Chapter 39

You Belong With Me

“Marilah Vic papahkan.”

Victoria menghulurkan tangannya namun ditolak lembut oleh ByungHee.

“Tak apa,sayang. Oppa boleh jalan sendiri dengan tongkat ni,”kata ByungHee, sambil cuba berjalan menggunakan tongkat ketiak menuju ke ruang tamu itu.

“Mari appa tolong.”

Kali ini Tuan Jung pula cuba menghulurkan bantuan. ByungHee terus membiarkan dirinya dipapah oleh bapanya sambil diperhatikan oleh Victoria. Victoria sekadar tersenyum nipis sambil meletakkan beg pakaiannya dan ByungHee itu di atas meja.

“Leganya dapat duduk,”kata ByungHee,sebelum dia melepaskan nafas lega. Victoria kemudiannya mengambil tempat di sebelah suaminya. Kaki ByungHee yang berbalut itu disentuhnya dengan lembut.

“Kaki oppa rasa sakitkah?” Soal Victoria,bimbang. ByungHee tersenyum.

“Sikit saja. Kaki oppa rasa lenguhlah tergantung macam ni. Tak selesa guna tongkat ni,”kata ByungHee,mengadu bagaikan kanak-kanak kecil. Victoria tersenyum geli hati mendengar rengekan manja suaminya itu.

“Nak buat macam mana. Oppa kenalah dengar cakap doktor kalau nak kaki cepat sihat. Luka dekat perut tu ada rasa sakit lagi tak,oppa?” Soal Victoria,sebelum dia menyelak sedikit t-shirt yang dipakai oleh ByungHee itu. ByungHee sekadar membiarkan tindakan Victoria itu sebelum dia menguntum senyuman nakal.

“Em…nasib baik luka operation ni dah okey. Tapi kalau oppa ada rasa sakit,beritahu Vic tau,”kata Victoria sambil memandang ke arah ByungHee. Kening kanannya terangkat apabila melihat senyuman nakal yang terukir pada bibir suaminya itu.

“Kenapa oppa senyum-senyum pula ni?” Soal Victoria.

“Vic ni…kalau ya pun nak selak baju oppa,janganlah buat kat sini. Malulah orang lain nampak. Kalau kat bilik kita, tak apa juga. Oppa pun lagi suka,”kata ByungHee,sengaja mengusik. Wajah Victoria berubah merah.

“Hei! Jangan nak mengarut pula kat sini ya,”kata Victoria,cuba menahan perasaan malunya. ByungHee sekadar ketawa. Victoria segera mencubit lengan suaminya sehingga membuatkan ByungHee menjerit kesakitan.

“Padan muka. Usik Vic lagi,”kata Victoria,berpuas hati. ByungHee menggosok lengannya yang sakit itu sambil memandang ke arah Victoria.

“Sakitlah,Vic. Sampai hati Vic buat oppa macam ni. Vic tak kasihan dekat oppakah? Oppakan tengah sakit ni,”kata ByungHee. Victoria mencebik.

“Malaslah nak layan mengada-ngada oppa ni. Vic masuk bilik kemas barang lagi bagus,”kata Victoria,sebelum dia meninggalkan ByungHee sendirian di ruang tamu itu.

“Sayang…bawalah oppa sekali,”pinta ByungHee.

“Jalan sendiri,”kata Victoria,sengaja tidak mengendahkan permintaan ByungHee itu. Dia segera melangkah masuk ke dalam bilik sambil membawa beg pakaian mereka itu. Tuan Jung yang memerhati kelakuan anak menantunya itu sekadar tersenyum sambil menggeleng. Ternyata ByungHee tetap nakal mengusik Victoria walaupun dalam keadaan sakit begitu.

“ByungHee yah.”

ByungHee menoleh ke arah bapanya.

“Buat masa ni, ByungHee berehat sajalah dekat rumah. Pasal hal syarikat tu, ByungHee tak payah risau. Appa dah minta tolong SeungHo untuk uruskan apa yang patut. Appa pun boleh pantau syarikat dari jauh. Sekarang ni, ByungHee berehat sajalah. Tak payah fikirkan sangat pasal hal syarikat tu,”kata Tuan Jung.

“Tapi sekarang ni, kita baru dapat projek baru,appa. ByungHee kena ambil tahu juga. ByungHee tak boleh lepas tangan macam tu saja,”kata ByungHee,tidak bersetuju dengan kata-kata bapanya itu.

“Appa tahu. Tapi ByungHee janganlah risau sangat. Buat masa ni SeungHo boleh uruskan apa yang patut. Kalau ada apa-apa yang perlukan persetujuan daripada ByungHee, ByungHee uruskanlah. Tapi tak perlulah sampai nak ke pejabat. Omma dengan Victoria mesti tak benarkan,”kata Tuan Jung,terus memujuk. ByungHee diam untuk seketika.

“Lagipun appa tak sanggup nak tengok omma dengan Victoria tu risaukan kamu. Mereka tu sampai tak makan..tak tidur…sebab fikirkan ByungHee. ByungHee mesti tak nak mereka sakit sebab ByungHee kan?” Pujuk Tuan Jung lagi. Perlahan-lahan, ByungHee mengangguk. Tuan Jung tersenyum lega.

