Chapter 4

You Belong With Me

Victoria ragu-ragu untuk mengetuk pintu bilik ByungHee sambil membawakan beberapa helaian pakaian ByungHee yang sudah siap dibersihkan itu. Dia berdehem beberapa kali sebelum dia mengambil keputusan untuk mengetuk pintu bilik lelaki itu. Tidak lama selepas itu, pintu bilik itu pun dibuka dari dalam. Kelihatan ByungHee tergamam untuk seketika apabila melihat Victoria yang sedang berdiri di hadapannya itu. Sejak insiden malam itu, hubungan mereka kembali menjadi janggal. Mereka tidak banyak berbual seperti biasa. Mereka hanya berbual sekiranya perlu.

“Em…ada apa?” Soal ByungHee, cuba berlagak biasa di hadapan Victoria. Victoria kemudiannya menghulurkan pakaian kepada ByungHee.

“Ni…baju awak. Saya dah siap basuh dan keringkan baju awak. Mesti awak nak bawa baju-baju ni ke Tokyo nanti kan?” Soal Victoria. Entah mengapa wajahnya terasa panas apabila berhadapan dengan ByungHee. Pastinya kerana teringatkan insiden yang tidak disengajakan pada malam itu.

“Oh…ya. Memang saya nak bawa baju-baju ni sekali..” ByungHee kemudiannya mengambil pakaiannya daripada pegangan Victoria.

“Gomawo,”ucap ByungHee.

“Em…awak dah siap kemaskah? Ada apa-apa yang awak nak saya tolong?” Soal Victoria.

“Tak ada. Saya dah nak siap mengemas pun. Em…” ByungHee menggosok-gosok belakang lehernya.

“Terima kasih. Awak tak perlu susah-susah untuk tolong saya pun. Saya boleh buat sendiri,” kata ByungHee,tanpa memandang ke arah Victoria. Hubungan mereka yang baru sahaja akrab itu kini kembali janggal kerana insiden pada malam itu. Mereka kelihatan malu-malu apabila berhadapan sesama sendiri.

“Eh, tak ada apa-apa yang susahlah. Saya bukannya basuh baju awak dengan tangan pun. Mesin basuh yang basuhkan,” balas Victoria,cuba berseloroh. ByungHee tersenyum. Victoria turut tersenyum apabila melihat senyuman daripada lelaki itu.

 

 

“Kali ni appa pergi berapa lama?” Soal Hanna sambil melihat ByungHee yang sedang menarik bagasinya sebelum diletakkan di hadapan pintu itu.ByungHee kemudiannya mendukung Hanna sebelum dihadiahkan kucupan lembut pada pipi gebu anak perempuan tunggalnya itu.

“Mungkin appa pergi dalam seminggu. Hanna mesti janji dengan appa yang Hanna jangan nakal-nakal waktu appa tak ada,ok?” Soal ByungHee. Hanna tersenyum sambil angguk.

“Lagi satu, Hanna jangan susahkan Victoria unni,okey? Sebab unni sibuk. Kalau unni sibuk, Hanna duduk dengan halmoni,okey?” Soal ByungHee lagi.

“Okey. Hanna janji,” kata Hanna.ByungHee tersenyum lebar sambil menggosok-gosok lembut rambut Hanna. Hanna ketawa. Victoria yang baru sahaja menuruni anak tangga itu turut tersenyum apabila melihat telatah dua beranak itu. ByungHee yang menyedari kehadiran Victoria itu, menoleh ke arahnya.

“Awak tertinggal kot awak,”kata Victoria sambil menghulurkan kot kepada ByungHee.

“Oh…gomawo. Nasib baik awak bawakan,”kata ByungHee sambil mengambil kot miliknya itu daripada Victoria.

“Em…saya minta maaf sebab tak dapat nak hantarkan awak ke airport. Saya terpaksa ke hospital awal hari ni,”kata Victoria,dengan rasa bersalah. ByungHee membalasnya dengan senyuman.

