Chapter 23

You Belong With Me

“Oppa yang sediakan semua ni?” Soal Victoria, sambil memandang ke arah suasana ruang tamu yang kelihatan sedikit malap, dan hanya diterangi oleh lampu kuning yang berada pada setiap sudut ruang tamu itu. Kedengaran juga alunan muzik lembut yang dimainkan secara perlahan di ruang tamu itu. ByungHee sekadar tersenyum sambil mengangguk.

“Oppa sepatutnya cakaplah dengan Vic awal-awal. Boleh Vic tolong sediakan apa yang patut juga,” kata Victoria,masih lagi membiarkan tangannya yang sedang dipegang erat oleh ByungHee itu.

“Kalau Vic tolong oppa sediakan semua ni, bukan kejutan lagilah namanya,” kata ByungHee. Victoria tersenyum malu. Kembang hatinya apabila melihat segala persediaan yang dibuat sendiri oleh ByungHee khas untuk dirinya itu. Terasa dirinya amat dihargai. ByungHee kemudiannya menarik kerusi di hadapan Victoria, sebelum memberi isyarat kepada wanita itu supaya duduk di atasnya. Victoria sekadar menurut tanpa banyak kata.

“Tunggu sekejap ya,”kata ByungHee, sebelum dia menghilangkan diri menuju ke arah dapur. Victoria sekadar melihat ke arah dapur sebelum lelaki itu muncul semula dengan membawa dua pinggan menuju ke arahnya. Mata Victoria terbuka luas apabila melihat hidangan stik yang diletakkan oleh ByungHee di atas meja itu. Victoria memandang ke arahnya.

“Oppa yang buatkan stik ni?” Soal Victoria,tidak percaya. ByungHee yang baru sahaja selesai menuangkan wine ke dalam gelas itu sekadar tersenyum.

“Mestilah tempah,sayang. Kalau tak, rentunglah stik kita malam ni. Tak pasal-pasal kita makan daun saja malam ni,”kata ByungHee, seraya bergurau. Victoria ketawa.

“Tapi oppa kan memang pandai masak,”kata Victoria pula.

“Tapi tak adalah hebat macam Vic,”balas ByungHee sambil melabuhkan punggung di atas kerusi. Mereka kemudiannya saling berpandangan antara satu sama lain sebelum Victoria melarikan pandangannya daripada ByungHee untuk seketika.Dia membetulkan sedikit rambutnya yang menutupi dahi itu.

“Oppa,boleh tak kita makan sekarang? Janganlah pandang Vic lama-lama macam tu,” kata Victoria,sambil menundukkan wajahnya. ByungHee tertawa kecil.

“Vic nampak cantik sangat malam ni. Oppa tak boleh nak pandang ke tempat lain,”kata ByungHee. Wajah Victoria terasa hangat apabila dipuji oleh ByungHee.

“Oppa pun…nampak lebih handsome,” kata Victoria turut memuji. Senyuman ByungHee kian lebar. Kembang hatinya apabila penampilannya pada malam itu dipuji oleh Victoria.

“Okey,oppa makan sekarang,”kata ByungHee, sambil memotong sedikit daging stik di atas pinggan itu. Potongan daging itu kemudiannya dihulurkan kepada Victoria.

“Vic boleh buat sendirilah,oppa,” kata Victoria. ByungHee sekadar mengenyitkan mata kepadanya sambil tersenyum. Jantung Victoria berdegup laju. Perlahan-lahan, dia membuka sedikit mulutnya sebelum disuapkan daging itu ke dalam mulutnya.

“Sedap tak?” Soal ByungHee. Victoria tersenyum sambil mengangguk.

“Kalau Vic suka, nanti oppa bawakan Vic dengan Hanna. Kita makan dekat situ,” kata ByungHee.

“Tak payahlah,oppa. Vic boleh buatkan untuk oppa. Lagi jimat,” kata Victoria pula. ByungHee tersenyum lebar. Perancang ekonomi keluarga yang bagus!

 

“Bila oppa sediakan semua ni?” Soal Victoria, sebelum dia mengelap mulutnya dengan kain kecil.

“Petang tadi. Sebelum oppa jemput Vic balik dari hospital. Waktu Vic sedang bersiap, baru oppa selesaikan semua persiapan yang oppa dah sediakan petang tadi,” kata ByungHee sambil tersenyum.

“Jadi…Oppa buatkan semua ni untuk Vic?”Soal Victoria. Perlahan-lahan, ByungHee mengangguk sambil tersenyum.

