Chapter 18

You Belong With Me

“Halmoni!”

Kerja Puan Jung tertangguh seketika apabila mendengar namanya dipanggil oleh Hanna dari belakang. Bibirnya menguntum senyuman lebar apabila melihat si kecil itu sedang berjalan ke arahnya sambil memeluk anak patung beruangnya itu.

“Eh, awalnya Hanna bangun.”

Puan Jung menundukkan tubuhnya sebelum dia memeluk tubuh Hanna yang kecil itu. Wajah Hanna yang baru sahaja bangun dari tidur itu ditatapnya dengan penuh kasih sayang.

“Hanna tidur lena tak semalam?” Soal Puan Jung sambil membelai rambut Hanna yang hitam keperangan itu. Hanna mengangguk.

“Appa dengan Victoria unni tak bangun lagi?” Soal Puan Jung.

“Belum. Hanna dah kejutkan appa,tapi appa tak bangun. Unni pun sama,halmoni,”kata Hanna. Puan Jung tersenyum lebar.

“Appa dengan unni penat lagi tu. Tak apalah,biar sajalah mereka berehat. Hanna dah gosok gigikah? “ Soal Puan Jung. Hanna tersengih sambil menggelengkan kepalanya. Puan Jung mencuit lembut hidung Hanna.

“Eeee…Hanna pergi gosok gigi dulu,okey? Halmoni nak siapkan sarapan ni. Nanti bolehlah Hanna,appa dengan Victoria unni terus makan nanti,”kata Puan Jung.

“Arasso,halmoni,”kata Hanna,patuh.Puan Jung menggelengkan kepalanya apabila melihat Hanna yang sedang berlari menuju ke arah tangga itu.

“Hanna ni suka betul berlari tau…” Kata Puan Jung,perlahan.

“…Perangai dia sedikit pun tak ubah macam Ji Hoon,”katanya lagi.Puan Jung kemudiannya tersenyum.

 

 

Victoria membuka matanya perlahan-lahan. Bibirnya menguntum senyuman bahagia apabila mendapati ByungHee yang masih lagi lena dibuai mimpi di sebelahnya itu.Apatah lagi apabila mendapati wajah lelaki itu yang hanya beberapa inci sahaja jaraknya daripada wajahnya. Victoria terus menatap wajah ByungHee yang sedang tidur itu.

 

 

“Oppa akan pastikan penantian Vic tak akan jadi sia-sia.”

“Maksudnya?”

“Maksudnya…kalau Vic pernah jadi cinta pertama oppa dulu…tak salahkan kalau oppa cuba untuk jadikan Vic juga sebagai cinta terakhir oppa?”

 

 

Senyuman Victoria kian lebar. Dia terus menatap wajah ByungHee di hadapannya itu. Perlahan-lahan,dia meletakkan tangannya pada pipi ByungHee sebelum diusapnya pipi lelaki itu dengan lembut.

“Vic tak pernah sekali pun berputus asa untuk menunggu oppa. Walaupun Vic tahu yang bukan mudah untuk Vic cuba mendapatkan tempat dalam hati oppa, Vic tetap tak akan berputus asa…” Bisik Victoria sambil mengusap lembut pipi lelaki itu. ByungHee pula terus lena dibuai mimpi.

“Vic akan terus berada di sisi oppa…sehinggalah oppa rasa yang…Vic tak diperlukan lagi. Vic tak kisah. Vic Cuma nak tengok oppa bahagia. Vic akan cuba bahagiakan oppa walaupun Vic tahu…perasaan oppa terhadap Vic sedikit pun tak sama macam perasaan Vic terhadap oppa,” bisiknya lagi. Victoria terkejut apabila ByungHee memegang tangannya yang berada pada pipi lelaki itu. Perlahan-lahan ByungHee membukakan matanya. Kelihatan lelaki itu menguntum senyuman manis ke arahnya. Wajah Victoria berubah merah. Dia cuba untuk menarik tangannya namun lelaki itu memegang tangannya dengan erat.

