Chapter 12

You Belong With Me

“Noona pernah sampai Osaka sebelum ni?” Soal Cheondung kepada Victoria yang turut ditemani oleh Mir dan Joon itu. Victoria sekadar menggeleng sambil tersenyum.

“Saya ingatkan awak semua nak pergi ke Jeju-do. Saya tak tahu pula awak semua nak bercuti sampai ke Osaka ni,”kata Victoria. Joon tersenyum lebar.

“Ini semua idea SeungHo Hyung. Dia yang cadangkan kita semua bercuti ke Osaka ni. Katanya tempat ni cantik,”kata Joon pula. Victoria kemudiannya menoleh ke arah ByungHee yang sedang berbual melalui telefon bimbitnya itu. Sementara SeungHo pula menguruskan hal-hal pendaftaran penginapan di kaunter itu. Perlahan-lahan, Victoria berjalan menuju ke arah ByungHee.

 

“Betul ni? Hanna dah okey sikit?” Soal ByungHee. Terpancar jelas riak bimbang pada raut wajahnya itu.

“Betul. Omma dah bawa Hanna pergi ke klinik tadi. Doktor cakap Hanna cuma demam…tak ada sakit yang teruk. Lepas makan ubat, Hanna okeylah,” kata Puan Jung, berusaha menghilangkan rasa bimbang dalam benak anak lelakinya itu. Kedengaran ByungHee melepaskan keluhan kecil.

“ByungHee tak payahlah risau. Omma janji omma akan jaga Hanna sampai dia sihat. Kalau ada apa-apa masalah, omma akan call ByungHee. Yang penting, ByungHee berseronoklah puas-puas dengan Victoria,okey?” Pesan Puan Jung.

“Macam mana ByungHee nak berseronok, omma? Hanna kan sakit. Sebab tu ByungHee berat hati nak tinggalkan Hanna dalam keadaan macam ni,” kata ByungHee,masih lagi bimbang. Dia kemudiannya memandang ke arah Victoria yang sedang berjalan ke arahnya itu.

“Appa…”

ByungHee terdiam apabila mendengar suara serak Hanna dalam telefonnya itu.

“Hanna…gwenchana? “ Soal ByungHee. Kali ini, Victoria sudah pun berdiri di sebelah ByungHee. Wajahnya turut kelihatan bimbang apabila memikirkan Hanna yang sedang sakit di rumah ibu mertuanya itu. Asalnya mereka ingin membawa Hanna pergi bercuti bersama. Namun, rancangan mereka berubah apabila Hanna jatuh sakit secara tiba-tiba. Walaupun ByungHee enggan untuk meninggalkan Hanna, namun Puan Jung tetap berkeras mahukan anak menantunya untuk menyertai SeungHo dan yang lain pergi bercuti ke Osaka.

“Appa dengan unni dah sampai?” Soal Hanna. Suaranya kedengaran sedikit lemah.ByungHee tersenyum hambar.

“Dah. Anak appa macam mana? Anak appa  okey?” Soal ByungHee.

“Okey. Halmoni dah bagi Hanna makan ubat,”jawab Hanna.

“Appa janji appa akan balik cepat, ya sayang?” Kata ByungHee.

“Halmoni cakap…appa tak payahlah risau. Halmoni akan jaga Hanna,”kata Hanna. ByungHee tersenyum lagi.

“Hanna kan sakit. Macam mana appa dengan unni tak risaukan Hanna?” Soal ByungHee.

“Nanti appa belikan hadiah untuk Hanna ekh?” Pinta Hanna. Kedengaran dia terbatuk di hujung kata-katanya itu.

“Okey. Nanti appa belikan. Hanna janji dengan appa jangan nakal ya? Dengar cakap halmoni. Jangan lupa makan ubat,”pesan ByungHee.

“Okey…”

Akhirnya, panggilan telefon itu ditamatkan. ByungHee melepaskan keluhan perlahan.

