Chapter 42

You Belong With Me

“Betulkah oppa nak ikut ni? Nanti kalau kaki tu sakit lagi macam mana?” Soal Victoria sambil membetulkan kolar baju yang tersarung pada tubuh suaminya. ByungHee sekadar memandangnya sambil tersenyum.

“Kaki berbalut ni bukan petanda oppa langsung tak boleh berjalan tau. Cuma pergerakan terhad saja. Kalau oppa rasa nak berjalan jauh, oppa jalan sajalah. Tongkat kan ada,”kata ByungHee,selamba.

“Kalau berjalan lama dengan tongkat pun, tak selesa juga oppa,”balas Victoria.

“Vic kan ada. Itulah gunanya isteri. Kalau kaki suami patah, isterilah tolong pegangkan. Itupun kalau ada seorang isteri tau. Kalau ada dua orang isteri,lagi seronok!Dua-dua boleh pegangkan,”kata ByungHee sebelum dia ketawa besar di hujung kata-katanya itu. Sengaja mahu mengusik isterinya yang tercinta itu.

Victoria menepuk lengan suaminya sambil mengetap bibir. ByungHee menggosok lengannya sambil mengaduh kesakitan.

“Eee…ada hati nak ada dua isteri ekh?”Soal Victoria,tidak puas hati. ByungHee sekadar tersengih. Dia cuba memegang tangan Victoria namun lekas-lekas wanita itu mengelak. Namun sekali lagi ByungHee cuba memegang lengan wanita itu. Kali ini Victoria membiarkan sahaja kelakuan lelaki itu.

“Oppa bergurau sajalah,sayang. Mati hidup semula pun… oppa hanya ada Vic seorang saja tau.Aish…janganlah merajuk,sayang,”pujuk ByungHee. Victoria tetap mengalihkan wajahnya daripada ByungHee. Perlahan-lahan,ByungHee memusingkan kepala Victoria supaya menghadap wajahnya.

“Vic marahkan oppakah? Hm?” Soal ByungHee. Lembut sekali nada suaranya. Bersungguh-sungguh mahu memujuk semula hati isterinya. Victoria memandang ke arah suaminya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan oleh ByungHee itu sendiri.

“Kalau Vic dah tak ada pun…oppa hanya akan setia pada Vic sajakah?” Soal Victoria. Entah mengapa soalan itu terpacul dari mulutnya. Wajah ByungHee berubah riak. Terpancar jelas riak wajahnya yang tidak menyenangi akan soalan yang diajukan oleh Victoria secara tiba-tiba itu.

“Vic ni…oppa main-main sajalah. Oppa saja nak usik Vic. Vic tak perlulah nak serius pula pasal hal ni,”kata ByungHee,tidak senang hati.Victoria sekadar tersenyum.

“Tapi tadikan oppa sendiri yang cakap…itulah gunanya ada isteri. Kalau kaki patah, boleh isteri pegangkan. Kalau sakit, isteri boleh jagakan. Katakan lepas ni, kalau oppa sakit waktu Vic dah tak ada, siapa yang nak jaga oppa? Siapa yang nak uruskan makan minum oppa? Lambat laun oppa akan lupakan Vic juga. Oppa akan jumpa seseorang yang akan menggantikan Vic juga. Betul tak?” Soal Victoria sambil membetulkan kolar baju ByungHee.

“Vic tak boleh tinggalkan oppa walau apa pun terjadi. Muktamad,”kata ByungHee. Kedengaran tegas dalam nada percakapannya itu. Victoria memandang ke arahnya. ByungHee kemudiannya memeluk pinggang isterinya dengan kemas.

“Oppa takkan izinkan Vic untuk tinggalkan oppa…kecuali kematian yang akan memisahkan kita. Itu memang hakikat pahit yang terpaksa kita terima. Oppa akui perkara tu. Kalau katakan perkara tu terjadi pun…cinta oppa terhadap Vic tetap takkan berubah. Tak ada sesiapa yang boleh menggantikan Vic dalam hidup oppa. Datanglah beribu-ribu bidadari pun…oppa tetap setia untuk bersama dengan Vic.”

