Chapter 26

You Belong With Me

“Kita nak pergi mana ni,oppa?” Soal Victoria sambil menoleh ke arah ByungHee yang sedang memandu itu.

“Oppa nak jumpa dengan sunbae oppa waktu belajar di UK dulu. Sambil-sambil tu, Vic boleh berkenalan dengan isteri dia,”kata ByungHee, sambil menumpukan perhatiannya ke arah jalan raya. Victoria sekadar mengangguk. Mereka kemudiannya sibuk melayani fikiran masing-masing tanpa langsung berbual sehinggalah ByungHee memarkirkan keretanya di hadapan hospital.

“Hospital?” Soal Victoria,hairan. ByungHee sekadar tersenyum sambil menanggalkan tali pinggang keledarnya.

“Jom.”

 

 

“Hyung!”

SeungHoon yang sedang berjalan di luar bilik rawatan itu menoleh ke belakang sebaik sahaja terdengar namanya dipanggil.Bibirnya menguntum senyuman lebar sebaik sahaja melihat ByungHee dan Victoria yang sedang berjalan ke arahnya itu.

“ByungHee yah!”

Mereka kemudiannya berpelukan sesama sendiri sambil diperhatikan oleh Victoria.

“Kenapa ByungHee tak cakap yang ByungHee nak datang?” Soal SeungHoon, gembira dengan kedatangannya hoobaenya itu.ByungHee sekadar tersenyum.

“Takut menganggu Hyung dengan Noona pula. Lagipun saya dengan Vic datang sekejap saja. Tak nak kacau Hyung dengan Noona lama-lama,”kata ByungHee. SeungHoon tertawa kecil sebelum pandangannya dialihkan ke arah Victoria. ByungHee yang menyedari pandangan SeungHoon itu turut menoleh ke arah Victoria.

“Oh ya,Hyung. Kenalkan, ni Victoria. Isteri saya,”kata ByungHee,memperkenalkan Victoria kepada SeungHoon.Mereka kemudiannya bersalaman sambil bertukar senyuman.

“Hyung ingat…ByungHee dengan SeYeon masih bersama?” Soal SeungHoon. Victoria menoleh ke arah ByungHee.ByungHee sekadar tersenyum.

“Saya dengan SeYeon dah tak ada apa-apa,Hyung. Sekarang ni, saya Cuma ada Vic seorang saja,” kata ByungHee sambil tersenyum ke arah Victoria.Victoria turut membalas senyumannya.

“Kamu berdua nampak padan. Victoria jaga ByungHee baik-baik ya.ByungHee ni mata keranjang sikit,”kata SeungHoon,sengaja mengusik ByungHee.

“Hyung…”

SeungHoon ketawa.

“Dah jom kita masuk,”kata SeungHoon,mempelawa pasangan itu masuk ke dalam bilik rawatan yang menempatkan isterinya itu.

 

 

“Comelnya.”

Victoria tersenyum lebar apabila melihat bayi comel yang sedang lena dalam pangkuan ibunya itu.Victoria mengusap lembut pipi bayi yang gebu itu sambil diperhatikan oleh isteri SeungHoon.

“Noona, dah ada nama untuk baby?” Soal ByungHee sambil memandang ke arah Hye Mi.Hye Mi tersenyum sambil menggeleng.

“Belum lagi. Noona dengan SeungHoon oppa belum rancang lagi nama untuk baby,”kata Hye Mi.Senyuman Hye Mi semakin lebar apabila melihat Victoria yang begitu kusyuk bermain dengan bayinya itu.

“Victoria nak dukung baby?” Soal Hye Mi.

“Eh?Bolehkah?” Soal Victoria.Hye Mi tersenyum sambil mengangguk. SeungHoon yang sedang duduk bersebelahan Hye Mi itu turut mengangguk.Perlahan-lahan, Victoria mendukung bayi itu daripada pangkuan Hye Mi sambil diperhatikan oleh ByungHee.

“Wah,pandainya Victoria dukung baby,” puji Hye Mi,kagum melihat Victoria yang kelihatan langsung tidak kekok mendukung bayinya itu.

“Vic ni paediatrician,Noona. Sebab tu, dia tak kekok dukung baby ni,”kata ByungHee.Victoria sekadar tersenyum.

