Chapter 8

You Belong With Me

ByungHee membuka matanya secara perlahan-lahan. Dia menarik nafas sedalamnya sambil merenggangkan kedua-dua lengannya sebelum lengan kanannya terkena pada kepala Victoria yang sedang tidur di sebelahnya itu.ByungHee menoleh ke arah wanita itu.

“Dia tidur macam ni sejak malam semalamkah?” Soal ByungHee sendiri sambil melihat ke arah Victoria yang tidur dalam posisi duduk itu. Dia terus memerhatikan wanita itu sebelum dia cuba untuk menyentuh kepala Victoria. Namun, ByungHee segera memejamkan matanya sebaik sahaja melihat Victoria yang mulai bergerak itu. ByungHee berpura-pura menyambung semula tidurnya di hadapan Victoria. Victoria yang baru sahaja bangun dari tidur itu menoleh ke arah jam yang tergantung pada dinding di bilik ByungHee itu.

“Macam mana aku boleh terlajak tidur dekat sini?” Soalnya sendiri sambil menggosok mata kanannya. Dia kemudiannya memandang ke arah ByungHee yang disangkanya masih tidur itu. Perlahan-lahan, dia meletakkan tangannya pada dahi ByungHee. Bibirnya menguntum senyuman lega.

“Dah tak panas sangat macam semalam. Tapi awak kena makan ubat lagi tau,”kata Victoria sambil tersenyum.Dia mengusap lembut rambut ByungHee untuk seketika.Dia terus menatap wajah ByungHee yang kelihatan sedikit pucat itu sebelum perhatiannya teralih kepada telefon bimbitnya yang berdering itu.

“Saya mungkin tak dapat datang hospital hari ni.”

“Em…sebab…” Victoria menoleh ke arah ByungHee yang masih lagi tidur itu.

“…Sebab suami saya sakit. Saya kena tengokkan dia,”kata Victoria.Kelihatan dia tersenyum.

“Arasso. Tapi kalau ada apa-apa masalah, awak beritahu saya,okey?”

Victoria kemudiannya menamatkan panggilannya sambil memandang ke arah ByungHee.

“Biarlah dia tidur dulu. Kejap lagi baru kejutkan dia untuk sarapan,”bisiknya,perlahan.Sekali lagi Victoria menoleh ke arah jam.

“Baik aku kejutkan Hanna dulu. Sempat lagi nak hantar dia ke sekolah ni,”katanya, segera beredar meninggalkan ByungHee di dalam bilik itu. Sebaik sahaja memastikan Victoria sudah beredar, ByungHee membuka matanya perlahan-lahan. Dia kemudiannya bangun dari pembaringan sebelum dia bersandar pada kepala katilnya itu. Tangannya diletakkan pada dahi. Bibirnya menguntum senyuman nipis apabila merasakan demamnya yang kian pulih itu.

 

 

ByungHee melangkah keluar dari bilik air sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala kecil.

“Rasa leganya lepas mandi. Kuat betul bau ubat tadi,”ngomelnya sambil mengeringkan rambutnya yang masih basah itu. ByungHee kemudiannya bersiap-siap dengan memakai pakaian yang ringkas. Perhatiannya teralih kepada telefon bimbitnya yang berdering di atas meja itu.

“Em, ada apa?” Soal ByungHee sambil melihat wajahnya di hadapan cermin. Dia mengeluh perlahan apabila melihat kumis nipis yang mulai kelihatan pada wajahnya itu.

“Macam mana kau hari ni? Dah okey?” Soal SeungHo.

“Dah okey sikit. Aku ingat nak masuk office hari ni, tapi…Victoria tak ada dekat rumah pula sekarang ni. Nanti dia risau pula,”kata ByungHee.

“Baguslah kalau kau tahu yang dia akan risaukan kau. Kau tahu tak dia tersangat sangatlah risau dekat kau semalam? Dia asyik salahkan diri dia sendiri saja sebab dia ingat yang kau jatuh sakit sebab dia,”kata SeungHo. ByungHee sekadar mendengar. Entah mengapa, timbul rasa bersalah dalam benaknya.

“Aku dengar yang kau dan Joon ada datang tolong dia. Gomawo…” Ucap ByungHee,perlahan.

“It’s okay. Dia pun mesti terkejut tengok kau tiba-tiba pengsan malam semalam. Yang kau ni pun satu…apa masalah kau sebenarnya? Kau merajuk dengan dia ekh?” Soal SeungHo.

“Apahal pula aku nak merajuk? Jangan nak merepeklah,” balas ByungHee, menafikan kata-kata SeungHo. Kedengaran SeungHo ketawa.

“Kan? Kau merajuk kan? “ Soal SeungHo lagi. Kedengaran ada nada usikan di situ.

