Chapter 13

You Belong With Me

Hujan yang lebat serta disertai oleh tiupan angin yang kencang itu membuatkan ByungHee yang sedang lena dibuai mimpi itu segera terjaga. Dia memisat-misat matanya. Dahinya berkerut apabila mendengar bunyi guruh yang kuat itu. Kelam kabut dia bangun dari sofa sebelum dia berjalan cepat menuju ke arah balkoni. Sliding door itu ditariknya.

“Lebat betul hujan malam ni,”keluhnya perlahan. Dia kemudiannya menoleh ke arah katil, tempat Victoria dibuai mimpi. Namun, mata ByungHee terbuka sedikit luas apabila mendapati Victoria tidak kelihatan di atas katil itu.

“Victoria?”

ByungHee memanggil Victoria. Namun panggilannya itu tidak disahut. Dia kemudiannya berjalan menuju ke arah bilik air.

“Victoria?”

ByungHee mengetuk pintu bilik air itu sambil memanggil Victoria. Sekali lagi, panggilannya itu dibiarkan sepi. Perlahan-lahan, pintu bilik air itu ditolaknya.

“Victoria?”

ByungHee cuba mencari Victoria di dalam bilik air. Ternyata wanita itu turut tidak kelihatan di situ. ByungHee menoleh ke belakang sambil mengeluh.

“Mana dia ni? Takkan dia keluar?” Soalnya perlahan.

“Victoria!”

ByungHee terus memanggil Victoria. Kadang kala suaranya itu ditenggelami oleh bunyi guruh yang kuat itu.

“Vic..”

Pandangan ByungHee teralih ke arah pintu almari baju yang sedikit terbuka itu.Perlahan-lahan, dia berjalan ke arah almari itu sebelum dia membuka pintu almari tersebut.Matanya membulat apabila melihat Victoria yang sedang duduk di dalam almari sambil memeluk lutut itu. Wanita itu turut menundukkan wajahnya, seolah-olah cuba menyembunyikan dirinya daripada sesuatu yang menakutkan.

“Victoria,kenapa ni?” Soal ByungHee,cemas. Dia meletakkan tangannya pada bahu Victoria.ByungHee terkejut apabila melihat pipi Victoria yang basah dek air mata itu.

“Kenapa ni? Awak okeykah?” Soal ByungHee lagi. Victoria masih lagi menangis.

“Saya..saya..”

Belum sempat Victoria meneruskan kata-katanya, sekali lagi kedengaran bunyi guruh yang kuat itu. ByungHee terkejut apabila tubuhnya dipeluk erat oleh Victoria.

“Oppa!”

Victoria terus memeluk tubuh ByungHee dengan erat sambil menangis.

“Oppa…Vic takut…Vic takut…” Tangis Victoria. ByungHee menelan air liur. Kenapa dengan isteri aku ni?

ByungHee kemudiannya membalas pelukan Victoria sambil mengusap lembut kepala wanita itu.Victoria pula masih lagi dalam keadaan begitu.Pelukannya semakin erat, seolah-olah tidak mahu berjauhan walaupun seinci daripada ByungHee.

“Awak dah okey?” Soal ByungHee sambil cuba memandang wajah Victoria.Victoria tidak lekas menjawab.Perlahan-lahan,dia mendongak sebelum matanya bertembung dengan mata ByungHee yang redup dan mendamaikan itu. ByungHee tersenyum ke arahnya sambil mengesat air mata Victoria yang masih mengalir itu.

“Awak takut dengan bunyi guruh ya?” Soal ByungHee. Suaranya kedengaran begitu lembut, seolah-olah cuba memujuk Victoria yang sedang ketakutan itu. Victoria mengangguk perlahan.

“Saya bawa awak keluar dari sini ya? Almari ni berhabuklah,” kata ByungHee,terus memujuk. Victoria menggeleng.

“Tak nak.Saya nak duduk dalam ni sampai hujan berhenti…” Kata Victoria,berdegil.

“Betul awak nak duduk sini sampai hujan berhenti?” Soal ByungHee,inginkan kepastian. Victoria mengangguk.

