangguk.

“Tapi nanti kalau oppa nak apa-apa kan susah?”Soal Victoria lagi,serba salah untuk meninggalkan ByungHee seorang diri di rumah.

“Ala…bukannya oppa duduk seorang pun. Ahjumma kan ada? Kalau oppa nak apa-apa, oppa mintalah tolong daripada ahjumma nanti,”kata ByungHee sambil menoleh ke arah Victoria yang kini sudah pun duduk di sebelahnya itu.

“Jinja? Vic boleh saja duduk rumah temankan oppa,”kata Victoria.

“Vic pergilah keluar dengan omma , SooJung dengan Hanna. Lagipun Vic mesti bosan kalau temankan oppa nanti. Sebab oppa nak siapkan kerja ni. Tak boleh nak main-main dengan Vic sangat pun,”kata ByungHee sambil tersenyum. Victoria turut tersenyum.

“Oppa ni janganlah buat banyak kerja sangat. Berehatlah sikit,”kata Victoria sambil memicit lembut bahu suaminya itu.

“Oppa bukannya buat kerja guna kaki pun, sayang. Oppa Cuma guna mata dengan tangan saja. Vic jangan risaulah. Rasanya kalau Vic dah balik nanti pun, oppa masih lagi duduk dekat sini. Tengok ni betapa banyaknya dokumen yang oppa kena semak ni,”kata ByungHee. Victoria tersenyum.

“Yalah. Vic ikut cakap oppa. Lagipun Vic tak keluar lama. Sekejap saja. Risau pula nak tinggalkan oppa seorang dekat rumah,”kata Victoria, sambil memaut bahu suaminya. ByungHee tersenyum.

“Vic nak keluar lama pun oppa tak kisah. Asalkan…” ByungHee mengusap lembut perut isterinya yang kian membulat itu.

“…Vic pandai jaga diri. Kalau dah penat sangat, cakap dengan omma. Lagipun oppa kasihan dengan Vic. Disebabkan oppa, Vic asyik duduk rumah saja kalau tak kerja. Mesti Vic dengan YoungMin bosan,kan?” Soal ByungHee.

“Taklah. Asalkan dapat bersama dengan oppa, Vic tak kisah pun. Bukannya selalu dapat bermanja dengan oppa macam ni. Oppa kan selalu sibuk dengan kerja. Kali ni, Vic nak bermanja dengan oppa puas-puas,”kata Victoria,manja. ByungHee tertawa kecil.

“Ala..kalau oppa dah mula sibuk dengan kerja balik pun, Vic boleh bermanja lagi. Tak ada had masa pun untuk Vic bermanja dengan oppa,”kata ByungHee sambil mengenyitkan matanya. Victoria tersenyum kelat. Dia kemudiannya mencium pipi ByungHee sehingga membuatkan lelaki itu tergamam. ByungHee memandang ke arahnya. Victoria tersenyum geli hati melihat ByungHee yang terkejut dengan tindakannya itu.

“Ala oppa ni…Macamlah tak biasa. Mengada-ngada,”kata Victoria sambil menepuk lembut lengan ByungHee.

“Bukan tak biasa. Cuma terkejut sikit. Em…untuk apa Vic cium pipi oppa tadi?” Soal ByungHee,ingin tahu.

“Saja. Tak bolehkah?” Soal Victoria kembali. ByungHee sekadar tersenyum.

“Omma! Jom!”

Victoria dan ByungHee menoleh ke arah Hanna yang sudah bersiap sedia untuk keluar itu. Kelihatan SooJung dan Puan Jung turut sedang berjalan ke arah pintu itu.

“ByungHee, omma nak keluar ni. Nanti kalau ByungHee nak apa-apa, ahjumma ada dekat dapur tu,”kata Puan Jung. ByungHee sekadar mengangguk.

“Okey. SooJung bawa kereta nanti elok-elok. Jangan bawa laju-laju,”pesan ByungHee kepada adik perempuannya pula.

“Yalah,oppa. Jangan risaulah. SooJung akan bawa balik isteri kesayangan oppa ni dengan selamat,” balas SooJung. ByungHee tersenyum. Victoria yang masih lagi duduk di sebelah ByungHee itu menoleh ke arahnya.

“Vic pergi dulu tau. Kalau ada apa-apa, oppa call Vic,okey?” Pesan Victoria pula.

