Chapter 20

You Belong With Me

“Victoria!!!”

 Victoria terkejut apabila tubuhnya dipeluk erat oleh JuYeon sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam pejabatnya itu.

“JuYeon ah?”

JuYeon melepaskan pelukannya terhadap Victoria sambil tersenyum.Victoria memandang ke arahnya dengan penuh tanda tanya.

“Awak ni kenapa,JuYeon? Tiba-tiba peluk saya macam dah lama tak jumpa saja,”kata Victoria,sambil mengerutkan dahinya.JuYeon sekadar tersengih mendengar pertanyaan teman baiknya itu.

“Seminggu tak jumpa awak,mestilah saya rindu,”kata JuYeon.

“Macam mana? Seronok tak bulan madu awak dengan Mr Gorgeous awak tu?” Soal JuYeon,ingin tahu.Victoria memandang ke arahnya sebelum dia menguntum senyuman sinis ke arah teman baiknya itu.Kening kanan JuYeon terangkat.

“Eh,kenapa awak pandang saya macam tu,Vic?” Soal JuYeon.Tanpa menunggu lama lagi, Vic segera menarik telinga kiri JuYeon sehingga membuatkan wanita itu mengaduh kesakitan. Beberapa orang doktor yang turut berada di dalam pejabat itu ketawa melihat telatah gelagat dua sahabat itu.

“Yah,Victoria! Kenapa ni?” Soal ChangMin,terkejut melihat kelakuan Victoria terhadap JuYeon itu. JuYeon pula berusaha cuba untuk melepaskan tangan Victoria namun tidak berjaya.Victoria pula sekadar tersenyum puas hati.

“Oh,pandai-pandai ya awak beritahu ByungHee pasal kisah almari saya tu , JuYeon?” Soal Victoria. JuYeon memandang ke arahnya dengan riak wajah yang terkejut.

“Mana ada saya beritahu dialah, Vic,”kata JuYeon,menafikan tuduhan Victoria terhadapnya itu.

“Vic sakit…” Rayu JuYeon.

“Err…Vic…saya rasa baik awak lepaskan telinga JuYeon tu,”pujuk ChangMin pula. Victoria akhirnya melepaskan telinga JuYeon selepas dipujuk oleh ChangMin.

“Nasib baik ChangMin ada. Kalau tak…jadi Elf awak nanti,”kata Victoria. JuYeon memuncungkan mulutnya sambil mengusap telinganya yang kesakitan itu.

“Suami awak yang tanya. Saya jawablah,”kata JuYeon. Victoria memandang tajam ke arahnya.

“Awak ni…takkan itu pun tak nak simpan rahsia? Tak pasal-pasal dia usik saya pasal tu,”kata Victoria,tidak puas hati. JuYeon kemudiannya tersenyum nakal. ChangMin yang berada di situ turut tersenyum.

“Oh…mesti awak sukakan bila dia usik macam tu? Lepas tu ada apa-apa jadi tak?” Soal JuYeon,berminat untuk tahu perkembangan terbaru hubungan antara Victoria dan ByungHee itu.Victoria mengerutkan dahinya.

“Jadi apa?” Soal Victoria,lambat menangkap maksud JuYeon itu. JuYeon mengeluh perlahan. Naif betullah kawan baik aku ni…

“Ala…benda tu lah…aish awak ni…” Balas JuYeon sambil menggosok lehernya. ChangMin yang sudah dapat menangkap maksud kata-kata JuYeon itu sekadar tersenyum. Dia kemudiannya beredar meninggalkan dua orang sahabat baik itu, untuk memberi ruang mereka berbual. Apatah lagi apabila perbualan mereka itu sudah hampir merujuk kepada sesuatu yang lebih bersifat peribadi. JuYeon mengeluh apabila melihat Victoria yang masih belum dapat menangkap maksud kata-katanya itu. Dia kemudiannya membisikkan sesuatu kepada Victoria sehingga membuatkan wajah wanita itu berubah merah. JuYeon tersenyum nakal apabila melihat wajah Victoria yang berubah merah itu.

“Adakah?” Soal JuYeon.