“Hanna okey?” Soal Hanna.ByungHee memandang ke arah Victoria sambil tersenyum kelat.

“Dia cakap dia okey,”katanya,perlahan. Victoria turut membalas senyuman suaminya itu.Perlahan-lahan, dia mencapai tangan ByungHee sebelum digenggamnya dengan erat.

“Kalau awak risaukan dia,saya tak kisah kalau awak nak balik semula ke Seoul. Saya akan ikut,”kata Victoria, memahami perasaan bimbang yang sedang menebal dalam hati lelaki itu. ByungHee tersenyum ke arahnya sambil menggeleng.

“Tak apalah. Omma dah cakap yang dia akan tengokkan Hanna. Saya saja yang terlebih risaukan Hanna. Lagipun awak mesti penatkan ,”kata ByungHee.

“Saya tak penat pun. Cuma saya susah hati tengok awak risau macam ni,”kata Victoria. ByungHee kemudiannya memegang kedua-dua pipi Victoria. Victoria terkejut dengan tindakan lelaki itu.Pastinya mereka sedang menjadi perhatian orang lain yang turut berada di hotel itu.

“ Saya dah janji dengan omma yang saya akan bawa awak bercuti. Awak sanggupkah tengok suami awak ni kena sembur dengan mak mertua awak nanti kalau tiba-tiba saya tak jadi bawa awak bercuti? Hm? “ Soal ByungHee. Victoria menggelengkan kepalanya. ByungHee tersenyum.

“ByungHee!”

ByungHee menoleh ke arah SeungHo yang sedang memanggilnya itu. Dia kemudiannya menarik lembut tangan Victoria menuju ke arah SeungHo dan yang lain itu.

“Jom. Aku dah dapatkan kunci untuk bilik kita. Dan…ni kunci untuk awak, Victoria,”kata SeungHo sambil menghulurkan kunci kepada Victoria.Sebaik sahaja kunci bilik penginapan masing-masing selesai diagihkan, mereka segera bergerak menuju ke bilik untuk berehat seketika. Semua bilik mereka terletak di aras yang sama. Joon dan Mir dibiarkan menginap bilik yang sama.

“Awak boleh duduk bilik tu seorang?” Soal ByungHee kepada Victoria. Victoria sekadar tersenyum sambil mengangguk. Victoria kemudiannya berjalan menuju ke arah biliknya sambil diperhatikan oleh ByungHee. Sebaik sahaja memastikan Victoria sudah pun masuk ke dalam biliknya, ByungHee mengikuti SeungHo dan Cheondung menuju ke bilik penginapan mereka. Namun, sebaik sahaja ByungHee ingin melangkah masuk ke dalam bilik itu, dia dihalang oleh SeungHo. ByungHee memandang SeungHo dengan hairan.

“Wae?” Soal ByungHee.

“Kenapa kau ikut kami masuk bilik ni?” Soal SeungHo.ByungHee mengerutkan dahinya.

“Aku bukan duduk sekali dengan kau dan Cheondungkah?” Soal ByungHee.

“Eh, katil ada dua sajalah. Aku tak nak kongsi katil dengan kau,”kata SeungHo. Cheondung sekadar ketawa kecil di belakang SeungHo.

“Habis tu, aku nak tidur mana?” Soal ByungHee, lambat menangkap maksud kata-kata SeungHo itu.

“Kau kan ada Victoria? Kau pergilah kongsi katil dengan dia,”kata SeungHo.ByungHee membulatkan matanya.

“Apa?Takkanlah aku…”

Belum sempat ByungHee menghabiskan kata-katanya, SeungHo segera menutup pintu biliknya itu.

“Yah, Yang SeungHo! Park SangHyun !”

Laung ByungHee sambil mengetuk pintu bilik mereka berkali-kali. ByungHee mengeluh berat.

