Chapter 31

You Belong With Me

Dua minggu kemudian…

 

Victoria menoleh ke arah ByungHee yang masih lena di atas katil itu.Puas dikejutnya lelaki itu, namun ByungHee tetap liat untuk bangun. Victoria yang sudah bersiap untuk ke hospital itu kemudiannya berjalan ke arah ByungHee yang sedang tidur.Dia melabuhkan punggung di sebelah lelaki itu sebelum dia meletakkan tangannya di atas bahu ByungHee.Bahu ByungHee itu digeraknya perlahan.

“Oppa…bangunlah.Dah lewat ni.Oppa tak kerjakah?” Victoria cuba mengejutkan ByungHee.Kelihatan ByungHee menggerakkan sedikit tubuhnya namun matanya masih lagi terpejam rapat.Victoria menggigit bibirnya.

“Oppa…bangun!”

Victoria terus menarik tangan ByungHee sehingga membuatkan lelaki itu terduduk di atas katil dengan matanya yang masih terpejam itu. Kedengaran lelaki itu merungut perlahan kerana dipaksa untuk bangun dari katil itu.Victoria menggelengkan kepalanya.

“Oppa ni…sejak bila oppa liat nak bangun tidur ni?”Soal Victoria,perlahan.Gayanya persis seorang ibu yang sedang menasihati anaknya.ByungHee membuka matanya perlahan-lahan sebelum dia memandang ke arah Victoria yang sedang duduk di hadapannya itu.Tanpa menjawab pertanyaan isterinya itu, ByungHee memeluk Victoria sebelum dia memejamkan matanya semula.Sengaja meletakkan dagunya di atas bahu wanita itu.

“Oppa rasa malaslah nak kerja hari ni,” ByungHee merengek,perlahan.Victoria tersenyum sambil membalas pelukan suaminya itu.

“Oppa tak sihatkah?” Soal Victoria.

“Taklah.Oppa Cuma malas,”balas ByungHee,sambil mencium haruman pada leher Victoria.Victoria sekadar tersenyum.Entah mengapa sikap ByungHee sedikit berlainan daripada kebiasaannya.Mungkin juga kerana terlalu letih dengan kerjanya yang tidak pernah habis di pejabatnya itu.

“Habis tu? Oppa nak ambil cuti hari ni? Kalau oppa letih, tak payahlah pergi kerja.Biar Vic yang hantarkan Hanna ke tadika,okey?” Soal Victoria sambil mengusap lembut belakang suaminya itu.ByungHee tidak menjawab.Victoria menoleh ke arahnya.

“Oppa?”

Victoria terkejut apabila ByungHee segera meleraikan pelukannya sebelum lelaki itu berlari menuju ke arah bilik air tanpa mempedulikan panggilan Victoria terhadapnya itu.

“Oppa!”

Victoria turut mengikuti ByungHee dari belakang.Victoria terkejut apabila melihat ByungHee yang sedang muntah di dalam tandas itu.Tanpa menunggu lama lagi, Victoria mengusap belakang tubuh ByungHee dengan niat untuk memberikan kelegaan kepada lelaki itu.

“Oppa,kenapa ni?Oppa ada salah makankah?” Soal Victoria,bimbang.ByungHee mulai berdiri sambil memegang kepalanya yang tiba-tiba terasa pening itu.Victoria memimpin ByungHee berjalan dengan memaut lengan suaminya itu menuju semula ke arah katil.Victoria kemudiannya terus mengambil ubat sebelum disapunya pada leher ByungHee dengan lembut.

“Kenapa ni,oppa?Tiba-tiba saja oppa muntah ni.Oppa ada salah makan apa-apa ye?” Soal Victoria sambil mengurut leher ByungHee.

“Mungkin…Oppa pun tak tahu,”kata ByungHee,lemah.Victoria mengeluh perlahan.

“Mungkin juga oppa letih sangat ni.Oppa tak payah pergi kerjalah hari ni.Oppa duduk rumah saja,okey?” Pujuk Victoria.ByungHee menggelengkan kepalanya.

“Hari ni oppa ada meeting.Nak tak nak oppa kena pergi kerja juga.Vic tak payah risaulah.Oppa okey,”kata ByungHee,enggan membuatkan Victoria terus dilanda rasa kebimbangan terhadap dirinya.Victoria mengeluh.Dia cuba untuk memeluk ByungHee namun ByungHee menolak tubuhnya perlahan.Kelihatan lelaki itu sedang menutup hidungnya dengan dahinya yang berkerut itu.

