Chapter 33

You Belong With Me

“Oppa…tadikan doktor dah cakap yang Vic okey?Oppa janganlah risau sangat,”kata Victoria apabila melihat ByungHee yang sedang meletakkan dulang berisi makanan di atas meja itu.Victoria sudah pun dibenarkan pulang ke rumah oleh pihak hospital setelah ditahan selama satu hari untuk menerima rawatan.ByungHee kemudiannya melabuhkan punggung di atas katil sebelum dia mengambil mangkuk berisi makanan itu dari atas meja.

“Memanglah Vic okey. Tapi kalau Vic tak berehat dan makan dengan cukup, Vic boleh pengsan lagi. Tadikan doktor ada cakap macam tu juga?”Balas ByungHee.Victoria memuncungkan mulutnya.ByungHee sekadar tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

“Tapi Vic dah banyak susahkan oppa,”kata Victoria sebelum dia disuapkan nasi oleh ByungHee.

“Kenapa pula? Inikan memang tanggungjawab oppa. Oppa buat semua ni pun untuk Vic dengan YoungMin juga,”kata ByungHee sambil tersenyum.Sungguh dia amat teruja dengan berita kehamilan isterinya itu.Tidak lama lagi keluarga mereka akan menerima ahli keluarga yang baru.Dan sudah tentu Puan Junglah insan yang paling gembira sebaik sahaja dikhabarkan mengenai berita gembira itu.

“Oppa ni…tak habis-habis dengan YoungMin.Kalau nanti kita dapat baby girl macam mana?” Soal Victoria.

“Oppa dapat rasakan yang kita akan dapat YoungMin juga,”kata ByungHee,penuh yakin.Victoria mencebik.Pipi suaminya itu dicubit lembut.

“Amboi,yakinnya dia,”kata Victoria.ByungHee tergelak.Dia kemudiannya mencium pipi isterinya sehingga membuatkan Victoria tersenyum lebar.Perbualan mereka terganggu seketika apabila terdengar bunyi ketukan pada pintu bilik mereka.

“Omma!”

Senyuman bahagia terukir pada bibir wanita itu sebaik sahaja melihat si kecil itu sedang berjalan ke arahnya.Victoria sengaja mendepakan kedua-dua tangannya sebelum dia menarik Hanna ke dalam pangkuannya.

“Omma demam lagikah? Appa cakap omma tak sihat,”kata Hanna sambil meletakkan tangannya pada dahi Victoria.Victoria tersenyum.

“Omma tak sakit. Cuma penat. Hanna ada buat nakalkah dekat rumah halmoni,hm?” Soal Victoria sambil mengusap lembut rambut Hanna yang hitam keperangan itu. Wajah Hanna yang kelihatan sedikit pan-asia itu ditatapnya dengan penuh rasa kasih.Kasih sayangnya terhadap kanak-kanak yatim piatu itu kian menebal dari hari ke hari.

“Mestilah tak.Hanna kan budak baik.Kan appa?” Soal Hanna,sambil menoleh ke arah ByungHee yang sedang duduk di sebelah Victoria itu.ByungHee memuncungkan mulutnya.

“Yakah?”Soal ByungHee,sengaja mengusik.

“Appa~~~”

ByungHee dan Victoria ketawa melihat telatah manja anak kecil itu.

“Appa main-main sajalah.Anak appa dengan omma ni memang baik.Sebab tu semua orang sayang Hanna,”kata ByungHee sambil menggosok kepala anak kesayangannya itu.

“Halmoni tengah buat apa?” Soal Victoria.Timbul rasa bersalah dalam benaknya kerana sekali lagi menyusahkan keluarga mertuanya itu.Jika ByungHee tidak memaksanya untuk berehat sekalipun, Puan Jung tetap ada untuk memastikan dia mendapat rehat yang secukupnya.

“Halmoni tengah masak.Dia kata khas untuk omma dengan adik,”kata Hanna.Mata Victoria terbuka luas.ByungHee sekadar tersenyum sumbing.Dia sudah masak dengan sikap ibunya yang terlalu mengambil berat itu.Mendiang JiHoon juga pernah memberitahunya perihal Puan Jung yang begitu mengambil berat akan kesihatan isterinya sewaktu mengandungkan Hanna dahulu.

“Tapi…makanan ni..” Victoria memandang ke arah makanan yang berada dalam pegangan tangan ByungHee itu.

“…makanan ni pun omma baru nak makan,”kata Victoria sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah ByungHee.ByungHee sekadar menjungkitkan bahunya.Victoria menepuk lembut lengan suaminya itu sehingga membuatkan ByungHee ketawa.

“Bukan selalu omma masakkan makanan special untuk Vic. Apa salahnya?” Soal ByungHee.

“Tapi Vic tak nak susahkan omeonimlah , oppa,”kata Victoria.