“Oh…kiranya Victoria mesti suka dengan budak-budak. Senanglah nak jaga anak sendiri nanti,”kata SeungHoon,sekaligus mengusik ByungHee dan Victoria.ByungHee sekadar ketawa kecil sambil memandang ke arah Victoria.

“ByungHee tak nak dukung baby?”Soal Hye Mi pula.

“Eh,tak apalah,Noona.ByungHee tak biasa dukung baby. Nanti jatuh pula,”kata ByungHee,menolak cadangan Hye Mi dengan baik.

“Eh,kalau tak pandailah kena belajar. Nanti kalau dah ada baby sendiri, kan senang,”kata SeungHoon pula.Victoria menoleh ke arah ByungHee.

“Oppa cubalah dukung. Tak apa, biar Vic ajarkan,”kata Victoria.Perlahan-lahan,ByungHee mengangguk.Bayi itu kemudiannya diserahkan kepada ByungHee sebelum lelaki itu mendukungnya dengan berhati-hati.Victoria sekadar memerhatikan kelakuan ByungHee sebelum dia ketawa kecil.

“Oppa ni nampak sangat kekok dukung baby. Oppa tak pernahkah dukung Hanna waktu dia baby dulu?” Soal Victoria,geli hati melihat ByungHee yang kekok mendukung bayi itu.

“Sekali dua saja, Vic. Sebab oppa betul-betul tak berani.” Akui ByungHee sambil memandang ke arah bayi yang berada dalam pangkuannya itu.

“ByungHee kena banyak berlatih ni. Kasihan Victoria. Takkan dia nak jaga baby seorang diri nanti? ByungHee kenalah ambil tahu juga selok belok nak jaga baby nanti,”kata Hye Mi,seraya mengusik.

“Lepas ni bolehlah kita tengok baby ByungHee dengan Victoria pula,”usik SeungHoon pula. Wajah ByungHee terasa hangat.Begitu juga dengan Victoria.

“Aish…kami lambat lagi,Hyung. Kami sekarang sibuk dengan kerja.Lagipun Hanna kecil lagi. Biarlah dia besar sikit,”kata ByungHee,beralasan.

“Hanna dah 5 tahun. Dah kira besarlah tu,ByungHee,”kata SeungHoon,semakin galak mengusik.Hye Mi tertawa kecil mendengar usikan suaminya terhadap ByungHee dan Victoria itu.

“Ala,Hyung. Kalau ada…adalah. Kalau tak ada, kami tunggulah.Lagipun kami baru saja kahwin.Tak puas lagi nak hidup berdua,”kata ByungHee sambil tersenyum ke arah Victoria.Victoria menundukkan sedikit kepalanya sambil tersenyum. SeungHoon dan Hye Mi tersenyum sesama sendiri melihat ByungHee dan Victoria yang kelihatan malu-malu diusik itu.

“Mereka tu comel betullah,kan oppa?” Bisik Hye Mi. SeungHoon tertawa kecil.

“Tak pernah pula oppa tengok ByungHee malu-malu kucing macam tu,”balas SeungHoon pula.Hye Mi mencuit lengan suaminya itu sambil ketawa.

“Dahla tu,oppa.Janganlah usik mereka lagi,”kata Hye Mi,cuba memujuk SeungHoon supaya menghentikan usikannya terhadap ByungHee dan Victoria itu.SeungHoon terus ketawa.

 

 

ByungHee meneruskan pemanduannya sambil ditemani oleh Victoria yang sedang duduk di sebelahnya itu. Sesekali dia akan mencuri-curi pandang ke arah isterinya.

“Aih…tersenyum seorang-seorang nampak,”tegur ByungHee,bernada usikan. Senyuman Victoria mengendur.ByungHee ketawa kecil.

“Mana ada Vic senyum seorang-seorang,”balas Victoria,sebelum dia memalingkan wajahnya daripada ByungHee.Cuba menyembunyikan senyumannya daripada dilihat oleh ByungHee.

“Victoria teringatkan baby tadi ya?” Soal ByungHee,ingin tahu.Victoria kemudiannya menoleh semula ke arah ByungHee.

“Baby tadi comel sangat.Pipi dia gebu macam kapas. Geram Vic tengok baby tadi.Kalau boleh nak bawa balik,”kata Victoria.ByungHee tertawa.