“Dah. Mari appa papahkan kamu ke bilik. Kamu berehat sajalah dekat bilik sementara tunggu makan malam nanti. Pasal Hanna, nanti SooJung jemput dia dari sekolah,”kata Tuan Jung.

“Gomawo appa,”ucap ByungHee sambil tersenyum. Tuan Jung turut membalas senyuman anak lelakinya itu.

 

 

ByungHee memandang ke arah Victoria yang sedang mengemas pakaian di dalam almari  itu. Ish, dia ni tak tahu penatkah?

“Vic.”

Victoria memberhentikan seketika kerjanya sebelum dia menoleh ke arah ByungHee yang sedang duduk di atas katil itu.

“Ada apa,oppa?” Soal Victoria. Kelihatan ByungHee menepuk perlahan tempat kosong bersebelahan dengannya itu.

“Mari sini sekejap,”kata ByungHee. Victoria terus sahaja menurut permintaan suaminya itu tanpa sedikit pun membantah. Mungkin lelaki itu memerlukan sesuatu daripadanya. Melihat Victoria yang berdiri di hadapannya itu membuatkan ByungHee mencapai tangan wanita itu sebelum ditariknya perlahan.

“Mari sini. Duduk dengan oppa sekejap,”kata ByungHee.

“Ya, Tuan Puteraku sayang. Tuan Putera nak apa?” Soal Victoria sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di sebelah suaminya itu. ByungHee tertawa kecil mendengar gelaran yang diberikan oleh Victoria kepadanya itu.

“Amboi…ni perli oppa sebab oppa asyik minta tolong Vickah apa ni?” Soal ByungHee. Vivtoria tersenyum.

“Mana ada perli. Kalau oppa tak sakit pun, Vic selalu tolong oppa jugakan,”balas Victoria. ByungHee tersenyum sambil memaut bahu isterinya dengan erat.Victoria memandang ke arahnya.

“Oppa nak apa ni? Oppa nak minum apa-apakah?” Soal Victoria. ByungHee menggeleng.

“Oppa tak nak apa-apa. Oppa Cuma nak duduk saja saja dengan Vic. Boleh?” Soal ByungHee. Victoria tersenyum.Perlahan-lahan,dia menyandarkan kepalanya pada bahu sasa suaminya itu. Tangan suaminya itu digenggamnya erat.

“Hari tu doktor cakap apa?” Soal ByungHee.

“Em…okay saja. Tak ada apa-apa. Vic okey…YoungMin pun okey,”kata Victoria,perlahan.

“Miane,”ucap ByungHee sambil mengeratkan pautannya pada bahu Victoria itu.

“Wae?” Soal Victoria.

“Sebab oppa tak dapat temankan Vic pergi check up. Sepatutnya oppa bersama dengan Vic. Bukannya omma,”kata ByungHee. Victoria tersenyum.

“Tak apalah,oppa. Oppa pun bukannya boleh berjalan sangat. Lagipun Vic dengan YoungMin sihat. Tak ada apa-apa yang patut dirisaukan pun,”kata Victoria. ByungHee memandang ke arah isterinya.

“Bila lagi kena pergi check up?” Soal ByungHee,ingin tahu.

“Dua minggu lagi. Kenapa?” Soal Victoria,turut memandang ke arah suaminya.

“Oppa nak temankan Vic. Kita pergi sama-sama nanti,okey?” Soal ByungHee.

“Kaki oppa kan sakit. Vic boleh pergi sendiri. Oppa janganlah risau,okey?” Balas Victoria.

“Tak bolehlah macam tu. Oppa pun kena tahu perkembangan Vic dan YoungMin daripada doktor juga. Nanti doktor Vic cakap apa pula pasal oppa sebab selalu biarkan Vic pergi check up seorang,”kata ByungHee. Victoria tersenyum.

“Vic bukannya pergi check up dengan orang lain punlah,oppa. Vic pergi check up dengan kawan Vic sendiri. Dia pun tahulah pasal keadaan oppa. Jangan risaulah. Oppa tetap dapat kekalkan gelaran suami terbaik dalam kalangan kawan-kawan Vic,”kata Victoria,seraya berseloroh.

“Aish…bergurau pula dia. Orang tengah risaukan dia…dia nak bergurau pula,”balas ByungHee. Victoria tersenyum lebar. Dia kemudiannya memeluk tubuh suaminya dengan erat.

“Vic sayangkan oppa. Sangat-sangat sayangkan oppa,”kata Victoria sambil tersenyum. Senyuman ByungHee kian lebar sebaik sahaja mendengar ucapan sayang daripada isterinya itu.

“Oppa pun sayangkan Vic. Kalau Vic tak ada…oppa tak tahu apa akan jadi pada diri oppa. Oppa sedar dari koma pun…sebab Vic selalu ada di sisi oppa,”kata ByungHee. Senyuman Victoria mengendur. ByungHee kemudiannya mengucup lembut dahi Victoria sambil tersenyum.

