Chapter 16

You Belong With Me

Victoria menyusun hadiah-hadiah yang dibeli oleh mereka kepada ahli keluarga mereka dengan kemas di atas katil itu. Senyumannya tak lekang dari bibirnya apabila melihat gaun merah jambu yang dibelinya untuk Hanna itu. Kerinduannya terhadap si kecil itu kian menebal, membuatkan dia tidak sabar untuk bertemu si kecil itu di Seoul.

“Hanna mesti nampak cantik kalau dia pakai gaun ni, betul tak,oppa?” Soal Victoria sambil tersenyum. Senyumannya mengendur apabila menyedari soalannya yang dibiarkan sepi oleh suaminya itu. Perlahan-lahan,dia menoleh ke arah ByungHee yang sedang berdiri termenung di balkoni bilik penginapan mereka itu.

“ByungHee oppa?” Victoria cuba memanggil lelaki itu sekali lagi. Namun, ternyata ByungHee begitu hanyut dengan lamunannya itu. Victoria memandang ke arah ByungHee sambil mengeluh perlahan. Dia amat menyedari perubahan sikap ByungHee selepas pertemuan mengejutnya dengan SeYeon siang tadi. Entah apa yang mereka bincangkan sebentar tadi pun dia sendiri tidak pasti. Apa yang pasti, sikap ByungHee berubah sedikit dingin. Dia hanya berpura-pura gembira untuk menyenangkan hati Victoria. Victoria memandang ke arah cincin perkahwinan yang tersarung kemas pada jari manisnya itu. Sekali lagi dia mengeluh. Apakah tempoh perkahwinan mereka selama 3 bulan itu bakal menemui titik noktahnya dengan pertemuan ByungHee dan SeYeon sebentar tadi? Victoria menelan air liurnya. Sungguh dia tidak bersedia dan takut untuk menghadapi saat itu. Jauh di sudut hatinya, dia tidak mahu berpisah dengan ByungHee. Cintanya terhadap lelaki itu semakin bercambah dari hari ke hari. Walaupun cintanya itu masih belum dibalas oleh ByungHee, dia tetap tidak berputus asa untuk memiliki hati lelaki itu. Namun, apa yang pasti, ByungHee mulai menerimanya secara perlahan-lahan. Tiada lagi layanan yang dingin seperti awal perkahwinan mereka dahulu.

 

“Kita lupakan tempoh 3 bulan tu, arasso? Saya tak nak awak fikirkan sangat pasal tu. Anggap saja yang kita tak pernah cakap pasal tempoh 3 bulan tu, okey?”

 

Victoria memandang ke arah ByungHee yang masih termenung itu. Dia kemudiannya berjalan mendekati ke arah ByungHee sebelum dia berhenti betul-betul di belakang tubuh lelaki itu. Tubuh ByungHee itu dipandangnya sebelum dipeluknya tubuh itu dari belakang. ByungHee menoleh ke arahnya.

“Victoria?”

Victoria memandang ke arahnya sambil tersenyum.Pelukannya terhadap ByungHee itu diperkemaskannya.

“Oppa fikirkan apa ni? Dari tadi Vic tengok oppa asyik termenung saja. Vic panggil oppa, oppa tak sedar pun,” kata Victoria. Dia akui dia masih berasa janggal untuk memanggil lelaki itu dengan gelaran “oppa” seperti yang dimahukan oleh lelaki itu. ByungHee tersenyum nipis sambil memegang lengan Victoria yang melingkari pinggangnya itu.

“Oh yakah? Oppa minta maaf. Oppa…oppa terleka tengok pemandangan kat sini,”kata  ByungHee sambil mengusap lembut lengan Victoria yang melingkari pinggangnya itu.