“Gwenchana. Saya yang patut minta maaf dekat awak sebab terpaksa minta tolong awak hantarkan Hanna ke tadika. Lagipun, nanti Joon yang akan hantarkan saya ke airport. Awak tak perlu nak minta maaf pun,”kata ByungHee.

Perbualan mereka terhenti seketika apabila kedengaran bunyi hon kereta ditekan dari luar.

“Em, Joon dengan SeungHo dah sampai pun,”kata ByungHee sebaik sahaja dia membuka pintu rumahnya itu.

“Dah siap dah semua barang,Hyung?” Soal Joon sebaik sahaja dia berdiri di hadapan pintu rumah ByungHee itu. SeungHo turut mengikutinya dari belakang.

“Dah.Kita dah boleh bertolak terus ke airport,”kata ByungHee.Dia kemudiannya menoleh ke arah Hanna yang kelihatan mulai untuk menangis itu.Perlahan-lahan,dia menundukkan tubuhnya di hadapan Hanna.

“Wae? Ini bukannya kali pertama appa pergi jauh pun. Kenapa Hanna menangis ni?” Soal ByungHee sambil mengesat air mata Hanna yang mulai mengalir itu.

“Hanna nak ikut,”kata Hanna dalam sebak. ByungHee tersenyum.

“Appa ada kerja. Appa janji nanti appa belikan hadiah untuk Hanna,okey?Hanna kan dah janji yang Hanna nak jadi budak baik waktu appa tak ada nanti?”Soal ByungHee pula.Kelihatan Hanna mengangguk,mengiyakan kata-kata ayahnya itu.

“Hanna ah…samcheon janji nanti samcheon pun belikan hadiah untuk Hanna.Hanna jangan nangis ya?”Pujuk SeungHo pula,yang kelihatannya sudah biasa dengan perangai Hanna yang manja itu.SeungHo kemudiannya memandang ke arah Victoria yang sedang berdiri tidak jauh daripada ByungHee itu.

“Awak mesti Victoria kan?” Soal SeungHo. Victoria memandang ke arahnya sambil tersenyum.

“Ya. Saya Victoria,”balas Victoria.

“Saya SeungHo.Kawan baik ByungHee,”kata SeungHo sambil menghulurkan tangannya ke arah Victoria.

“Dan saya Chang Sun.Tapi awak boleh panggil saya Joon,”kata Joon pula,memperkenalkan dirinya kepada Victoria.Victoria menyambut huluran tangan mereka sambil tersenyum lebar.

“Beruntungnya Hyung ada isteri yang cantik macam awak. Cemburu pula saya,”kata Joon seraya memuji Victoria. Victoria sekadar tersenyum. ByungHee yang sedang mendukung Hanna itu sekadar mencebik.

“Pergilah kahwin. Jangan sibuk nak cemburu saja,”balas ByungHee.

“Aik,Hyung? Hyung cemburukah Joon puji Victoria cantik?” Soal Joon,seraya mengusik.

“Dah, dah, dah. Kita dah lambat ni. Tolong masukkan bagasi Hyung dalam kereta,”kata ByungHee,terus sahaja menukar topik perbualan. Joon dan SeungHo sekadar ketawa. Mereka begitu arif dengan sikap ByungHee yang kelihatannya tidak selesa diusik dengan Victoria itu.

ByungHee kemudiannya menyerahkan Hanna ke pangkuan Victoria.Dia mengusap lembut rambut Hanna sambil tersenyum.

“Hanna janji dengan appa jangan nakal-nakal,okey? Tunggu appa balik. Appa janji yang appa akan balik jumpa dengan Hanna cepat-cepat,”kata ByungHee.Hanna mengesat matanya sambil mengangguk.

“Bagus Jung Hanna ni. Macam nilah anak appa,”kata ByungHee. Victoria sekadar tersenyum.ByungHee kemudiannya memandang ke arah Victoria.Begitu juga dengan Victoria.

“Kalau ada apa-apa masalah, awak mesti telefon saya.Okay?” Soal ByungHee.

“Em,Okay,”balas Victoria.Mereka kemudiannya terdiam untuk seketika,bagaikan sedang mencari idea untuk berbual di saat akhir sebelum ByungHee bertolak ke Tokyo.

