Chapter 46

You Belong With Me

ByungHee memandang ke arah Victoria yang sedang terbaring tidak sedarkan diri itu. Pernafasan wanita itu kelihatan begitu lemah dengan menggunakan bantuan daripada alat pernafasan. Tangan isterinya yang sejuk itu digenggamnya erat. Sudah hampir seminggu dia menemani isterinya di situ. Namun Victoria masih lagi kaku seperti itu. Langsung tiada perkembangan terbaru yang positif daripada isterinya itu. Air mata ByungHee bagaikan sudah kering untuk menangisi keadaan isterinya yang lemah itu.

“Sayang…oppa rindukan sayang…”

Ucap ByungHee sebelum dia meletakkan tangan Victoria pada bibirnya. Sebuah kucupan lembut diberikan kepada tangan Victoria yang sejuk itu.

“Vic…bangun sayang. Tolong jangan buat oppa macam ni. Oppa takut untuk kehilangan Vic.” Rayunya bersungguh-sungguh. ByungHee benar-benar kelihatan kusut. Wajahnya yang mulai ditumbuhi oleh kumis nipis itu langsung tidak dipedulikannya.

“Vic dah janjikan…yang Vic takkan tinggalkan oppa? Vic dah janji yang Vic akan sentiasa berada di sisi oppa sampai bila-bila. Tapi kenapa Vic buat oppa macam ni? Kenapa Vic sanggup menggadaikan nyawa Vic sendiri semata-mata untuk oppa? Vic tahukan..oppa tak perlukan benda lain. Oppa hanya perlukan Vic. Tanpa Vic, hidup oppa tak sempurna. Macam mana oppa nak bahagia kalau Vic tak ada?”

Tangan Victoria itu diramasnya lembut.

“Bangunlah, Vic. Bukalah mata Vic untuk oppa.”

Wajah Victoria yang pucat itu ditatapnya dengan penuh rasa kasih.

“Vic tak nak tengok anak-anak kitakah?Vic dah janji yang Vic akan sama-sama didik anak-anak kita kan?Vic takkan tinggalkan anak-anak kita macam tu saja kan?”

ByungHee memejamkan matanya. Enggan membiarkan air matanya mengalir apabila melihat Victoria yang terus kaku di hadapannya itu.

“Tolonglah Vic…bukalah mata. Oppa betul-betul rindukan Vic. Oppa rindu nak dengar suara Vic. Oppa rindu nak tengok senyuman Vic.”

“Oppa tahu. Oppa ada banyak lukakan hati Vic. Mungkin oppa terlalu pentingkan kebahagiaan diri sendiri hingga abaikan kebahagiaan Vic sendiri. Oppa minta maaf kalau oppa berlaku kejap terhadap Vic. Kalau Vic nak hukum oppa, Vic hukumlah. Oppa rela. Tapi janganlah macam ni. Jangan seksa hati oppa macam ni,Vic. Oppa tak kuat untuk hadapi semua ni.”

Mutiara jernih mulai menitis secara perlahan.

“Oppa minta maaf. Minta maaf…”

ByungHee menundukkan wajahnya sambil mendekatkan tangan Victoria pada bibirnya.

 

“Omma minta maaf, Zhoumi. Mungkin salah omma sebab tak jaga Vic baik-baik,”kata Puan Jung,perlahan. Entah mengapa dia berasa malu untuk berhadapan dengan Zhoumi ketika itu. Lelaki itu sanggup terbang dari Dubai sebaik sahaja menerima berita mengenai adiknya itu. Zhoumi menggelengkan kepalanya.

“Apa omeonim cakap ni? Semua ni dah ditakdirkan untuk berlaku kan? Tak pernah terlintas pun dalam hati Zhoumi untuk salahkan omeonim…aboji..ByunGhee dan semua orang. Kalau boleh Zhoumi nak berterima kasih sangat-sangat dengan omeonim sebab jagakan adik Zhoumi dengan baik dekat sini. Kalau omeonim tak ada, Zhoumi pun tak tahu apa akan jadi dengan kami,”kata Zhoumi sambil memegang erat tangan ibu angkatnya itu. Puan Jung mengalirkan air mata. Perlahan-lahan dia menarik lelaki itu ke dalam pelukannya.

“Omma minta maaf ya. Omma tetap rasa bersalah dengan Zhoumi. Omma minta maaf,”ucap Puan Jung. Zhoumi mengusap lembut belakang tubuh Puan Jung sambil tersenyum kelat.

