Chapter 5

You Belong With Me

ByungHee menarik bagasinya masuk ke dalam bilik penginapan yang dikongsinya bersama SeungHo itu, sambil diikuti oleh SeungHo dari belakang. ByungHee kemudiannya mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket seluarnya. SeungHo yang menyedari kelakuan ByungHee itu menguntum senyuman nakal.

“Aih…belum sempat duduk atas katil lagi dah bersemangat keluarkan telefon. Dah tak boleh tahan sangatkah rindu tu? Bukannya jauh sangat pun Tokyo dengan Seoul,”usik SeungHo sambil melabuhkan punggung di atas katil.

“Aku Cuma nak periksa jadual kita untuk esoklah, SeungHo,”balas ByungHee. SeungHo mencebik.

“Jangan nak buat ceritalah. Kau bukannya tak boleh periksa jadual kerja kita lepas ni pun. Mengaku sajalah yang kau dah rindu sangat dekat Victoria,”usik SeungHo lagi. ByungHee malas untuk melayani usikan SeungHo. Dia memandang ke arah nombor telefon milik Victoria yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu. Dia berasa ragu-ragu untuk menghubungi wanita itu.

“Bolehkah aku telefon dia sekarang? Kalau dia tengah sibuk macam mana?” Soalnya sendiri. Agak lama dia dalam keadaan begitu. SeungHo sekadar memandang ke arahnya sambil menggeleng.

“Kalau rasa segan nak call, mesej dia sajalah. Malam nanti, kau telefonlah dia,” kata SeungHo sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik air. ByungHee tersenyum nipis.

“Ya tak ya juga. Kenapa aku tak terfikir benda tu dari tadi ya?” Bisiknya perlahan. Dia kemudiannya menaip sesuatu pada skrin telefon bimbitnya itu sambil tersenyum.

 

“Saya dah sampai.”

 

Entah mengapa, dadanya berasa berdebar-debar sebaik sahaja dia menekan butang ‘send’ pada skrin telefon bimbitnya itu. Tidak lama selepas itu, mesejnya berbalas.

 

“Syukurlah. Awak berehatlah dulu,okey?Mesti awak penat.”

 

Senyuman ByungHee kian lebar. Dia terus membaca mesej yang dihantar oleh Victoria tanpa niat untuk membalasnya. Bimbang sekiranya dia akan menganggu Victoria yang mungkin sedang sibuk bekerja di hospital itu.

 

 

 

ByungHee menoleh ke arah SeungHo yang sedang tidur lena di atas katil itu. Perlahan-lahan, dia berjalan menuju ke arah balkoni bilik penginapan mereka itu sambil mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket seluarnya.Dia memandang ke arah nombor telefon Victoria yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu.Timbul rasa ragu-ragu untuk menghubungi wanita itu.Bagaimana jika panggilannya itu akan mengganggu Victoria yang mungkin sedang berehat ketika itu?ByungHee melepaskan keluhan kecil.Namun sekali lagi dia memandang ke arah skrin telefon bimbitnya itu.Akhirnya dia menekan butang ‘call’ sebelum dia meletakkan telefon itu pada telinganya. Dia menelan air liur, berdebar-debar menunggu panggilannya dijawab.

“ByungHee?”

ByungHee tersenyum apabila mendengar suara Victoria dalam panggilan telefonnya itu.

“Awak dah tidur?” Soal ByungHee,ingin tahu.

“Belum lagi. Saya baru temankan Hanna tidur dalam bilik tadi. Awak nak cakap dengan Hannakah?” Soal Victoria.

“Tak apalah.Biarlah dia tidur.Mesti dia penat hari ni,”balas ByungHee.ByungHee terdiam untuk seketika , bagaikan sudah kehabisan idea untuk berbual dengan wanita itu.

“Em…awak tak nak tidur lagikah? Dah lewat ni,”kata ByungHee.

“Mungkin lepas ni kot…” Victoria berhenti seketika sebelum dia menyambung semula kata-katanya.

“Awak dah makan?” Soal Victoria.

“Dah. Awak?” Soal ByungHee pula. Victoria tersenyum.

“Dah,”balas Victoria.

“Hanna ada susahkan awak hari ni?” Soal ByungHee.

“Tak adalah. Dia okey saja. Dia asyik tanya saja bila awak nak balik. Dia dah rindu sangat dengan awaklah tu,” kata Victoria. ByungHee tersenyum lebar.

“Saya pun dah mula rindukan dia…” ByungHee terdiam seketika.

“Awak rindukan Hanna saja? Saya? “ Soal Victoria. Wajah ByungHee terasa panas apabila mendengar soalan Victoria itu.

“Em…awak?Awak tak rindukan sayakah?” Balas ByungHee,enggan menjawab soalan wanita itu.

“Eh, tak adil. Saya yang tanya awak dulu. Mana boleh awak soal saya balik,”balas Victoria. ByungHee tersenyum. Begitu juga dengan Victoria. Mereka kemudiannya terus berbual sehingga tidak sedar malam yang kian lewat itu. SeungHo yang sedang lena tidur itu kemudiannya terjaga apabila terdengar butir-butir perbualan ByungHee yang kian rancak itu. Perlahan-lahan, dia menoleh ke arah ByungHee yang masih lagi sedang berbual dengan telefon itu. SeungHo melihat jam yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu.