“Okey. Vic jangan risaukan oppa. Have fun,”balas ByungHee sambil mengusap lembut kepala isterinya.Victoria tersenyum bahagia sebelum dia mengucup lembut bibir lelaki itu.

“Eh,Vic. Hanna tengah tengok kita tu,”kata ByungHee.

“Biarlah,”kata Victoria sebelum dia ketawa kecil. Puan Jung dan SooJung yang turut berada di situ sekadar tersenyum.

“Hanna,jom kita masuk dalam kereta dulu,”kata SooJung sambil mencapai tangan Hanna menuju ke arah kereta. Puan Jung turut mengikut dari belakang.

“Lepaslah,oppa. Nanti Vic kena tinggal pula,”kata Victoria sambil melihat ke arah tangannya yang sedang dipegang erat oleh suaminya itu.

“Sekejaplah. Bagi oppa kiss Vic pula. Nanti oppa rindu,”kata ByungHee. Victoria mencebik. Namun tidak pula dia melawan. Dia membiarkan sahaja ByungHee mencium bibirnya.

 

 

 

Tumpuan ByungHee terhadap kerjanya terganggu seketika apabila terdengar bunyi loceng dari pintu pagar rumahnya itu.

“Ahjumma, tolong tengokkan siapa yang datang sekejap!” Arah ByungHee, tanpa mengalihkan pandangannya daripada kerjanya di atas meja itu. Pembantu rumahnya segera menuju ke arah pintu untuk melihat sendiri tetamu yang datang ke rumah agam keluarga Jung itu. Matanya terbuka luas apabila melihat seorang wanita yang sedang berdiri di luar pagar itu.

“Em…Tuan.”

“Hm? Siapa yang datang tu?” Soal ByungHee,masih lagi menumpukan perhatian terhadap kerjanya itu.

“SeYeon ssi.”

ByungHee berhenti daripada meneruskan kerjanya sebaik sahaja mendengar nama SeYeon disebut oleh pembantu rumahnya itu.

“Tuan ... Tuan nak saya bagi dia masukkah?” Soal pembantu rumahnya itu. Kedengaran ByungHee melepaskan keluhan kecil. Akhirnya dia mengangguk. Mahu tidak mahu, dia terpaksa juga berhadapan dengan bekas teman wanitanya itu.

“Oppa!”

ByungHee memandang ke arah SeYeon yang mulai melangkah masuk ke dalam rumahnya itu. Segaris senyuman diberikan kepada wanita itu.

“SeYeon datang sini sebab nak tengok keadaan oppa. Em… SeYeon ganggu oppakah sekarang?” Soal SeYeon sebaik sahaja melihat pelbagai jenis fail yang bertimbun di atas meja itu.

“Kerja aku dah nak habis pun. Ada apa ni?” Soal ByungHee. SeYeon tersenyum senang hati sebelum dia melabuhkan punggung di sebelah ByungHee. ByungHee sekadar membiarkannya.

“Oh ahjumma…boleh tak hidangkan donut ni? SeYeon yang buatkan donut ni sendiri untuk oppa,”kata SeYeon sambil menghulurkan beg kertas hitam kepada pembantu rumah ByungHee. Pembantu rumah itu sekadar akur dengan permintaan SeYeon sebelum dia beredar meninggalkan mereka di ruang tamu.

“SeYeon tahu pasal keadaan oppa pun daripada secretary oppa. Hari tu SeYeon ada datang hospital. Tapi waktu tu, oppa belum sedar lagi. Kaki oppa macam mana sekarang?” Soal SeYeon sambil cuba menyentuh kaki ByungHee yang berbalut itu.

“Okey. Cuma tak boleh nak bergerak sangat,”kata ByungHee, cuba menyambung kembali kerjanya yang tertangguh itu.

“Nasib baik tak ada apa-apa. Sebab SeYeon dengar… teruk juga kemalangan oppa hari tu. SeungHo oppa pun dah okey kan?” Soal SeYeon lagi.

“Hm.”Balas ByungHee. SeYeon mengetap bibir apabila melihat ByungHee yang melayannya dengan dingin itu.

“Mana orang lain oppa? Senyap saja. SeYeon tak nampak pun isteri kesayangan oppa tu,”kata SeYeon,sambil memandang sekeliling ruang tamu itu.