“Tak ada apa yang perlu Zhoumi maafkan ,omeonim. Lagipun Zhoumi sayangkan omeonim. Omeonim dah banyak berjasa dengan kami berdua. Tak terbalas jasa omeonim untuk kami balasnya,”kata Zhoumi,penuh ikhlas. Puan Jung terus menangis dalam pelukan anak angkatnya itu.

 

“ByungHee masih tak keluar lagi?” Soal SeungHo. LeeJoon menggeleng perlahan.Kedengaran SeungHo melepaskan keluhan berat.

“Hyung tak tahu nak cakap apa.Mungkin ini dugaan yang dah ditentukan kepada ByungHee. Kita Cuma mampu berdoa semoga semuanya selamat.” Kata SeungHo. Cheondung dan Mir sekadar mengangguk.

“Tapi Hyung…ByungHee Hyung langsung tak jamah apa-apa sejak semalam. Mir risau kalau dia sakit pula lepas ni,”kata Mir,meluahkan rasa bimbangnya.

“Hyung dah cuba pujuk dia keluar. Tapi dia tak nak,”kata LeeJoon pula.

“ByungHee Hyung…dah tengok anak-anak dia?” Soal Cheondung. Perlahan-lahan, Lee Joon menggeleng.

“Takkan dia masih marahkan anak-anak dia? Lagipun semua ni bukannya salah mereka,”kata Cheondung,tidak puas hati.

“Dia Cuma tertekan. Dia takkan bencikan anak-anak dia walau apa pun terjadi. Hyung yakin, dia sebenarnya masih susah nak terima semua. Semua ni terlalu berat untuk dia. Dia terlalu sayangkan isteri dia. Fikirannya mesti sedang bercelaru sekarang ni.” Balas SeungHo. Cheondung melepaskan keluhan perlahan.

“Tapi anak-anak dia memang comel. Memang seiras dengan muka mereka berdua,”kata Lee Joon sambil tersenyum. Mereka yang lain turut tersenyum walaupun mereka masih belum melihat pasangan kembar itu dengan mata mereka sendiri.

“Cheondung harap sangat…hati ByungHee Hyung akan tabah untuk hadapi semua ni. Walau apa pun terjadi selepas ni, dia tak boleh abaikan anak-anak dia. Mereka perlukan dia. Mesti ada sebab kenapa Noona buat semua ni sedangkan dia tahu nyawa dia dalam bahaya. Noona takkan buat sesuatu tanpa berfikir sebab dan akibatnya,kan?” Soal Cheondung. Mereka mengangguk. SeungHo menepuk lembut bahu Cheondung sambil tersenyum.

“Semuanya berlaku dengan pantas kan?”

Semua yang berada di situ menoleh ke arah Mir sebaik sahaja mendengar lelaki itu bersuara. Mir menguntum senyuman nipis.

“Kalau dulu, Hyung begitu menentang perkahwinan dia dengan Noona. Walaupun dia tak bersetuju dengan perkahwinan ni, dia tetap cuba untuk menerima Noona dalam hidup dia. Dia tetap cuba tunaikan tanggungjawab dia sebagai suami kepada Noona walaupun dia tak pernah cintakan Noona. Tapi siapa sangka, sekeras-keras hati Hyung pun…lama-lama menjadi lembut juga. Akhirnya pintu hati dia yang tertutup rapat sebelum ni, terbuka untuk menerima cinta Noona. Hyung begitu cintakan Noona. Dan… Mir sendiri tak sanggup tengok Hyung menderita macam ni disebabkan oleh Noona. Mir tak nak apa-apa perkara buruk terjadi kepada Noona. Biarlah mereka bahagia hidup bersama. Sebab Mir tahu…Hyung takkan bahagia kalau Noona pergi tinggalkan dia,”kata Mir sambil menundukkan wajahnya. Cuba menyembunyikan air matanya yang mulai mengalir itu. Lee Joon kemudiannya memaut bahu maknae itu dengan erat.

“Sayang juga Mir dengan ByungHee Hyung ya?” Soal Lee Joon sambil tersenyum.

“Mestilah sayang. Mir dah lama anggap ByungHee Hyung macam abang kandung Mir sendiri,”kata Mir sambil mengesat air matanya. SeungHo turut tersenyum mendengar pengakuan ikhlas daripada Mir itu.

