Chapter 37

You Belong With Me

Victoria memandang ke arah ByungHee yang sedang terbaring lemah di atas katil itu. Hatinya sayu melihat keadaan suaminya yang cedera parah akibat kemalangan yang berlaku terhadapnya itu. Kepala dan kaki kirinya dibalut kemas. Dada lelaki itu juga kelihatan berombak perlahan dengan bantuan alat pernafasan yang dipakaikan untuknya itu. Victoria menggenggam erat tangan suaminya itu. Air matanya bagaikan sudah kering untuk menangisi penderitaan yang dialami oleh suaminya ketika itu. Tangan ByunGHee dibawanya ke mulut sebelum dikucupnya lembut.

 

“Kecederaan suami Puan agak teruk. Tapi keadaan dia semakin stabil selepas kami selesai jalankan pembedahan ke atasnya. Cuma sekarang ni, kami sedang membuat pemerhatian 24 jam terhadap Encik Jung. Kami bimbang kalau-kalau berlaku sebarang kompilasi ke atas suami Puan.”

Victoria sekadar mengangguk lemah sebaik sahaja mendengar penerangan daripada doktor itu.

“Berapa lama…dia akan dalam keadaan macam tu?” Soal Victoria,perlahan.

“Kami tak dapat nak berikan jaminan kepada Puan. Kita doakan yang terbaik untuk Encik Jung.Saya harap Puan dapat bersabar.”

 

Pipi ByungHee diusapnya lembut. Perlahan-lahan dia meletakkan kepalanya pada dada ByungHee. Air matanya mengalir perlahan.

“Jangan tinggalkan Vic,oppa.” Rintihnya. Perlahan-lahan,dia memejamkan matanya sambil memegang erat tangan ByungHee yang sejuk itu. Hatinya benar-benar takut jika sesuatu perkara yang lebih buruk akan menimpa ByungHee selepas ini. Sungguh dia tidak kuat untuk menghadapi keadaan itu.

“Tolonglah buka mata,oppa…”

 

 

“Hyung,gwenchana?” Soal Lee Joon apabila melihat SeungHo yang sedang duduk di atas katil itu. Tangan kanan lelaki itu dipakaikan kain anduh dengan kemas.

“Hyung tak apa-apa. Cuma patah sikit,”kata SeungHo,perlahan. Lee Joon menghela nafas lega. Begitu juga dengan Cheondung dan Mir yang berada di situ.

“ByungHee? Dia macam mana? Dia dah sedarkah?” Soal SeungHo,bimbang. Dia betul-betul cemas apabila melihat keadaan ByungHee yang parah akibat kemalangan yang menimpa mereka berdua itu.

“Dia macam mana?!” Desak SeungHo apabila mendapati soalannya yang dibiarkan sepi oleh rakan-rakannya itu.

“Dia dalam ICU. Dia masih belum sedar. Tapi keadaan dia dah stabil setakat ni,”kata Cheondung,cuba menenangkan SeungHo. SeungHo meraup wajahnya sebelum dia melepaskan keluhan berat.

“Hyung…”

“Vic macam mana pula?” Soal SeungHo,perlahan. Lee Joon menundukkan wajahnya.

“Dia ada dengan ByungHee Hyung sekarang. Dia tak nak diganggu. Lagipun ByungHee tak dibenarkan menerima pelawat yang ramai. Lepas keadaan dia betul-betul dah okey, baru kita boleh melawat dia di wad biasa,”kata Lee Joon. SeungHo mengeluh lagi. Kali ini keluhannya lebih kasar daripada sebelumnya.

“Hyung…Hyung janganlah macam ni. Keadaan Hyung pun teruk juga. Hyung tak boleh stress. Kena banyak rehat,”kata Mir pula.

“Polis ada cakap apa-apa tak pasal kemalangan tu?” SeungHo terus menyoal. Ternyata hatinya belum puas memikirkan mengenai kemalangan yang baru sahaja terjadi itu. Apatah lagi mengenangkan keadaan ByungHee yang parah itu.

“Belum lagi, Hyung.Kes tu masih dalam siasatan lagi. Mereka akan beritahu kita lepas mereka dah dapat kenal pasti punca kemalangan tu. Hyung jangan risau. Walau apa pun terjadi, kita akan dapat tahu juga punca kemalangan tu,”kata Lee Joon.

“Hyung syak…semua ni perbuatan khianat,”kata SeungHo. Lee Joon mengerutkan dahinya.

“Kenapa Hyung syak macam tu?” Soal Lee Joon.

“ Apa yang Hyung ingat… kami kemalangan bukannya sebab dilanggar oleh kereta lain. Sebab sebelum tu… ByungHee cakap brek kereta Vic ada masalah,”kata SeungHo.