ByungHee mengusap lembut pipi gebu isterinya.

“Jadi oppa nak Vic berjanji dengan oppa…satu perkara..”

Victoria memandang tepat ke arah anak mata ByungHee yang redup itu

“Vic jangan mati depan oppa…Oppa tak nak kehilangan Vic.Oppa nak habiskan hidup oppa hanya dengan Vic sampai bila-bila. Tak ada orang lain yang akan gantikan tempat Vic dalam hidup oppa. Boleh?” Soal ByungHee. Mata Victoria bergenang saat mendengar permintaan ikhlas daripada suaminya itu. Bagaimana dia  dapat menjanjikan hal itu daripada ByungHee sedangkan dia kini sedang bertarung nyawanya sendiri untuk anaknya yang sedang dikandung itu. ByungHee juga lebih menyanyangi dirinya jika mahu dibandingkan dengan anak yang sedang dikandungnya itu. Adakah ByungHee akan membenci anaknya itu  sekiranya jika benar dia akan meninggalkan lelaki itu suatu hari nanti? Tidak! Dia tidak mahu ByungHee menyimpan perasaan benci dengan darah dagingnya sendiri.

“Apalah oppa ni. Bukannya Vic yang boleh tentukan hidup mati Vic. Kalau Vic ditakdirkan mati lepas ni pun…Vic tak boleh halangkan benda tu daripada berlaku?”

“Oppa peliklah dengan Vic ni. Sejak belakangan ni, Vic selalu cakap bukan-bukan dengan oppa. Kenapa ni? Vic ada sorokkan sesuatu daripada oppa ya?” Soal ByungHee,mula mengesyaki sesuatu terhadap perubahan sikap isterinya itu. Victoria sekadar ketawa, cuba menyembunyikan rasa gelisahnya terhadap pertanyaan ByungHee itu.

“Nak sorokkan apanya. Sekali sekala nak mengarut dengan oppa pun, tak bolehkah?” Soal Victoria sambil memeluk manja leher suaminya itu.

“Tapi oppa tak suka,”kata ByungHee. Victoria tersenyum.

“Okey…Vic takkan cakap mengarut lagi dengan oppa. Vic janji. Jadi sekarang, kita dah boleh pergikah?” Soal Victoria sambil tersenyum manja ke arah suaminya. ByungHee turut membalas senyumannya, walaupun senyumannya tidaklah semanis mana. Victoria cuba membantu suaminya itu untuk berdiri.

“Oppa boleh jalan sendiri…” Kata ByungHee.

“Eh,tadi oppa yang cakap nak Vic pegangkan. Hah…ni mesti memang dah ada niat nak kahwin lagi satu ni kan? Sebab tu oppa tak nak Vic pegangkan. Sebab oppa dah ada orang lain yang boleh pegangkan,”Soal Victoria,sengaja bergurau. ByungHee ketawa.

“Oppa tak beranilah nak kahwin lagi satu. Oppa tak nak kena kurung dalam almari. Takut,”balas ByungHee. Victoria menepuk lembut lengan suaminya itu. Tidak sangka suaminya itu masih lagi mengingati akan perbualannya itu dengan JooYeon.

“Oppa tak nak bahayakan Viclah. Nanti kalau Vic terjatuh macam mana? Lagipun oppa boleh berjalan sendiri,”kata ByungHee. Victoria tersenyum.

“Kejap ye,oppa. Vic panggilkan Lee Joon. Biar dia pimpin oppa ke bawah. Dia ada dekat bawah dengan SooJung tu,”kata Victoria. ByungHee sekadar angguk sambil tersenyum.