“Cheondung pun. “ Kata Cheondung pula. Lee Joon sekadar tersenyum. Persahabatan mereka yang terlalu erat itu membuatkan mereka saling menyanyangi antara satu sama lain. Masing-masing sudah dianggap seperti saudara kandung sendiri. Sekiranya salah seorang daripada mereka sedang merasai sakit, mereka turut merasainya. Sekiranya salah seorang daripada mereka sedang mengecapi bahagia, mereka turut tumpang gembira. Itulah hakikat yang tidak boleh disangkal lagi.

“Maafkan saya.”

Mereka mendongak. Kelihatan seorang wanita berpakaian seragam doktor sedang berdiri di hadapan mereka.

“Oh…Doktor Park.” Cepat-cepat Lee Joon berdiri sebaik sahaja melihat YeJin yang sedang berada di hadapannya itu. YeJin tersenyum sambil menundukkan sedikit kepalanya.

“Em…maafkan saya sebab mengganggu. Tapi….boleh saya tanya ByungHee dekat mana?” Soal YeJin.

“Oh…Hyung…dia ada dekat dalam temankan Vic. Ada apa-apa yang saya boleh tolong?” Soal LeeJoon pula.

“Saya…saya ada sesuatu yang perlu saya serahkan kepada dia. Tapi…saya tahu, dia takkan sudi tengok muka saya lagi. Dan saya faham. Sebab kalau saya berada di tempat dia pun, saya mungkin merasai benda yang sama. Dan saya takkan sesekali menyalahkan dia. Saya maafkan dia atas apa yang dia pernah lakukan dekat saya tempoh hari. Sebab tu…saya nak minta tolong awak untuk serahkan surat ni kepada dia. Boleh?” Soal YeJin sambil menghulurkan sepucuk surat kepada Lee Joon.

“Itu…surat daripada Victoria. Dia amanahkan saya untuk saya serahkan surat ni kepada ByungHee,”kata YeJin. Kedengaran suaranya seolah-olah cuba menahan sebak. Surat itu bertukar tangan. Lee Joon melihat surat yang berada dalam pegangannya itu dengan perasaan bercampur baur.

 

 

“Hyung.”

Lembut sekali panggilan Lee Joon terhadap ByungHee yang sedang duduk di sebelah katil Victoria itu. Lelaki itu langsung tidak menoleh ke arahnya. Entah dia sedar akan kehadiran LeeJoon di situ atau tidak, dia sendiri tidak pasti. Perlahan-lahan Lee Joon berjalan ke arah lelaki tersebut sebelum dia memandang ke arah Victoria yang masih belum sedarkan diri itu.

“Hyung tak nak makan? Sejak semalam lagi Hyung tak jamah apa-apa. Kalau Hyung jatuh sakit macam mana?” Soal Lee Joon seraya memujuk. ByungHee pula terus membisu. Satu keluhan perlahan dilepaskan oleh Lee Joon. Dia sudah dapat mengagak layanan dingin ByungHee terhadapnya itu.

“Kami semua tak nak Hyung seksa diri macam ni. Kami tahu Hyung terlalu sayangkan Vic. Tapi cuba Hyung fikir…kalau Hyung sakit,Vic akan sukakah? Mesti takkan? Dia pun tak nak tengok Hyung seksa diri macam ni.”

LeeJoon mengeluh lagi.

“Joon tahu…Hyung takkan terima apa yang Joon cakapkan tadi. Tapi…Hyung cubalah buka hati Hyung untuk baca surat ni. Hyung dengarlah sendiri luahan hati Victoria. Bukalah hati tu untuk cuba terima musibah ni, Hyung. Semua ni ada hikmah. Kita saja yang tak tahu.”

Perlahan-lahan Lee Joon meletakkan surat itu di atas meja bersebelahan dengan ByungHee.

“Dan lagi satu Hyung…YeJin tak bersalah dalam hal ni. Dia terpaksa rahsiakan hal ni sebab itu permintaan Victoria sendiri. Sebagai seorang rakan, dia terpaksa penuhi permintaan Victoria. Janganlah hukum dia lagi,Hyung. Dia pun terseksa dengan apa yang terjadi sekarang ni,”kata LeeJoon lagi.