“Apa? Kereta Noona?” Soal Cheondung dan Mir serentak.

“ByungHee tak bawa kereta dia hari ni. Hyung pun tak tahu kenapa tiba-tiba dia bawa kereta Vic hari ni,”kata SeungHo.

“Kalau macam tu…mungkin ada orang nak buat khianat dekat Noona?” Soal Mir pula. SeungHo diam seketika,memikirkan kata-kata Mir itu. Dia turut bersetuju dengan pendapat lelaki itu. Pendapat Mir itu ada maknanya. Cuma dia tidak boleh terus membuat tuduhan kepada sesiapa selagi belum ada bukti yang sahih. Namun entah mengapa hanya seseorang sahaja yang terlintas dalam fikirannya.

“Hyung? Hyung okeykah?” Soal Cheondung. SeungHo segera menggelengkan kepalanya sambil tersenyum kelat.

“Tak ada apa-apa. Hyung Cuma penat,”kata SeungHo,sengaja tidak berterus terang.

“Kalau macam tu, Hyung berehatlah. Hyung call saja kami kalau Hyung perlukan apa-apa,okey?” Cadang Cheondung,prihatin. SeungHo sekadar angguk.

“Joon Hyung? Tak nak keluar sekalikah dengan kami?” Soal Mir apabila menyedari Lee Joon yang masih lagi tidak berganjak dari bilik yang menempatkan SeungHo itu. SeungHo turut memandang ke arah Lee Joon.

“Nanti Hyung keluar. Kamu berdua tolong tengokkan SooJung dekat luar sekejap boleh tak?Temankan dia dengan Hanna,”pinta Lee Joon. Cheondung dan Mir saling berpandangan.

“Okey.Kami keluar dulu,”kata Cheondung,bagaikan memahami niat Lee Joon yang mahu bersendirian dengan SeungHo itu. Lee Joon kemudiannya menoleh ke arah SeungHo sebaik sahaja kelibat Cheondung dan Mir sudah tidak kelihatan.

“Joon rasa…Joon tahu siapa yang sanggup buat semua ini untuk sakiti Victoria,”kata Lee Joon. SeungHo sekadar angguk perlahan.

“Hyung pun. Cuma kita masih belum ada bukti yang kukuh untuk terus buat tuduhan.Tapi…setakat ni memang dia saja yang Hyung fikir… sanggup buat semua ni semata-mata untuk dapatkan ByungHee semula,”kata SeungHo.

“Habis tu kita nak buat apa ni,Hyung? Joon risau…kalau dia akan apa-apakan Victoria selepas ni. Keadaan ByungHee Hyung sekarang pun…” Lee Joon mengeluh berat.

“Kita boleh tengokkan mereka berdua. Lagipun Hyung yakin…omeonim mesti akan suruh Victoria dan ByungHee tinggal di rumah dia. Takkanlah dia nak biarkan Victoria jaga ByungHee seorang diri. Dalam keadaan dia macam tu lagi. Kita akan tolong semampu yang boleh,”kata SeungHo.

“Joon akan cari bukti tu sendiri,Hyung. Kita tak boleh biarkan perempuan tu terlepas lama-lama. Takut lagi ramai yang teraniaya selepas ni,”kata Lee Joon,geram.

“Kawal perasaan marah tu,Lee Joon. ByungHee mesti tak nak tengok Joon berdendam dengan orang lain macam ni,”kata SeungHo,cuba menenangkan Lee Joon yang sedang dalam keadaan bengang itu. Dia faham. Lee Joon amat pantang melihat SooJung terluka. Pastinya keluarga Jung dalam keadaan sedih atas kemalangan yang menimpa ByungHee itu. Apatah lagi saudara kembar ByungHee sendiri terkorban kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya sebelum ini.

 

 

“Omma…Omma baliklah berehat dulu,”pujuk SooJung apabila melihat Puan Jung yang masih lagi berdiri di luar bilik rawatan yang menempatkan anak lelakinya itu. Puan Jung sekadar melihat ByungHee yang terbaring tidak sedarkan diri di dalam bilik rawatan rapi menerusi cermin yang memisahkan ByungHee dengan ahli keluarganya di luar.

“Omma takut nak tinggalkan ByungHee,SooJung. Omma takut kalau ByungHee akan tinggalkan omma macam JiHoon dulu,”tangis Puan Jung,teresak-esak. Tuan Jung pula sekadar membisu sambil menundukkan kepalanya. Tidak sanggup melihat keadaan ByungHee di hadapannya itu. Dia turut merasai ketakutan yang sedang dialami oleh isterinya itu. Mereka sudah pun merasai kehilangan JiHoon lima tahun yang lalu. Dan kehilangan itu amat perit untuk dikenangnya semula.