“Opp…oppa…em..oppa dah bangun? Bila oppa bangun?” Soal Victoria,tergagap-gagap. Senyuman ByungHee kian lebar. ByungHee tidak segera menjawab pertanyaan isterinya itu. Sebaliknya dia terus memandang ke arah Victoria tanpa langsung berkata-kata. Victoria mengalihkan pandangannya daripada ByungHee, tidak berani untuk bertentang mata dengan lelaki itu. Pastinya lelaki itu sudah mendengar kata-katanya sebentar tadi.

“Oppa ni kenapa? Bangun tidur saja dah pandang Victoria macam tu,”kata Victoria,masih tidak memandang ke arah lelaki itu. ByungHee tersenyum.

“Kenapa? Salahkah oppa nak pandang isteri oppa sendiri?” Balas ByungHee. Victoria menyembunyikan senyuman malunya. ByungHee kemudiannya menyentuh dagu Victoria sebelum didongakkan kepala wanita itu secara perlahan-lahan. Victoria memandang ke arahnya.

“Vic tak boleh tinggalkan oppa, arasso?” Soal ByungHee. Victoria tergamam.

“Vic mesti berada di sisi oppa sampai bila-bila. Oppa takkan benarkan Vic untuk tinggalkan oppa…walau apa pun terjadi. Janji dengan oppa,okey?” Soal ByungHee. Victoria melarikan pandangannya daripada memandang ke arah ByungHee.

“Tapi…Vic takut kalau kehadiran Vic ni…jadi beban untuk oppa,”kata Victoria,perlahan.

“Kenapa Vic cakap macam tu?” Soal ByungHee.

“Kalau oppa rasa yang Vic ni hanya menyusahkan oppa, Vic sanggup kalau oppa nak buang Vic dari hidup oppa. Asalkan oppa bahagia,”kata Victoria. Dahi ByungHee berkerut sebaik sahaja mendengar kata-kata Victoria itu.

“Tadi kan Vic cakap yang Vic takkan berputus asa untuk menunggu oppa? Vic dah lupa?” Soal ByungHee. Victoria menundukkan wajahnya. Perlahan-lahan dia mengangguk.

“Vic memang takkan berputus asa. Tapi pada yang sama…Vic tak nak memaksa,”kata Victoria.ByungHee memandang ke arah isterinya.Perlahan-lahan dia menghadiahkan kucupan pada dahi isterinya itu. Victoria memandang ke arahnya. Kelihatan ByungHee sedang tersenyum ke arahnya.

“Kalau dulu…memang oppa terpaksa terima Vic dalam hidup oppa. Tapi bukan sebab oppa bencikan Vic. Sedikit pun oppa tak pernah ada rasa benci terhadap Vic. Sebaliknya oppa rasa bersalah terhadap Vic sebab Vic sanggup terima oppa sebagai suami demi untuk menjaga maruah keluarga oppa.”

 ByungHee kemudiannya membelai lembut rambut Victoria sambil memandang tepat ke arah anak mata isterinya yang berwarna hazel itu.Victoria turut memandang ke arahnya.

“Sekarang…oppa rasa seronok sangat sebab dapat isteri macam Vic. Mungkin masih belum ada cinta dalam hati oppa untuk Vic. Tapi…oppa sangat sukakan Vic.Sangat sukakan Vic,isteri oppa,”kata ByungHee sambil tersenyum. Victoria turut tersenyum sambil cuba menahan air matanya daripada mengalir.

“Jadi, Vic tak boleh tinggalkan oppa.Okay?” Soal ByungHee,bersungguh-sungguh.

“Kalau oppa yang tinggalkan Vic?” Soal Victoria pula.

“Tak ada sebab untuk oppa tinggalkan Vic,”kata ByungHee,tanpa berfikir panjang sambil tersenyum. Victoria turut tersenyum. Victoria terkejut apabila ByungHee menarik tubuhnya ke dalam pelukannya.

“Oppa?”

“Hm?”

“Em…kenapa ni?” Soal Victoria,hairan dengan kelakuan ByungHee itu.

