Chapter 29

You Belong With Me

Victoria membuka matanya perlahan-lahan.Diperhatikan suasana bilik yang kelihatan asing baginya itu dengan penuh tanda tanya.Seingatnya semalam,dia berada di dalam bilik tidur ByungHee di rumah agam keluarga mertuanya itu.Dahinya berkerut.Tangannya ligat memicit kepalanya yang terasa pening itu.

“Aku demamkah semalam?” Soalnya,perlahan.Dia dapat merasakan suhu badannya sedikit panas daripada biasa.Dia mengeluh perlahan. Ternyata dia sudah merosakkan majlis hari jadi suaminya yang dirancangnya sendiri itu.Timbul pula rasa bersalah dalam benaknya.Silapnya juga kerana dia sendiri yang menjemput SeYeon ke majlis itu.Namun dia tetap tidak boleh menyalahkan wanita itu dengan apa yang telah terjadi pada malam semalam.Jika dia berada di tempat SeYeon, dia mungkin akan berasa marah dengan jawapan yang diberikan olehnya itu. Namun dia tetap tidak boleh mudah mengalah. Dia mencintai akan ByungHee dan lelaki itu juga turut mencintai dirinya. Dia hanya mempertahankan haknya sebagai seorang isteri.

Victoria kemudiannya cuba menggagahkan diri untuk duduk bersandar pada kepala katil itu.Perlahan-lahan,dia memejamkan matanya semula sebelum dia menarik nafas sedalam-dalamnya.Fikirannya terasa lapang seketika.Seolah-olah beban yang ditanggungnya selama ini sudah pun dilepaskannya.

“Vic?”

Victoria menoleh.Bibirnya menguntum senyuman manis apabila melihat wajah ByungHee yang muncul di muka pintu itu. ByungHee turut tersenyum lega apabila melihat Victoria yang sudah pun terjaga daripada lenanya itu.ByungHee melangkah masuk ke dalam bilik itu sebelum dia meletakkan beg kertas berisi makanan itu di atas meja.Perlahan-lahan,dia melabuhkan punggung di atas katil sebelum dia meletakkan tangannya pada dahi Victoria.

“Em…panas lagilah. Tapi dah kurang sikit daripada malam semalam,”kata ByungHee sambil mengusap lembut pipi isterinya itu. Victoria meletakkan tangannya pada tangan ByungHee yang masih berada pada pipinya itu.Mereka berpandangan antara satu sama lain.

“Oppa.”

“Ya?”

Victoria kemudiannya mengalihkan tangan ByungHee daripada pipinya sebelum digenggamnya tangan itu dengan erat.ByungHee sekadar memandang ke arahnya.

“Vic nak minta maaf,”kata Victoria,perlahan.Tangan suaminya itu diramasnya lembut.

“Wae?” Soal ByungHee.Victoria mengetap bibirnya sambil menundukkan kepalanya.

“Sebab Vic dah rosakkan majlis oppa semalam.Jeongmal miane,”kata Victoria lagi.

“Tak pasal-pasal pula oppa kena bawa Vic ke hospital.Miane.” Victoria terus mengulangi ucapan maafnya itu.ByungHee tersenyum.

“It’s not your fault. Don’t worry,hm?” Balas ByungHee.Victoria memandang ke arah suaminya.

“Oppa tak kisah pun.Oppa dah cukup gembira dah dengan kejutan yang Vic dah bagi dekat oppa semalam. Gomawo,”ucap ByungHee sambil mencium lembut tangan isterinya itu.

“Apa yang penting demam Vic dah okey sikit kalau nak dibandingkan dengan semalam.Tak lena oppa nak tidur sebab fikirkan Vic.Vic buat oppa risau sajalah,”kata ByungHee sambil mencuit hidung isterinya itu.Victoria tersenyum.

“Em…Vic betul-betul minta maaf tahu,oppa.Kalau Vic tak berhati-hati,mesti Vic tak jatuh dalam kolam semalam,”kata Victoria.

“Betulkah Vic yang terjatuh ni?”Soal ByungHee,tidak percaya.Victoria mengangguk.

“Vic Cuma berbual dengan SeYeon.Dan macam mana entah Vic boleh terjatuh.Lantai licin rasanya,”kata Victoria sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.ByungHee mengeluh perlahan. Dia yakin Victoria berbohong dengannya.Namun dia sengaja tidak mahu memperbesar hal itu kepada isterinya.