“Vic nak cakap apa dengan oppa tadi?” Soal ByungHee. Victoria tidak segera menjawab pertanyaan lelaki itu. Sebaliknya dia mendekatkan wajahnya pada belakang ByungHee, sambil mengeratkan lagi pelukannya terhadap lelaki itu. Seolah-olah dia tidak mahu berjauhan dengan ByungHee walaupun seinci. ByungHee sekadar membiarkan kelakuan Victoria terhadapnya itu. Bibirnya menguntum senyuman lebar. Ternyata Victoria sudah semakin biasa untuk berkelakuan manja dengannya.

“Kenapa ni? “ Soal ByungHee.

“Kita…kita balik Seoul nak?” Soal Victoria,takut-takut. ByungHee mengerutkan dahinya. Perlahan-lahan, dia melepaskan pelukan Victoria terhadapnya itu. Dia memusingkan tubuhnya ke arah Victoria. Wajah Victoria itu ditatapnya. Victoria pula menundukkan wajahnya , tidak berani untuk menatap wajah ByungHee.

“Kenapa ni?” Soal ByungHee lagi. Hairan dengan permintaan Victoria yang tiba-tiba itu.

“Vic tak sukakah bercuti dekat sini?” Soal ByungHee,bimbang. Victoria menelan air liurnya. Entah mengapa soalan itu terlanjur dari mulutnya. Adakah kerana dia begitu takut untuk kehilangan ByungHee setelah kembalinya SeYeon kepada lelaki itu?

Victoria menggelengkan kepalanya.

“Vic…Vic Cuma..rindukan Hanna. Vic tak sabar nak jumpa dengan Hanna,”kata Victoria,berbohong. Wajahnya masih ditundukkan. ByungHee menyentuh dagu Victoria, sebelum didongakkan kepala Victoria dengan lembut. Pandangan mata mereka bersatu.

“Oppa tak percaya. Mesti Vic ada sembunyikan sesuatu daripada oppa kan?” Soal ByungHee,inginkan kepastian. Victoria melarikan pandangannya daripada ByungHee.

“Hm?” ByungHee tidak berputus asa untuk mendapatkan penjelasan daripada isterinya itu.

“Setahu oppa, Vic nampak seronok bila kita bercuti dekat sini. Kenapa tiba-tiba Vic nak balik pula ni? Vic ada masalahkah?” Soal ByungHee.

“Atau oppa ada buat sesuatu yang Vic tak suka?” Soal ByungHee,bimbang. Victoria menggelengkan kepalanya. Dia memandang ke arah lelaki tersebut.

“Oppa…” Victoria menelan air liur. Hatinya ragu-ragu untuk meneruskan kata-katanya itu. ByungHee sekadar menunggu kata-kata daripadanya itu.

“Betulkah…oppa dah tak kisah pasal tempoh 3 bulan yang kita pernah bincangkan sebelum kita kahwin dulu?” Soal Victoria.

“Kenapa tiba-tiba Vic tanya soalan ni? Oppa kan dah pernah cakap yang oppa nak kita lupakan hal 3 bulan tu. Vic tak percayakan oppakah?” Soal ByungHee pula. Victoria melarikan pandangannya daripada ByungHee sekali lagi.

“Vic…” Victoria berhenti seketika. Perlukah dia luahkan segala kerisauannya kepada lelaki itu? Bagaimana sekiranya kebimbangannya itu akan menimbulkan kemarahan kepada ByungHee?

“Hey Vic…”

ByungHee menyentuh wajah Victoria, membuatkan wanita itu memandang ke arahnya. ByungHee tersenyum ke arahnya.

“Cuba Vic ceritakan dekat oppa. Oppa tak senang hatilah tengok Vic macam ni,” kata ByungHee, terus memujuk.

“Vic?” ByungHee masih cuba memujuk Victoria apabila melihat Victoria yang masih mendiamkan diri itu.

 

“Vic kahwin dengan oppa sebab Vic cintakan oppa,”kata Victoria. ByungHee tergamam. Lidahnya menjadi kelu. Tubuhnya menjadi kaku. Matanya terbuka luas. Terkejut dengan pengakuan Victoria secara tiba-tiba itu. Victoria menundukkan wajahnya. Kelihatan butir-butir jernih mengalir dari matanya.