“Oppa…wae?” Soal Victoria,hairan.

“Vic pakai perfume yang mana ni?”Soal ByungHee.

“Vic pakai perfume yang oppa sukalah.Vic kan tak pernah tukar perfume lain,”kata Victoria.ByungHee menggelengkan kepalanya.

“Oppa tak suka.Bau dia pening,”kata ByungHee,segera bangun dari katil itu sebelum dia menuju semula ke arah bilik air. Tekaknya mulai berasa loya.Victoria terus memandangnya dengan perasaan bercampur baur.Hatinya terguris bercampur hairan dengan perubahan sikap ByungHee terhadapnya itu.Victoria segera menuju ke arah bilik air untuk melihat keadaan ByungHee.

 

 

 

“Aku tengok muka kau pucat saja ni. Kau okey tak?” Soal SeungHo,sambil melihat keadaan ByungHee yang kelihatan tidak bermaya itu.ByungHee yang sedang berjalan di sebelahnya itu sekadar menganggukkan kepalanya.

“Patutnya kau ambil cuti saja kalau kau rasa tak sihat. Meeting tadi pun kita boleh tangguh ke hari lain,”kata SeungHo.

“Tak payahlah.Lagipun kita ada banyak kerja lain yang nak dibuat ni.Aku boleh tahan,”kata ByungHee,tetap berdegil.SeungHo menggelengkan kepalanya.

“Hyung!”

ByungHee dan SeungHo menoleh ke belakang apabila terdengar seseorang memanggil mereka dari belakang.Kelihatan Mir sedang berlari ke arah mereka sambil diikuti oleh Joon dan Cheondung dari belakang.

“ByungHee Hyung,kenapa?Dari tadi kami perasan muka Hyung macam pucat saja,”soal Mir.

“Betul tu,Hyung.Sepatutnya Hyung tak perlu datang ke office hari ni kalau Hyung betul-betul rasa tak sihat,”kata Joon pula.

“Hyung okeylah.Mungkin sebab letih,”kata ByungHee.

“Kalau macam tu,kita pergi makan nak? Barulah Hyung ada tenaga nak pergi site petang ni,”kata Cheondung,memberi cadangan.

“Betul tu,Hyung!Lagipun Joon Hyung cakap,dia nak belanja lunch kita hari ni,”kata Mir sambil mengangkat keningnya ke arah Joon.ByungHee memandang ke arah Joon dengan tanda tanya.

“Aih,Joon yang nak belanja? Selalunya Joon yang paling kedekut nak belanja-belanja orang ni,”kata ByungHee,masih mampu bergurau walaupun dengan keadaan dirinya yang kurang sihat itu.Joon sekadar tersengih.

“Em…nanti Joon ceritalah. So,nak join tak lunch ni? Rugi kalau tak join.Bukan selalu Joon belanja,”kata Joon.ByungHee sekadar tersenyum sambil mengangguk lemah.

 

“Bwo?!” Soal ByungHee,tidak percaya. Joon sekadar tersenyum sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.Mir dan Cheondung pula sekadar ketawa.Reaksi SeungHo pula kelihatan sama seperti ByungHee,terkejut dengan kata-kata Joon itu.

“Jinja?” Soal SeungHo pula.Joon sekadar angguk.Dia memandang ke arah ByungHee yang masih lagi kelihatan terkejut itu.

“Em…Hyung.Kenapa Hyung pandang Joon macam tu? Hyung tak sukakah?” Soal Joon,bimbang.Semua yang berada di situ turut menoleh ke arah ByungHee.

“An…ani..aniya..Hyung Cuma tak percaya,”kata ByungHee.Joon melepaskan nafas lega.Sangkaannya ByungHee tidak akan suka dengan kenyataan yang baru sahaja disampaikannya sebentar tadi.

“Jadi…SooJung terima?” Soal ByungHee,ingin tahu.Joon mengangguk laju sebagai menjawab pertanyaan lelaki itu.

