Chapter 21

You Belong With Me

ByungHee meletakkan hidangan ramyun yang masih panas itu di atas meja sambil diperhatikan oleh Victoria, sebelum dia mengambil tempat di hadapan isterinya itu. Sejak wanita itu pulang dari tempat kerjanya itu, Victoria lebih selesa mendiamkan diri. Perubahan sikapnya itu menimbulkan rasa bimbang dalam hati ByungHee.

“Vic.”

Victoria memandang ke arah ByungHee.

“Gwenchana?” Soal ByungHee,cuba memaniskan riak wajahnya. Victoria sekadar tersenyum nipis sambil mengangguk.

“Vic diam saja ni kenapa? Vic merajuk dengan oppa ekh?” Soal ByungHee. Mungkin juga wanita itu masih lagi tersinggung kerana dimarahi olehnya sebentar tadi.

“Taklah,oppa. Vic tak merajuk pun. Vic Cuma rasa bersalah dengan oppa. Lain kali, kalau Vic balik lambat, oppa makanlah dulu. Jangan tunggu Vic. Tak eloklah makan lewat malam macam ni,”kata Victoria. ByungHee tersenyum.

“Eleh…dia pesan orang jangan makan lewat malam pula. Dia tu makan lewat malam tak apa pula ya,”balas ByungHee. Victoria tersenyum.

“Vic Cuma tak nak oppa sakit. Oppa ingat senangkah Vic nak jaga oppa? Oppa nak makan ubat pun liat. Hanna yang kecil tu lagi senang nak disuapkan ubat tahu,”kata Victoria,tidak mahu mengalah.

“Oppa bukan liat makan ubat. Oppa Cuma tak suka. Lagipun tak macholah makan ubat. Hilang handsome nanti,” kata ByungHee, seraya bergurau. Sengaja ingin menceriakan hati si isteri. Victoria mencebik.

“Macholah sangat…” Balas Victoria. ByungHee ketawa.

“Dah,jom kita makan. Nanti sejuk pula ramyun tu,” kata ByungHee sambil menghulurkan chopstick kepada Victoria. Mereka kemudiannya sama-sama menikmati hidangan makan malam mereka yang ringkas itu. Sekali sekala Victoria akan memandang ke arah ByungHee yang kelihatan asyik menikmati hidangan makan malamnya itu. Pertemuannya dengan SeYeon siang tadi kembali bermain dalam fikirannya. Dia hanya diberikan tempoh selama dua minggu untuk ‘memulangkan’ kembali ByungHee kepada wanita itu. Jika tidak,lelaki itu akan dirampas daripadanya walau dengan apa cara sekalipun. ByungHee kemudiannya memandang ke arah Victoria sebelum dia menghadiahkan senyuman manis kepada wanita itu. Victoria turut membalas senyumannya itu sebelum dia menyambung menikmati makan malamnya itu.

 

 

Victoria menyikat rambutnya yang panjang melepasi bahu itu sambil memandang wajahnya pada cermin. Bibirnya menguntum senyuman manis apabila melihat ByungHee yang hanya memakai t-shirt putih dan berseluar pendek itu berjalan ke arahnya. ByungHee meletakkan kedua-dua tangannya pada bahu Victoria sebelum dia menundukkan sedikit tubuhnya. Kali ini, dia sengaja mendekatkan wajahnya pada wajah Victoria sambil memandang Victoria melalui cermin. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.

“Cantiknya isteri oppa malam ni,” bisik ByungHee sambil tersenyum. Victoria memuncungkan mulutnya.

“Malam ni saja? Waktu lain Vic tak cantiklah?” Soal Victoria. Senyuman ByungHee kian lebar.

“Cantik. Cuma malam ni Vic Nampak lebih cantik,” kata ByungHee. Victoria turut tersenyum. Mereka terus berpandangan antara satu sama lain. Victoria membiarkan ByungHee membelai rambutnya yang panjang itu.

“Oppa.”

“Hm?”

Victoria menoleh ke arah ByungHee. Kali ini ByungHee turut memandang ke arahnya.

“Betulkah tadi…oppa marahkan Vic…sebab oppa risaukan Vic?” Soal Victoria,ingin tahu.Dahi ByungHee sedikit berkerut apabila mendengar pertanyaan Victoria tersebut.Perlahan-lahan, dia menganggukkan kepalanya.

