Chapter 7

You Belong With Me

Victoria melihat jam tangannya sebaik sahaja dia berdiri di hadapan pintu bilik ByungHee.

“Dia tak kerjakah hari ni?” Soalnya sendiri. Dia mulai mengangkat tangannya, berura-ura mahu mengetuk pintu bilik lelaki tersebut. Namun, dia menangguhkan niatnya itu sebaik sahaja teringatkan kelakuan ByungHee yang berubah dingin terhadapnya itu. Victoria mengeluh perlahan. Dia ingin memberikan penjelasan kepada lelaki itu, namun dia tidak pasti dari mana dia harus mulakan. Victoria memandang ke arah pintu bilik ByungHee sebelum dia meletakkan tangannya pada pintu tersebut.

“ByungHee…saya…”

Victoria berhenti seketika.

“Saya dah siapkan sarapan dekat bawah. Em..hari ni awak tak payahlah hantar saya ke hospital ya. Saya boleh pergi sendiri,”kata Victoria. Namun, tiada langsung balas daripada lelaki tersebut.

“Saya…saya pergi dulu,”kata Victoria,perlahan-lahan beredar dari bilik ByungHee. Dia kemudiannya menoleh sekilas ke arah bilik itu, mengharapkan ByungHee membuka pintu biliknya itu. Namun, bilik itu tetap dibiarkan berkunci. Victoria hampa, lalu terus sahaja beredar dari situ.

 

 

“Lewat balik hari ni, Doktor?” Soal seorang jururawat sebaik sahaja melihat Victoria yang sedang memeriksa sesuatu pada fail pesakitnya di kaunter itu. Victoria sekadar tersenyum.

“Ada banyak kerja sikit hari ni,”kata Victoria. Sesekali dia akan memeriksa telefon bimbitnya, mengharapkan ada panggilan atau mesej daripada suaminya itu. Namun, langsung tiada khabar daripada lelaki itu. Masih marah lagikah lelaki itu terhadap dirinya?

“Hari ni bukannya doktor on-call pun. Doktor kan boleh serahkan kerja tu dekat houseman yang bertugas?” Soal jururawat itu lagi.

“Tak apa. Saya habiskan kerja saya sedikit. Lepas ni saya baliklah,”kata Victoria.

“Kalau macam tu, doktor boleh panggil saya kalau perlukan apa-apa ya?” Kata jururawat itu sebelum beredar meninggalkan Victoria di kaunter itu.Victoria sekadar tersenyum sambil mengangguk.Victoria melepaskan keluhan kecil sebaik sahaja jururawat itu meninggalkannya seorang diri di kaunter itu.

“Kenapa dia langsung tak call atau mesej ni?” Soalnya,perlahan. Entah mengapa, timbul perasaan tidak enak dalam hatinya. Penantiannya berakhir apabila terdengar deringan telefon bimbitnya namun kali ini pemanggilnya bukanlah ByungHee. Sebaliknya panggilan telefon daripada tadika Hanna. Tanpa menunggu lama lagi, dia terus menjawab panggilan itu.

“Victoria bercakap,”kata Victoria.

“Puan Victoria, saya Cik Lee, guru kelas Hanna,”balas pemanggil itu.

“Ya,ada apa?” Soal Victoria.

“Puan sedang sibukkah?” Soal Cik Lee,ingin tahu.

“Kerja saya dah nak habis. Kenapa ya, Cik Lee?” Soal Victoria,mulai bimbang. Ada sesuatu perkara buruk terjadi terhadap Hannakah?

“Begini Puan Victoria. Hanna masih ada di sekolah sekarang ni. Dan saya dah cuba hubungi Encik Jung ByungHee, tapi dia langsung tak angkat telefon. Puan tahukah Encik Jung ada di mana sekarang?” Soal Cik Lee. Mata Victoria terbuka luas sebaik sahaja mendengar penerangan daripada Cik Lee.

“Hanna masih ada di sekolah? Saya ingatkan ByungHee dah jemput dia dari sekolah,”kata Victoria,tidak percaya. Dia kemudiannya melihat jam tangannya.

“Boleh tak Cik Lee tengokkan Hanna sekejap? Saya akan cuba sampai ke sana secepat yang mungkin,”kata Victoria, segera beredar dari wad sambil menghubungi telefon bimbit ByungHee pula. Namun, seperti yang dikatakan oleh Cik Lee sebentar tadi, panggilannya langsung tidak berjawab.

“Ke mana pula ByungHee pergi ni? Takkan dia boleh lupa untuk jemput Hanna dari sekolah?” Ngomelnya.

 

 

“Hanna!”

Hanna yang sedang duduk sambil menangis di taman itu mendongak apabila terdengar namanya dipanggil oleh seseorang.Victoria segera berlari ke arah Hanna yang sedang duduk sambil ditemani oleh Cik Lee itu.

“Unni!”

Hanna segera berlari ke arah Victoria sebelum dia memeluk wanita itu dengan erat.

“Unni pergi mana? Kenapa datang lambat?” Soal Hanna dalam tangis. Victoria mengusap belakang Hanna dengan lembut.

