Chapter 36

You Belong With Me

“Tiba-tiba oppa terasa nak guna kereta sayanglah,”kata ByungHee sambil memakai tali lehernya. Victoria yang sudah selesai mengemaskan katil itu segera berjalan ke arah suaminya. ByungHee membiarkan Victoria mengikat tali leher yang sudah pun tergantung pada lehernya itu. Dia tersenyum puas apabila melihat Victoria yang semakin mahir dalam mengikatkan tali leher untuknya itu.

“Kenapa pula? Kereta Vic bukannya besar macam kereta oppa pun,”kata Victoria sambil mengikatkan tali leher untuk suaminya itu.

“Saja. Lagipun Vic tak keluar mana-mana pun kan hari ni?” Soal ByungHee sambil memandang ke arah Victoria. Victoria menggeleng perlahan.

“Malaslah nak keluar. Vic nak berehat dekat rumah saja hari ni. Lagipun oppa mesti lagi suka kalau Vic duduk rumahkan,”teka Victoria sambil memandang ke arah suaminya. ByungHee tersenyum lebar.

“Oppa tak kisah kalau Vic nak keluar pun. Tapi jangan keluar seorang. Vic ajaklah JooYeon atau SooJung. Biar ada orang temankan. Tak adalah oppa risau sangat,”kata ByungHee. Victoria mengangguk.

“Oppa jangan risaulah. Vic memang bercadang nak duduk rumah saja pun hari ni. Lagipun Vic nak masak special untuk oppa. Oppa nak makan apa? Biar Vic masakkan,”kata Victoria sambil meletakkan tangannya pada bahu ByungHee. ByungHee tersenyum sambil merangkul kemas pinggang isterinya.

“Oppa tak kisah. Asalkan Vic yang masak, oppa makan saja,”balas ByungHee sebelum dia mencium pipi Victoria.

“Betul ni? Nanti kalau Vic masak air saja, oppa tak minum sampai habis,siap!” Balas Victoria. ByungHee ketawa.

“Takkan masak air saja, sayang? Kembunglah perut oppa nanti,”kata ByungHee. Victoria tersenyum sebelum dia memeluk suaminya dengan erat. ByungHee sekadar mengikut rentak isterinya.

“Hari Sabtu pun oppa kerja jugakah? Duduklah rumah. Temankan Vic dengan Hanna,”kata Victoria sambil menyandarkan kepalanya pada dada suaminya yang bidang itu.

“Oppa nak sangat duduk rumah. Kalau ikutkan hati, oppa memang tak nak pergi kerja hari ni. Oppa nak habiskan masa dengan Vic sepanjang hari. Tapi…” ByungHee mengeluh.

“Oppa terpaksa juga pergi. Kalau tak pergi, nanti client lari. Masak oppa kena marah dengan appa nanti,”kata ByungHee. Victoria memandang ke arah suaminya.

“Tak apalah kalau macam tu. Orang dah sibukkan…nak buat macam mana,”kata Victoria,kononnya merajuk.

“Ala…janganlah merajuk,please? Oppa janji…habis saja meeting nanti, oppa terus balik rumah. Okey?” Pujuk ByungHee. Victoria tersenyum.

“Vic tak merajuklah. Vic faham sangat dengan kerja oppa tu. Vic Cuma tak nak oppa kerja kuat sangat saja. Nanti sakit susah pula,”kata Victoria.

“Tak adalah kuat mana pun. Duduk atas kerusi saja. Dalam bilik air cond lagi,”kata ByungHee,seraya berseloroh. Victoria tersenyum sambil memukul lembut lengan suaminya. ByungHee tergelak kecil.

“Dahlah,oppa. Nanti oppa lambat pula,”kata Victoria sambil menarik lengan suaminya.

“Eh,tadi tak nak oppa pergi kerja sangat. Sekarang nak halau pula,”kata ByungHee.

“Cepat oppa pergi kerja, cepat oppa akan balik. Jom turun,”kata Victoria.ByungHee sekadar ketawa.

 

 

“Oppa pinjam kereta sayang ya,”kata ByungHee. Victoria yang sedang mendukung Hanna itu sekadar mengangguk sambil tersenyum.

“Hanna ni…turunlah bawah. Hanna dah besar dah. Mana boleh dukung-dukung lagi,”kata ByungHee sambil mengusap kepala anak perempuannya itu. Hanna mengeratkan pelukannya pada leher Victoria,seolah-olah enggan dilepaskan.