“Omeonim…Vic pun rasa omeonim baliklah berehat dulu. Vic boleh tengokkan oppa dulu. Lagipun…doktor pun tak boleh nak pastikan berapa lama oppa akan jadi macam tu. Cuma setakat ni…keadaan oppa dah sedikit stabil lepas operation tadi. Kalau ada apa-apa nanti, Vic akan call omeonim,okey?” Pujuk Victoria pula sambil menyentuh lembut bahu ibu mertuanya itu. SooJung turut mengangguk lemah.

“SooJung akan temankan Unni. Omma dengan appa baliklah rumah dulu.Nanti kalau omma sakit,kan susah,”pujuk SooJung pula.

“Marilah ommanya. Kita balik berehat dulu. Esok kita datang lagi. Lagipun kasihan tengok Hanna tidur dekat atas kerusi tu. Kita balik…esok kita datang lagi tengok ByungHee. Kita doa banyak-banyak semoga anak kita akan sedar esok,hm?” Kali ini giliran Tuan Jung pula memujuk. Victoria menoleh ke arah Hanna yang sudah pun lena di atas kerusi itu. Hatinya turut sebak melihat si kecil itu. Puas juga dia memujuk Hanna yang menangis melihat keadaan ByungHee yang cedera parah itu.

“Kalau ada apa-apa nanti, terus telefon omma.Okey?”Pinta Puan Jung,terpaksa mengalah.SooJung mengangguk.

“Omeonim jangan risau. Saya akan tengokkan SooJung dengan Victoria dekat sini,”kata Lee Joon, yang baru sahaja muncul di situ. Dia baru sahaja selesai berbincang dengan SeungHo sebentar tadi.

“Lee Joon dan kawan-kawannya ada untuk temankan SooJung dan Victoria. Kita balik dulu. Esok biar kita pula yang jaga ByungHee,”kata Tuan Jung yang sudah pun mendukung Hanna itu. Puan Jung mengangguk lemah.

 

 

“Unni…dah lama unni duduk dekat sini. Unni tak nak pergi makan dulu?” Soal SooJung apabila melihat Victoria yang langsung tidak berganjak dari katil ByungHee itu. Victoria sekadar menggeleng perlahan tanpa mengalihkan pandangannya daripada ByungHee.

“Tapi unni…unni kena makan juga. Sikit pun jadilah. Unni tak bolehlah terus macam ni. Tak elok untuk kesihatan unni dengan baby,”pujuk SooJung.Victoria mengeluh perlahan.

“Ni semua salah unni. Kalau unni tak bagi oppa pinjam kereta unni,semua ni mesti takkan terjadi. Sepatutnya unni yang berada di tempat oppa. Unni…unni tak sanggup nak kehilangan oppa,”kata Victoria,sebak.SooJung memaut erat bahu Victoria itu.

“Kenapa unni cakap macam tu? Bukannya unni tahu pun semua ni akan terjadi kan? Unni janganlah nak salahkan diri sendiri. SooJung yakin oppa pun takkan salahkan unni,”pujuk SooJung lagi. Victoria terus mendiamkan diri. SooJung mengeluh perlahan.

“Unni…sekarang ni,SooJung nak unni pergi makan dulu.Lagipun JooYeon unni dah tunggu unni dekat luar.Unni pergi makan dulu…berehat…dan tidur sekejap. Kalau unni nak mandi pun boleh. SooJung dah minta tolong JooYeon unni bawakan beg pakaian untuk unni. Bila unni dah rasa segar nanti, barulah unni sambung jaga oppa okey? Sementara unni berehat ni, SooJung dengan Lee Joon oppa akan jagakan ByungHee oppa. Unni jangan risau. Kalau ada apa-apa nanti, SooJung akan terus call unni. Okey kan?”

Victoria tidak terus membalas. Dia masih lagi memandang ke arah ByungHee yang masih belum sedarkan diri itu.

“SooJung tak nak tengok unni jatuh sakit. Unni nakkah tengok SooJung kena marah dengan ByungHee oppa kalau dia tahu yang SooJung tak pandai jaga unni nanti?” Soal SooJung. Victoria tersenyum kelat. Mahu tidak mahu, dia terpaksa mengalah. Lagipun kata-kata SooJung itu ada benarnya. Dia juga perlukan tenaga untuk terus kelihatan kuat di hadapan ByungHee. Dia tidak mahu lelaki itu bimbang akan keadaan dirinya sebaik sahaja dia sedar dari koma itu nanti.

“Unni…”

“SooJung pula? SooJung dengan LeeJoon dah makan?” Soal Victoria.