“Tapi saya mengantuklah, Victoria. Saya nak tidur…tapi awak tengah peluk saya. Macam mana saya nak tidur?” Soal ByungHee. Sebenarnya dia ingin memujuk Victoria keluar daripada almari baju tersebut. Dia tahu Victoria akan berasa takut sekiranya dirinya ditinggalkan oleh ByungHee di situ. Victoria segera melepaskan pelukannya terhadap ByungHee.

“Miane…say..saya tak sengaja,”kata Victoria sambil menunjukkan wajahnya. ByungHee sekadar tersenyum.

“Betul awak nak duduk sini? Saya nak sambung tidur ni,”soal ByungHee, masih lagi terus memujuk. Victoria angguk lagi. Namun sebaik sahaja ByungHee mulai beredar dari situ, sekali lagi kedengaran bunyi guruh yang menakutkan. Kelam kabut Victoria berlari ke arah ByungHee sebelum dipeluknya lelaki itu dengan erat.

“Oppa..Vic takut..” Tangis Victoria lagi. ByungHee sekadar tersenyum.

“Dah dah…jangan takut. Saya ada dekat sini,”pujuk ByungHee sambil mengusap lembut kepala isterinya itu. ByungHee kemudiannya mendukung Victoria sebelum diletaknya wanita itu di atas katil. Dia memandang ke arah Victoria sambil tersenyum.

“Sekarang ni saya nak awak tidur. Abaikan bunyi guruh tu. Saya akan duduk dekat sini sampai awak tidur,”kata ByungHee.Victoria menggeleng.

“Saya tak boleh tidur…” Kata Victoria. Tangan ByungHee itu digenggamnya dengan erat.

“Awak tidur sebelah saya boleh?” Soal Victoria,penuh mengharap. ByungHee terkejut.

“Please…” Mata Victoria mulai bergenang.

“Saya betul-betul takut..” katanya lagi.ByungHee melepaskan nafas panjang.

“Kan saya dah cakap tadi..yang saya akan temankan awak sampai awak tidur? Awak jangan risau okey?” Pujuk ByungHee lagi. Ternyata Victoria berkelakuan seperti kanak-kanak yang ketakutan ketika itu. ByungHee kemudiannya membaringkan tubuhnya di sebelah Victoria sebelum tubuhnya itu dipeluk oleh Victoria dengan erat. Bunyi guruh yang kuat itu terus kedengaran. Victoria memejamkan matanya. T-shirt putih yang tersarung pada tubuh ByungHee itu digenggamnya erat.

“Awak nak saya nyanyikan lagu untuk awak?” Soal ByungHee sambil memandang ke arah Victoria. Victoria memandang ke arahnya sambil mengangguk. ByungHee tersenyum . Dia kemudiannya membetulkan selimut yang membaluti tubuh Victoria itu. Perlahan-lahan, dia mulai menyanyikan sebuah lagu pendek untuk Victoria. Victoria diam dan terus menghayati lagu yang dinyanyikan oleh suaminya itu.

“Awak dah tidur?” Soal ByungHee, cuba memeriksa keadaan Victoria ketika itu.

“Belum lagi…” Jawab Victoria, masih lagi memeluk lelaki itu dengan erat.

“Awak nak saya nyanyi lagi?” Soal ByungHee. Victoria tersenyum.

“Suara awak tak sedaplah,”kata Victoria. ByungHee ketawa sambil mengusap lembut rambut Victoria yang panjang melepasi bahu itu.

“Jinja?” Soal ByungHee,inginkan kepastian.

“Tapi suara awak lebih baik kalau nak dibandingkan dengan bunyi guruh yang menakutkan tu,”kata Victoria lagi. Senyuman ByungHee kian lebar.

“Kalau macam tu, saya kena nyanyi sampai awak tidurlah kan?” Soal ByungHee. Victoria tersenyum sambil mengangguk. Dia kemudiannya mendekatkan wajahnya pada dada ByungHee. Senyumannya kian lebar apabila dapat mendengar bunyi degupan jantung ByungHee yang kedengaran indah padanya itu. Dia cuba memejamkan matanya dalam dakapan suaminya itu sehingga dia kembali hanyut dalam mimpi indahnya itu.