“Kenapa oppa risaukan Vic?” Soal Victoria lagi, cuba untuk mengetahui isi hati lelaki tersebut.

“Sebab Vic ialah isteri oppa,”jawab ByungHee.

“Hanya kerana Vic ni…isteri oppa?” Soal Victoria. Dia hampa.

 

 

“Kalau awak nak tahu…malam tu…saya ada tanya ByungHee oppa tentang perasaan dia terhadap awak. Awak tahu tak apa yang dia cakap?”

“Dia tak cakap apa-apa. Hahaha!”

“Itu tandanya dia masih ragu-ragu dengan perasaannya sendiri. Mungkin dia hanya sayangkan awak hanya kerana termakan budi. Bukan kerana dia ikhlas menyanyangi awak pun.”

 

 

 

“Sebab oppa sayangkan isteri oppalah, oppa marah Vic tadi. Vic tak pernah buat oppa rasa risau macam tadi. Vic tahu tak?” Kata ByungHee. Victoria memandang ke arahnya. Ketika itu ByungHee sudah pun duduk melutut di hadapan Victoria. Tangan wanita itu diramasnya dengan lembut.

“Kalau katakan ada sesuatu perkara buruk terjadi dekat Vic macam mana? Vic pernah tak fikirkan perasaan oppa kalau ada sesuatu terjadi dekat Vic?” Soal ByungHee. Victoria tidak membalas kata-kata lelaki itu.

“Oppa minta maaf kalau Vic masih terasa hati dengan oppa sebab oppa tak sengaja marahkan Vic tadi. Oppa Cuma terlalu risaukan Vic. Itu saja,” kata ByungHee,yang menyangka Victoria masih lagi berkecil hati atas keterlanjuran sikap kasarnya sebentar tadi. Perlahan-lahan, dia mengucup tangan Victoria dengan lembut.

“Dah…jangan fikirkan sangat hal tadi, okey? “ Pujuk ByungHee. Dia kemudiannya melihat jam yang tergantung pada dinding biliknya itu.

“Dah lewat ni. Jom kita tidur. Esok oppa hantar Vic ke hospital macam biasa,” kata ByungHee. Dia kemudiannya menarik tangan Victoria, menuju ke arah katil.

“Selamat malam,” ucap ByungHee sebelum dia menghadiahkan ciuman lembut pada dahi isterinya itu. Victoria sekadar tersenyum ke arahnya. Mungkin kerana keletihan yang teramat itu membuatkan ByungHee terus hanyut dibuai lena sebaik sahaja dia meletakkan kepalanya di atas bantal yang lembut itu. Victoria yang sedang berbaring di sebelah ByungHee itu memandang ke arah suaminya yang sudah lena itu.

 

 

“Awak tu Cuma meminjam sahaja, Victoria. Sudah sampai masanya untuk awak pulangkan balik sesuatu yang pernah menjadi milik saya dulu. Saya beri awak tempoh dua minggu untuk awak pulangkan balik ByungHee oppa kepada saya. Kalau tak…saya takkan teragak-agak untuk rampas ByungHee oppa daripada awak.”

“Untuk pengetahuan awak…saya tak suka berkongsi.”

 

 

Kali ini, Victoria tidak dapat menahan air matanya lagi. Dia menghamburkan kesedihannya secara senyap-senyap. Bimbang sekiranya tangisannya itu didengari oleh ByungHee yang sudah lena dibuai mimpi itu.

 

 

“Vic…”

Victoria membuka matanya. Dia terkejut apabila melihat ByungHee yang sedang memandang ke arahnya itu.

“Op…oppa…”

ByungHee kemudiannya mendekatkan tubuhnya ke arah Victoria sebelum dia merenung tepat ke arah mata isterinya itu. Victoria cepat-cepat mengesat air matanya yang masih bersisa itu sebelum tangannya itu dipegang oleh ByungHee. Victoria memandang ke arahnya.

“Oppa dah agak…mesti Vic ada sorokkan sesuatu daripada pengetahuan oppa,”kata ByungHee.

“Vic tak ada apa-apa oppa,”kata Victoria. ByungHee sekadar memandang ke arahnya.

“Betul,oppa. Vic tak ada apa-apa. Vic Cuma rasa bersalah dengan oppa bila Vic tengok oppa jadi letih macam ni disebabkan Vic,”kata Victoria.