“Terima kasih,sayang,”ucap ByungHee. Victoria memaksa dirinya untuk tersenyum. Cuba melupakan perjanjiannya dengan SeYeon untuk seketika.

“Oppa…betulkah…oppa lebih rasa bahagia dengan adanya Vic dalam hidup oppa?” Soal Victoria,perlahan. ByungHee memandang ke arahnya.

“Kenapa Vic tanya macam tu?” Soal ByungHee,sedikit hairan.

“Saja nak tahu,”kata Victoria.

“Mestilah. Oppa lebih rasa bahagia sekarang sebab tak lama lagi kita akan terima orang baru dalam keluarga kita,”kata ByungHee,tersenyum bahagia.

“Jinja?” Soal Victoria,inginkan kepastian.

“Hei…kenapa banyak tanya sangat ni? Ingat oppa main-main kah dalam soal hati perasaan ni? Oppa serius tau,”balas ByungHee.

“Oppa rasa….kemalangan hari tu…disebabkan oleh Vickah?” Soal Victoria,ingin tahu. ByungHee mengerutkan dahinya sebaik sahaja Victoria menghabiskan kata-katanya.

“Yalah…sebab…kalau oppa tak guna kereta Vic hari tu…mesti oppa tak sampai patah kaki macam ni,”kata Victoria. ByungHee melepaskan keluhan kecil.

“Sayang…semua tu dah terjadi kan? Dan oppa tak ada apa-apa pun kan? Oppa masih boleh bergurau dengan Vic macam biasa kan?” Balas ByungHee.

“Tapi Vic tetap rasa semua ni salah Vic. Sepatutnya Vic halang oppa daripada guna kereta Vic hari tu. Kalau tak…semua ni takkan…”

Kata-kata Victoria terhenti apabila bibirnya dikucup oleh ByungHee. Matanya terbuka luas sementara tubuhnya menjadi kaku untuk seketika. Bagaikan terkejut dengan tindakan mengejut daripada suaminya itu. ByungHee memandang ke arahnya.

“Semua ni bukan salah Vic. BUKAN SALAH VIC. Okey? Jangan cakap macam ni lagi. Oppa tak suka,”kata ByungHee sambil menyentuh pipi isterinya. Victoria sekadar membisu.

“Lagipun oppa lagi rela semua ni terjadi kepada oppa. Kalau semua ni terjadi kepada Vic…Vic ingat oppa akan bersorak gembira? Hm?” Soal ByungHee.

“Oppa tak nak apa-apa perkara buruk terjadi kepada Vic. Oppa rela tanggung semuanya. Asalkan Vic tak ada apa-apa. Arasso?”Kata ByungHee lagi.

“Lagipun oppa Cuma patah kaki. Bukannya teruk sangat pun,betul tak?” Soalnya lagi,sambil tersenyum. Victoria melepaskan tangan ByungHee yang sedang menyentuh pipinya itu. ByungHee sedikit tersentap dengan tindakan kasar isterinya itu.

“Oppa hanya fikirkan perasaan oppa saja. Perasaan Vic, pernah tak oppa terfikir? Oppa tak faham perasaan Vic waktu oppa koma hari tu. Oppa boleh bayangkan tak perasaan Vic macam mana waktu tu? Kalau oppa langsung tak sedar macam mana? Kalau oppa tinggalkan Vic macam mana? Vic tak sanggup hadapi semua tu. Vic tak sanggup tengok oppa terlantar sakit macam tu,”tangis Victoria. ByungHee terdiam. Victoria terus menangis di hadapannya.

“Vic…”

“Tolonglah oppa…berjanjilah dengan Vic. Jangan jatuh sakit macam ni lagi. Tolonglah…” Victoria menutup wajahnya dengan kedua-dua tangannya. ByungHee segera menarik Victoria ke dalam pelukannya. Pipi Victoria dikucupnya dengan penuh kasih sayang.

“Oppa minta maaf. Oppa betul-betul minta maaf,”ucap ByungHee sambil mengusap lembut rambut Victoria. Victoria pula terus menangis dalam pelukan suaminya itu.

“Oppa janjilah dengan Vic. Janji dengan Vic yang oppa akan jaga diri oppa baik-baik. Vic tak nak tengok oppa sakit macam ni lagi,”pinta Victoria.

“Arasso. Oppa janji. Oppa takkan buat Vic risau lagi,okey?” Balas ByungHee. Kata-kata bapanya benar. Victoria terlalu bimbangkan keadaan dirinya sewaktu dia terlantar di hospital baru-baru ini. ByungHee melepaskan keluhan kecil.

“Oppa minta maaf…”Ucapnya lagi.

ByungHee kemudiannya melepaskan pelukannya terhadap Victoria. Air mata Victoria yang masih mengalir itu disekanya perlahan sambil tersenyum.

“Oppa pun nak Vic berjanji dengan oppa. Vic pun kena jaga diri Vic baik-baik. Kalau Vic tak nak sesuatu perkara buruk terjadi dekat oppa, oppa pun sama. Okey?” Soal ByungHee. Victoria tersenyum. Dia kembali memeluk suaminya dengan erat. Kali ini pelukannya lebih lama. ByungHee sekadar tersenyum.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((