“Tak adalah. Tak ada kerja aku nak merajuk dengan dia,” balas ByungHee. Dia kemudiannya menoleh ke arah katilnya sebelum pandangannya teralih ke arah bakul sampah yang terletak tidak jauh dari katilnya itu. Matanya terbuka luas apabila mendapati bunga ros merah yang dibuangnya itu sudah tidak ada lagi di situ.

“SeungHo…nanti aku call kau balik,”kata ByungHee.

“Eh? Kenapa? Kau jangan nak mengelak,okey?” Soal SeungHo.

“Aku ada kerja sekejap. Nanti aku call balik,” kata ByungHee. Dia segera menamatkan panggilannya itu tanpa mempedulikan SeungHo yang masih lagi mahu berbual dengannya itu.

“Mana pergi bunga ros tu?” Soalnya.

“Jangan cakap….” ByungHee segera berjalan menuju ke arah pintu biliknya. Perlahan-lahan, dia membuka pintu itu sebelum dia melihat ke arah sekeliling.

“Rasanya Victoria tak balik lagi…kan?” Soalnya sendiri. Dia kemudiannya berjalan menuju ke arah bilik Victoria. Jantungnya berdegup pantas. Perlahan-lahan, dia memegang tombol pintu bilik wanita itu.

“Aish, patutkah aku buat macam ni? Sebab aku sangat yakin yang aku dah buang bunga tu dalam bakul sampah kelmarin,”katanya. Dia memandang ke arah pintu bilik Victoria itu, seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

“Okey…aku Cuma nak ambil balik saja bunga tu. Jangan pandang benda lain,”katanya, cuba untuk mengingatkan dirinya sendiri. ByungHee kemudiannya memusingkan tombol pintu bilik Victoria sambil memejamkan kedua-dua matanya. Sebaik sahaja pintu bilik itu sudah dibuka, ByungHee berdiri di situ sebelum dia membuka matanya secara perlahan-lahan.

“Okey. Jangan pandang benda lain, ByungHee. Cari bunga tu sampai dapat sebelum Victoria balik.”

ByungHee segera mencari bunga ros itu di setiap sudut bilik Victoria itu. Tidak lama selepas itu, ByungHee tersenyum lega apabila menjumpai bunga ros itu di dalam laci meja solek wanita itu.

“Dapat pun!”

“ByungHee?”

Mata ByungHee terbuka luas. Dia kemudiannya memusingkan tubuhnya ke belakang.

“Victoria….ce..cepatnya awak balik…”

“Awak buat apa dekat bilik saya?” Soal Victoria.

“Em…saya…saya..” ByungHee menyembunyikan bunga ros itu di belakangnya. Victoria yang mengetahui barang yang disembunyikan oleh ByungHee itu sekadar tersenyum. Dia kemudiannya berjalan mendekati ke arah ByungHee. ByungHee pula mulai berundur beberapa langkah ke belakang.

“Pelik juga ya awak masuk ke bilik saya ni…Em..agak-agaknyalah..barang apa yang awak cari ye?” Soal Victoria. ByungHee menelan air liur. Dia kemudiannya tersandar pada dinding bilik Victoria. Victoria tersenyum. Dia kemudiannya menghulurkan tangannya di hadapan ByungHee.

“Apa?” Soal ByungHee.

“Saya nak balik barang saya,”kata Victoria.

“Barang awak? Saya tak faham,”balas ByungHee.

“Oh…tak faham ya…”

Victoria kemudiannya memegang kedua-dua lengan ByungHee dengan erat sebelum dia mendekatkan wajahnya ke arah ByungHee.ByungHee menelan air liur.

“Yah…apa yang awak cuba buat ni?” Soal ByungHee,mulai gelisah. Victoria tersenyum.

“Saya Cuma nak barang saya balik,”kata Victoria,separuh berbisik.

“Kan saya dah cakap..yang saya tak…”

Kata-kata ByungHee terhenti apabila bibirnya dikucup oleh Victoria.Dia masih lagi kaku di situ, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku ketika itu. Victoria kemudiannya menjauhkan wajahnya dari ByungHee sambil memandang ke arah lelaki itu. Bibirnya menguntum senyuman puas sambil menunjukkan bunga ros di hadapan ByungHee. ByungHee cuba mengambil semula bunga ros itu namun berjaya disembunyikan oleh Victoria.

“Bagi balik bunga tu, Victoria,”kata ByungHee.

“Kenapa pula? Bukankah bunga ni memang untuk saya?” Soal Victoria sambil mengeluarkan kad yang terselit di dalam balutan plastic bunga ros itu.