 

 

“Kaki awak macam mana, ByungHee ssi? “ Soal YeJin sambil tersenyum ke arah ByungHee yang sedang duduk di sebelah Victoria itu. Victoria turut memandang ke arah suaminya.

“Kali ni dah boleh berjalan laju sikitlah dari dulu. Mungkin dalam 2-3 bulan lagi…dah pulih sepenuhnya,”kata ByungHee. YeJin mengangguk sambil tersenyum.

“Tak sangka awak datang temankan Vic hari ni. Mesti awak tak sabarkan nak tahu tentang perkembangan anak awak?” Soal YeJin. ByungHee tersengih,mengiyakan tekaan doktor wanita itu.

“Semuanya memang okeykan, doktor? Sebab menurut apa yang Vic cakap, semuanya okey. Tapi yalah…takut juga isteri saya ni ada sorokkan apa-apa daripada saya. Vic ni kadang-kadang bukannya boleh percaya sangat,”kata ByungHee sebelum dia menjeling manja ke arah isterinya itu.

“Ish apalah oppa. Boleh pula dia tak percaya dekat kita,”kata Victoria sebelum dia mencubit lembut paha suaminya itu. YeJin sekadar tersenyum melihat kemesraan pasangan suami isterinya itu. Dia kemudiannya memandang ke arah ByungHee yang masih lagi sedang galak mengusik isterinya itu. Timbul perasaan bersalah dalam benaknya terhadap lelaki itu. Lelaki itu wajar untuk mengetahui mengenai keadaan sebenar Victoria. Namun , pada masa yang sama, dia juga tidak sampai hati untuk mengecewakan perasaan kawan baiknya itu. Dia buntu.

“Vic…”

Pasangan suami isteri menoleh serentak ke arah doktor wanita itu. YeJin memandang ke arah Victoria. Victoria turut memandang ke arahnya, memberi isyarat supaya perkara itu tidak disampaikan kepada ByungHee. Biarlah perkara itu disimpan rahsia dan hanya diketahui oleh Victoria dan YeJin.

“Kenapa dengan Vic,doktor?” Soal ByungHee,tidak sabar untuk tahu. YeJin kemudiannya memaksa dirinya untuk tersenyum.

“Kita scan dulu nak? Rasanya lepas ni, kamu berdua dah boleh membeli belah barang baby nanti. Kita tengok sama ada kamu berdua perlu beli baju pink atau biru,”kata YeJin. ByungHee menoleh ke arah isterinya. Sungguh hatinya tidak sabar untuk mengetahui mengenai perkembangan terbaru bayi yang sedang dikandung oleh Victoria itu. Victoria sekadar tersenyum.

YeJin meletakkan gel sebelum diletakkan alat pengimbas pada perut Victoria yang sudah pun mulai kelihatan itu. Victoria dan ByungHee mulai memandang ke arah imej yang terpampang pada skrin itu. YeJin turut menumpukan perhatiannya pada skrin tersebut. Mata YeJin terbuka luas apabila dia melihat sendiri imej baru yang terpampang pada skrin tersebut. Victoria yang menyedari riak wajah YeJin itu mulai tertanya-tanya.

“Kenapa,YeJin?” Soal Victoria,tidak sabar untuk tahu. ByungHee turut teruja untuk mengetahui apa yang sedang dilihat oleh YeJin itu. YeJin menguntum senyuman manis ke arah pasangan suami isteri itu.

“Tak sangka. Sebelum ni saya betul-betul tak dapat kesan,”kata YeJin.

“Em…rasanya lepas ni kamu berdua dah boleh mula beli baju biru kot,”kata YeJin lagi. Terpancar jelas riak gembira pada wajah ByungHee dan Victoria sebaik sahaja dikhabarkan oleh YeJin mengenai jantina bayi yang dikandung oleh Victoria itu. ByungHee memegang erat tangan isterinya itu. Victoria turut tersenyum bahagia.

