Chapter 34

You Belong With Me

“Baru 4 minggulah,oppa,”kata Victoria,sambil tersenyum.Gembira berbual dengan abangnya yang sedang berada di Dubai melalui panggilan telefon itu.

“Yakah? Wah,I’m so happy for you,Vic! Jadi, doktor cakap apa? Semuanya okey?” Soal Zhoumi.Kedengaran jelas rasa terujanya pada nada percakapannya itu.Victoria mengangguk,seolah-olah Zhoumi benar-benar berada di hadapannya ketika itu.

“Vic okay.Baby pun okay.Asalkan Vic pandai jaga kesihatan Vic, semuanya okey.Oppa tak perlulah risau.Vic kan doktor.Tahulah Vic nak jaga makan minum Vic nanti,”kata Victoria.

“Yalah tu.Bukannya oppa tak kenal Vic tu macam mana.Jaga orang sakit pandai. Tapi kalau diri sendiri sakit, bukannya nak ambil kisah sangat. Oppa kena suruh ByungHee jadi ejen FBI ni. Suruh tengokkan Vic dekat sana. Kalau Vic degil tak nak jaga kesihatan betul-betul, siaplah Vic. Oppa akan terbang terus ke Seoul,lepas tu sekeh kepala Vic cukup-cukup,”kata ZhouMi,berbaur ugutan. Sekadar ugutan manja untuk adiknya yang tersayang.Victoria ketawa.

“Macamlah Vic tak tahu. Oppa kan sibuk dekat sana. Tak ada maknanya oppa nak terbang ke sini semata-mata nak sekeh kepala Vic. Dan ByungHee mesti akan protect Vic habis-habisan punya,”kata Victoria,penuh yakin.ZhouMi mencebik.

“Ek eleh,berlagak pula dia.Mentang-mentanglah dia dah ada oppa lain dekat sana. Dia dah tak peduli dekat oppa dia dekat sini,”kata ZhouMi, merajuk kononnya.

“Eleh,merajuklah tu.Kalau merajuk,Vic malas nak pujuklah,”balas Victoria sebelum dia ketawa kecil. Rindunya terhadap abangnya kian terubat melalui panggilan telefon itu.

“Oppa serius ni.Vic kena jaga kesihatan Vic baik-baik. Jangan selalu stress. Kalau rasa tak sihat sikit, ambil saja cuti. Tak payah kerja. Makan jangan skip. Apa yang doktor pesan, ikut. Jangan lawan. Mentang-mentanglah awak tu doktor. Jangan nak ikut kepala sendiri pula,”kata ZhouMi.Victoria sekadar tersenyum.

“Ya,oppa.Vic akan ingat semua tu,”kata Victoria.

“Sekarang Vic ada dekat mana? Dekat rumah ByungHee atau rumah omeonim?” Soal ZhouMi,ingin tahu.

“Dekat rumah ByungHee.Kami baru saja balik dari rumah omeonim dua hari lepas,”kata Victoria,sambil melemparkan pandangannya ke arah pintu bilik air yang masih tertutup itu. Aih,teruk sangatkah muntah oppa ni?Victoria mulai bimbang.

“Kenapa tak duduk rumah emeonim saja? Kan senang ada orang boleh tolong tengokkan,”kata ZhouMi.

“Tak apalah,oppa.Vic dah banyak susahkan omeonim.Memang omeonim tak bagi kami balik.ByungHee oppa pun setuju dengan cadangan omeonim.Vic saja yang tak nak.Lagipun kalau duduk rumah ByungHee, dekat sikit dengan hospital. Senang sikit Vic nak pergi kerja,”kata Victoria. ZhouMi menggelengkan kepalanya.Victoria…Victoria…

“Ish…kerja juga yang dia ingat. Oppa cadangkan Vic resign sajalah. Duduk saja di rumah. Bukannya ByungHee tak mampu nak tanggung. Tak adalah oppa rasa susah hati bila teringatkan Vic,”kata ZhouMi,memberikan cadangannya.

“Ish oppa ni.Terang-teranglah Vic tak nak berhenti kerja. Penat-penat Vic belajar sampai 5-6 tahun,oppa senang-senang suruh Vic resign.Apalah oppa ni,”kata Victoria,tidak bersetuju.ZhouMi ketawa di hujung katanya.