“Dahlah JuYeon. Saya malas dah nak layan awak. Saya nak masuk ward sekarang,” kata Victoria,enggan untuk melayani kerenah teman baiknya itu.

“Awal lagilah kalau awak nak buat ward round sekarang. Budak budak dalam ward tu pun tak bangun tidur lagi,” kata JuYeon,cuba untuk menghalang Victoria daripada beredar. JuYeon mengerdipkan matanya berkali-kali, dengan harapan Victoria sudi untuk berkongsi sesuatu daripada percutian bulan madunya itu. Victoria memandang ke arahnya.

“Tak ada apa-apa yang berlaku antara kami. Okey? Puas?” Kata Victoria,penuh yakin. JuYeon yang mendengar jawapan daripada Victoria itu berubah hampa.

“Takkanlah? Dah 3 bulan awak berkahwin. Takkan….awak tahukan…” Kata JuYeon.

“Tak ada.Tak ada.Tak ada,”kata Victoria,berulang-ulang kali.Victoria kemudiannya meninggalkan JuYeon yang masih lagi kelihatan hampa dengan jawapannya itu.Victoria pula sekadar tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

 

 

“Dr. Song.”

Victoria menoleh apabila mendengar namanya dipanggil. Dia menguntum senyuman manis apabila melihat seorang jururawat wanita sedang berjalan ke arahnya.

“Ya,ada apa?” Soal Victoria sambil menyerahkan fail hitam kepada seorang jururawat lelaki yang sedang berdiri di hadapannya itu. Jururawat lelaki itu kemudiannya menundukkan sedikit kepalanya di hadapan Victoria sebelum dia beredar meninggalkan wanita itu. Victoria sekadar tersenyum ke arahnya.

“Ada orang nak jumpa dengan Dr,”kata jururawat wanita itu.

“Siapa ya?” Soal Victoria.

 

Victoria melangkah masuk ke dalam kafe hospital dengan langkah yang berat.Pandangannya teralih ke arah seorang wanita yang sedang duduk menunggunya di suatu sudut di dalam kafe itu.

“SeYeon ssi.” Sapa Victoria. SeYeon yang sedang duduk itu menoleh ke arahnya. Bibirnya menguntum senyuman manis. Entah ikhlas atau tidak, hanya wanita itu sahaja yang tahu.

“Vic…duduklah,”kata SeYeon,mempelawa wanita itu untuk duduk di hadapannya. Victoria sekadar menurut tanpa banyak soal.

“Awak nak minum apa-apa?” Soal SeYeon. Victoria sekadar tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

“Saya dah minum dah tadi. Ada apa awak cari saya dekat sini?” Soal Victoria,berbasa-basi.SeYeon meletakkan gelasnya di atas meja sambil tersenyum.

“Saya tahu awak sibuk. Tapi saya saja nak jumpa dengan awak. Saya harap awak tak kisah,”kata SeYeon. Victoria sekadar tersenyum nipis.

“Jadi…” SeYeon memandang ke arah Victoria.

“…macam mana layanan ByungHee oppa terhadap awak? Lebih mesra dari dulukah?” Soal SeYeon, sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah gelas berisi jus oren itu.

“Em,”balas Victoria,mengiyakan pertanyaan SeYeon. Kening SeYeon terangkat, seolah-olah terkejut dengan jawapan Victoria itu.

“Wow,tak sangka pula saya. Setahu saya, ByungHee oppa tu bukannya jenis yang ramah dengan orang yang dia baru kenal. Hebat jugalah awak ni sebab boleh ubah sikap ByungHee oppa yang agak dingin tu,” kata SeYeon. Victoria terus mendiamkan diri.

“Tapi..itu bukan bermaksud awak berjaya mengubah perasaan ByungHee oppa terhadap awak,” kata SeYeon. Wajahnya berubah serius.Victoria sekadar memandang ke arahnya tanpa langsung bersuara.

“ByungHee oppa dah kenal saya lebih dari 5 tahun. Dan selama 5 tahun itulah ByungHee oppa hanya cintakan saya…dan saya yakin…perasaan dia terhadap saya tak akan lenyap dengan mudah. Sampai bila-bila pun dia hanya cintakan saya.”