 

 

Victoria yang sedang kusyuk menikmati pemandangan di luar bilik penginapannya itu, menoleh ke arah pintu apabila terdengar bunyi ketukan. Tanpa menunggu lama lagi, Victoria segera menuju ke arah pintu sebelum dibukanya pintu biliknya itu. Victoria terkejut apabila melihat ByungHee yang sedang berdiri di hadapannya sambil menggalas begnya itu.

“ByungHee…kenapa ni?” Soal Victoria.

“Em…tiba-tiba saya risau pula nak biarkan awak tidur dalam bilik ni seorang. Em… awak kisah tak..kalau…saya duduk bilik ni dengan awak?” Soal ByungHee, tergagap-gagap. Wajahnya jelas kelihatan merah kerana malu. Victoria pula bagaikan hilang kata-kata apabila mendengar pertanyaan ByungHee itu.

“Tak pun…saya pergi dapatkan bilik yang lebih dekat dengan awak. So…senang awak nak cari saya nanti,”kata ByungHee,mulai untuk beredar.

“Tak payahlah. Awak duduk saja sebilik dengan saya,”kata Victoria. ByungHee menoleh ke arahnya. Victoria kemudiannya membukakan pintu biliknya dengan lebih luas untuk ByungHee.

“Sebenarnya saya pun tak berapa berani nak tidur dalam bilik hotel ni seorang. Kalau awak ada, tak adalah saya takut sangat,”kata Victoria.

“Masuklah,”kata Victoria,mempelawa ByungHee untuk masuk ke dalam biliknya. ByungHee menguntum senyuman kepadanya sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik itu. Victoria turut tersenyum sambil menahan debaran jantungnya yang kian rancak itu. Inilah pertama kali dia akan tidur di dalam bilik yang sama dengan lelaki itu.

 

 

Victoria yang lengkap berbaju itu melangkah keluar dari bilik air sambil mengelap rambutnya dengan tuala. Dia memandang ke arah ByungHee yang sedang baring di atas sofa itu. Perlahan-lahan, dia berjalan ke arah lelaki itu.

“ByungHee?”

ByungHee yang sedang baring itu menoleh ke arah Victoria.

“Awak tak nak mandikah?” Soal Victoria. ByungHee kemudiannya bangun dari pembaringannya sebelum dia mencapai tuala yang tergantung berdekatan dengannya itu.

“Saya dah siapkan air panas untuk awak,”kata Victoria. ByungHee tersenyum ke arahnya sambil menggosok perlahan kepala Victoria. Victoria tergamam.

“Gomawo,”ucap ByungHee sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik air. Victoria terus memandang ke arah ByungHee sehingga kelibat lelaki itu hilang dari pandangannya. Bibirnya menguntum senyuman manis.

 

 

“Ya,oppa. Vic baru saja sampai petang tadi.”

Kelihatan Victoria tersenyum-senyum ketika berbual dengan Zhoumi melalui telefon bimbitnya itu. Victoria begitu leka berbual dengan abangnya itu sehingga tidak menyedari ByungHee yang sedang melangkah keluar dari bilik air itu.

“Okey,oppa. Nanti ada masa, kita berbual lagi,okey? Oppa jaga diri tau,”kata Victoria sebelum dia menamatkan panggilan telefonnya itu. Victoria kemudiannya menoleh ke arah ByungHee. Wajahnya berubah merah apabila melihat ByungHee yang hanya bertuala itu. Matanya langsung tidak berkedip apabila melihat tubuh badan ByungHee yang sasa serta bahunya yang bidang itu.

“Vic, awak nampak tak baju putih yang saya letak atas sofa ni tadi?” Soal ByungHee sambil mencari-cari bajunya di dalam beg.

“Saya rasa saya dah keluarkan baju putih tu tadi. Tapi tak jumpa pula,”ngomelnya pula. Victoria pula masih lagi kaku di situ. Menyedari soalannya yang dibiarkan sepi itu, ByungHee menoleh ke arah Victoria.