“Kan oppa dah cakap semalam…oppa nak peluk Vic hari ni. Sebab semalam kan Vic tak dapat tidur dalam pelukan oppa,”kata ByungHee,sengaja mengusik. Victoria memukul lembut dada lelaki itu. ByungHee ketawa.

“Oppa…Vic nak bangun ni. Kita dah terlewat bangun dah ni,”kata Victoria,cuba melepaskan dirinya daripada pelukan ByungHee. ByungHee tersenyum. Perlahan-lahan dia melepaskan pelukannya terhadap Victoria.

“Okey Jagi~~~”

“Oppa!”

 

 

“Omeonim…Vic minta maaf sangat-sangat. Sepatutnya Vic tolong omeonim sediakan sarapan pagi ni. Tapi Vic terlewat bangun pula,”kata Victoria bersungguh-sungguh. Sesekali dia akan menjeling ke arah suaminya. Namun ternyata ByungHee langsung tidak terkesan dengan jelingannya itu. Sebaliknya ByungHee terus berselera menjamu sarapan paginya itu. Puan Jung sekadar tersenyum.

“Tak apa,Vic. Lagipun Vic mesti penat kan. Vic pun baru balik dari Osaka semalam. Omma tak kisah pun,”kata Puan Jung. Victoria sekadar tersenyum.

“Lain kali Vic tolong omma sediakan sarapan ya? “ Soal Victoria. Puan Jung tersenyum sambil mengangguk.

“Oppa,bila Joon oppa nak balik dari Osaka ni?” Soal SooJung yang turut berada di meja makan itu.Victoria pula mengalihkan perhatiannya terhadap Hanna yang sedang menikmati sarapannya itu.

“Mungkin dalam 2 hari lagi baliklah tu. Oppa dah luluskan cuti mereka selama seminggu,” kata ByungHee.

“Cuti orang lain dia luluskan sampai seminggu. Cuti bulan madu sendiri, pandai-pandai pendekkan,”kata Puan Jung pula sambil memandang tajam ke arah anak lelakinya itu. ByungHee kemudiannya memandang ke arah Victoria. Victoria turut memandang ke arahnya.

“Ala omma…dekat sini bukannya tak ada tempat menarik pun nak berbulan madu. Rumah kami pun menarik apa,”kata ByungHee,selamba. Wajah Victoria berubah merah. Dia kemudiannya menendang kaki suaminya itu di bawah meja. ByungHee sekadar tersenyum sambil mengenyitkan matanya kepada Victoria. Victoria mengalihkan pandangannya daripada ByungHee.

“Kamu dengan Victoria nak balik hari inikah?” Soal Tuan Jung pula.

“Em…mungkin petang sikit. ByungHee ingat nak bawa Vic dengan Hanna jalan-jalan esok. Vic okay?” Soal ByungHee kepada Victoria.

“Vic tak kisah pun,oppa,”balas Victoria. Hanna pula sudah kelihatan teruja apabila mendengar perkataan “jalan-jalan” daripada ByungHee itu.

“Kamu bercutilah puas-puas dulu. Tapi jangan lupa masuk pejabat balik pula,” kata Tuan Jung. Kata-katanya itu membuatkan Puan Jung menyiku lembut lengannya itu.

“Ish,appa ni. Kita nak suruh anak kita bercuti lama-lama, dia nak suruh anak kita masuk pejabat cepat-cepat pula,”kata Puan Jung,tidak berpuas hati. ByungHee dan Victoria sekadar ketawa melihat telatah suami isteri itu.

 

 

Hanna terus melangkah keluar dari kereta sambil membawa beg kertas yang mengandungi pakaiannya yang baru sahaja dibeli oleh ByungHee dan Victoria itu.

“Seronok betul Hanna bila dia dapat baju baru,”kata Victoria sambil menggelengkan kepalanya. ByungHee turut tersenyum. Dia kemudiannya berjalan ke arah Victoria sebelum dia merangkul pinggang ramping isterinya itu. Victoria menoleh ke arahnya.

“Vic pula macam mana? Seronok berjalan-jalan dengan oppa?” Soal ByungHee pula. Victoria tersenyum sambil mengangguk.