“Em…kenapa?” Soal Victoria,ingin tahu. ByungHee tidak terus menjawab pertanyaan Victoria itu. Sebaliknya dia bangun dari tempat duduknya sebelum dia berjalan ke arah Victoria.

“Sudi tak Vic menari dengan oppa?” Soal ByungHee sambil menghulurkan tangannya kepada Victoria. Victoria menyambut tangan ByungHee sambil tersenyum. ByungHee menarik lembut tangan Victoria menuju ke ruang tengah sebelum dia merangkul kemas pinggang ramping wanita itu. Tangan kanan Victoria pula diletakkan pada bahu kiri lelaki itu.  Victoria menundukkan wajahnya apabila merasakan dirinya yang sedang diperhatikan oleh ByungHee itu. Jarak mereka yang begitu dekat itu  membuatkan Victoria dapat mendengar deruan nafas ByungHee yang lembut itu.

“Oppa minta maaf kalau kejutan yang oppa sediakan untuk Vic ni…biasa saja. Oppa tak pandai hal-hal macam ni,” kata ByungHee. Victoria yang masih lagi menundukkan wajahnya itu hanya menggeleng.

“Vic sukalah,oppa. Vic suka sangat. Tak pernah lagi ada orang buat macam ni untuk Vic. Oppalah orang yang pertama sediakan kejutan macam ni untuk Vic,” kata Victoria sambil tersenyum.

“Baguslah kalau Vic suka.Oppa takut juga kalau-kalau Vic tak suka dengan kejutan oppa ni. Macam idea lapuk kan,” kata ByungHee sambil tersenyum.

“Mana ada lapuklah,oppa. Vic rasa nak nangis tau bila oppa cakap oppa buat semua ni untuk Vic,”kata Victoria. ByungHee kemudiannya menyentuh dagu Victoria sebelum dia mendongakkan sedikit kepala wanita itu bagi membolehkan mata mereka bertentangan antara satu sama lain.Jantung Victoria berdegup laju apabila bertentang mata dengan lelaki itu.

“Oppa janji…oppa takkan buat Vic menangis lagi,” kata ByungHee, separuh berbisik. Pipi Victoria itu diusapnya lembut.

“Oppa takkan benarkan SeYeon untuk ganggu Vic dengan Hanna lagi. Oppa tak nak dia buat Vic sedih sebab oppa rindukan Vic yang ceria macam dulu,” kata ByungHee lagi. Victoria cuba menahan air matanya daripada mengalir. Dia akui hatinya menjadi lebih sensitif sejak kemunculan SeYeon di Osaka baru-baru ini. Entah mengapa dia menjadi takut sekiranya dia akan kehilangan ByungHee sebelum dia sempat memiliki cinta lelaki tersebut. Tetapi dia juga tidak boleh terlalu mementingkan perasaannya sendiri sekaligus mengabaikan perasaan ByungHee. Mungkin juga ByungHee masih menyanyangi SeYeon Cuma sengaja tidak mahu ditunjukkan. ByungHee lebih mengenali SeYeon daripada dirinya. Dan pastinya lelaki itu lebih menyanyangi SeYeon daripada dirinya. Victoria meletakkan tangannya pada tangan ByungHee yang masih mengusap lembut pipinya itu.

“Tapi oppa cintakan dia. Vic tak boleh paksa perasaan oppa…kalau betul oppa masih sayang dan cintakan SeYeon. Lagipun memang sepatutnya SeYeon berada di tempat Vic sekarang. Vic…”

Victoria menundukkan kembali wajahnya.

“…Vic hanyalah pengganti,”katanya perlahan.

“Tapi Vic cintakan oppa kan?” Soal ByungHee. Victoria tidak membalas pertanyaan lelaki itu. Sekadar mengangguk perlahan tanpa memandang ke arah ByungHee.

“Jadi Vic nak terus mengalah? Hm?” Soal ByungHee lagi. Victoria menelan air liurnya.

“Vic tak nak paksa oppa. Vic sanggup buat apa saja…asalkan oppa bahagia. Walaupun Vic terpaksa berjauhan daripada oppa, Vic sanggup,” kata Victoria, bersungguh-sungguh. ByungHee kemudiannya meleraikan pelukannya daripada Victoria sebaik sahaja Victoria menghabiskan kata-katanya. Victoria memandang ke arahnya.