“Mereka keluar,”kata ByungHee.

“Eh? Ingatkan perempuan tu setia sangat jaga oppa bila oppa sakit macam ni. Boleh pula dia keluar tinggalkan oppa seorang kat rumah ye,”balas SeYeon. ByungHee mengeluh perlahan.

“Kalau kau tak ada apa-apa lagi, kau boleh balik. Aku pun ada banyak kerja yang nak disiapkan ni,”kata ByungHee,dingin. Seolah-olah cuba menahan perasaan marahnya terhadap wanita itu. SeYeon tersenyum simpul.

“Em…memandangkan semua orang tak ada dekat rumah, apa kata SeYeon temankan oppa? Lagipun senang sikit kalau oppa nak apa-apa. SeYeon boleh tolong buatkan,”kata SeYeon,tanpa segan silu. ByungHee tersenyum sinis.

“Tak apalah. Aku tak suka menyusahkan orang lain. Lagipun ahjumma ada. Kau pun mesti sibukkan? Jadi, aku rasa baik kau baliklah. Aku pun ada banyak kerja nak buat ni. Tapi kalau nak tengok TV…atau nak jalan-jalan sekitar taman rumah aku ni kah…terpulanglah. Aku tak halang pun. Kalau kau nak balik lagi baguslah. Pintu pun dah terbuka luas tu,”kata ByungHee,sengaja membakar perasaan wanita itu. SeYeon tertawa kecil.

“Oppa ni…macam takut saja kalau perempuan tu nampak kita berdua macam ni. Oppa takut perempuan tu salah faham ekh?’ Soal SeYeon. ByungHee tidak menjawab. Malas hendak melayan kerenah wanita itu.

“Oppa jangan risaulah. Dia faham punya. Lagipun… kita kan kawan,”kata SeYeon.

“Aku hargai niat baik kau,SeYeon. Tapi aku betul-betul tak perlukan pertolongan kau pun. Aku pun tak nak ganggu kerja kau. Aku rasa baik kau balik,”kata ByungHee. Nadanya lembut tetapi tegas.

“Okey. SeYeon pun tak nak kacau oppa. SeYeon balik dulu. Nanti SeYeon datang lagi tengok oppa,ye?” Kata SeYeon sebelum dia mencium pipi ByungHee secara sengaja. ByungHee segera mengesat pipinya itu dengan kasar. SeYeon sekadar tersenyum. Dia kemudiannya beredar meninggalkan ByungHee di ruang tamu itu sebelum dia berhenti di hadapan pintu pagar rumah agam itu.

“Kau jangan nak berlagak sangatlah dengan aku,ByungHee. Tak lama lagi…perempuan tu akan tinggalkan kau juga. Waktu tu… baru kau tahu tinggi rendahnya langit,”kata SeYeon sebelum dia memakai cermin mata hitamnya, beredar dari perkarangan rumah agam Keluarga Jung itu.

 

“Tuan, ni donut yang SeYeon ssi bawakan tadi,”kata pembantu rumah itu sambil meletakkan pinggan berisi donut di atas meja.

“Buang sajalah,ahjumma. Saya tak nak makan,”kata ByungHee tanpa menoleh ke arah donut pemberian SeYeon itu.

“Tapi Tuan…”

“Saya kata buang…buang. Jangan banyak tanya,”kata ByungHee,tegas. Pembantu rumah itu terpaksa akur sambil mengambil semula donut itu menuju ke arah dapur. ByungHee mendengus kasar sebelum dia menyandarkan tubuhnya pada sofa. Pertemuannya dengan SeYeon itu benar-benar merunsingkan kepalanya. Entah sampai bila wanita itu akan mengganggunya dia sendiri tidak pasti. Apa yang pasti, dia begitu rimas!

 

 

“Ini pita rakaman daripada CCTV yang kami ambil daripada rumah Encik Jung ByungHee.”

Detektif Kang menyerahkan pita rakaman CCTV kepada SeungHo. Lee Joon yang berada di sebelah SeungHo itu sekadar memerhati.

“Apa yang Encik Yang katakan sebelum ni…memang betul. Memang ada orang yang berniat jahat dengan keluarga Encik Jung. Cuma kami belum dapat pastikan motif daripada perbuatan yang suspek lakukan,”kata Detektif Kang itu lagi. SeungHo sekadar mengangguk.