“Wow,sampai macam tu sekali? Tak peliklah Vic ni paediatrician dekat hospital tu. Suka dengan budak-budak,”kata ByungHee.Victoria tersenyum.Mereka kemudiannya membisu,bagaikan hilang idea untuk berbual.Masing-masing lebih selesa melayani fikiran masing-masing.Entah apa yang mereka fikirkan, hanya mereka sahaja yang tahu.

“Em…oppa harap Vic tak ambil kisah sangat pasal gurauan SeungHoon Hyung tu. Hyung tu memang kuat mengusik. Oppa selalu jadi mangsa buli dia waktu sama-sama belajar dekat UK dulu,”kata ByungHee. Kening kanan Victoria terangkat sebaik sahaja mendengar kata-kata ByungHee itu.

“Oppa yang kena buli?Tak percayalah,Vic,”balas Victoria,sebelum dia ketawa.ByungHee mengerutkan dahinya.

“Vic tak percaya? Betullah, Vic. Oppa selalu kena buli waktu belajar dekat UK dulu. Lagi-lagi dengan SeungHoon Hyung tu,”kata ByungHee,membela dirinya.Victoria mencebik.

“Vic susah nak percaya.Sebab muka oppa tu nampak macam muka pembuli.Dan buktinya…oppa selalu buli Vic dekat rumah,”kata Victoria.

“Oh…sebab tu rupanya Vic tak percayakan oppa. Hm…kalau Vic nak tahu, oppa ni memang bukan jenis yang suka buli orang. Oppa memang tak pernah buli sesiapa sebelum ni kecuali Vic. Sebab kalau oppa tak buli Vic, tak seronoklah,”kata ByungHee. Victoria mengecilkan kedua-dua matanya.

“Amboi…bukan main lagi ye,”kata Victoria sambil mencubit pipi ByungHee sehingga membuatkan lelaki itu menjerit kesakitan.

“Argh,sakit!” ByungHee menggosok pipinya yang kemerahan itu.Victoria tersenyum kemenangan.

“Vic pernah dengar tak…” Sesekali ByungHee menoleh ke arah Victoria sambil menumpukan perhatian terhadap pemanduannya itu.

“…Orang cakap..lelaki ni jenis yang tak berapa pandai nak ekspresskan perasaan dia dekat orang. Selalunya..kalau dia suka buli seseorang perempuan tu…itu tandanya dia sukakan perempuan tu.So…” ByungHee tersenyum ke arah Victoria.

“…Vic fikir-fikirkanlah ye kenapa oppa suka buli Vic..tapi tak suka buli orang lain,”katanya lagi sambil mengenyitkan matanya ke arah Victoria.Lidah Victoria bagaikan kelu untuk membalas kata-kata lelaki itu. Victoria kemudiannya berdehem beberapa kali.

“Pandanglah depan tu,oppa. Jangan nak kenyit-kenyit mata sangat. Tak pasal-pasal kita tidur hospital malam ni,”kata Victoria , memalingkan wajahnya daripada ByungHee. Wajahnya terasa hangat sebaik sahaja mendengar kata-kata ByungHee sebentar tadi. Bibirnya menguntum senyuman bahagia. Itu bermakna sikap ByungHee yang suka membulinya itu ialah layanan yang terbaik dan istimewa daripada ByungHee hanya untuk dirinya.

“Hah…tu tersengih-sengih nampaknya. Sukalah tu bila dengar oppa cakap macam tu?” ByungHee semakin galak mengusik.Tangannya ligat mencuit pipi Victoria yang berubah merah itu.Victoria menepis lembut tangan suaminya itu sambil tersenyum.

“Oppa.”

“Hm?”

“Em…betulkah oppa cakap tadi yang oppa pernah dukung Hanna sekali dua saja waktu Hanna kecil-kecil dulu?” Soal Victoria,apabila teringatkan kata-kata ByungHee di hospital sebentar tadi.ByungHee angguk.

“Oppa Cuma pernah jumpa Hanna sekali saja waktu dia baby dulu. Sebab dulu oppa masih belajar di UK. Jadi,oppa jarang balik Seoul,”kata ByungHee.

“Kiranya, oppa jumpa Hanna kali kedua waktu ibu bapa Hanna terlibat dalam kemalangan?” Soal Victoria lagi,ingin tahu. ByungHee tersenyum sambil angguk.

“Sebab tu,oppa tak biasa dukung baby. Walaupun oppa ni “duda anak satu” ,” kata ByungHee seraya berseloroh. Victoria tersenyum nipis.