“Awak pun…kalau ada apa-apa masalah,telefon saya juga,”kata Victoria.ByungHee angguk.

“Awak pun jaga diri. Jaga diri awak dan Hanna baik-baik.Kalau awak takut duduk sini seorang dengan Hanna,awak datang saja rumah omma.Arasso?” Pesan ByungHee lagi.

“Okay,”balas Victoria.

“Okey.Saya pergi dulu,”kata ByungHee.Victoria sekadar mengangguk.

“Hyung!”

ByungHee menoleh ke belakang.

“Takkan cakap-cakap saja? Bagilah ciuman selamat tinggal sikit,”usik Joon dari keretanya. SeungHo sekadar ketawa. ByungHee memandang tajam ke arah Joon,sebagai isyarat untuk menghentikan gurauannya itu. Joon dan SeungHo sekadar ketawa, langsung tidak gentar dengan pandangan tajam daripada lelaki itu.

“Awak pergilah cepat.Nanti awak terlepas flight pula,”kata Victoria yang sedang mendukung Hanna itu.ByungHee sekadar tersenyum sambil mengangguk. Dia kemudiannya memandang ke arah Victoria sebelum dia memeluk Victoria dan Hanna. Victoria tergamam apabila menyedari dirinya yang sedang dipeluk oleh ByungHee itu. Begitu juga dengan SeungHo dan Joon yang sedang melihat mereka dari kereta itu. ByungHee melepaskan pelukannya sebelum dia segera beredar meninggalkan Victoria dan Hanna di situ.

“Jom kita pergi,”kata ByungHee sambil membuka pintu kereta pada bahagian tempat duduk belakang.SeungHo dan Joon masih lagi memandang sesama sendiri,bagaikan tidak percaya dengan apa yang telah dilihat oleh mereka sebentar tadi.Victoria juga masih lagi berdiri kaku di situ.

“Unni…” Hanna memegang bahu Victoria sebelum digerakkan bahu itu dengan perlahan. Victoria memandang ke arahnya.

“Appa dah nak pergi dah,”kata Hanna sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah ByungHee di dalam kereta.Victoria memandang ke arahnya. Kelihatan ByungHee turut sedang memandang ke arahnya. ByungHee kemudiannya tersenyum sambil melambaikan tangannya.Hanna membalas lambaian ByungHee. Victoria pula tersenyum sebelum dia juga membalas lambaian tangan lelaki tersebut.

Senyuman Victoria mengendur sebaik sahaja melihat kereta yang dinaiki oleh ByungHee itu semakin jauh dari pandangannya.Entah mengapa hatinya berasa sayu ketika itu. Tempoh seminggu itu bukanlah tempoh yang lama, namun hatinya berasa berat untuk berpisah dengan ByungHee dalam tempoh tersebut.Perlahan-lahan,dia melepaskan keluhan berat sebelum dia menoleh ke arah Hanna.

“Em…unni hantar Hanna pergi sekolah ya?” Soal Victoria. Hanna menoleh ke arahnya sambil mengangguk.Victoria kemudiannya mengambil beg Hanna sebelum dipakaikan pada bahu kanak-kanak perempuan tersebut.

“Unni…”

“Em wae?” Soal Victoria sambil memperkemaskan pakaian sekolah yang dipakai oleh Hanna itu.

“Hanna dah rindukan appa,”kata Hanna,perlahan.

“Appa pergi sekejap saja.Lagipun appa dah janji yang appa akan telefon Hanna kalau appa dah sampai di Tokyo nanti. Okay?” Pujuk Victoria.

“Unni minta maaf sebab tak dapat nak hantarkan appa ke airport sebab unni ada kerja. Kalau tak,mesti Hanna boleh jumpa dengan appa lebih lama,”katanya lagi.

“Unni…tak rindukan appa?” Soal Hanna. Victoria terdiam untuk seketika.

“Em…jom kita pergi sekarang ya?” Ajak Victoria,cuba mengubah topik perbualan.