“What the…” SeungHo menoleh semula ke arah ByungHee.

“Dia ni tak reti nak tidurkah? Dah pukul 12 tengah malam ni. Esokkan nak bangun awal,”ngomelnya. Dia terus memandang ke arah ByungHee yang masih lagi leka berbual itu. SeungHo kemudiannya tersenyum.Pastinya ByungHee sedang rancak berbual dengan Victoria.

“Biarlah. Pandai-pandailah dia nak bangun awal esok,”kata SeungHo sebelum dia menarik selimut sehingga ke paras kepalanya, menyambung semula tidurnya yang terganggu itu.

 

 

Sejak dari malam itu, ByungHee sering menghabiskan malamnya berbual dengan Victoria menerusi panggilan telefon. Kadang-kala, dia akan berbual dengan Hanna sekiranya anak perempuannya itu masih lagi belum tidur. Perubahan tingkah lakunya itu disedari oleh SeungHo dan ternyata SeungHo gembira dengan perubahannya itu.

“Hari ni kau tak call Victoria pula?” Soal SeungHo sambil memandang ke arah ByungHee yang sedang sibuk menaip sesuatu pada komputer ribanya itu. ByungHee sekadar tersenyum nipis.

“Dia ada on-call malam ni. Aku tak nak ganggu kerja dia,” kata ByungHee,sambil menyambung kerjanya itu.

“Aku tengok…kau makin mesra dan selesa dengan Victoria. Kau…kau dengan dia dah ada apa-apakah?” Soal SeungHo,ingin tahu.

“Kami hanya kawan,”balas ByungHee.

“Kawan saja? Takkan masih lagi berkawan ?Mustahillah yang kau langsung tak  ada perasaan terhadap dia,”kata SeungHo.

“Atau kau cuba menafikan perasaan sebenar kau terhadap dia?” Soal SeungHo pula.

“Tak adalah. Aku dengan dia hanya kawan. Tak lebih dari tu,”balas ByungHee,mulai rimas.SeungHo mengeluh perlahan.

“Apa yang kau nak sebenarnya ni, ByungHee? Kadang-kadang, aku sendiri tak faham dengan kau. Takkanlah sampai sekarang kau hanya anggap Victoria tu sebagai kawan saja ? Dia dah pun sah jadi isteri kau. Apa salahnya kalau perasaan sayang tu sebenarnya dah wujud dalam hati kau. Takkan kau cuba nak menafikannya lagi,”kata SeungHo,tidak puas hati.ByungHee sekadar membisu.

“Ataupun kau sebenarnya takut cinta kau ditolak?” Soal SeungHo lagi.

“Kami hanya berkawan. Arasso? “Balas ByungHee. Kali ini, giliran SeungHo pula yang terdiam.ByungHee mengeluh perlahan.

“Dia memang isteri aku yang sah. Tapi… aku tak nak bersikap pentingkan diri sendiri. Kau jangan lupa…dia jadi isteri aku pun sebab terpaksa. Mana ada wanita yang sanggup berkahwin dengan lelaki yang langsung dia tidak kenal semata-mata nak tutup malu keluarga orang lain? Cukuplah aku dah menyeksa perasaan dia waktu tu. Dia mungkin kelihatan ceria dari luar…tapi kita tak tahu perasaan sebenar dia dari dalam. Sebab tu, aku tak nak tergesa-gesa. Aku sanggup berkawan dengan dia pun, sebab aku menghormati permintaan dia. Kalau dia lebih selesa berkawan dengan aku…aku akan cuba berkawan dengan dia…”

“Berkawan dengan dia sampai bila-bila?” Soal SeungHo,memintas kata-kata ByungHee.ByungHee memandang ke arahnya.Kelihatan SeungHo menggelengkan kepalanya.

“Kau sebenarnya dah sayangkan dia lebih daripada seorang kawan. Cuma kau saja yang menafikan perasaan tu. Untuk apa kau nafikannya lagi,ByungHee? Kalau dia bencikan kau, dah lamalah dia tinggalkan kau. Entah-entah, dia langsung tak nak terima pun kau untuk jadi suami dia. Tapi sekarang cuba kau tengok. Dia dah jalankan tanggungjawab dia sebagai isteri yang terbaik untuk kau. Dia cuba sediakan segala keperluan kau dan Hanna, walaupun perkahwinan yang terjadi ni bukanlah atas kehendak dia.Takkan itu pun kau tak nampak?” Soal SeungHo. ByungHee sekadar membisu.

“ Kau dah banyak berkorban untuk Hanna,ByungHee. Mungkin atas pengorbanan kau itulah, Victoria hadir dalam hidup kau. Takkan kau nak sia-siakan Victoria semata-mata rasa bersalah kau terhadap dia? Cuba kau tanya dia betul-betul. Aku tak suka kau buat andaian macam ni. Aku tak nak kau buat tindakan kurang bijak atas sebab andaian kau sendiri,”kata SeungHo.