“ Vic akui yang Vic terus terima lamaran daripada omeonim, sebab Vic memang cintakan oppa walaupun oppa tak mengenali Vic seperti Vic mengenali oppa. Vic cintakan oppa ketika oppa masih lagi bersama dengan SeYeon.”

Air matanya mengalir semakin laju. Wajahnya masih lagi ditundukkan.

“Vic mengharapkan yang tempoh 3 bulan tu cukup untuk kita mengenali hati budi masing-masing. Kalau tempoh 3 bulan tu cukup sekadar untuk oppa terima Vic sebagai kawan, itu pun dah cukup memadai untuk Vic. Sebab Vic tahu…bukan mudah untuk Vic gantikan tempat SeYeon dalam hati oppa. Dan Vic juga tahu…walau macam mana pun oppa bencikan SeYeon…tapi jauh di sudut hati oppa, oppa masih sayangkan dia,” kata Vic.

“Vic tak setanding dengan SeYeon. Vic  hanya anak yatim. Yang hanya menumpang kasih sayang daripada omeonim yang dah lama Vic anggap seperti ibu Vic sendiri,” katanya lagi.

“Vic tahu Vic seorang yang pentingkan diri sendiri. Tapi Vic betul-betul cintakan oppa…dan Vic takut untuk kehilangan oppa. Vic takut yang oppa akan kembali kepada SeYeon.”

Victoria menutup wajahnya dengan kedua-dua tangannya. Dia terus menangis tanpa mempedulikan ByungHee yang sedang berdiri di hadapannya itu. Akhirnya, dia meluahkan juga perasaannya yang dipendamnya selama ini. Hanya kerana takut dirinya ditinggalkan oleh ByungHee yang semakin disayanginya itu.

ByungHee memegang kedua-dua tangan Victoria, sebelum dialihkan tangannya itu daripada wajah wanita itu. Victoria masih lagi menundukkan wajahnya. Perlahan-lahan, ByungHee mendongakkan kepala Victoria, membuatkan mata mereka berpandangan antara satu sama lain. Kelihatan jelas mata Victoria yang masih lagi bergenang dek air mata itu. ByungHee mengusap lembut pipi isterinya itu sambil tersenyum. Akhirnya dia dapat juga mendengar isi hati yang dipendam oleh isterinya itu.

“ Vic masih ingatkan apa yang oppa pernah cakap sebelum ni? Yang oppa nak kita lupakan tempoh 3 bulan tu. Anggap saja yang kita tak pernah langsung sebut pasal tempoh 3 bulan sebelum ni.”

Victoria sekadar mendengar. Matanya langsung tidak terlepas dari memandang ke arah ByungHee. ByungHee terus mengusap lembut kedua-dua pipi si isteri itu.

“Oppa cakap macam tu…sebab oppa tak nak sia-siakan pengorbanan Vic untuk terima oppa sebagai suami Vic…walaupun Vic tahu yang oppa tak pernah cintakan Vic.”

“Oppa bukan bermaksud yang oppa cakap macam tu sebab oppa nak balas budi Vic. Oppa cakap macam tu…sebab oppa tak pernah terniat langsung untuk tinggalkan Vic. Walau apa pun terjadi, oppa takkan sesekali tinggalkan Vic.”

Air mata Victoria mengalir laju saat mendengar kata-kata daripada suaminya itu. ByungHee tersenyum sambil menyeka air mata isterinya itu.

“Memang betul…oppa masih sedang belajar untuk mencintai Vic. Tapi itu bukan bermaksud…yang Vic tak penting dalam hidup oppa. Vic ialah isteri oppa. Ibu kepada Hanna. Walau apa pun terjadi, oppa akan melindungi Vic…menyanyangi Vic sepenuh hati.”

ByungHee kemudiannya mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya itu. Mata Victoria terbuka luas apabila melihat cincin perkahwinan yang berada dalam pegangan ByungHee itu. ByungHee sekadar tersenyum sebelum dia menghulurkan cincin itu kepada Victoria.