“Victoria?”

Bagaikan dikejut dari lena, Victoria segera menyahut panggilan lelaki itu.

“Kenapa ByungHee?” Soal Victoria. ByungHee tersenyum.

“Awak nampak tak baju putih yang saya letakkan atas sofa ni tadi? “ Soal ByungHee. Victoria yang sedang duduk di atas katil itu segera bangun, membantu ByungHee mencari bajunya itu.

“Oh, ni dia. Baju awak terjatuh atas lantai,” kata Victoria sebaik sahaja dia menjumpai baju yang dicari oleh ByungHee itu. Dia kemudiannya menghulurkan baju itu kepada ByungHee tanpa memandang ke arah lelaki tersebut.

“Gomawo,”ucap ByungHee.

“Em,” balas Victoria, masih lagi tidak memandang ke arah ByungHee yang tidak berbaju itu. Wajahnya terasa hangat sekali. ByungHee memandang ke arah Victoria dengan dahinya yang berkerut.

“Wae?” Soal ByungHee.

“Tak ada apa-apa,” balas Victoria , segera beredar menuju ke arah balkoni untuk menikmati pemandangan pantai Osaka pada waktu malam itu. ByungHee sekadar tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Dia kemudiannya menyarungkan baju itu pada tubuhnya. Perlahan-lahan, Victoria mencuri-curi pandang ke arahnya. Victoria terkejut apabila mendapati ByungHee sudah pun berdiri di belakangnya sambil tersenyum sumbing.

“Kenapa muka awak nampak merah sangat ni?” Soal ByungHee,sengaja mengusik. Cepat-cepat Victoria menyentuh kedua-dua pipinya yang terasa hangat itu.

“Mana ada!” Balas Victoria. ByungHee ketawa.

“Oh…awak intai saya pakai baju ya?” Soal ByungHee. Victoria membulatkan matanya.

“Bwo? Aniyo! Saya tak intai awak pun! Awak yang selamba keluar dari bilik air macam…” Victoria segera menutup mulutnya. Ketawa ByungHee semakin galak. Wajah Victoria menjadi semakin merah kerana perasaan malunya yang kian menebal itu.

“Oh…nakal juga awak ni rupanya,Victoria. So? Mesti awak makin jatuh cinta dekat saya kan?” Usik ByungHee sambil mengenyitkan matanya.

“Perasan! Saya tak pernah cakap pun yang saya cintakan awak,” balas Victoria sambil menjelirkan lidah ke arahnya. Dia kemudiannya terus meninggalkan ByungHee sebelum dia menuju ke arah katil. Victoria segera membaringkan dirinya di atas katil tanpa mempedulikan ByungHee yang masih sedang ketawa di balkoni itu. Cepat-cepat dia memejamkan matanya apabila menyedari ByungHee yang sedang berjalan ke arahnya itu. Jantungnya berdegup pantas apabila merasakan ByungHee menarik selimut supaya membaluti tubuhnya.

“Saya gurau saja. Awak janganlah merajuk pula. Saya tak pandai pujuk tau,” kata ByungHee sambil mengusap rambut Victoria. Victoria pula terus memejamkan matanya. ByungHee tersenyum.

“Awak tidurlah,okey? Awak mesti penat sangat hari ni. Selamat malam,”ucap ByungHee sebelum dia mengucup lembut dahi Victoria. ByungHee sekadar tersenyum sambil beredar menuju ke arah sofa. Perlahan-lahan, Victoria menoleh ke arah ByungHee. Kelihatan lelaki itu sedang duduk di atas sofa sambil menonton rancangan televisyen. Victoria tersenyum. Dia kemudiannya menyentuh dahinya yang dicium oleh ByungHee sebentar tadi. Sekali lagi, bibirnya menguntum senyuman manis sebelum dia hanyut dalam lenanya itu sendiri.                                                                                                    

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((