“Tapi…”

Sekali lagi ByungHee dan Victoria memandang ke arah YeJin. Kelihatan YeJin tersenyum ke arah mereka.

“Jangan beli satu saja. Kena beli dua baju biru,”sambungnya lagi, sengaja melihat reaksi pasangan suami isteri itu. ByungHee mengerutkan dahinya, tanda dia kurang dapat menangkap maksud kata-kata yang disampaikan oleh YeJin itu. YeJin kemudiannya menunjukkan sesuatu pada skrin tersebut.

“Kamu berdua kena beli dua baju birulah. Sebab… YoungMin kamu ada dua. Ini YoungMin satu… dan ini pula YoungMin dua,”kata YeJin,menerangkan maksud kata-katanya kepada pasangan suami isteri itu. ByungHee terkejut mendengar kata-kata YeJin itu. Victoria tersenyum lebar. Dia turut dapat melihat imej kandungannya dengan jelas pada skrin tersebut. Dia kemudiannya menoleh ke arah suaminya yang masih lagi dalam keadaan terkejut itu.

“Oppa,kenapa diam saja ni?” Soal Victoria sambil menggerakkan tangan suaminya itu. ByungHee mengerdipkan matanya beberapa kali, seolah-olah baru tersedar dari lamunannya yang hanya seketika itu. Dia memandang ke arah Victoria yang sedang tersenyum ke arahnya itu.

“Oppa terkejutkah?” Soal Victoria,sengaja menguji. ByungHee kemudiannya tersenyum lebar. Entah bagaimana lagi untuk dia gambarkan perasaan gembiranya ketika itu pun, dia sendiri tidak pasti.

“Tahniah! “ Ucap YeJin, penuh ikhlas. Pastinya insan yang paling gembira ketika itu ialah ByungHee. Entah berapa kali dia mencium tangan Victoria itu, YeJin sendiri tidak mampu membilangnya. Kebahagiaan lelaki itu sudah boleh digambarkan melalui cara dia melayani Victoria ketika itu. Namun perasaan bersalahnya itu masih lagi menebal dalam hatinya. Bagaimana sekiranya ByungHee mengetahui mengenai keadaan sebenar isterinya yang sedang menggadaikan nyawa demi anak-anak yang sedang dikandungnya itu? Apakah ByungHee mampu menerimanya dengan hati yang terbuka? Apakah ByungHee sudi memaafkan kesalahannya itu sekiranya perkara itu dikhabarkan apabila semuanya sudah terlambat? YeJin mengeluh perlahan. Dia sekadar tersenyum kelat melihat kegembiraan pasangan suami isteri di hadapannya itu. Sesekali Victoria akan memandang ke arahnya. Wanita itu menguntum senyuman manis, sebagai tanda ucapan terima kasih kepada YeJin kerana sudi merahsiakan perkara sebenar mengenainya daripada pengetahuan ByungHee.

 

 

“Sayang!”

Victoria menoleh apabila terdengar suara ByungHee yang memanggilnya itu. Kelihatan ByungHee sedang berjalan ke arahnya sambil membawa beberapa beg kertas. Victoria kemudiannya membaringkan Hanna yang sedang lena itu di atas katil dengan perlahan sebelum dia bangun untuk memimpin suaminya berjalan ke arah katil.

“Apa benda yang oppa bawa ni?” Soal Victoria sebaik sahaja membiarkan ByungHee duduk di atas katil. Dia juga turut mengambil tempat di sebelah lelaki itu. ByungHee sekadar tersenyum sebelum dia menghadiahkan kucupan lembut pada dahi isterinya itu.

“Hadiah daripada omma,”kata ByungHee sambil menghulurkan beg-beg kertas itu kepada Victoria. Victoria terkejut melihat kepelbagaian barangan bayi yang berada di dalam beg kertas tersebut.