“Arasso. Tapi lain kali, Vic hati-hati bila berjalan dekat kawasan swimming pool tu. Lantai dekat situ memang licin sikit.Oppa pun selalu juga terjatuh dekat situ,”kata ByungHee,seraya bergurau.

“Jinja? Oppa pun selalu terjatuh?”Soal Victoria,tidak percaya.ByungHee mengangguk.

“Sebab tu oppa dah jarang jalan-jalan dekat situ.Kalau oppa terjatuh depan Vic,malulah,”kata ByungHee,sengaja menceriakan hati isterinya.Victoria ketawa.ByungHee turut ketawa sambil menggosok lembut kepala isterinya itu.

“Vic memang tak pandai berenang ya?”Soal ByungHee. Victoria menggeleng.

“Nak oppa ajarkan? Hanna yang kecil tu pun dah pandai berenang,”kata ByungHee,memberi cadangannya.

“Bolehkah,oppa?” Soal Victoria.ByungHee angguk sambil tersenyum.

“Mestilah boleh. Nanti kalau Vic terjatuh dalam kolam waktu oppa tak ada kan susah?Siapa nak tolong nanti,betul tak?” Soal ByungHee pula.

“Arasso. Nanti oppa ajar Vic berenang ya,”kata Victoria,bersetuju.ByungHee sekadar tersenyum.Hatinya melonjak-lonjak ingin mengetahui apa yang dibincangkan oleh Victoria dan SeYeon itu. Dia yakin SeYeon yang menolak Victoria ke dalam kolam renang itu. Lantai licin itu hanyalah sekadar alasan. Victoria yang dikenalinya itu bukanlah seorang yang cuai. Namun,dia terpaksa memendamkan dahulu keinginannya itu apabila melihat keadaan Victoria yang semakin pulih itu.

“Vic,oppa dah belikan breakfast. Kita makan ya? Lepas ni bolehlah Vic makan ubat,”kata ByungHee sambil mengambil beg kertas berisi makanan itu dari atas meja.Wajah Victoria berubah ceria sebaik sahaja melihat makanan yang terhidang di hadapannya itu.

“Oppa tahu Vic mesti lapar. Vic bukannya makan sangat malam tadi kan? Jadi,oppa dah belikan breakfast yang istimewa untuk isteri oppa yang comel ni,”kata ByungHee sambil mencubit lembut pipi isterinya itu.Victoria tersenyum.

“Vic nak makan sendiri atau nak oppa suapkan?” Soal ByungHee.

“Em…kalau Vic cakap Vic nak makan sendiri pun,oppa tetap nak suapkan Vic jugakan?”Soalan ByungHee dibalas dengan soalan oleh Victoria.ByungHee tertawa.

“Tahu tak apa,”kata ByungHee.Victoria turut tertawa.

 

Mereka kemudiannya menghabiskan masa berdua di dalam bilik itu sambil menantikan kehadiran ahli keluarga mereka yang khabarnya akan datang melawat sebentar lagi.ByungHee tidak jemu memeriksa suhu badan Victoria sehingga menyebabkan Victoria berasa geli hati dengan tindakan suaminya itu.ByungHee mengerutkan dahinya.

“Kenapa tersenyum-senyum pula ni?” Soal ByungHee,hairan.

“Oppalah.” Balas Victoria.

“Oppa?Kenapa pula?” Soal ByungHee,semakin hairan.

“Dari tadi oppa tak habis-habis periksa suhu badan Vic. Mengalahkan doktorla oppa ni,”kata Victoria.

“Itu tandanya oppa risaukan Vic.Dan itu juga tandanya…”

“Oppa sayangkan Vic,”pintas Victoria sambil tersenyum.ByungHee turut tersenyum.

“Tahu tak apa,”kata ByungHee.ByungHee kemudiannya memandang tepat ke arah anak mata Victoria.Victoria turut melakukan perkara yang sama.

“Gomawo,”ucap ByungHee.

“Untuk apa?” Soal Victoria.

“Untuk semuanya…terutamanya malam tadi,”kata ByungHee sambil mengeratkan pelukannya pada pinggang isterinya itu.Victoria sekadar tersenyum sambil menyandarkan kepalanya pada bahu ByungHee yang sasa itu.

“Tapi Vic sendiri yang dah rosakkan majlis oppa semalam,”kata Victoria,perlahan.

“Kan oppa dah cakap…itu bukan salah Vic.”ByungHee memandang ke arah Victoria sebelum dia menghadiahkan kucupan pada dahi isterinya.