“Tak nak. Hanna nak omma dukung juga,”kata Hanna.

“Nanti Hanna nak dapat adik. Mesti omma dengan appa tak nak dukung Hanna lagi lepas ni,”sambung Hanna lagi. Wajahnya berubah sedih. Victoria membeliakkan matanya ke arah ByungHee.

“Pujuk cepat,”bisik Victoria.

“Siapa kata omma dengan appa tak nak peluk Hanna lagi kalau Hanna dah ada adik nanti?Hm?” Cepat-cepat ByungHee cuba untuk memujuk Hanna.

“Tadi appa yang cakap yang Hanna dah tak boleh kena dukung sebab Hanna dah besar,”balas Hanna,menundukkan wajahnya. ByungHee kemudiannya mendukung Hanna sambil diperhatikan oleh Victoria.

“Arasso…arasso. Appa minta maaf, okey? Omma kan baru saja sihat. Nanti kalau omma sakit lagi macam mana? Hanna nak tengok omma tidur dekat hospital lagikah?” Soal ByungHee seraya memujuk. Hanna menoleh ke arah Victoria. Victoria sekadar tersenyum ke arahnya.

“Tak nak,”jawab Hanna,perlahan.

“Kalau Hanna nak dukung, Hanna panggil appa sajalah. Omma tak larat nak dukung Hanna lama-lama. Sebab Hanna dah besar. Berat lagi,”kata ByungHee sekaligus mengusik.

“Mana ada berat!” Jerit Hanna. ByungHee dan Victoria ketawa.

“Yelah. Anak appa ni ringan. Tak berat pun. Appa saja usik Hanna ni,”kata ByungHee sebelum dia mencium pipi kanak-kanak itu. Hanna tersenyum puas hati. Mungkin hatinya sudah terpujuk.

“Mari dekat omma,Hanna. Appa dah lambat nak pergi kerja tu,”kata Victoria. Hanna akur. Pantas sahaja dia memaut lengan Victoria.

“Nasib baik dapat pujuk. Kalau tak, oppa tak boleh pergi kerja. Pujuk Hanna sampai dia okey balik,”kata Victoria. ByungHee tertawa kecil.

“Oppa dah biasa handle dah orang yang kuat merajuk ni. Nasiblah dapat isteri dengan anak yang kuat merajuk ni. Jangan sikap kuat merajuk ni turun dekat YoungMin sudah,”kata ByungHee sambil mencuit hidung Victoria.

“Eleh,cakap orang. Dia pun sama,”balas Victoria. ByungHee tersenyum.

“Oppa pergi dulu,okey? Kalau ada apa-apa, just call me,”kata ByungHee.

“Oppa balik awal ya?” Pinta Victoria sambil memegang tangan ByungHee dengan erat. ByungHee tersenyum ke arahnya sambil mengangguk. Tanpa mempedulikan kehadiran Hanna di situ, ByungHee terus sahaja mencium bibir isterinya. Victoria juga tidak menghalang.

“Oppa janji. Habis saja kerja, oppa terus balik. Okey?” Soal ByungHee. Victoria angguk walaupun hatinya terasa berat untuk melepaskan suaminya pergi.

“Hanna dengar cakap omma,okey?” Pesan ByungHee kepada Hanna pula. Hanna sekadar angguk. ByungHee tersenyum sebelum dia melangkah masuk ke dalam kereta.

“I love you!” Laung ByungHee dari dalam kereta. Victoria tersenyum lebar. Dia melambaikan tangannya sehinggalah kelibat suaminya hilang dari pandangan matanya.

 

 

“Wow, unni. Sedapnya bau! Unni masak apa ni?” Soal SooJung sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam dapur. Victoria yang sedang sibuk menyiapkan makanan tengahari itu sekadar tersenyum.

“Unni masak biasa-biasa saja, SooJung.” Balas Victoria. SooJung berdiri di sebelah Victoria sambil memerhatikan kerja yang sedang dilakukan oleh Victoria itu. Dia akui akan kepakaran Victoria dalam bidang memasak. Cakap sahaja apa jenis hidangan yang diinginkan, pasti akan disediakan. Beruntungnya ByungHee oppa…

“SooJung dah pandai masak apa dah sekarang?” Soal Victoria. SooJung tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

“SooJung masih belajar lagi,unni. Tak adalah pandai sangat macam unni,”kata SooJung.Victoria tersenyum.