 

Joon dan SeungHo sibuk memerhatikan ByungHee yang sedang duduk di belakang menerusi cermin pandang belakang. Lelaki itu kelihatan murung, seolah-olah berasa sedih atas kehilangan sesuatu yang begitu penting baginya itu.

“Hyung!” Panggil Joon.

“Em.” Balas ByungHee,tanpa menoleh ke arah Joon. SeungHo pula sekadar mendengar.

“Kenapa nampak muram saja ni? Macam orang putus cinta saja ni,”kata Joon sambil tersenyum ke arah SeungHo. SeungHo turut membalas senyuman Joon.

“Tak ada apa-apa. Jangan nak sibuk hal orang. Tengok depan waktu memandu tu,”kata ByungHee, bagaikan sudah memahami niat Joon yang mahu mengusiknya itu.

“Kalau dah mula rasa rindu, apa salahnya kalau Hyung telefon dia. Dia pun mesti dah mula rindu dekat Hyung,”kata Joon lagi.Kali ini, ByungHee menoleh ke arah Joon dengan pandangannya yang tajam itu.

“Yah! Lagi sekali Joon usik Hyung, Hyung takkan benarkan Joon berhubung dengan Soo Jung lagi,arasso?” Soal ByungHee,rimas. Joon menoleh ke arah SeungHo.

“Arasso~~” Balas Joon sambil meneruskan pemanduannya ke lapangan terbang.

 

 

“Eh, hari ni Encik Jung ByungHee tak hantarkan Hanna?” Soal guru muda sambil tersenyum ke arah Victoria yang sedang memimpin tangan Hanna,menuju ke arah kelasnya itu.

“Hari ni dia bertolak ke Tokyo. Sekarang ni pun dia dalam perjalanan ke airport,”kata Victoria.

“Oh begitu. Kalau macam tu, saya akan hubungi Puan Victorialah kalau ada apa-apa masalah yang berlaku kepada Hanna untuk tempoh seminggu ni,kan?”Soal guru muda itu.

“Ya.Kalau ada apa-apa masalah, telefon saya terus,”kata Victoria. Dia kemudiannya memandang ke arah Hanna yang kini sedang memegang tangan gurunya itu.

“Unni pergi dulu ya? Petang nanti, unni jemput Hanna dari sekolah,”kata Victoria. Hanna sekadar mengangguk.

“Unni jangan lambat tau,” pesan Hanna. Victoria tersenyum sambil mengangguk.

 

Victoria mengeluarkan telefon bimbitnya sebaik sahaja menyedari isyarat mesej masuk sewaktu dia berjalan menuju ke arah keretanya. Bibirnya tersenyum lebar apabila membaca isi kandungan mesej yang dihantar oleh ByungHee itu.

“ Saya dah nak bertolak ke Tokyo. Take care.”

Victoria kemudiannya menaip sesuatu pada skrin telefon bimbitnya itu.

“Awak pun jaga diri. Jangan lupa telefon bila dah sampai nanti. Take care.”

 

ByungHee menyembunyikan senyumannya sebaik sahaja menerima mesej yang dihantar oleh Victoria itu. Kelakuannya itu disedari oleh SeungHo yang sedang duduk di sebelahnya itu.

“Aku tengok kau ni dah makin rapat dengan Victoria,”kata SeungHo. ByungHee kemudiannya mematikan telefon bimbitnya sebelum dia bersandar pada tempat duduknya.

“Tak adalah. Kami biasa-biasa saja,”kata ByungHee,menafikan kata-kata SeungHo. SeungHo mencebik.

“Tak payah nak berdalih lagi,ByungHee. Aku bukannya kenal kau sehari dua pun,”kata SeungHo. ByungHee tidak membalas kata-kata SeungHo.

“Tapi baguslah kalau macam tu. Memang patutnya kau rapat dengan Victoria kan. Dia kan isteri kau,”kata SeungHo sambil tersenyum. ByungHee menyembunyikan senyumannya. Hatinya melonjak-lonjak tidak sabar untuk tiba di Tokyo. Dia begitu tidak sabar untuk mendengar suara Victoria sebaik sahaja dia menjejakkan kakinya di bumi Jepun sebentar lagi.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((