“Vic kan dah janji yang Vic nak berikan urutan istimewa untuk oppa lepas majlis malam tadi.Lepas Vic dah sihat nanti, Vic urutkan oppa ya?”Soal Victoria,kali ini dia turut memandang ke arah suaminya itu.

“Em,boleh juga tu.Kiranya itulah hadiah hari jadi untuk oppa ya?” Soal ByungHee.Victoria tersenyum.

“Aniyo.Lepas Vic dah keluar hospital nanti, Vic bagilah hadiah hari jadi untuk oppa.Bolehkan kalau terlambat sikit?”Soal Victoria.

“Yang penting,Vic cepat sihat.Oppa langsung tak kisah pasal hadiah tu,”kata ByungHee.Victoria membulatkan kedua-dua matanya.

“Oh…betul ni? Vic dah semangat nak bagi dekat oppa tahu? Kalau oppa tak nak,tak apalah.Vic bagi dekat oppa tahun depanlah,”kata Victoria.

“Eh,mana boleh tahun depan.Hadiah hari jadi tahun ni mestilah bagi tahun ni,”balas ByungHee.

“Tapi tadi,oppa juga yang cakap yang oppa langsung tak kisah pasal hadiah tu. Jadi,baik Vic simpan dululah hadiah tu.Buat apa nak bagi kalau orang tu tak sudi,”kata Victoria,pura-pura merajuk.Dia memalingkan wajahnya daripada ByungHee.

“Oppa tak cakap pun oppa tak nak.Oppa Cuma lebih pentingkan kesihatan Vic.Tapi kalau Vic tak nak bagi pun..oppa tak boleh nak paksa. Majlis hari jadi semalam pun dah sangat cukup untuk oppa.Gomawo,”kata ByungHee sebelum dia mencium pipi Victoria.Victoria menoleh semula ke arahnya.Victoria tersenyum ke arahnya.

“Saegil chukae,”ucap Victoria.ByungHee turut tersenyum.Perlahan-lahan,dia mengucup lembut bibir isterinya.Victoria segera menjauhkan bibirnya daripada ByungHee.

“Vic demamlah,oppa,”kata Victoria.Tangannya pantas menutup mulut ByungHee apabila melihat ByungHee yang cuba untuk mencium bibirnya sekali lagi.

“Eleh…dulu pun Vic cium oppa waktu oppa demam.Apa salahnya kalau oppa nak buat benda yang sama?” Soal ByungHee.

“Kalau oppa demam,susah Vic nak bagi makan ubat.Mengalahkan budak-budak,”ngomel Victoria.ByungHee ketawa.

“Oppa janji,kalau oppa demam oppa akan makan ubat.Okey?”Pujuk ByungHee.Victoria tidak membalas.

“Sekali lagi…please?”

“Sebagai hadiah hari jadi oppa,please?”

ByungHee terus berusaha memujuk isterinya sehinggalah wanita itu mengangguk perlahan.ByungHee tersenyum lebar.Pipi wanita itu diusapnya lembut.Victoria memejamkan matanya apabila bibir mereka bertaut.

 

 

“EEEE…Appa!!!”

ByungHee segera menjauhkan wajahnya daripada Victoria sebaik sahaja terdengar jeritan Hanna di dalam bilik itu.Mata mereka terbuka luas apabila melihat Puan Jung,Tuan Jung, Soo Jung, Hanna dan SeungHo yang sudah pun berada di dalam bilik itu.Cepat-cepat Victoria menolak tubuh ByungHee supaya jauh daripadanya.Malu apabila kelakuan intim mereka diperhatikan oleh ahli keluarga, terutama sekali di hadapan Hanna. Puan Jung dan Tuan Jung sudah pun tersenyum sesama sendiri. SeungHo pula berdehem beberapa kali.Soo Jung turut ketawa kecil sementara Hanna pula sudah menutup mata dengan kedua-dua tangan kecilnya itu.

“Omma…appa..bila sampai? Tak dengar pun bunyi ketuk pintu,”soal ByungHee.Victoria pula membisu,masih lagi berasa malu.SeungHo mencebik.

“Engkau tu…memanjang saja tak dengar orang ketuk pintu.Nasib baik kami sampai awal sikit.Entah-entah,kalau kami terlambat sikit…hm..memang tak lama lagi Hanna dapat adiklah jawabnya,”kata SeungHo seraya mengusik.