“Tapi oppa dah tunjukkan kepada orang lain yang oppa boleh jadi seorang bapa yang baik, walaupun Hanna tu bukannya anak kandung oppa.Vic yakin yang oppa juga boleh jadi bapa yang baik kalau oppa dah ada anak sendiri nanti,”kata Victoria sambil tersenyum. Senyuman ByungHee kian lebar.

“Dan oppa pun yakin yang Vic akan jadi ibu yang baik waktu KITA dah ada anak sendiri nanti,” kata ByungHee pula, sengaja menekankan perkataan ‘kita’ itu kepada Victoria.

“Betul tu,”balas Victoria,bagaikan tidak menyedari akan makna yang tersembunyi di sebalik kata-kata ByungHee itu.ByungHee cuba menahan dirinya daripada ketawa.

“Vic tak boleh lupalah muka baby tadi. Comel sangat. Nanti oppa bawa Vic melawat Hye Mi unni lagi,ya oppa?” Pinta Victoria. ByungHee angguk sambil tersenyum.

“Baby tadi memang comel pun, Vic.Tapi…”ByungHee menoleh ke arah Victoria.

“…anak kita nanti mesti lagi comel,kan?” Sambung ByungHee.

“A’ah, anak kita nanti mesti comel,”kata Victoria sambil tersenyum.Namun senyumannya mengendur tidak lama selepas itu sebaik sahaja menyedari kata-kata ByunGHee sebentar tadi.

“Anak…bwo?” Soal Victoria.ByungHee ketawa.

“Kenapa? Salahkah oppa cakap?” Soal ByungHee,sengaja berlagak biasa.Lidah Victoria bagaikan kelu.ByungHee kemudiannya mencapai tangan Victoria sebelum dikucupnya tangan itu dengan lembut.Tangan Victoria itu terus digenggamnya kemas sambil meneruskan pemanduan keretanya.Victoria pula terus memandang ke arahnya tanpa bersuara. Perlahan-lahan, ByungHee memberhentikan keretanya di bahu jalan sebelum dia menoleh ke arah Victoria.

“Gomawo,”ucap ByungHee.

“Sebab sudi untuk jadi isteri oppa dan ibu kepada Hanna…walaupun pada asalnya oppa tak sukakan kehadiran Vic dalam hidup oppa sebelum ni.Tapi…”

Pipi Victoria itu diusapnya lembut.

“…Sekarang oppa rasa hidup oppa tak lengkap tanpa Vic dan Hanna.Oppa sayangkan Hanna. Dan oppa juga…sayangkan Vic…lebih daripada nyawa oppa sendiri.”

“Janji dengan oppa…yang Vic takkan sesekali tinggalkan oppa.Okay?” Soal ByunGHee.

“Oppa…kenapa tiba-tiba saja ni?” Soal Victoria,masih lagi terkejut dengan kata-kata ByungHee itu.ByungHee sekadar tersenyum.Pipi Victoria itu diusapnya sekali lagi.Mata Victoria berwarna hazel itu ditatapnya.

“Waktu oppa tengok Vic dukung baby tadi…tiba-tiba terdetik dalam hati oppa…yang Viclah wanita yang oppa cari selama ni.Viclah wanita yang oppa patut cintai dan kahwini selama ni.Dan Viclah wanita yang sepatutnya menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak oppa suatu hari nanti.”

“Dan waktu tu juga oppa tekad…yang oppa akan habiskan seluruh hidup oppa hanya untuk Vic, Hanna, dan bakal anak-anak kita.Oppa nak bina keluarga bahagia hanya dengan Vic. “

Kelihatan butir butir jernih mulai bergenang di kelopak mata Victoria.

“Sebab oppa hanya cintakan Vic.Dan oppa berjanji, walau apa pun terjadi, cinta oppa hanya untuk Vic.Kalau katakan Vic akan tinggalkan oppa juga suatu hari nanti, perasaan oppa terhadap Vic tetap takkan berubah,”kata ByungHee.Victoria menyeka air matanya yang mulai mengalir itu.Perlahan-lahan,ByungHee mengucup lembut mata Victoria.

“I love you,Vic.”

Victoria tersenyum dalam tangis sebelum dia memeluk suaminya itu dengan erat.

“I love you too…”

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((