“Miane,”katanya lagi. Dia tahu ByungHee tidak akan mempercayai kata-katanya itu dengan mudah.

“Jadi Vic tak nak ceritakan masalah sebenar Vic kepada oppa?” Soal ByungHee. Ternyata tekaan Victoria tepat. ByungHee dapat menghidu perkara sebenar yang cuba disembunyikan olehnya itu. Mahu tidak mahu, Victoria terpaksa mengangguk. ByungHee kemudiannya menarik Victoria ke dalam pelukannya. Membiarkan kepala Victoria diletakkan di atas dadanya.

“Walau apa pun masalah yang sedang membebani fikiran Vic sekarang ni…Oppa Cuma nak ingatkan Vic, yang setiap masalah ada penyelesaiannya. Cuma kita sahaja yang kena cari jalan penyelesaiannya.”

ByungHee membelai lembut rambut si isteri.

“Kalau Vic rasa dengan menangis dapat meringankan beban masalah yang Vic tanggung…Vic menangislah. Oppa akan sentiasa ada untuk Vic,okey?” Kata ByungHee. Sebaik sahaja ByungHee menghabiskan kata-katanya itu, Victoria kembali menangis. Tubuh ByungHee itu dipeluknya dengan erat.

 

 

“Appa!”

Hanna segera berlari ke arah ByungHee yang sedang berjalan menuju ke arah ruang tamu itu. ByungHee meletakkan begnya di atas sofa sebelum dia mendukung Hanna yang sudah siap berpakaian sekolah lengkap itu.

“Selamat pagi, sayang,”ucap ByungHee sambil mencium pipi Hanna. Hanna turut menghadiahkan ciuman selamat paginya pada pipi bapanya itu.

“Unni ada dekat mana?” Soal ByungHee sambil berjalan menuju ke arah meja makan.

“Unni ada dekat dapur,”kata Hanna. ByungHee kemudiannya membiarkan Hanna duduk di meja makan sebelum dia mengusap kepala kanak-kanak perempuan itu dengan lembut.

“Hanna makan dulu ya? Appa nak pergi tengok unni sekejap,”kata ByungHee, sebelum dia meninggalkan Hanna di meja makan.

 

ByungHee tersenyum melihat Victoria yang sedang kusyuk membuat kerja di dapur itu. Perlahan-lahan, dia mendekati ke arah Victoria sebelum dipeluknya tubuh kecil itu dari belakang. Kucupan selamat pagi dihadiahkan pada pipi isterinya itu. Victoria tersenyum ke arahnya.

“Nanti Hanna nampaklah, oppa,” kata Victoria. ByungHee sekadar ketawa kecil.

“Oppa pergilah makan dulu. Nanti baju oppa kotor pula,”kata Victoria. ByungHee sengaja tidak mengendahkan kata-kata isterinya itu. Sebaliknya dia mengeratkan lagi pelukannya terhadap Victoria itu.

“Vic dah okey?” Soal ByungHee. Vic tersenyum sambil menoleh ke arah ByungHee.

“Gomawo,oppa,” balas Victoria sebelum dia menghadiahkan kucupan pada pipi suaminya itu. Kening kanan ByungHee terangkat.

“Aik? Dekat pipi saja?” Soal ByungHee. Victoria tertawa kecil.

Dia kemudiannya melepaskan pelukan ByungHee itu sebelum dia memusingkan tubuhnya menghadap ke arah lelaki tersebut. Mata ByungHee yang redup itu ditatapnya sebelum dia mencium lembut bibir lelaki itu. ByungHee tersenyum sambil merangkul pinggang ramping Victoria itu. ByungHee kemudiannya memandang ke arah Victoria sambil mengusap lembut pipi isterinya itu.

“Vic dah cas bateri handphone sampai penuh?” Soal ByungHee. Victoria ketawa sebelum dia menganggukkan kepalanya. ByungHee tersenyum. Hatinya diulit rasa bahagia apabila melihat Victoria yang kembali ceria seperti sebelumnya.

“Appa!!!”

“Jom kita sarapan sama-sama,”kata ByungHee sambil menarik lembut tangan si isteri menuju ke meja makan untuk menikmati hidangan sarapan pagi bersama-sama.
 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((