 

 

Victoria membuka matanya perlahan-lahan apabila merasakan kucupan lembut singgah pada dahinya itu. Kelihatan ByungHee sedang memandang ke arahnya sambil tersenyum.

“Selamat pagi,”ucap ByungHee dengan lembut. Victoria terus memandang ke arahnya. Tubuhnya bagaikan kaku apabila menyedari dirinya yang sedang berada dalam dakapan lelaki itu.

“Lena betul awak tidur semalam. Cemburu pula saya tengok,” kata ByungHee sambil mengusap pipi Victoria.

“ByungHee?” Victoria seolah-olah lupa dengan kejadian yang berlaku pada malam itu. Dia memandang ke arah ByungHee dengan perasaan hairan. ByungHee tersenyum ke arahnya.

“Em, kenapa?” Soal ByungHee . Tangannya masih tidak dilepaskan dari pipi isterinya itu.

“Ap…apa yang awak buat dekat sini?” Soal Victoria,keliru.

“Awak dah lupa?” Soal ByungHee,ingin tahu. Victoria diam untuk seketika. Cuba untuk mengingatkan kembali kejadian yang berlaku pada malam itu. Tidak lama selepas itu, matanya membulat. Wajahnya berubah merah. Pipinya terasa hangat. Cepat-cepat dia melepaskan pelukannya terhadap ByungHee sebelum menjauhkan sedikit jaraknya daripada ByungHee. ByungHee ketawa kecil melihat kelakuan Victoria yang kelihatan lucu itu. Victoria menarik selimut sehingga ke paras hidungnya. Sesekali dia akan melihat ke arah tubuhnya. Dia menghela nafas lega apabila melihat pakaiannya yang masih tersarung kemas pada tubuhnya itu.

“Jangan risau. Saya tak buat apa-apa pun dekat awak,” usik ByungHee,masih lagi ketawa. Wajah Victoria menjadi semakin merah. Lirikan matanya itu dilarikan daripada memandang ke arah ByungHee.

“Mi…mi..miane…Saya tak sengaja,”kata Victoria,perlahan.Selimut itu ditariknya sehingga terus menutupi wajahnya. Sungguh dia berasa malu terhadap lelaki itu.

“Hei…kenapa macam ni? Nanti awak lemaslah,”kata ByungHee,cuba menarik semula selimut yang menutupi wajah Victoria itu. Victoria enggan.

“Tak nak. Saya dah biasa macam ni,” kata Victoria. ByungHee tersenyum lagi.

“Awak malu dengan saya ya?” Soal ByungHee. Perlahan-lahan, Victoria mengangguk. Senyuman ByungHee kian lebar.Dia kemudiannya mendekatkan semula tubuhnya ke arah Victoria sebelum dia memeluk tubuh kecil isterinya itu. Victoria terkejut.

“Saya nak pulangkan balik pelukan awak. Sekarang saya yang peluk awak. Awak tak payah rasa malu lagi, okey?” Pujuk ByungHee sambil menarik selimut yang menutupi wajah Victoria itu dengan perlahan. Victoria memandang ke arahnya. ByungHee tersenyum. Dia kemudiannya terus mendakap Victoria dengan erat. Kakinya turut diletakkan di atas kaki Victoria. Jantung Victoria berdegup kencang apabila mendapati wajahnya yang hanya beberapa inci jauh daripada ByungHee itu. ByungHee pula terus memandang tepat ke arah anak mata Victoria yang berwarna hazel itu. Mata yang telah lama menambat hatinya selama ini.

“Selama ni, awak memang menyorok dalam almarikah kalau ada bunyi guruh macam semalam?” Soal ByungHee,ingin tahu. Victoria mengangguk perlahan.

“Kalau Zhoumi oppa ada…dia akan temankan saya sampai hujan berhenti. Sebab tu…em..” Victoria melarikan pandangannya daripada ByungHee.

“…saya terpanggil awak..oppa…em…miane..” katanya lagi. ByungHee tersenyum.

“Saya tak kisah kalau awak nak panggil saya oppa pun,”kata ByungHee.Victoria masih lagi membisu.