“Kalau SooJung nak belajar masak, unni boleh saja tolong. Lagipun, tak lama lagi SooJung kan nak kahwin dengan Joon. Kenalah pandai masak. Barulah Joon tak cari perempuan lain,”kata Victoria sekaligus mengusik. SooJung menyiku lembut lengan kakak iparnya itu. Victoria tergelak kecil.

“Lambat lagilah,unni. Bukannya kami nak kahwin sekarang pun,”kata SooJung sambil memegang bekas garam di hadapannya itu. Kening Victoria terangkat.

“Tapi oppa cakap yang Joon dah melamar SooJung. SooJung pun dah terima,”kata Victoria. SooJung mengangguk perlahan.

“Memang betul pun,unni. Lagipun…omma,appa dengan ByungHee oppa pun dah setuju. Cuma SooJung rasa macam tak bersedia lagi. Banyak lagi yang SooJung kena belajar sebelum menjadi seorang isteri. SooJung nak juga jadi isteri macam unni. Sebab tu lah, oppa sayang sangat dekat unni tau,”kata SooJung sambil tersenyum.

“Ada-ada sajalah SooJung ni,”kata Victoria.

“Habis tu, Lee Joon tak cakap apa-apa? Dia tak kisahkah ?” Soal Victoria pula.

“Dia okey. Lagipun dia kata dia tak nak paksa SooJung. Kalau SooJung betul-betul dah bersedia, baru kami akan teruskan perkahwinan kami,”kata SooJung.Victoria tersenyum.

“Baguslah kalau macam tu. Sebab perkahwinan ni..bukannya benda main-main,SooJung. Banyak tanggungjawabnya. Kalau nak berkahwin hanya sekadar cinta sedangkan hati dan fikiran kita belum betul-betul bersedia, pun tak boleh juga. Lagipun SooJung muda lagi. Banyak lagi yang SooJung boleh buat sebelum berkahwin ni. Sebab lepas dah berkahwin nanti, jadi macam unnilah. Nak uruskan rumah tangga, anak, suami…bekerja lagi..kan banyak tanggungjawab tu,”kata Victoria. SooJung mengetap bibirnya,memikirkan kata-kata Victoria itu.

“Tapi…unni bahagiakan dengan oppa?” Soal SooJung,ingin tahu. Victoria memandang ke arahnya. SooJung turut memandang ke arahnya. Victoria kemudiannya tersenyum sambil mengangguk.

“Bahagia sangat…” Jawab Victoria. SooJung tersenyum puas hati mendengar jawapan Victoria itu. Bukannya dia tidak tahu punca yang menyebabkan terjadinya perkahwinan antara Victoria dengan abangnya itu. Oleh sebab itulah, dia begitu bimbang sekiranya Victoria berasa tidak bahagia bersama abangnya. Apatah lagi apabila dia melihat sendiri SeYeon yang hadir ke majlis hari jadi abangnya sebelum ini. Tidak mustahil sekiranya SeYeon sengaja hadir untuk menganggu rumah tangga abangnya yang baru sahaja mengecapi rasa bahagia itu.

“Unni.”

“Ya?”

“Kalau oppa ada buli unni…Unni cakap saja dekat SooJung. Tahulah SooJung nak kerjakan dia nanti,”kata SooJung. Victoria tertawa.

“Kalau nak cakap pasal buli…memang tiap-tiap hari dia buli unni pun. Dia tu bukannya boleh duduk diam kalau tengok unni tenang. Mesti ada benda nak diusiknya,”kata Victoria. SooJung tersenyum.

“Sweetnya…Jealouslah pula SooJung dengar. Ni yang tak sabar nak kahwin ni,”kata SooJung,teruja. Victoria mencebik.

“Eleh, tadi SooJung sendiri cakap tak readylah..apalah…Tiba-tiba nak kahwin pula,”kata Victoria. SooJung tersengih.

“Amboi rancaknya berbual.”

Kedua-dua wanita itu menoleh ke belakang. Kelihatan Lee Joon yang sedang mendukung Hanna berdiri berdekatan dengan pintu dapur.

“Oppa ni sibuklah. Pergilah main dengan Hanna dekat luar. Orang nak belajar masak dengan unni ni,”kata SooJung. Victoria sekadar tersenyum.

“Hah…eloklah tu. Belajar elok-elok. Ni masak nasi pun tak lepas. Macam mana nak masak untuk oppa ni?” Usik Lee Joon.