“Dan Hyung pergilah tengok YoungMin dan MinHyun. Mereka pun tak bersalah juga. Langsung tak bersalah. Kalau sekarang Hyung rasa lemah…rasa tak kuat untuk hadapi semua ni…Percayalah…mereka tu ialah kekuatan untuk Hyung. Merekalah sumber kekuatan untuk Hyung hadapi semua ni. Joon minta…Hyung janganlah salahkan mereka lagi. Mereka tak tahu apa-apa,Hyung. Dan mereka perlukan Hyung.”

LeeJoon mulai berjalan menuju ke arah pintu sebelum dia menoleh semula ke arah ByungHee. Dia menggeleng lemah apabila melihat ByungHee yang masih lagi membatu di situ. Dia kemudiannya beredar dari situ, membiarkan Byunghee dan Victoria di dalam bilik tersebut.

 

ByungHee menoleh ke arah sepucuk surat yang berada di atas meja itu. Hatinya berdolak dalik sama ada mahu membaca surat itu atau pun tidak. Entah mengapa hatinya berasa berat untuk mengetahui isi yang terkandung di dalam surat tersebut.Perlahan-lahan dia memejamkan matanya. Dengan langkah yang terpaksa, dia mencapai juga surat tersebut.

 

 

Oppa….

Pertama sekali, Vic nak mohon ampun dan maaf kepada oppa atas apa yang telah Vic lakukan kepada oppa. Vic sedar dan Vic tahu…Vic dah banyak lukakan hati oppa. Vic juga tahu…kehadiran Vic dalam hidup oppa sedikit sebanyak telah membebankan oppa.

Vic nampak semua tu walaupun oppa cuba menafikan perkara tu sekeras-kerasnya. Dari awal perkahwinan kita lagi, oppa tak pernah sukakan Vic.Oppa langsung tak cintakan Vic seperti mana Vic cintakan oppa. Tapi apa yang membuatkan Vic rasa terharu ialah oppa tak pernah tunjukkan yang oppa bencikan Vic. Malah oppa cuba memberikan keselesaan dan kebahagiaan untuk Vic.Oppa langsung tak tunjukkan perasaan oppa yang sebenarnya kepada Vic.Walaupun oppa tak suka, oppa tetap diam. Sedikit pun oppa tak tunjukkannya kepada Vic.

Oppa ingat tak…waktu kita sama-sama menjejakkan kaki ke rumah kita ? Malam tu…Vic rasa bersalah sangat dengan oppa.Sebab Vic tahu…oppa masih tak boleh terima hakikat bahawa kita sudah pun menjadi suami isteri waktu tu.Wajah oppa dah menceritakan semuanya walaupun oppa tak pernah suarakannya kepada Vic. Malah oppa dah sediakan sebuah bilik yang sangat selesa untuk Vic. Malah oppa sudi menjamah hidangan sarapan pagi yang Vic sediakan untuk oppa. Oppa juga sudi berulang alik untuk menghantar dan menjemput Vic dari hospital, walaupun oppa sendiri sibuk dengan kerjaya oppa. Walaupun oppa tahu…Vic mampu untuk buat semua tu dengan sendiri. Vic akui…hati Vic sedikit pun tak pernah terluka dengan sikap oppa terhadap Vic. Malah Vic rasa bersyukur…terlalu bersyukur kerana dikurniakan suami yang sempurna seperti oppa.

Pada Vic….oppa ialah anugerah yang paling berharga dalam hidup Vic. Disebabkan oppa, Vic dapat merasai nikmat hidup berkeluarga.Disebabkan oppa…ramai orang menyanyangi Vic sedangkan Vic langsung tak layak untuk menerima semua tu. Siapalah Vic untuk menerima semua tu sedangkan Vic ni hanyalah anak yatim piatu yang tak berayah dan beribu. Tapi melalui oppa, Vic dapat merasai semua tu.Terima kasih oppa.Terima kasih kerana memberi peluang kepada Vic untuk merasai semua tu.

Terima kasih juga…sebab akhirnya oppa sudi menerima Vic dengan hati yang terbuka. Sudi menerima cinta Vic walaupun asalnya kehadiran Vic dalam hidup oppa telah membebankan oppa selama ni.Hidup Vic seolah-olah telah sempurna dengan adanya cinta oppa untuk Vic. Seperti oppa, Vic juga tak perlukan benda lain. Cukuplah hanya ada oppa. Sebab oppalah sumber kekuatan dan kunci kebahagiaan dalam hidup Vic.