“Jadi…jangan haraplah..awak akan dapat memiliki hati ByungHee oppa hanya kerana awak sudi menggantikan tempat saya demi untuk menjaga maruah keluarga oppa,” kata SeYeon.

“Lagipun saya yakin…dia terpaksa melayani awak dengan baik hanya disebabkan untuk membalas budi awak saja, Victoria. Jadi tak perlulah awak nak mengharap lebih dari itu. Awak patut sedar perkara itu sejak dari awal awak sudi berkahwin dengan dia. Awak pun tahukan yang ByungHee oppa sedikit pun tak pernah cintakan awak seperti mana dia cintakan saya,” kata SeYeon,sambil tersenyum sinis. Victoria menggenggam tangannya di bawah meja.

“Kalau awak nak tahu…malam tu…saya ada tanya ByungHee oppa tentang perasaan dia terhadap awak,” kata SeYeon lagi. Victoria sekadar mendengar.

“Awak tahu tak apa yang dia cakap?” Soal SeYeon,sengaja menguji. Victoria tidak menjawab.

“Dia tak cakap apa-apa. Hahahaha!” SeYeon ketawa kecil di hujung kata-katanya.

“Itu tandanya dia masih ragu-ragu dengan perasaannya sendiri. ByungHee oppa masih keliru dengan perasaan dia sendiri. Mungkin dia hanya sayangkan awak hanya kerana termakan budi.Bukan kerana dia memang ikhlas menyanyangi awak pun,” kata SeYeon,masih lagi ketawa. SeYeon kemudiannya menghentikan tawanya sebelum dia memandang tepat ke arah anak mata Victoria.

“Kalau awak nak tahu…”

Victoria turut memandang ke arahnya.

“…Saya tak suka orang lain merampas sesuatu yang menjadi hak milik saya,”kata SeYeon,separuh berbisik.

“Kalau ada orang berani merampas sesuatu hak milik saya, saya tak akan teragak-agak untuk mengambilnya semula,”kata SeYeon.

“Saya akan dapatkan ByungHee oppa semula. Walau dengan apa cara sekali pun.” Kata SeYeon,penuh nekad. Victoria menelan air liur. SeYeon tersenyum kemenangan.

“Awak tu Cuma meminjam sahaja, Victoria. Sudah sampai masanya untuk awak pulangkan balik sesuatu yang pernah menjadi milik saya dulu. Saya beri awak tempoh dua minggu untuk awak pulangkan balik ByungHee oppa kepada saya. Kalau tak…saya tak akan teragak-agak untuk rampas ByungHee oppa daripada awak,”kata SeYeon sambil tersenyum.

“Awak dengar tak? Dua minggu. Saya rasa itu pun dah cukup lama untuk saya bersabar dengan awak, Victoria,” kata SeYeon. Dia kemudiannya melihat jam tangannya.

“Em, saya rasa saya patut pergi sekarang. Seronok betul dapat luangkan masa dengan awak, Victoria. Maklumlah…kali terakhir dapat jumpa awak waktu awak masih berkhidmat sebagai doktor peribadi Hanna. Tak sangka sekarang awak dah jadi sebahagian daripada keluarga Hanna. Cepat betul masa berlalu,” kata SeYeon sambil tersenyum. Dia kemudiannya berdiri.

“Oh lagi satu,” kata SeYeon.

“Untuk pengetahuan awak…saya tak suka berkongsi,” kata SeYeon sambil tersenyum. Dia kemudiannya memakai cermin mata hitam sebelum dia beredar meninggalkan Victoria seorang diri di situ. Victoria pula terus duduk di situ tanpa menghiraukan SeYeon yang sudah beredar itu. Tangannya digenggam erat.

 

 

ByungHee melepaskan keluhan kasar sebelum dia melihat jam yang tergantung kemas pada dinding ruang tamunya itu. Sesekali dia akan cuba untuk menghubungi Victoria dengan telefon bimbitnya. Namun dia hampa apabila panggilannya itu langsung tidak berjawab.

“Mana Vic ni? Kenapa dia langsung tak angkat call? Selalu kalau dia balik lambat, dia akan beritahu aku,” keluhnya. Perasaan bimbangnya kian menebal. Kesabarannya kian menipis. Byunghee kemudiannya mencapai jaketnya , dengan niat untuk mencari Victoria sendiri di hospital.