“Omma Cuma nak pastikan kesihatan Vic terjaga saja.Omma marah oppa tahu bila omma tahu yang Vic pengsan dekat hospital.Omma kata yang oppa tak jaga Vic betul-betul,”kata ByungHee , perlahan.

“Jinja?”Soal Victoria,tidak percaya.

“Betul,omma.Appa asyik kena marah dengan halmoni sebab omma selalu masuk hospital,”kata si kecil itu pula.Victoria memandang ke arahnya suaminya.Timbul rasa simpati dalam benaknya terhadap ByungHee.Lantas tangan suaminya itu dicapainya sebelum diramasnya dengan lembut.

“Miane.Sepatutnya Vic yang kena marah sebab Vic tak pandai jaga diri sendiri,bukannya oppa.Vic minta maaf ya,oppa?Hm?”Kata Victoria,seraya memujuk.ByungHee kemudiannya meletakkan jari pada bibirnya.Dahi Victoria berkerut.

“Oppa ni kenapa pula?” Soal Victoria.

“Kalau nak pujuk oppa,pujuk dekat sini,”kata ByungHee sambil menunjukkan bibirnya.

“Oppa,Hanna ada dekat sinilah,”kata Victoria,enggan untuk melakukannya di hadapan Hanna.ByungHee memuncungkan mulutnya.Victoria menelan air liur.

“Oppa!”

Victoria terus berkeras untuk tidak melakukannya.

“Gwenchana.Hanna tutup mata sekarang,”kata Hanna sambil menutup mata dengan kedua-dua tangannya.ByungHee tergelak melihat telatah comel anak perempuannya itu.

“Cepatlah,Vic.Sementara Hanna tengah tutup mata tu,”kata ByungHee sambil mendekatkan wajahnya ke arah Victoria.

“Dahkah omma?”Soal Hanna yang masih lagi menutup matanya itu.Tanpa menunggu lama lagi,Victoria segera mengucup bibir ByungHee.Wajahnya berubah merah.

“Okey,Hanna.Hanna dah boleh buka mata sekarang,”kata ByungHee sebelum dia sempat menghadiahkan kucupan pada bibir Victoria sekali lagi.Victoria membeliakkan kedua-dua matanya,tanda geram dengan sikap suaminya yang nakal itu. Hanna sekadar ketawa melihat telatah kedua-dua ibu bapanya itu.

“Hanna,siapa yang ajar Hanna buat macam tu ya?” Soal Victoria sambil berpeluk tubuh.

“Aunty SooJunglah,omma,”kata Hanna sambil ketawa.ByungHee turut ketawa sambil mengusap lembut kepala Hanna.Victoria menarik muka masam,berpura-pura merajuk .

“Alamak,Hanna.Omma dah merajuklah.Ottoke?”Soal ByungHee.

“Appa ciumlah omma.Hanna boleh tutup mata lagi,”kata Hanna sambil menutup kedua-dua matanya.ByungHee terus ketawa sebaik sahaja Hanna menghabiskan kata-katanya.

“Hanna!” Wajah Victoria berubah merah.Entah mengapa tiba-tiba dia menjadi mangsa usikan ByungHee dan Hanna itu.ByungHee kemudiannya memaut bahu isterinya dengan erat.

“Ala…oppa saja usik Vic.Vic janganlah merajuk.Tak elok untuk YoungMin nanti,”kata ByungHee seraya memujuk.Dia kemudiannya memberi isyarat kepada Hanna supaya turut memujuk Victoria yang sedang merajuk itu.Bagaikan memahami isyarat daripada bapanya itu,Hanna kemudiannya memeluk Victoria.

“Hanna minta maaf ya,omma.Ne?”Pujuk Hanna,manja.Victoria tersenyum sambil membalas pelukan anak perempuannya itu.

“Oh…sampai hati omma senyum dekat Hanna saja ya. Dekat appa , omma tak nak senyum pun,”kata ByungHee.Victoria menjelirkan lidahnya ke arah ByungHee.

“Mestilah.Omma sayang dekat Hanna saja.Kan,omma?”Kata Hanna.ByungHee membeliakkan kedua-dua matanya.

“Bwo? Appa ingatkan Hanna satu geng dengan appa tadi?” Soal ByungHee,tidak puas hati.Victoria sekadar ketawa melihat ‘perbalahan’ kecil antara suami dan anak perempuannya itu.

“Tadi saja. Sekarang Hanna satu geng dengan omma,”kata Hanna sambil memeluk Victoria dengan erat.Victoria tersenyum kemenangan ke arah ByungHee.ByungHee menarik muka masam.

“Okay,fine.Kalau macam tu,appa satu geng dengan YoungMin,”kata ByungHee sebelum dia turut menarik Victoria ke dalam pelukannya.Victoria yang sedang dipeluk oleh Hanna itu berasa terkejut.

“Young Min ah…appa tak sabar nak jumpa dengan YoungMin.Appa kena buli ni.YoungMin tak kasihankan appakah?”Soal ByungHee.Victoria ketawa.