“Oppa memang tak pakai cincin ni. Tapi oppa tak pernah lupa untuk bawa cincin ni ke mana saja oppa pergi,” kata ByungHee. Dia kemudiannya meletakkan cincin miliknya itu di atas tapak tangan Victoria.

“Boleh Vic sarungkan cincin ni ke jari oppa?” Soal ByungHee. Victoria memandang ke arahnya. ByungHee sekadar tersenyum. Perlahan-lahan, dia memegang tangan Victoria sebelum disarungkan cincin itu ke jarinya. Kemudian dia memegang erat tangan Victoria yang turut tersarung cincin perkahwinan mereka pada jari manisnya itu.

“Will you marry me?” Soal ByungHee. Victoria terus menangis.

“Yah~~~Vic tak sudikah terima lamaran oppa ni?” Soal ByungHee sambil menyeka air mata isterinya itu.

“Vic banyak menangis malam ni. Nanti bengkak mata cantik ni,” kata ByungHee, cuba menceriakan hati si isteri. Victoria tersenyum.

“Vic malu…” Katanya perlahan. ByungHee tertawa kecil.

“Vic tak jawab lagi soalan oppa tadi,” kata ByungHee. Victoria memandang ke arahnya.

“Will you marry me?” Soal ByungHee lagi. Victoria tersenyum sambil mengesat air matanya yang masih bersisa itu. Perlahan-lahan, dia mengangguk. ByungHee tersenyum lebar.

“Trust me. Mungkin oppa masih belum boleh balas cinta Vic terhadap oppa…tapi oppa takkan sesekali tinggalkan Vic. Vic ialah isteri oppa. Sampai bila-bila pun…Vic satu-satunya isteri oppa. Tak ada orang lain yang akan gantikan tempat Vic. Apa yang berlaku sebelum ni, hanyalah kisah silam oppa. Sekarang, oppa hanya ada Vic dan Hanna. Hanya Victoria…dan Hanna,” bisik ByungHee.

“Ok? Oppa takkan tinggalkan Vic,”katanya lagi. Vic memandang ke arah suaminya.

“Kalau oppa tinggalkan Vic…Vic kurung oppa dalam almari. Vic takkan sesekali lepaskan oppa,”kata Victoria, seraya bergurau. ByungHee ketawa. Dia kemudiannya menarik Victoria ke dalam pelukannya. Victoria sekadar tersenyum. Entah mengapa dia berasa selamat berada dalam pelukan lelaki itu.

“Sebab tu oppa tak berani nak tinggalkan Vic. Oppa takut kena kurung dalam almari,”kata ByungHee sambil mengusap lembut rambut Victoria yang panjang melepasi bahu itu.

“Jom kita balik Seoul,”bisik ByungHee. Victoria memandang ke arah ByungHee. ByungHee turut memandang ke arahnya.

“Tadi kan Vic cakap yang Vic nak balik? Vic dah lupa?” Soal ByungHee.

“Tapi…Vic ingat oppa nak tinggal dekat sini lagi,”kata Victoria.

“Oppa pun rindukan Hanna. Lagipun…kita boleh saja sambung honeymoon dekat rumah,” kata ByungHee sambil mengenyitkan matanya. Wajah Victoria berubah merah. ByungHee ketawa.

“Nanti Vic pindah masuk bilik oppa,okey?” Soal ByungHee.

“Kenapa pula?” Soal Victoria.

“Sebab oppa tak nak Vic duduk dalam almari waktu hujan lebat nanti. Susah oppa nak jaga,”kata ByungHee,beralasan.

“Alasan!” Victoria menepuk lembut lengan ByungHee yang sedang merangkul pinggangnya itu. ByungHee tersenyum lebar. Dia kemudiannya mendekatkan wajahnya ke arah Victoria. Victoria tersenyum apabila bibir mereka bertaut.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((