 

Oppa…

Mungkin waktu oppa membaca surat ni…Vic dah lakukan seuatu yang telah melukakan hati oppa. Vic dah buat sesuatu yang menghancurkan perasaan oppa. Tapi Vic nak oppa tahu yang Vic buat semua ni…sebab Vic sayangkan oppa. Vic nak sangat tengok oppa bahagia walaupun tanpa Vic dah tak ada lagi di sisi oppa selepas ni. Vic tak mampu nak balas semua kebaikan oppa terhadap Vic. Oppa dah terlalu banyak berkorban untuk Vic. Jadi tak salah rasanya kalau Vic turut melakukan perkara yang sama.Walau apa pun yang terjadi selepas ni,oppa terimalah dengan hati yang terbuka. Hati yang merelakan semuanya. Vic tak nak oppa simpan perasaan marah dan benci dalam hati oppa atas apa yang Vic dah lakukan.Oppa nak marah…marahlah…Oppa nak benci…bencilah…Tapi bukan dekat anak-anak kita. Oppa letaklah semua kesalahan ni kepada Vic. Vic yang nak buat semua ni. Anak-anak kita langsung tak bersalah. Mereka tak tahu apa-apa,oppa.Vic tak nak oppa tak berlaku adil kepada mereka. Vic tak nak oppa hukum mereka atas kesalahan yang Vic lakukan.Berjanjilah dengan Vic…yang oppa takkan abaikan mereka. Sayangilah mereka lebih daripada oppa sayangkan Vic. Lagipun oppa pernah cakap…antara Vic dan anak-anak kita…kedua-duanya penting bagi oppa kan?Kalau dulu…Vic ialah orang yang paling oppa sayang…kali ni Vic nak…oppa sayangkan anak-anak kita lebih daripada oppa sayangkan Vic. Sebab mungkin lepas ni, Vic dah tak ada dalam hidup oppa lagi. Vic mungkin akan pergi jauh. Untuk apa lagi oppa simpan rasa sayang kepada orang yang dah tinggalkan oppa,kan?

 

Oppa…

Ada satu lagi permintaan Vic yang Vic harap sangat…oppa tunaikannya untuk Vic.

Oppa berjanjilah dengan Vic…yang oppa takkan tunggu Vic lagi selepas ni. Vic tak nak oppa tutup pintu hati oppa serapat-rapatnya untuk menerima cinta baru.Kalau dulu oppa boleh terima Vic lepas apa yang SeYeon lakukan kepada oppa, Vic nak oppa buat perkara yang sama. Vic tak nak berlaku kejam dengan oppa.Oppa carilah cinta baru…sebab oppa berhak untuk dapatkan kebahagiaan oppa sendiri. Lagipun…itulah gunanya ada isteri.Oppa bukan sahaja perlukan seorang isteri untuk menguruskan makan minum…untuk menjaga oppa ketika oppa sakit. Sebaliknya isterilah yang menjadi peneman di kala oppa sunyi…isterilah yang menjadi sumber kekuatan ketika oppa berada dalam kesempitan. Apa gunanya untuk oppa terus menanti Vic sedangkan waktu tu…Vic dah tak mampu untuk jadi semua tu untuk oppa.

Terimalah SeYeon semula dalam hidup oppa.Sepatutnya dia lebih layak untuk berada di sisi oppa…bukannya Vic.Dia lebih sayangkan oppa daripada Vic.Cinta dia terhadap oppa lebih tulus dan murni daripada Vic. Oppa terimalah dia.Kalau dulu oppa pernah cintakan dia sepenuh hati…jadi Vic rasa tak salah kan…kalau Vic amanahkan SeYeon untuk jaga oppa demi Vic?Oppa lupakanlah segala kebencian oppa terhadap dia selama ni.Oppa maafkanlah segala kesalahan dia.Oppa terimalah dia semula dalam hidup oppa.Tanamkan rasa cinta oppa kepada SeYeon. Dia lebih berhak untuk menerima cinta oppa daripada Vic.

Tolonglah berjanji dengan Vic,oppa. Jangan tunggu Vic lagi selepas ni.Izinkan Vic pergi jauh daripada oppa.

Maafkan Vic…dan terima kasih untuk segalanya.

Vic sayangkan oppa…sangat sayangkan oppa….

 

Victoria

 

 

Air mata ByungHee mengalir.Bibirnya diketap rapat.

“Vic cakap apa ni?Vic dah tak sayangkan oppakah?” Rintihnya. Tangannya diletakkan pada dahi.Tangisannya kian lebat.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((