“Unni minta maaf ya?Unni betul-betul minta maaf,”ucap Victoria berkali-kali,cuba untuk memujuk Hanna yang sedang menangis itu.Hanna pula terus menangis dalam pelukan Victoria. Victoria kemudiannya memandang ke arah Cik Lee. Wanita itu sekadar mengeluh perlahan.

 

 

Victoria terkejut apabila melihat kereta milik ByungHee yang masih lagi terparkir di garaj rumah mereka, seolah-olah langsung tidak diusik sejak semalam.

“Appa tak pergi kerjakah,unni?” Soal Hanna sambil menoleh ke arah Victoria.

“Em…unni pun tak pasti.Jom kita masuk tengok appa,”kata Victoria sambil cuba membantu Hanna membukakan tali pinggang keledar.Mereka kemudiannya segera menuju ke arah bilik ByungHee sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.

“ByungHee! ByungHee!”Victoria memanggil ByungHee sambil mengetuk pintu bilik itu berkali-kali.

“Appa!” Hanna turut melakukan perkara yang sama. Victoria mendengus kasar sebelum dia beredar dari situ, untuk mencari kunci pendua yang disimpan tidak jauh dari situ.Sebaik sahaja, dia mendapat kunci pendua tersebut, Victoria segera membuka pintu bilik itu sambil diperhati oleh Hanna.

“ByungHee…awak..”

Victoria terkejut melihat ByungHee yang sedang terbaring lemah di atas lantai itu. Pakaiannya juga masih belum ditukar.

“ByungHee!”

“Appa!”

Victoria segera menerpa ke arah ByungHee sebelum dia meletakkan kepala ByungHee di atas pahanya. Victoria terkejut apabila mendapati tubuh ByungHee yang terasa panas itu.

“ByungHee…ByungHee..”

 Victoria menepuk lembut pipi ByungHee, cuba untuk menyedarkan lelaki itu. Namun, ByungHee terus tidak sedarkan diri.Victoria mengeluh perlahan.

“Unni…kenapa dengan appa?” Soal Hanna,mulai sebak melihat keadaan bapanya yang lemah itu.

“Appa demam. Nanti unni bagi appa makan ubat. Hanna jangan risau,okey?” Balas Victoria, cuba menenangkan Hanna yang sedang bimbang itu.Dia kemudiannya memandang ke arah wajah ByungHee yang kelihatan pucat itu.

 

“Saya minta maaf sangat sebab dah menyusahkan awak dengan Joon ssi,”kata Victoria kepada SeungHo dan Joon yang berdiri di hadapannya itu.

“Tak apa. Dah lamakah ByungHee jadi macam tu?” Soal SeungHo, sambil menoleh ke arah ByungHee yang sedang berehat di atas katil itu. Keadaan ByungHee kelihatan lebih baik selepas pakaian basahnya itu ditukar oleh SeungHo dan Joon.

“Saya pun tak pasti. Tapi mungkin dia dah jadi macam ni sejak malam semalam. Em…miane…saya tahu saya tak jaga dia dengan baik,”kata Victoria sambil menundukkan kepalanya.

“Eh, jangan cakap macam tu. Awak pun tak tahukan dia jadi macam ni,”kata Joon pula.

“Minta maaflah kalau saya tanya soalan macam ni…Awak dengan ByungHee…bergaduhkah?” Soal SeungHo,ingin tahu. Victoria memandang ke arahnya. Joon juga turut menantikan jawapan daripada wanita itu.

“Saya…saya tak tahu.Tapi…mungkin memang ada salah faham antara kami. Entah…saya pun tak tahu. Saya takut kalau dia jadi macam ni disebabkan saya,”kata Victoria,perlahan. SeungHo tersenyum nipis.

“Gwenchana. Dia tak ada apa-apa.Lepas dia makan ubat nanti, dia baiklah,”kata SeungHo,cuba menyedapkan hati wanita itu. Dia yakin pasti ada masalah yang berlaku antara pasangan itu. Cuma dia tidak ada hak untuk masuk campur. Biarlah mereka berdua sahaja yang menyelesaikan masalah itu sendiri.

“Saya dah belikan ubat yang awak pesan. Nanti bila dia dah bangun, awak bagilah dia makan ubat tu,okey?” Soal SeungHo. Victoria mengangguk perlahan.

“Gomawo. Saya minta maaf sangat-sangat sebab menyusahkan awak berdua malam ni,”kata Victoria,rasa bersalah.

“It’s okay.Ada apa-apa lagi yang perlu kami tolong?” Soal Joon pula.Victoria menggeleng sambil tersenyum.Dia kemudiannya menoleh ke arah ByungHee yang masih belum sedarkan diri itu sambil mengeluh perlahan.

 

 

Victoria meletakkan makanan panas di atas meja bersebelahan dengan katil ByungHee. Dia kemudiannya meletakkan tangannya pada dahi lelaki tersebut, untuk memeriksa suhu badannya itu. Victoria mengeluh apabila mendapati demam ByungHee masih belum kebah.Perlahan-lahan,dia menggerakkan bahu lelaki itu.