“Em…Joon tahu…Hyung mungkin masih susah untuk terima Joon untuk bersama dengan SooJung. Tapi…Joon janji, yang Joon akan jaga SooJung dengan baik.Joon takkan sia-siakan SooJung, sebab Joon betul-betul sayangkan SooJung,”kata Joon,bersungguh-sungguh. Semua yang berada di situ tersenyum senang melihat kesungguhan Joon itu.Manakala ByungHee pula masih lagi kelihatan sedikit ragu-ragu akan kesungguhan Joon untuk berkahwin dengan adik perempuannya itu.

“Joon betul-betul cintakan SooJung,Hyung,”kata Joon lagi.Semua yang berada di situ menoleh ke arah ByungHee,mengharapkan ByungHee akan menerima kesungguhan Joon untuk berkahwin dengan SooJung itu.Kedengaran ByungHee melepaskan keluhan perlahan.

“Arasso.Kalau betul SooJung akan berasa bahagia dengan Joon…Hyung takkan halang.Tapi…kalau Hyung dapat tahu Joon buat sesuatu yang SooJung tak suka,siap Hyung kerjakan,”kata ByungHee,sekaligus memberikan amaran kepada Joon.Joon tersenyum lega sambil mengangguk.

“Joon janji,Hyung!” Jawab Joon,bersungguh-sungguh.ByungHee sekadar tersenyum.Perbualan mereka terganggu sebentar apabila meja mereka didatangi oleh pelayan yang membawakan hidangan yang dipesan oleh mereka itu. Senyuman lebar tak lekang terukir pada bibir Joon ketika itu. Seolah-olah segala beban yang ditanggungnya selama ini sudah pun dilepaskan.

“Joon dah pesan makanan kegemaran Hyung.Hyung makanlah.Joon belanja semua orang hari ni,”kata Joon,senang hati.Semua orang yang berada di situ tidak sabar untuk menikmati hidangan tengahari mereka ketika itu,apatah lagi dihidangkan secara percuma.Namun,tidak bagi ByungHee.Entah mengapa seleranya langsung tidak ada apabila melihat makanan kegemarannya yang terhidang di hadapannya ketika itu.Tekaknya mula terasa loya.

“Hyung,makanlah.Apa yang Hyung tunggu lagi?” Soal Cheodung,hairan.

“Yalah,Hyung.Sedap ni.Lagi-lagi sebab Joon Hyung yang belanja,”kata Mir pula,tidak sabar menikmati makanannya itu.ByungHee meletakkan tangan pada dadanya.Tanpa menunggu dengan lebih lama, ByungHee segera berlari menuju ke arah bilik air.

“Yah,Jung ByungHee!”

SeungHo segera mengekori ByungHee dari belakang menuju ke arah bilik air.

 

 

“Vic…”

Victoria yang sedang menaip sesuatu pada komputer ribanya itu menoleh ke arah JuYeon.Wajah JuYeon yang kelihatan seperti sedang menahan kesakitan itu menimbulkan rasa bimbang dalam diri Victoria.

“Kenapa ni,JuYeon? Awak tak sihatkah?” Soal Victoria.

“Saya sihat.Cuma…awak tahu-tahulah…penyakit saya setiap kali datang bulan ni,”kata JuYeon sambil meletakkan tangannya pada bahagian bawah perutnya.

“Ah…em…awak mesti terlupa nak bawa spare ni,kan?” Soal Victoria sambil tersenyum.JuYeon sekadar tersengih sambil mengangguk.Victoria menggelengkan kepalanya sambil mengeluarkan bungkusan kecil dari beg tangannya.

“Nah.Nanti jangan lupa makan ubat bagi hilang rasa sakit tu,”kata Victoria sambil menghulurkan bungkusan kecil berwarna putih itu kepada JuYeon.

“Gomawo,Vic,”kata JuYeon.

“Eh,awak…belum lagikah? Selalukan awak awal sedikit daripada saya,”soal JuYeon,sebelum dia beredar dari situ.Victoria sekadar menggeleng sambil tersenyum.Victoria kembali menumpukan perhatiannya kepada kerjanya yang tertangguh itu sebaik sahaja JuYeon beredar dari pejabat itu.Perhatiannya teralih ke arah calendar yang berada di hadapannya itu.Kalendar itu diambilnya sebelum dia membuat kiraan pada calendar tersebut.Dia mengerutkan dahinya.

“Macam dah lewat saja,”bisik hatinya.Victoria menggigit jarinya.