“Yah! Orang pandai masak nasi okey,”balas SooJung,tidak puas hati. Lee Joon ketawa terbahak-bahak apabila melihat wajah SooJung yang berubah merah itu.

“Hari ni Lee Joon tak kerja macam ByungHee oppakah?” Soal Victoria.

“Tak. Hari ni cuma ByungHee Hyung dengan SeungHo Hyung saja yang pergi meeting tu. Mereka tu orang penting syarikat. Saya ni…selalu kerja dekat luar. Jadi hal-hal dalam syarikat tu, saya tak berapa arif sangat,”kata Lee Joon.

“Oppa tu memang,unni. Buka laptop pun tak pandai. Memang patutlah kerja dekat luar office saja,”kata SooJung sebelum dia menjelirkan lidahnya ke arah Lee Joon.

“Amboi…lajunya dia mengata orang. Cium mulut tu baru tahu diam,”kata Lee Joon seraya mengugut. Cepat-cepat SooJung menutup mulutnya. Victoria tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Macam budak-budak betul…

“Daripada mengata orang, baik tolong Victoria tu. Kakak ipar awak tu pregnant. Nanti oppa report dekat Hyung yang SooJung tak tolong Victoria buat kerja,baru tahu,”kata Lee Joon sebelum dia beredar meninggalkan dua wanita itu di situ. SooJung mencebik.

“Unni masak banyak-banyak ni… ada apa-apakah unni?” Soal SooJung apabila melihat kepelbagaian jenis hidangan yang disediakan oleh Victoria itu.

“Tak ada apa-apa yang istimewa pun, SooJung. Saja unni masak semua ni untuk oppa. Baru-baru ni baru dia ada selera makan. Kalau tak, minum air pun dia tak lalu,”kata Victoria. SooJung angguk. Victoria kemudiannya berjalan ke arah rak untuk mengambil pinggan. Namun, entah mengapa pinggan itu terlepas dari pegangannya.

PRRANG!

“Unni!”

Tubuh Victoria menjadi kaku seketika apabila melihat serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai itu.

“Unni…Unni okey?” Soal SooJung sambil memegang erat tangan Victoria. Victoria memandang ke arahnya. Agak lama dia berkeadaan begitu sebelum dia menganggukkan kepalanya.

“Kenapa ni?” Soal Lee Joon yang baru saja muncul itu.

“Tak ada apa-apa,oppa. Cuma pinggan ni terlepas dari tangan unni saja,”kata SooJung.

“Omma!” Laung Hanna pula.

“Hanna jangan masuk ke dalam. Tunggu saja di situ,okey?” Pesan Lee Joon sebelum dia melangkah masuk ke dalam dapur. Cepat-cepat dia mengutip serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai itu.

“Unni betul-betul okeykah? Kepala unni ada rasa peningkah?” Soal SooJung,bimbang.

“Pening sikit saja,SooJung,”jawab Victoria,perlahan.

“Unni banyak sangat buat kerja ni. Kan oppa dah pesan jangan buat kerja banyak sangat. Ni kalau oppa tahu mesti dia marah,”kata SooJung sambil membantu Victoria untuk duduk di atas kerusi.

“Lee Joon…”

“Ya?”

“Awak tahu tak bila meeting tu habis?” Soal Victoria. Entah mengapa hatinya berasa sesuatu yang kurang enak. Seperti ada sesuatu perkara buruk yang terjadi.

“Saya tak pasti sangat. Mungkin petang sikit baru habis,”kata Lee Joon. Victoria sekadar mengangguk.

“Unni…kenapa ni? Unni dah buat SooJung risaulah,”kata SooJung. Victoria menggeleng perlahan.

“Unni okey. Mungkin unni penat kot,”kata Victoria cuba menyedapkan hati SooJung.

“Unni nak rehat dekat bilikkah? Biar SooJung temankan,”kata SooJung.

“Tak apa. Nanti unni okeylah,”kata Victoria sambil tersenyum. Perbualan mereka terganggu apabila kedengaran telefon bimbit Victoria berbunyi. Cepat-cepat Victoria mengambil telefon bimbitnya tanpa mempedulikan rasa sakit yang mulai terasa pada kepalanya itu.

“Oppa?”

Jawab Victoria apabila melihat nombor telefon ByungHee yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu.

 

“Unni…”Panggil SooJung,bimbang.

Telefon bimbit Victoria terlepas dari pegangannya. Air matanya mengalir laju.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((