“Tak apa. Apa-apa pun…terima kasih sebab Encik Kang sudi tolong kami untuk dapatkan bukti ni,”kata SeungHo sambil tersenyum.

“Tak jadi masalah. Kami boleh tangkap suspek ni bila-bila saja,”kata Detektif Kang.

“Saya mengharapkan sangat Encik Kang boleh tolong tangkapkan lelaki tu. Dan saya yakin… ada orang lain turut terlibat dalam hal ni. Kalau boleh saya nak mereka berdua ni ditangkap secepat yang mungkin.Saya bimbang ada nyawa lain yang akan terancam lepas ni,”kata SeungHo. Detektif Kang tersenyum sambil mengangguk. SeungHo dan Lee Joon saling berpandangan sambil tersenyum. Pita rakaman CCTV itu dipandangnya.

“Kali ni kau memang takkan terlepas…” SeungHo tersenyum puas hati.

 

 

SeYeon meneguk wine dengan rakus, seolah-olah sedang melepaskan perasaan marah yang sudah lama dipendamnya itu. JongSuk yang memerhati kelakuan SeYeon itu sekadar tersenyum.

“You ni kenapa? Marah semacam nampak,”soal JongSuk sambil merapatkan dirinya ke arah teman wanitanya itu.

“Manalah I tak marah? Entah apalah jampi yang perempuan tu dah baca dekat ByungHee sampai ByungHee nak tengok muka I pun tak sudi,”kata SeYeon. JongSuk tersenyum.

“I kan ada. Lagipun you bukannya nak dekat ByungHee betul-betul pun. You Cuma tak suka tengok dia bahagia dengan perempuan tu kan?” Soal JongSuk. SeYeon mencebik.

“I masih tak boleh terima hakikat yang dia masih boleh bahagia walaupun I dah tinggalkan dia. Tak guna punya lelaki,”kata SeYeon,geram.

“Itu tandanya dia tak ikhlas sayangkan you pun. So… you patut berterima kasih dengan I. Kalau I tak cadangkan you lari dulu, you mungkin akan habiskan hidup you dengan lelaki yang hanya berpura-pura sayangkan you. You takkan bahagia juga,”kata JongSuk. SeYeon menoleh ke arahnya.

“Tapi I masih tak boleh nak terima you, JongSuk,”kata SeYeon.

“Wae? I dah buat semua yang you nak. Apa lagi yang you tak puas hati?”Soal JongSuk. SeYeon tersenyum sinis.

“You ingat tak apa yang I pernah cakap dengan you sebelum ni?” Soal SeYeon. Kening kanan JongSuk terangkat.

“Selagi perempuan tu tak mati…selagi tu I takkan terima you. Faham?” Soal SeYeon,separuh berbisik.JongSuk menghela nafas panjang.

“I tak nak ambil risiko seberat tu, SeYeon. Kalau polis dapat tahu, I juga yang kena. Itupun nasib baik ByungHee tak mati. Kalau dia mati…you nak I buat apa? Serah diri dekat polis?” Soal JongSuk,ingin tahu.

“Yang ByungHee tu pun satu…entah mimpi apa pula dia waktu tu nak naik kereta perempuan tak guna tu. Menyusahkan orang saja,”luah SeYeon,geram.Dia kemudiannya menoleh ke arah JongSuk.

“Habis tu..you takutlah nak bunuh perempuan tu?” Soal SeYeon. JongSuk mengeluh.

“I tak takut. Cuma I tak nak tertangkap. Kalau I tertangkap… you pun akan terlibat sama. Susah nanti,”kata JongSuk,cuba mengingatkan SeYeon. SeYeon tersenyum sinis.

“You jangan risaulah. I dah ada plan yang baru. You Cuma perlu ikut saja. I jamin…kita takkan tertangkap,”kata SeYeon.

“Plan apa tu?” Soal JongSuk,ingin tahu. Senyuman SeYeon kian lebar.

“Tunggu lepas kaki ByungHee dah sembuh nanti,”kata SeYeon sebelum dia menghadiahkan kucupan lembut pada bibir lelaki itu. Sungguh dia tidak sabar untuk menantikan detik itu tiba.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((