“Hm…ala appa.Lagi 8 bulan saja.Tak lama,”kata Victoria,sengaja mengecilkan suaranya seperti kanak-kanak.ByungHee turut ketawa,geli hati dengan jenaka isterinya itu.

“Saranghae…”Ucap ByungHee,lembut sebelum dia mencium pipi isterinya.

“Vic pun sayangkan oppa,”balas Victoria.

 

“Jung ByungHee ssi!!!”

ByungHee segera melepaskan pelukannya terhadap Victoria itu.Mereka terkejut apabila melihat Puan Jung yang sedang bercekak pinggang sambil memandang ke arah mereka itu.

“Omma suruh ByungHee buat apa tadi?Hm?” Soal Puan Jung.ByungHee menelan air liur. Habislah...

“ByungHee memang tengah bagi Victoria makan tadi,omma.Hanna ni…tiba-tiba saja kacau,”kata ByungHee sambil meletakkan kesalahannya kepada Hanna.

“Oh…Hanna yang kacau.Habis tu kenapa sampai peluk Victoria?Hm?” Soal Puan Jung.ByungHee menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.Ternyata dia sudah kehilangan kata-kata untuk berdebat dengan ibunya ketika itu.Dia menoleh ke arah Victoria.

“Memang ByungHee tengah makan tadi pun,emeonim.Kami saja bergurau tadi.Kan,oppa?” Kata Victoria.

“Betul tu,omma.”Sokong ByungHee.Victoria tersenyum.Puan Jung menggelengkan kepalanya.

“Dah.Hanna,mari dekat Halmoni. Jangan kacau appa dengan omma. Vic jangan lupa makan ubat ya,”kata Puan Jung sebelum dia menghantar jelingan tajam ke arah anak lelakinya itu.Hanna segera berlari ke arahnya.

“Oh ya.Omma dah sediakan makanan istimewa untuk Vic.Nanti jangan lupa turun makan malam ya,”pesan Puan Jung.

“Omeonim..Vic minta maaf.Vic dah banyak susahkan emeonim pula,”kata Victoria,rasa bersalah.

“Eh tak apalah.Lagipun doktor dah pesan yang Vic tak boleh terlalu penat.Nanti pengsan lagikan susah. Tak elok untuk baby,”kata Puan Jung.

“Jung ByungHee,jaga menantu omma baik-baik.Kalau tak,siap!” Kata Puan Jung seraya memberi amaran kepada ByungHee.ByungHee kelihatan terkejut dengan amaran daripada ibunya itu.Dia memandang ke arah Victoria.Victoria turut memandang ke arahnya.

“Omeonim janganlah risau. Oppa memang pandai jaga Vic.Sebab tu Vic sayangkan oppa,”kata Victoria sambil memaut lengan suaminya dengan erat.Kembang hati ByungHee apabila mendengar kata-kata isterinya itu.Puan Jung tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.Hatinya tumpang bahagia apabila melihat kemesraan antara ByungHee dan Victoria itu.Memang itulah yang diimpikannya selama ini.

“Yalah.Omma keluar dulu.Mari Hanna,”kata Puan Jung sambil menarik lembut tangan cucu tunggalnya itu.ByungHee kemudiannya menoleh ke arah Victoria sebaik sahaja memastikan ibunya sudah beredar dari bilik tidur mereka itu.

“Sayang betul omma dekat Vic ya?Cemburunya oppa,”kata ByungHee.Victoria tersenyum.

“Kenapa oppa nak cemburu pula? Vic kan ada? Vic sayangkan oppa,”kata Victoria sambil memeluk leher suaminya itu.Senyuman ByungHee kian lebar.Sungguh hatinya terpujuk mendengar kata-kata isterinya itu.Ternyata Victoria benar-benar tahu bagaimana untuk menggembirakan hatinya.

“Haih…macam manalah oppa makin tak sayang dekat Vic ni? Vic pandai cairkan hati oppa tau,”kata ByungHee sambil memeluk kemas pinggan ramping isterinya itu.Dia ingin mendekatkan wajahnya ke arah Victoria namun dihalang oleh Victoria.

“Oppa dah lupa?” Soal Victoria.

“Apa dia?” Soal ByungHee kembali.

“Omeonim suruh oppa jaga Vic baik-baik.Takkan dah lupa?” Soal Victoria sebelum matanya melirik ke arah makanan di atas meja.

“Oh..mestilah tak lupa.Tapi…takkan nak satu kiss pun tak boleh?” Soal ByungHee.

“Tadi kan oppa dah dapat dua,”balas Victoria,tidak mahu mengalah.

“Satu lagi please…”Rayu ByungHee.

“YoungMin laparlah,oppa,”kata Victoria sambil meletakkan tangan pada perutnya.Kelam kabut ByungHee mengambil makanan di atas meja sebelum disuapnya kepada Victoria.Victoria tersenyum geli hati melihat telatah suaminya itu.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((