 

“ To Victoria…

Thanks for everything…

From ByungHee…”

 

Victoria memandang ke arah ByungHee. Ketika itu, ByungHee sudah pun mengalihkan wajahnya daripada Victoria. Victoria tersenyum lebar.

“Saya tak tahu pula yang awak ni…sebenarnya romantik,”kata Victoria sambil tersenyum. ByungHee mengeluh perlahan.

“Awak jangan salah faham. Saya…saya Cuma nak berterima kasih kepada awak.Sebab awak dah banyak berkorban untuk keluarga saya. Tak lebih dari tu,”kata ByungHee,masih lagi tidak memandang ke arah Victoria.Senyuman Victoria mengendur.Ya…mana mungkin lelaki itu menyimpan perasaan yang sama terhadapnya seperti perasaannya terhadap lelaki itu.

“Apa-apa pun saya suka dengan surprise awak ni. Siapa sangka Jung ByungHee yang nampak cool ni akan bagi bunga dekat saya kan,”kata Victoria.

“Kalau awak tak suka, awak boleh buang,”kata ByungHee.

“Kan saya dah cakap yang saya suka. Takkan saya nak buang kan,”kata Victoria sambil tersenyum. ByungHee sekadar membisu. Victoria kemudiannya mencapai tangan ByungHee. ByungHee memandang ke arahnya.

“Kalau awak tak berterima kasih dekat saya pun, saya tak kisah. Sebab saya memang ikhlas buat semua ni untuk awak,”kata Victoria. ByungHee tergamam mendengar kata-kata Victoria itu.

“Awak nak makan apa untuk sarapan pagi ni? Biar saya buatkan. Awak tak makan sangat pun sejak awak demam ni. Tengok pipi awak dah nampak cengkung sikit,”kata Victoria sambil mengusap lembut pipi ByungHee.Wajah ByungHee berubah merah. Victoria pula sekadar tersenyum. Dia kemudiannya meletakkan bunga ros itu di atas meja.

“Awak tak boleh ambil bunga ros saya ni tau.Kalau saya nampak awak cuba curi-curi masuk sebab nak ambil bunga ni, siap awak,”kata Victoria.ByungHee sekadar mendengar.

“Dah, jom kita sarapan.Lepas ni, awak kena makan ubat lagi,”kata Victoria,terus menarik ByungHee keluar dari biliknya itu.

 

 

“Tekak awak dah okey?” Soal Victoria.ByungHee sekadar mengangguk.Victoria memandang ke arahnya.

“Awak marahkan sayakah,ByungHee?” Soal Victoria,bimbang.

“Kenapa pula saya nak marahkan awak?” Soal ByungHee pula.

“Em..sebab saya…” Victoria menunjukkan bibirnya kepada ByungHee.ByungHee berdehem beberapa kali.

“Awak kan tahu yang saya tengah demam. Awak tak takutkah kalau demam saya berjangkit dekat awak pula?” Soal ByungHee,tanpa memandang ke arah Victoria.Victoria tersenyum.

“Tak apalah.Cepat sikit awak sihat.Awak ingat senangkah nak jaga awak? Nak bagi makan ubat pun susah,”kata Victoria. ByungHee tersenyum nipis. Mereka kemudiannya terus menikmati sarapan mereka tanpa berbual untuk seketika.

“Lelaki hari tu…”

Victoria memandang ke arah ByungHee.

“…Siapa?” Soal ByungHee.

“Oh…yang tu…dia Min Ho. Kawan lama saya,”kata Victoria.

“Dari gaya dia…saya tengok dia bukan sekadar kawan lama awak,”kata ByungHee.

“Dia memang kawan lama saya. Dan saya tak anggap dia lebih daripada tu. Apa yang awak tengok hari tu, bukan seperti yang awak sangkakan. Dia…dia memang sukakan saya sejak dari dulu lagi. Tapi saya tak pernah anggap dia lebih daripada seorang kawan,”kata Victoria.

“Maknanya awak tak pernah cintakan dia?” Soal ByungHee.Victoria tersenyum nipis.

“Saya tahu saya ni kejam. Saya tolak lamaran dia walaupun dia tetap setia menunggu saya sejak dulu.Tapi saya tak boleh terima dia…sebab saya memang tak pernah cintakan dia. Takkanlah saya nak berkahwin dengan orang yang saya tak cintakan?” Balas Victoria. ByungHee memandang ke arahnya.

“Kalau macam tu…” ByungHee meletakkan sudunya di atas meja. Victoria memandang ke arahnya.

“Kenapa awak berkahwin dengan saya?” Soal ByungHee.

“Adakah sebab awak cintakan saya?” Soal ByungHee lagi. Victoria terdiam. ByungHee terus memandang ke arah Victoria, menantikan jawapan wanita itu dengan penuh sabar.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((