“Kalau macam tu…baiklah. Oppa pun tak nak mendera perasaan Vic lagi. Vic layak untuk bersama dengan seseorang yang lebih baik daripada oppa,” kata ByungHee. Wajahnya kelihatan tegang. Tiada lagi senyuman manis yang terukir pada bibirnya itu.

“Oppa…”

ByungHee sekadar tersenyum nipis ke arahnya.

“Miane…”

“Sepatutnya oppa tak patut terima Vic sejak dari awal lagi. Sebab oppa dah banyak lukakan hati Vic.Miane…oppa bukannya lelaki yang terbaik untuk Vic.”

ByungHee kemudiannya berjalan meninggalkan Victoria seorang diri di ruang tamu itu, sebelum dia menuju ke luar tanpa langsung menoleh ke arah wanita itu.

“Oppa akan tidur di hotel malam ni,”kata ByungHee sebelum dia menutup pintu rumahnya dengan rapat.

“Oppa!”

Kaki Victoria bagaikan kaku. Entah mengapa dia tiada daya untuk mengejar lelaki itu. Matanya mulai berkaca. Mungkinkah ini pengakhiran hubungan mereka? Mungkinkah pintu hati ByungHee sudah tertutup untuknya?

Kelihatan butir-butir jernih mulai mengalir membasahi pipinya. Dia memandang ke arah cincin perkahwinan yang masih tersarung kemas pada jari manisnya itu. Air matanya mengalir semakin laju.

 

“Kalau awak tak suka dengan perkahwinan ni, awak boleh batalkannya. Biar saya yang uruskan.”

 

Victoria mulai menangis teresak-esak sambil terduduk di ruang tamu itu.

 

 

Victoria memeluk bantal ByungHee dengan erat. Gaun merah yang dihadiahi oleh ByungHee itu masih lagi tersarung kemas pada tubuhnya itu. Victoria memejamkan matanya. Perlahan-lahan, air matanya mengalir membasahi bantalnya itu. Hatinya masih berat untuk menerima hakikat bahawa dirinya yang sudah ditinggalkan oleh ByungHee itu. Sesuatu yang amat ditakutinya selama ini akhirnya terjadi.

 

“Awak tu hanya meminjam saja, Victoria.”

 

Pelukannya terhadap bantal ByungHee itu dieratkan. Sungguh dia amat merindui lelaki itu walaupun baru ditinggalkan untuk seketika.

“Bogoshippo…” Bisiknya dalam sebak. Sekali lagi, Victoria cuba memejamkan matanya dengan rapat. Mengharapkan ByungHee akan muncul semula di hadapannya sebaik sahaja dia membuka matanya untuk keesokan harinya.

 

Cup!

 

Victoria membuka matanya. Dia segera menoleh ke belakang. Matanya terbuka luas apabila melihat ByungHee yang sedang duduk di tepi katil itu. Kelihatan lelaki itu sedang tersenyum ke arahnya.Perlahan-lahan, dia mengesat air mata Victoria yang masih bersisa itu. Victoria pula masih lagi kaku di situ, tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya ketika itu.

“Vic tipu oppa,” kata ByungHee.

“Vic kata Vic sanggup berjauhan dengan oppa, asalkan oppa bahagia. Tapi…”

ByungHee meletakkan tangannya pada pipi Victoria.

“…Vic nampaknya lebih menderita kalau oppa tak ada di sisi Vic,”kata ByungHee sambil tersenyum.Pipi Victoria itu diusapnya lembut.

“I am your husband. Dan sepatutnya Vic pertahankan hak Vic daripada orang lain, termasuk SeYeon.” Kata ByungHee,separuh berbisik.

“Dan oppa tak pernah kata pun yang selama ni Vic cuba nak memaksa hati oppa untuk mencintai Vic.”

“Oppa cintakan Vic sebab perasaan cinta tu yang datang sendiri,” kata ByungHee. Victoria tergamam. Matanya tidak berkedip apabila bertentang mata dengan lelaki itu.

“Oppa tak nak SeYeon ganggu Vic dan buat Vic sedih…sebab oppa cintakan Vic. Oppa nak Vic rasa bahagia sebab oppa cintakan Vic.”

“Dan oppa sediakan kejutan malam ni untuk Vic…”

ByungHee berhenti seketika.

“… sebab oppa nak katakan kepada Vic…yang oppa cintakan Vic,”kata ByungHee lagi. Air mata Victoria mengalir laju. Dia masih lagi tidak percaya dengan apa yang baru sahaja didengarnya sebentar tadi.