“Apa salahnya? Vic kan isteri kepada CEO Jung ByungHee.Sampai 7 keturunan pun harta tak akan habis tau,”kata ZhouMi seraya bergurau.

“Banyaklah 7 keturunan!” Balas Victoria.ZhouMi terus ketawa.

“Eh,Vic cutikah hari ni?” Soal ZhouMi.

“Vic ambil MC,”kata Victoria.

“Kan oppa dah cakap tadi. Baik Vic berhenti sahaja. Buat apa nak kerja kalau selalu sangat tak sihat ni,”kata ZhouMi.

“Bukan Vic yang tak sihatlah oppa,”kata Victoria.

“Habis tu,siapa?” Soal ZhouMi,hairan.

“Adik ipar kesayangan oppa tu lah yang tak sihat. Asyik muntah-muntah saja. Sampai dah tak larat nak bangun dah. Kasihan Vic tengok,”kata Vic,masih lagi memandang ke arah bilik air. Kenapa lama sangat oppa dekat dalam tu?

“Eh? Ni siapa yang pregnant sebenarnya ni? Vic atau ByungHee?” Soal ZhouMi sebelum tertawa kecil .Victoria sekadar tersenyum.

“Oppa ni janganlah nak mengusik pula. Okeylah,oppa. Vic nak pergi tengok ByungHee oppa sekejap. Nanti kita berbual lagi,okey?” Kata Victoria.

“Okey. Jangan lupa pesan oppa tadi. Pastikan oppa dapat tengok anak saudara oppa yang chubby dan handsome macam oppa ni lepas oppa balik dari Dubai nanti.Okey?” Pesan ZhouMi,sempat memuji dirinya sendiri.Victoria mencebik.

“Masuk bakul angkat sendiri betullah oppa ni. Okeylah,bye.”

Victoria kemudiannya menuju ke arah bilik air untuk melihat sendiri keadaan suaminya itu.

“Oppa!Gwenchana?” Soal Victoria sambil menolak perlahan pintu bilik air itu.Kelihatan ByungHee sedang duduk bersandar pada dinding bilik air tersebut.

“Oppa,kenapa duduk dekat sini?” Soal Victoria. ByungHee memandang ke arahnya.Victoria kemudiannya menundukkan tubuhnya di hadapan ByungHee.Perlahan-lahan, wajah kepenatan suaminya itu disentuhnya lembut.

“Oppa penat,”kata ByungHee.

“Oppa tak larat nak keluar.Oppa rasa nak duduk sini saja,”katanya lagi sambil tersenyum tawar.Victoria memaut lengan suaminya.

“Jom kita keluar. Vic picitkan kepala oppa ye?”Soal Victoria.ByungHee cuba melonggarkan pautan lengan isterinya pada lengannya itu.

“Tak apa. Oppa boleh jalan sendiri. Tak pasal-pasal nanti Vic jatuh pula. Lantai licin ni,”kata ByungHee,lemah.Namun Victoria tetap berdegil untuk membantu ByungHee berdiri.

“Nak jalan sendiri konon. Nak berdiri pun oppa tak larat.Mari Vic pimpinkan.Tahulah Vic nak jalan elok-elok.Aish,oppa ni.Sama saja macam ZhouMi oppa tu.Risau terlebih-lebih,”bebel Victoria.ByungHee sekadar tersenyum. Tidak berdaya untuk melawan.Dia membiarkan Victoria memaut lengannya,mengiringinya ke arah katil.

Victoria membiarkan ByungHee meletakkan kepalanya di atas pahanya sebelum diusapnya wajah ByungHee dengan lembut.

“Kasihan YoungMin appa.Oppa nak air?Biar Vic ambilkan,”kata Victoria.

“Nantilah.Vic tolong picitkan kepala oppa sekejap boleh?” Soal ByungHee,manja.Victoria tersenyum lebar.Semenjak Victoria disahkan mengandung, sikap manja ByungHee semakin menjadi-jadi. Mengalahkan Hanna yang masih kecil itu.

“Boleh. Kan tadi Vic dah cakap yang Vic nak picitkan kepala oppa. Oppa rehatlah,”kata Victoria,sambil mula memicit lembut kepala suaminya itu.ByungHee mulai memejamkan matanya perlahan-lahan. Terasa peningnya hilang untuk seketika.

“Sedaplah…”Kata ByungHee sambil tersenyum.Victoria turut membalas senyumannya.