“Banyaknya! Tak apakah kalau omma beli banyak-banyak ni,oppa?” Soal Victoria. ByungHee ketawa kecil sebelum dia memaut erat bahu isterinya itu.

“Mestilah kena beli banyak. Sebab kita dah ada dua YoungMin kan dalam ni,”kata ByungHee sambil dia mengusap lembut perut isterinya itu. Victoria turut memandang ke arah tangan suaminya yang mengusap lembut perutnya itu.

“Omma seronok sangat. Sebab tu dia terus saja ajak appa pergi shopping barang baby tadi. Appa pun nak tak nak layan sajalah omma tu,”kata ByungHee sebelum dia ketawa. Victoria turut ketawa.

“Oppa pun dah fikirkan satu nama untuk anak kita yang lagi seorang ni,”kata ByungHee,sambil memandang ke arah Victoria. Kening Victoria terangkat sedikit.

“Apa dia?” Soal Victoria,ingin tahu.

“MinHyun.”

ByungHee melihat reaksi isterinya sebaik sahaja mencadangkan nama untuk anak kembar mereka yang bakal dilahirkan itu.

“Jung YoungMin… Jung MinHyun…”

Victoria menyebut nama anak-anaknya satu persatu. Kelihatan dia menguntum senyuman manis sebelum dia menoleh ke arah ByungHee.

“Macam mana? Vic suka? Ataupun Vic ada nama lain? Oppa tak kisah,” kata ByungHee.

“Vic okey saja. Asalkan oppa suka, Vic pun suka,”kata Victoria sambil menyandarkan kepalanya pada bahu sasa suaminya itu. ByungHee tersenyum.

“YoungMin dengan MinHyun mesti kacakkan,oppa?” Soal Victoria,sengaja mahu bermanja dengan suaminya itu.

“Mestilah. Mereka mestilah kacak macam oppa.”Balas ByungHee,penuh bangga. Victoria mencebik. Pantang dipuji sikit, mulalah kembang sedepa. ByungHee ketawa melihat riak wajah isterinya itu.

“Mereka mesti kacak macam oppa…dan mempunyai hati yang baik macam sayang oppa ni,”kata ByungHee sebelum dia mencium dahi isterinya.Victoria tersenyum sambil memeluk erat pinggang suaminya dari sisi. Sangat erat pelukannya seolah-olah tidak mahu berpisah dengan lelaki itu. ByungHee sekadar membiarkannya.

“Vic sayangkan oppa.” Bisik Victoria. ByungHee tersenyum.

“Oppa lagi sayangkan Vic,”balas ByungHee.

“Tak sabar nak tengok anak-anak kita lahir. Waktu tu..oppa dapat rasakan hidup oppa dah sempurna.Cukup sempurna. Oppa dah tak perlukan apa-apa lagi. Sebab oppa dah ada Vic, Hanna, YoungMin dan MinHyun.Selepas ni kita akan sama-sama hidup bahagia sampai bila-bila. Betul tak?” Soal ByungHee. Tersenyum bahagia memikirkan masa depannya bersama keluarganya yang bakal menerima ahli keluarga baru itu. Victoria memejamkan matanya. Perlahan-lahan air matanya mengalir. Seolah-olah cuba menghargai waktunya bersama ByungHee yang semakin singkat itu.

“Maafkan Vic,oppa. Mungkin Vic takkan wujud lagi dalam masa depan oppa bersama anak-anak kita. Tapi oppa berjanjilah dengan Vic. Oppa berjanjilah dengan Vic yang oppa akan jaga anak-anak kita dengan baik. Curahkan kasih sayang yang secukupnya untuk Hanna, YoungMin dan MinHyun. Oppa janjilah dengan Vic… yang oppa akan tetap merasai kebahagiaan yang oppa impikan tu walaupun tanpa kehadiran Vic lagi dalam hidup oppa. Berjanjilah dengan Vic oppa…”

Air matanya mengalir semakin laju.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((