“Gomawo. Oppa dah buat macam-macam untuk Vic,”kata Victoria.

“Anything for my wifey,”balas ByungHee sambil tersenyum.

“Appa!Unni! Cepatlah! Hanna nak masuk rumah ni,” laung Hanna yang sudah pun berdiri di hadapan pintu itu. ByungHee dan Victoria ketawa sesama sendiri. Mereka kemudiannya berjalan ke arah pintu sebelum dibukanya pintu secara perlahan. Tanpa menunggu lama lagi, Hanna terus berlari masuk ke dalam rumah.

“Mesti dia dah tak sabar nak cuba baju baru tu,”kata Victoria.ByungHee sekadar mengangguk.

 

 

“Omma?”

Perbualan ByungHee dan Victoria terhenti seketika. Perasaan ByungHee mulai berasa tidak selesa. Tanpa menunggu lama lagi, dia terus berjalan masuk menuju ke ruang tamunya sambil diekori oleh Victoria dari belakang. ByungHee terkejut apabila melihat Hanna yang sedang memeluk SeYeon di ruang tamunya itu. Victoria turut tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya ketika itu. SeYeon yang menyedari kehadiran ByungHee dan Victoria itu turut memandang ke arah mereka. Hanna yang tidak mengerti apa-apa itu pula berasa teruja dengan kehadiran SeYeon di situ.

“Bila omma datang?” Soal Hanna. SeYeon memandang ke arah Hanna sambil tersenyum.

“Em…omma baru saja sampai.Tiba-tiba omma rasa rindu dengan Hanna,”kata SeYeon sambil mengusap lembut kepala si kecil itu.

“Omma nak tinggal dekat sinikah?” Soal Hanna,penuh mengharap. SeYeon sekadar tersenyum tanpa terus menjawab pertanyaan si kecil itu. Dia kemudiannya memandang ke arah ByungHee dan Victoria.

“Em…minta maaflah sebab saya terus masuk ke dalam. Tak sangka pula oppa masih gunakan kata laluan yang sama,”kata SeYeon.ByungHee tidak terus membalas kata-kata wanita itu sebaliknya dia terus memandang tajam ke arah SeYeon. Victoria pula mulai berasa tidak selesa dengan keadaan itu. Namun tidak pula ditunjukkannya secara terbuka.Victoria cuba berlagak biasa.

“Victoria…awak nampak makin cantik sekarang.Dah lama kita tak jumpakan?” Sapa SeYeon. Victoria sekadar mengangguk.

“Awak pun sama.Tetap tak berubah,”balas Victoria,kekok.Victoria kemudiannya menoleh ke arah ByungHee yang kelihatan tegang itu.Dia cuba mencari idea untuk beredar dari situ. Mungkin juga mereka perlukan ruang untuk berbincang.

“Hanna,jom kita naik atas. Mari unni tukarkan baju Hanna,”kata Victoria.

“Omma jangan balik lagi tau. Hanna nak tunjukkan baju Hanna dekat omma,”kata Hanna kepada SeYeon. SeYeon sekadar tersenyum sambil angguk.Hanna kemudiannya berlari ke arah Victoria. Victoria yang mulai melangkah untuk beredar itu dihalang oleh ByungHee apabila lelaki itu memegang tangannya dengan erat. Victoria memandang ke arahnya. ByungHee turut memandang ke arahnya, seolah-olah memberi isyarat kepada Victoria supaya tidak meninggalkannya di situ. Victoria kemudiannya menoleh seketika ke arah SeYeon.

“Gwenchana…” Bisik Victoria sambil tersenyum nipis. Walau apa pun terjadi, dia tidak boleh mementingkan dirinya sendiri. SeYeon berhak untuk memberikan penjelasan kepada ByungHee. Victoria melepaskan tangannya daripada ByungHee sebelum dia membawa Hanna beredar dari situ. ByungHee melepaskan keluhan perlahan sambil memejamkan matanya. Dia kemudiannya memandang ke arah SeYeon. Begitu juga dengan SeYeon.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((