“Oppa…oppa tahu tak,tadi ZhouMi oppa gelakkan kita tahu,”kata Victoria.ByungHee membuka matanya.

“Kenapa?”Soal ByungHee,berminat untuk tahu.

“Sebab dia pelik…Vic yang pregnant. Tapi oppa yang muntah-muntah,”kata Victoria sambil tersenyum.ByungHee turut tersenyum.

“Sebab oppa sayangkan Vic,”kata ByungHee.

“Vic pun sayangkan oppa,”balas Victoria.

“Kasihan oppa kena tanggung semua ni,”kata Victoria,perlahan. Rambut hitam suaminya diusapnya lembut.

“Tak ada apa-apalah,sayang. Apalah sangat muntah-muntah ni kalau nak dibandingkan dengan Vic. Lagipun ni memang tanggungjawab oppakan? Vic bawa anak kita. Dan lepas ni Vic akan bertarung nyawa untuk lahirkan anak kita pula. Jadi, setakat muntah-muntah ni…tak ada apa-apa sangatlah. Vic tak payah risau sangatlah keadaan oppa. Sekejap saja ni,”kata ByungHee. Victoria tersenyum sebelum dia mengucup lembut dahi suaminya. ByungHee menguntum senyuman bahagia.

 

 

“Apa khabar,orang mengandung?” Soal SeungHo,sengaja mengusik. Victoria yang turut berada di situ sekadar tersenyum. ByungHee pula menguntum senyuman tawar.Malas hendak melayan usikan SeungHo itu. SeungHo kemudiannya meletakkan segala dokumen yang memerlukan tandatangan daripada ByungHee itu di atas meja sebelum duduk di atas sofa.

“Hoi,banyaknya!”

Mata ByungHee terbuka luas apabila melihat segala macam jenis dokumen yang perlu ditandatanganinya itu.SeungHo sekadar menjungkitkan bahunya sambil tersenyum.ByungHee mengeluh. Oleh sebab itulah dia tidak suka melengahkan kerja pejabatnya. Jika tidak,inilah yang berlaku. Namun memandangkan kesihatannya yang sedikit terganggu baru-baru ini, dia terpaksa juga melupakan kerja pejabatnya untuk seketika.

“Sorrylah,ByungHee. Semua dokumen ni memang urgent. Nak tak nak, aku terpaksa sesakkan kepala kau yang sakit tu dengan dokumen-dokumen ni. Tapi aku dah review dulu semua dokumen ni. Pada aku semuanya okey. Tapi terpulanglah kepada kau,”kata SeungHo. ByungHee sekadar mengangguk.

“Nantilah aku tengok dulu. Kalau aku tengok semuanya okey, aku akan beritahu kau,”kata ByungHee sambil menyelak beberapa helaian kertas di dalam fail itu. SeungHo sekadar angguk. Dia amat memahami sikap ByungHee yang begitu teliti dengan kerjanya itu. Bukannya lelaki itu tidak mempercayai dengan kewibawaannya. Cuma memang begitulah sikap ByungHee. Dia mahu memastikan langsung tiada kesilapan yang terjadi dalam setiap kerjanya. Dia amat mementingkan kesempurnaan. Pendek kata, ByungHee seorang yang cerewet dalam hal kerjanya. SeungHo tersenyum sendiri.

“Oppa ni…dah tahu diri sendiri tak berapa nak sihat, nak juga sibuk dengan hal kerjanya,”kata Victoria sambil meletakkan minuman di atas meja.

“Jemputlah minum,SeungHo,”pelawa Victoria.

“Thanks. Maaf menyusahkan,”kata SeungHo sambil tersenyum.

“Mana yang lain?” Soal Victoria. Ketika itu, ByungHee mula memakai cermin matanya sebelum dia memeriksa butir-butir maklumat yang terkandung di dalam dokumen pejabatnya itu. Membiarkan isterinya berbual dengan SeungHo.

“Mereka ada kerja. Mana boleh ponteng walaupun bos tak ada. Bos kami ni garangnya kadang-kadang boleh tahan juga,”kata SeungHo sambil memandang ke arah ByungHee. ByungHee sekadar tersenyum segaris.

“Mungkin dengan awak saja, hatinya lembut.Pijak semut pun tak mati,”katanya lagi. Victoria tertawa kecil.