“Aigoo…oppa baru saja berjanji dengan Vic yang oppa tak nak buat Vic menangis. Nampaknya, oppa terpaksalah berjanji dengan Vic lain kali ya?” Soal ByungHee seraya bergurau.

“Tapi tadi…kenapa oppa macam nak tinggalkan Vic?” Soal Victoria dalam sebak. ByungHee tertawa kecil.

“Em…oppa saja nak uji Vic. Yelah…Vic cakap Vic sanggup berjauhan dengan oppa asalkan oppa bahagia. Tapi…tengoklah ni..” ByungHee mengesat air mata Victoria.

“…baru berjauhan dengan oppa sekejap…dah menangis teruk macam ni. Entah-entah kalau oppa tak datang balik ni, mesti dah tenggelam habis rumah oppa. Isk isk isk,” kata ByungHee sambil menggelengkan kepalanya. Victoria memukul  lengan suaminya itu. ByungHee sekadar ketawa.

“Sebenarnya oppa nak ambil barang ni dari dalam kereta tadi,” kata ByungHee sambil menghulurkan sebuah kotak baldu berwarna biru gelap kepada Victoria.

“Apa ni?” Soal Victoria.

“Bukalah,”kata ByungHee sambil tersenyum. Perlahan-lahan, Victoria membuka kotak itu sambil diperhatikan oleh ByungHee. Victoria terkejut apabila melihat dua bentuk cincin yang tersusun kemas di dalam kotak itu. ByungHee kemudiannya mengambil kotak baldu itu daripada Victoria. Tangan kanan Victoria itu dicapainya sebelum dia menanggalkan cincin perkahwinan yang tersarung pada jari manis Victoria itu.

“Oppa tanggalkan cincin  ni sebab pada oppa ia tak memberi makna dalam hubungan kita. Selama ni oppa tak pernah hormati cincin perkahwinan kita. Jadi, oppa nak tukar dengan yang baru, sebagai tanda permulaan kehidupan yang baru. Jadi, oppa nak Vic pakai cincin ni selalu. Jangan tanggal-tanggal. Itu tandanya Vic sayangkan oppa,boleh?” Soal ByungHee sambil mengusap lembut pipi Victoria. Cincin baru itu disarungkan pada jari manis isterinya itu. ByungHee tersenyum puas melihat cincin yang kelihatan cantik pada jari Victoria itu.

“Cantik. Macam tuannya,” puji ByungHee sambil mengenyitkan matanya.

“Vic sayangkan oppa kan?” Soal ByungHee.

“Macam mana dengan SeYeon? Oppa dengan dia…”

“…Kami dah lama berpisah sejak dia tinggalkan oppa dengan Hanna lagi.So…” ByungHee menyentuh kedua-dua pipi Victoria.

“…Vic jangan nak pandai-pandai nak sebut pasal SeYeon lagi.Arasso?” Soal ByungHee. Victoria tersenyum. ByungHee kemudiannya meletakkan cincin miliknya pada tangan Victoria.

“Boleh Vic pakaikan cincin ni untuk oppa? Oppa tak pandailah nak pakai sendiri,” kata ByungHee sengaja mengusik. Victoria tersenyum lebar sambil menyarungkan cincin itu pada jari manis ByungHee.

“Handsome. Macam tuan dia juga,” puji Victoria. ByungHee ketawa.

“Oppa tahu oppa handsome,” kata ByungHee, mendabik dada. Victoria mencebik.

“I love you,” ucap ByungHee sebelum dia mencium bibir Victoria. Victoria terkejut. ByungHee sekadar tersenyum.

“I love you.” Ucap ByungHee lagi sambil mencium bibir Victoria sekali lagi.

“Oppa~~”

“Kalau Vic tak balas, oppa cium Vic lagi,” kata ByungHee sambil tersenyum nakal. Victoria sekadar memandang ke arahnya.

“I love you…I love you…I love you…” ByungHee mengulanginya berkali-kali sambil menghadiahkan kucupan lembut pada wajah Victoria. Victoria ketawa sambil meletakkan tangannya pada dada ByungHee, cuba menghalang ByungHee. ByungHee menolak tubuh Victoria sehingga membuatkan Victoria terbaring di atas katil. Victoria memandang ke arahnya. ByungHee tersenyum ke arahnya sebelum dia mencium bibir Victoria. Victoria turut tersenyum sebelum dia merangkul erat leher ByungHee itu.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((