“Sekarang saya kan suami awak. Jadi…Zhoumi oppa awak mana boleh selalu temankan awak macam dulu. Oppa awak yang sekarang ni…sepatutnya sayalah kan?” Soal ByungHee. Wajah Victoria kembali menjadi merah. ByungHee ketawa kecil.

“Betul tak, jagi?” Soal ByungHee lagi, sengaja mengusik Victoria dengan memanggilnya “Jagiya”. Victoria memukul dada ByungHee. Tawa ByungHee semakin galak apabila melihat wajah Victoria yang berubah merah itu.

“Lepaskan saya, ByungHee.”

Victoria cuba melepaskan dirinya daripada pelukan ByungHee. Namun ByungHee semakin mengeratkan pelukannya terhadap Victoria itu.

“ByungHee…saya rasa lemaslah,”keluh Victoria.

“Kan saya cakap yang saya nak pulangkan semula pelukan awak? Semalam pun awak peluk saya kuat macam ni tau. Jadi, saya kenalah balas balik,” kata ByungHee. Victoria menarik muka masam. ByungHee ketawa.

“Awak jangan buat muka comel macam tu. Nanti saya cium baru tahu,”kata ByungHee, pura-pura mengugut. Victoria tidak mempedulikan ugutan lelaki itu.

“Oh…awak memang nak saya cium awak ya…” ByungHee mulai mendekatkan wajahnya ke arah Victoria. Victoria menelan air liur.Dia meletakkan tangannya pada dada ByungHee.

“Aw..awak nak buat apa ni?” Soal Victoria,gugup.

“Cium awaklah,”kata ByungHee,selamba. Sekali lagi Victoria menelan air liurnya apabila mendapati hidung mereka yang mulai bersentuhan itu. Matanya saling berpandangan antara satu sama lain. Jantungnya berdegup kencang apabila bertentang mata dengan mata ByungHee yang redup dan memikat itu. Perlahan-lahan Victoria menyentuh pipi ByungHee sebelum diucapnya dengan lembut. Bagaikan hanyut dengan pandangan mata ByungHee yang memikat itu, Victoria membiarkan bibir mereka bertaut.

 

ByungHee menjauhkan wajahnya daripada Victoria apabila terdengar bunyi deringan telefon bimbitnya itu.

“Bwo?” Jawab ByungHee sambil tersenyum ke arah Victoria. Victoria melarikan pandangannya daripada melihat ke arah ByungHee.

“Okey. Nanti kita jumpa dekat bawah dalam 30 minit,okey?” ByungHee kemudiannya menamatkan panggilan telefonnya sebelum dia memperkemas pelukannya terhadap Victoria.

“Siapa tu, ByungHee?” Soal Victoria.

“SeungHo. Dia ajak kita sarapan dekat bawah,”kata ByungHee.

“Kalau macam tu, jomlah kita siap. Nanti mereka tertunggu-tunggu kita pula,” kata Victoria,cuba untuk bangun. Namun tindakannya itu dihalang oleh ByungHee.

“Nantilah. Kalau kita lambat sikit pun, tak apa,”balas ByungHee.

“Awak ni memang nakal betullah, ByungHee,” kata Victoria, sambil mencubit pipi ByungHee. ByungHee mengaduh kesakitan.

“Siapa yang mula dulu? Awak juga kan?” Soal ByungHee sambil menggosok pipinya yang kesakitan itu.

“Kenapa pula saya yang mulakan dulu?” Soal Victoria,tidak puas hati.

“Awak yang cium saya dulu waktu saya demam dulu. Awak dah lupa?” Soal ByungHee sambil mengenyitkan matanya. Victoria berdehem beberapa kali.

“Yang tu…em..” Victoria bagaikan hilang kata-kata untuk membalas kata-kata ByungHee itu.

“Disebabkan awak cintakan saya, jadi saya takkan salahkan awak. Saya akan terima ciuman awak dengan hati yang terbuka,” usik ByungHee. Victoria memukul dadanya.

“Ish, perasannya!”

ByungHee semakin galak ketawa. Victoria pula mencebik.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((