“Lupakanlah perkara yang lepas. Mulakan buku baru. Arasso?” Soal SeungHo.

“Kau rasa…dia nakkah duda macam aku ni untuk jadi suami dia?” Soal ByungHee,perlahan. SeungHo tersenyum.

“Oh man~~~dia memang dah jadi isteri kau pun. Macam aku cakap tadilah..kalau betul dia bencikan kau, dia takkan langsung terima kau untuk jadi suami dia pun. Cuba kau fikir, kenapa dia terima untuk berkahwin dengan kau walaupun dia tak kenal kau sebelum ni?” Soal SeungHo. ByungHee berfikir sejenak.

“Aish…tak payahlah nak fikir lama sangat. Tu tandanya, dia sukakan kau.Lagipun dia pernah jadi doktor Hanna kan sebelum ni? Mungkin dari situlah dia mula kenal dengan kau…mula tertarik dengan kau,”kata SeungHo sambil tersenyum. ByungHee terus membisu. SeungHo menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Ternyata ByungHee seorang yang tidak arif dalam hal-hal bercinta.

“Hah~~macam mana? Masuk akal tak apa yang aku cakap tadi?” Soal SeungHo sambil mengangkat kening kanannya.

“Malas aku nak fikirlah,”balas ByungHee,cuba untuk menyambung semula kerjanya yang tertangguh untuk seketika itu.SeungHo sekadar ketawa.

“Malulah tu,”usiknya lagi sambil ketawa.

 

 

 

Bunyi deringan pada pintu rumah itu menarik perhatian Hanna yang sedang menonton televisyen di ruang tamu . Tanpa menunggu lama lagi, dia segera membuka pintu rumahnya sambil dilihat oleh Victoria dari dapur.

“Appa!”

Hanna tersenyum lebar apabila melihat ByungHee yang sedang berdiri di hadapannya sambil memegang anak patung beruang yang besar.

“Hanna!”

ByungHee menundukkan tubuhnya sebelum dia memeluk tubuh Hanna yang kecil itu dengan erat.

“Appa…Hanna rindukan appa!” Kata Hanna,teruja dengan kepulangan ByungHee itu.ByungHee tersenyum.

“Appa pun rindukan Hanna. Sebab tu appa balik cepat,”kata ByungHee sambil mengusap lembut kepala anak perempuannya itu.Hanna tertawa kecil.

“Nah. Ni hadiah untuk Hanna,”kata ByungHee sambil menyerahkan patung beruang yang besar itu kepada Hanna.

“Appa,besarnya patung ni!” Jerit Hanna,teruja sambil memeluk patung beruang pemberian ByungHee itu.

“Hanna suka?” Soal ByungHee.Hanna mengangguk sambil tersenyum.

“Suka!Appa,gomawo!” Ucap Hanna sambil mencium pipi ByungHee.

“Kaja.Appa bawakan patung ni ke dalam,”kata ByungHee sambil memandang ke arah Victoria yang sedang berdiri tidak jauh darinya itu. Victoria berjalan mendekati ke arahnya.

“Awak tak cakap dengan saya pun yang awak nak balik hari ni. Kalau tak, saya boleh jemput awak dari airport,”kata Victoria.

“Tak apa. Saya dah banyak susahkan awak. Hanna mesti dah banyak susahkan awak sepanjang saya tak ada dekat rumah ni,”kata ByungHee, sambil menoleh ke arah Hanna yang sedang bermain dengan patung beruangnya yang baru itu. Victoria sekadar tersenyum.

“Tak ada yang menyusahkanlah. Awak tak perlu cakap macam tu, ByungHee,”kata Victoria.

“Gomawo,”ucap ByungHee.

“Eh?”

“Sebab sudi jagakan Hanna untuk saya,”kata ByungHee. Victoria tersenyum lebar.

“Awak dah makan?Saya dah siap masak. Nasib baik saya sempat masak. Kalau tak kebulurlah awak,”kata Victoria,berseloroh. ByungHee tersenyum.

“Rasa macam lama sangat saya tak makan masakan awak. Perut saya pun dah lapar sangat ni,”kata ByungHee sambil memegang perutnya. Victoria tertawa kecil. Dia kemudiannya mencapai tangan ByungHee sehingga membuatkan lelaki itu tergamam dengan tindakannya.

“Jom. Nanti dah sejuk, tak sedap nanti. Hanna,jom kita makan dulu,”ajak Victoria sambil menarik tangan ByungHee menuju ke arah dapur. ByungHee kemudiannya tersenyum.

 

“Kalau betul dia bencikan kau, dia takkan langsung terima kau untuk jadi suami dia pun. Cuba kau fikir, kenapa dia terima untuk berkahwin dengan kau walaupun dia tak kenal kau sebelum ni?”

 

ByungHee terus memandang ke arah Victoria. Victoria pula terus leka melayani kerenah Hanna tanpa menyedari dirinya yang asyik diperhatikan oleh ByungHee dalam diam itu.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((