“Oppa dah belikan roti untuk SooJung tadi. Unni jangan risaulah. Sekarang ni unni Cuma kena pentingkan kesihatan unni dengan baby. Nanti kalau unni pengsan lagi kan susah. Unni pergilah berehat dulu.Okey?” Balas SooJung. Victoria mengangguk perlahan.

“Arasso. Kalau ada apa-apa, call unni terus ya?” Pinta Victoria. SooJung tersenyum lebar sambil mengangguk. Victoria memandang semula ke arah suaminya yang masih lagi terbaring kaku di atas katil itu. Dahi ByungHee itu dikucupnya lembut.

“Nanti Vic datang balik,”bisiknya.Tangan sejuk suaminya itu dilepasnya perlahan sebelum dia beredar meninggalkan SooJung dan ByungHee di dalam bilik itu.

 

 

Victoria terkejut apabila melihat SeYeon yang sedang berbual dengan JooYeon di luar bilik rawatan itu. SeYeon menoleh ke arahnya tanpa sekelumit pun senyuman. Kedua-dua matanya kelihatan merah, seolah-olah baru sahaja menangis. Perlahan-lahan, dia berjalan menuju ke arah dua orang wanita itu.

“Vic…awak okey? Muka awak nampak pucat betullah,”soal JooYeon,bimbang. Victoria sekadar tersenyum kelat.

“Saya okey.” Balas Victoria,perlahan. Dia kemudiannya menoleh ke arah SeYeon.

“SeYeon ssi…”

“Saya dapat tahu daripada office ByungHee oppa. Dia macam mana?” Soal SeYeon,sebak. Victoria mengeluh perlahan.

“Dia masih lagi belum sedar. Tapi keadaan dia dah stabil. Kalau dah tak ada apa-apa, dia boleh dipindahkan ke wad biasa,”kata Victoria. SeYeon tidak terus menyoal selepas itu. Sebaliknya dia memandang ke arah ByungHee yang masih terbaring kaku menerusi cermin itu.

“Buat masa ni…hanya ahli keluarga saja yang dibenarkan untuk masuk ke dalam. Tapi…lepas oppa dah dipindahkan ke wad biasa,semua orang akan dibenarkan untuk melawat. Saya harap awak faham,”kata Victoria lagi.

“Saya faham.” Balas SeYeon tanpa memandang ke arah Victoria.

“Kalau macam tu, saya minta diri dulu. Nanti saya datang lagi,”kata SeYeon,sebelum dia beredar meninggalkan Victoria dan JooYeon di situ.

“Awak ni betul-betul okeykah? SooJung cakap awak tak makan apa-apa pun lagi,”kata JooYeon,bimbang. Victoria tersenyum kelat.

“Saya ingat saya nak mandi dulu. Awak ada bawakan baju sayakan?” Soal Victoria. JooYeon angguk lantas menyerahkan beg pakaian kepada Victoria.

“Awak nak saya temankan awak ke bilik airkah? Saya risau nak biarkan awak jalan seorang ke sana,”soal JooYeon.

“Saya okeylah.Awak tunggu saja dekat sini. Nanti saya datang balik,”kata Victoria sambil tersenyum.

 

 

Victoria menyimpan baju kotornya di dalam beg sebaik sahaja selesai membersihkan dirinya sebentar tadi. Wajah lesunya itu ditatap pada cermin.

“Tak sangka kau ni memang bernasib baik.”

Victoria menoleh . Matanya terbuka luas apabila melihat SeYeon yang sedang berdiri tidak jauh darinya itu.

“SeYeon ssi? Apa awak buat dekat sini?” Soal Victoria. SeYeon tersenyum sinis.

“Aku ingatkan aku datang sini sebab nak tengok kau yang terlantar. Tapi aku silap. Tak sangka pula bekas tunang aku yang sakit,”kata SeYeon.

“Awak cakap apa ni,SeYeon?Saya tak faham,”kata Victoria.

“Jangan buat-buat tak fahamlah,perempuan sial! Kalau bukan sebab kau, oppa takkan terlantar sakitlah macam ni! Dasar perempuan tak guna. Kau tak sedarkah yang kau ni pembawa malang dalam keluarga oppa? Kau ingat aku tak tahu…yang keluarga kau dulu pun terkorban sebab kau juga kan? Kali ni kau nak biarkan sial kau tu melekat dekat ByungHee oppa pulakah?” Jerkah SeYeon,bengang. Victoria tersentap. Entah mengapa dia merasakan kakinya menjadi lemah mendengar tuduhan SeYeon itu. Cepat-cepat dia meletakkan tangannya pada sinki, untuk menampung dirinya yang tiba-tiba lemah itu. SeYeon menyembunyikan senyumannya. Lidah Victoria terus kelu untuk berkata-kata.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((