“Saya tak nampak Hanna pun. Mana dia?” Soal SeungHo,apabila menyedari ketiadaan Hanna di rumah agam itu.

“Dia sekolah.Petang nanti SooJung hantarkan dia ke rumah,”jawab Victoria.

“Rajinnya si Soo Jung tu. Untung betul Lee Joon,”kata SeungHo seraya ketawa kecil.

“Sepatutnya saya yang jemput Hanna dari sekolah. Tapi omeonim tak bagi. Dia suruh saya duduk rumah. Risau sangat katanya,”kata Victoria.

“Itu tandanya omeonim sayang dekat awak,Victoria,”kata SeungHo.

“Oppa pun tak izinkan. Duduk saja rumah, arasso?” Sampuk ByungHee pula sambil membaca butiran maklumat dokumennya itu. SeungHo tertawa kecil. Victoria pula mencebik.ByungHee sekadar tersenyum.

 

“Aku dah tandatangan semua dokumen ni. Aku puas hati dengan semuanya,” kata ByungHee sebelum dia menyerahkan dokumen-dokumen pejabatnya kepada SeungHo. SeungHo mengangguk.

“Okey. Sorrylah aku kacau cuti kau. Kalau kau tak sign semua ni, memang boleh huru hara office dibuatnya,”kata SeungHo. ByungHee sekadar tersenyum.

“Dan aku pun dah reschedule balik meeting kita yang tertangguh tu. Walaupun aku dah tolong gantikan tempat kau dalam meeting tu, tapi aku rasa kau kena tengok jugala apa yang patut.Aku tak nak bagi keputusan sesuka hati aku,”kata SeungHo.

“Okey. Nanti kau bagi saja semua laporan minit mesyuarat tu dekat aku. Esok aku boleh tengok,”kata ByungHee.SeungHo angguk memahami.

“Okay. Kalau macam tu, aku pergi dululah. Aku ada kerja lagi lepas ni,”kata SeungHo.

“Kau tak nak lunch dulu dekat sini?”Soal ByungHee.

“Tak apalah. Aku dah janji dengan client nak lunch lepas ni. Terima kasih banyak-banyak,”kata SeungHo,menolak pelawaan ByungHee dengan baik. ByungHee akur.

“Kau rehatlah. Dah macam orang kurang zat aku tengok kau ni,” kata SeungHo,seraya bergurau. ByungHee tertawa kecil.

“Yalah.” Balas ByungHee. Victoria sekadar tersenyum mendengar perbualan antara dua sahabat itu.

 

 

ByungHee kembali meletakkan kepalanya di atas paha isterinya sebelum dia menatap wajah bersih Victoria itu. Victoria turut memandang ke arahnya sambil mengusap lembut rambut ByungHee yang hitam itu.

“Oppa nak makan apa untuk lunch hari ni? Nanti Vic masakkan,”soal Victoria.

“Nantilah. Lagipun awal lagilah nak lunch. Oppa pun rasa tak ada selera lagi nak makan,”kata ByungHee sambil memegang erat tangan isterinya.

“Vic tahu. Saja Vic nak tanya oppa. Oppa kan cerewet bab-bab makan ni,”kata Victoria sambil mencuit hidung suaminya. ByungHee tersenyum.

“Hari ni oppa malaslah nak jadi cerewet. Hari ni oppa nak bermanja dengan Vic puas-puas,”kata ByungHee. Victoria mencebik.

“Mengada-ngada,”balas Victoria.

“Bukannya selalu,”balas ByungHee. Dia kemudiannya bangun dari pembaringannya. Pinggang ramping Victoria itu dirangkulnya kemas. Sengaja dia mendekatkan wajahnya ke arah Victoria. Victoria yang sudah arif dengan kelakuan ByungHee itu mulai tersenyum. Perlahan-lahan, dia memejamkan matanya. Namun dia membuka matanya semula apabila merasakan rangkulan ByungHee pada pinggangnya dilepaskan. Kelihatan ByungHee tergesa-gesa menuju ke arah sinki.

“Uwek! Uwek!”

Victoria menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Aduh, parah ni! Namun dia tersenyum nipis tidak lama selepas itu. Perutnya itu diusapnya lembut.

“Haih…YoungMin mesti tak nak appa buli omma ni kan? Kasihan appa,”katanya sambil tersenyum.Perlahan-lahan dia berjalan menuju ke arah suaminya yang berada di dapur itu.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((