“Takkanlah…”

 

 

ByungHee melangkah perlahan dari bilik air sebelum dia membaringkan dirinya di atas katil.Victoria yang melihat keadaan suaminya itu turut berasa simpati.Dia sengaja membiarkan ByungHee meletakkan kepala di atas pahanya sebelum dia mengusap lembut rambut ByungHee itu.

“Gwenchana?” Soal Victoria.

“Em,”jawab ByungHee dengan matanya yang terpejam itu.Victoria kemudiannya memicit lembut kepala ByungHee sambil menatap wajah ByungHee yang keletihan itu.Otaknya masih ligat memikirkan cara untuk menyampaikan berita gembiranya kepada ByungHee.

“Oppa dah rasa okey sikit?” Soal Victoria,sebelum dia mengucup lembut dahi suaminya itu.ByunGHee yang keletihan itu sekadar tersenyum.

“Oppa tak tahu kenapa dengan oppa hari ni.Berapa kali ulang alik ke dalam bilik air pun,oppa tak pasti,”kata ByungHee,perlahan.

“Oppa nak pergi klinik tak?”Soal Victoria.ByungHee menggeleng.

“Tak payahlah.Esok oppa dah okey rasanya,”kata ByungHee.

“Oppa cuti sajalah esok.Vic pun tak sedap hati tahu tengok oppa macam ni,”kata Victoria sambil mengusap pipi ByungHee.

“Oppa okey.Vic janganlah risau,hm?” Balas ByungHee sambil tersenyum.ByungHee mengambil tangan Victoria sebelum dikucupnya tangan itu dengan lembut.

“Vic…ada benda nak beritahu dengan oppa ni,”kata Vic,perlahan.

“Oppa pun ada benda yang nak diberitahu dekat Vic,”kata ByungHee pula.Kening Victoria terangkat.

“Oh ya? Apa dia?”Soal Victoria,ingin tahu.

“Tapi Vic beritahulah oppa dulu.Apa yang Vic nak cakapkan dengan oppa tadi?” Soal ByungHee.

“Tak apalah.Vic nak tahu cerita daripada oppa dulu.Macam menarik saja bunyinya,”kata Victoria.ByungHee tersenyum.

“Em…Vic kenal Joon kan?” Soal ByungHee.Victoria mengangguk.

“Tengahari tadi…Joon ada cakap dengan oppa…” ByungHee berhenti seketika.Tangan Victoria digenggamnya dengan erat.

“Dia dah lamar SooJung…dan SooJung bersetuju untuk berkahwin dengan Joon,”kata ByungHee sambil tersenyum.Victoria membulatkan kedua-dua matanya.

“Jinja?!”

ByungHee mengangguk.

“Kalau macam tu…bila nak langsungkan majlisnya?” Soal Victoria,teruja.

“Tak tahu lagi.Tunggulah mereka berbincang dengan omma dan appa dulu,”kata ByungHee sebelum dia mendekatkan wajahnya ke arah perut Victoria.Pinggang Victoria yang ramping itu dipeluknya erat.

“Eh,oppa…pagi tadi bukan main oppa tak nak peluk Vic.Nanti kalau oppa muntah lagi,Vic tak nak tolong,”kata Victoria.ByungHee tergelak.

“Oppa rindukan Viclah,”kata ByungHee.Victoria tersenyum.

“Em,tadi Vic nak cakap apa dengan oppa?” Soal ByungHee sambil memandang ke arah Victoria.Victoria sekadar tersenyum.

“Em…nantilah Vic beritahu,”kata Victoria.ByungHee mengerutkan dahinya.

“Eh,mana boleh.Oppa dah beritahu apa yang oppa nak cakapkan dengan Vic tadi.Jadi,Vic mestilah beritahu oppa apa yang Vic nak cakapkan dekat oppa tadi.Tak adillah macam ni,”kata ByungHee.Victoria ketawa.

“Vic janji…esok Vic beritahu oppa,okey?” Pujuk Victoria.

“Malam ni…tak bolehkah?” Soal ByungHee.Victoria menggeleng.

“Esoklah..ekh?”Pujuk Victoria lagi.ByungHee mengeluh perlahan.

“Esoklah oppa…ekh?ekh?” Victoria terus memujuk ByungHee sambil mencium pipi lelaki itu.ByungHee tersenyum.

“Arasso.Kalau Vic tak beritahu oppa esok,siaplah,”kata ByungHee sambil tersenyum.Victoria sekadar membalas senyumannya.  

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((