“ByungHee…ByungHee…”

Bibirnya menguntum senyuman lega apabila melihat ByungHee yang mula membuka mata secara perlahan-lahan itu.

“Awak dah tidur lama sangat dah. Awak bangun sekejap untuk makan okey? Lepas tu boleh makan ubat. Badan awak panas sangat ni,”kata Victoria sambil meletakkan tangannya pada dahi lelaki itu lagi.Namun, ByungHee meletakkan lengan pada dahinya.

“Saya tak apa-apa…” Balas ByungHee,perlahan.

“Badan awak panas lagi ni, ByungHee.Awak kena makan ubat,”pujuk Victoria. Namun, ByungHee tetap berdegil.Victoria mengeluh.

“Saya tahu awak marahkan saya.Tapi…izinkan saya untuk merawat awak. Tolong fikirkan anak awak. Hanna risau sangat bila tengok awak sakit macam ni, tahu tak?” Victoria terus memujuk ByungHee.ByungHee pula terus mendiamkan diri tanpa memandang ke arah Victoria.

“Awak makan sikit okey? Perut awak kosong. Nanti demam awak makin teruk lagi susah,”kata Victoria.Tanpa menantikan response daripada lelaki itu, Victoria mengambil semangkuk bubur yang diletaknya di atas meja itu.

“Saya tolong awak bangun ya,”kata Victoria cuba untuk membantu ByungHee duduk bersandar pada kepala katil itu.

“Saya boleh makan sendiri. Awak pergilah berehat,”kata ByungHee,enggan disuap oleh Victoria.

“Tak boleh. Semalam pun awak cakap yang awak akan buat sendiri. Saya tengok tadi awak langsung tak tukar baju. Sebab itulah awak demam,”kata Victoria,tegas.

“Awak…awak yang tukar baju sayakah?” Soal ByungHee.

“Ani…Tadi SeungHo dan Joon datang. Mereka yang tolong tukarkan baju awak,”kata Victoria,cuba menahan perasaan malunya itu. ByungHee turut mengalihkan wajahnya daripada Victoria.

“Dah.Mari saya suapkan awak makan,”kata Victoria sambil meletakkan sudu berisi bubur pada bibir ByungHee.Namun, ByungHee mengalihkan wajahnya daripada Victoria.

“Saya kata saya boleh makan sendiri,”kata ByungHee,terus berdegil.

“Awak jangan nak berdegil lagi,arasso? Saya tak suka pesakit saya degil,”kata Victoria.Kali ini nada suaranya lebih tegas sehingga membuatkan lelaki itu terdiam.

“Buka mulut tu,”kata Victoria lagi. Perlahan-lahan, ByungHee membuka mulutnya.Kelihatan dia sukar untuk menelan makanan itu.

“Tekak awak sakit ya?” Soal Victoria,prihatin. Kali ini suaranya kembali lembut. ByungHee sekadar angguk. Victoria tersenyum. Dia kemudiannya menghulurkan air kepada ByungHee.

“Nah, minum air ni banyak-banyak. Nanti saya bagi awak makan ubat sakit tekak,” kata Victoria. ByungHee sekadar patuh. Dia tahu dia tidak boleh melawan kata-kata Victoria lagi.

“Awak memang garang macam inikah dengan pesakit awak?” Soal ByungHee sambil memandang ke arah Victoria yang sedang meletakkan semula gelas di atas meja itu. Victoria sekadar tersenyum.

“Tak. Ni kali pertama saya garang dengan pesakit. Sebab kali ni, pesakit saya sangat degil mengalahkan budak kecil,”kata Victoria.

“Nah, makan lagi sikit,”pujuk Victoria. ByungHee menggeleng.

“Baru satu sudu awak makan. Makanlah sikit lagi. Macam mana saya nak bagi awak makan ubat,”kata Victoria.

“Saya tak seleralah,”balas ByungHee.Victoria mengeluh perlahan.

“Kure…saya bagi awak makan ubat.Lepas tu awak boleh tidur balik,okey?” Soal Victoria. ByungHee sekadar angguk.

 

Victoria meletakkan tangannya pada dahi ByungHee yang ketika itu sedang nyenyak tidur. Dia melepaskan nafas lega apabila mendapati demam ByungHee yang mulai kebah itu.

“Susah juga nak jaga bapa budak ni…Ingatkan budak kecil lagi susah nak bagi makan ubat. Rupanya bapa budak lagi susah,”ngomelnya perlahan. Dia kemudiannya memandang ke arah ByungHee yang sedang tidur itu. Perlahan-lahan, dia mengusap lembut rambut ByungHee yang berwarna hitam sambil tersenyum nipis.

“Saya hanya ada awak, ByungHee…Tak ada orang lain,”katanya.Sekali lagi dia mengusap lembut rambut lelaki itu.

“Sweet dream,”ucapnya,perlahan sebelum dia mengucup lembut dahi lelaki tersebut.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((