ByungHee memandu keretanya sambil melihat ke arah sekeliling. Mengharapkan dia dapat melihat Victoria dalam perjalanannya ke hospital itu. Setelah hampir 15 minit perjalanannya ke hospital, barulah ByungHee mampu menghela nafas lega apabila dia berjaya menjumpai Victoria yang sedang berjalan seorang diri menuju ke arah rumahnya itu. Tanpa menunggu lama lagi, ByungHee segera menghentikan keretanya di hadapan Victoria. Langkah Victoria terhenti.

“Victoria!”

Victoria terkejut apabila melihat ByungHee yang sedang berlari ke arahnya itu. Wajah lelaki itu kelihatan bimbang sekali.

“Kenapa Vic tak jawab call oppa? Berapa kali oppa pesan…kalau Vic balik lambat, Vic mesti beritahu oppa. Oppa dah larang Vic balik seorang diri kan? Lambat macam mana pun Vic balik, biar oppa yang jemput. Jangan pandai-pandai balik sendiri!”

Victoria terkejut apabila mendengar nada suara ByungHee yang tinggi daripada kebiasaannya itu. Wajah ByungHee kelihatan tegang, seolah-olah sedang cuba mengawal kemarahannya terhadap wanita itu.

“Oppa tanya ni! Kenapa Vic tak nak jawab? Vic tahu tak Vic dah buat oppa risau. Kalau apa-apa terjadi dekat Vic macam mana?” Soal ByungHee. Air mata Victoria mengalir, namun cepat-cepat dia menyeka air matanya itu.

“Vic…Vic minta maaf. Vic…Vic memang nak call oppa…tapi…bateri handphone dah habis,”kata Victoria. Suaranya kedengaran sebak. ByungHee melepaskan keluhan berat. Dia memandang ke arah Victoria yang sedang menyeka air mata di hadapannya itu. Dia kemudiannya menarik Victoria ke dalam pelukannya. Rambut Victoria yang panjang itu dibelainya lembut.

“Miane…Oppa tak sengaja nak marah Vic.” Pujuk ByungHee.

“Oppa Cuma risaukan Vic. Macam-macam oppa fikir bila oppa tak dapat nak call Vic.” Katanya lagi. Victoria pula sekadar membisu. ByungHee kemudiannya memandang ke arah Victoria sebelum dia menyeka air mata Victoria yang masih bersisa itu.

“Vic minta maaf ,oppa. Vic minta maaf,” ucap Victoria. ByungHee tersenyum.

“Lain kali Vic jangan buat macam ni lagi, arasso?” Soal ByungHee.

“Kalau Vic sanggup tengok oppa mati sebab risaukan Vic, Vic buatlah lagi,” kata ByungHee. Victoria mengerutkan dahinya.

“Oppa janganlah cakap macam tu. Vic tak suka,”kata Victoria.ByungHee tersenyum lagi.

“Vic kena janji dulu dengan oppa. Jangan buat macam ni lagi. Nasib baik oppa jumpa Vic. Kalau tak…oppa dah tak tahu dah apa yang oppa perlu buat. Hati oppa tak senang tahu ,”kata ByungHee.

“Miane,oppa,”kata Victoria sambil memeluk ByungHee. ByungHee mencium lembut dahi isterinya itu.

“Vic dah makan?”Soal ByungHee sambil memandang ke arah Victoria. Victoria turut memandang ke arahnya.

“Belum. Oppa dah makan?” Soal Victoria.

“Belum. Oppa tunggu Vic balik,”kata ByungHee.

“Miane,”ucap Victoria,penuh rasa bersalah.

“Gwenchana. Jom kita balik. Hanna tengah duduk seorang dekat rumah tu,”kata ByungHee.

“Oppa buatkan ramyun, nak?” Soal ByungHee. Victoria angguk sambil tersenyum. ByungHee kemudiannya melepaskan pelukan Victoria sebelum dia memimpin tangan Victoria menuju ke arah kereta. Victoria sekadar memandang ke arah suaminya tanpa langsung bersuara.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((