“Hoi!” Balas ByungHee,kurang senang dengan usikan SeungHo.Wajahnya terasa hangat.Apatah lagi Victoria yang turut menjadi bahan usikan SeungHo itu.Semua yang berada di situ ketawa melihat perubahan pada wajah suami isteri itu.

“Ala…kalau betul pun Hanna nak dapat adik pun, apa salahnya kan?” Kali ini SooJung pula menyampuk.ByungHee menjeling tajam ke arah adik perempuannya itu.

“Omma dah sediakan makanan tengahari untuk kamu berdua.ByungHee dengan Vic mesti belum makan lagikan?” Soal Puan Jung.Ketika itu,Hanna sudah pun berada di pangkuan ByungHee yang sedang duduk bersebelahan Victoria di atas katil itu.

“Omeonim…miane.Vic dah susahkan omeonim pula,”kata Victoria,penuh rasa bersalah.Puan Jung tersenyum sambil meletakkan tangannya pada dahi menantu kesayangannya itu.

“Tak ada apa yang susahnya,Vic.Em…demam ni macam dah kebah sikit.Bila boleh keluar?”Soal Puan Jung.

“Mungkin esok.Lagipun ByungHee nak Vic berehat secukupnya. Kalau dekat rumah, bukannya tahu nak duduk diam,”kata ByungHee sambil menjeling manja ke arah isterinya itu.Victoria sekadar tersenyum.Wajahnya yang pucat itu tetap kelihatan berseri-seri pada mata ByungHee.Mungkin juga kerana perasaan cintanya yang kian mekar terhadap wanita itu membuatkan segala-gala yang berkaitan dengan Victoria adalah istimewa baginya.

Victoria kemudiannya memandang ke arah Hanna sambil tersenyum.Perlahan-lahan,diusapnya pipi si kecil itu dengan lembut.

“Rindunya unni dekat Hanna tahu.Hanna tak nak duduk dengan unni lagikah?”Soal Victoria.

“Unni bosanlah Hanna tak ada. Appa selalu buli unni dekat rumah tahu,”kata Victoria sambil menjeling manja ke arah suaminya itu.Kening ByungHee terangkat.

“La…Hanna kenapa pula ni? Dari tadi muka masam saja.Hanna risaukan unni ya?” Soal ByungHee pula,apabila menyedari riak wajah Hanna yang muram itu.Kebiasaannya Hannalah yang paling ceria apabila berjumpa dengan Victoria. Ada sahaja perkara yang mahu dibualnya bersama Victoria.

“Unni demam sikit saja,Hanna.Esok unni baliklah rumah. Hanna nanti ikut unni dengan appa balik ekh?”Soal Victoria.

“Betul tu,Hanna.Lepas ni Hanna ikut appa dengan Victoria unni balik ya? Lain kali Hanna datangla rumah halmoni lagi,”kata Puan Jung,turut bersetuju.

“Unni…”

“Ya,sayang?”

Hanna memandang ke arah Victoria.

“Boleh tak…Hanna nak panggil unni…Omma?”

Semua yang berada di situ terkejut apabila mendengar pertanyaan kanak-kanak perempuan itu. Dan tentunya yang paling terkejut ketika itu ialah ByungHee dan Victoria.

“Hanna rindukan SeYeon omma…tapi…semalam Hanna nampak SeYeon omma tolak unni dalam kolam.”

ByungHee terkejut mendengar kata-kata Hanna itu.

“Hanna tak nak jumpa dengan SeYeon omma lagi.Hanna takut…”

Suara kanak-kanak itu mulai berubah sebak.Matanya kelihatan bergenang.Perlahan-lahan,air matanya mengalir.

“Bolehkan,unni?Hanna nak panggil unni…Omma…bolehkan?”Soal Hanna lagi.Victoria memeluk Hanna dengan erat.Air matanya turut mengalir.ByungHee sekadar tersenyum.Begitu juga dengan Tuan Jung dan SeungHo.Puan Jung dan SooJung turut hanyut dengan emosi masing-masing.

“Kenapa pula tak boleh,Hanna?Mestilah boleh…Hanna kan….anak omma..”Tangis Victoria,rasa bersyukur.ByungHee kemudiannya turut memeluk isteri dan anak perempuannya itu.Hatinya berasa terlalu gembira ketika itu.Entah mengapa,dia merasakan seolah-olah keluarganya sudah pun lengkap setelah sekian lama terbina.ByungHee merasakan dia tidak perlukan apa-apa lagi untuk kebahagiaan dirinya sendiri.Kehadiran Victoria dan Hanna adalah pelengkap dalam hidupnya.Semua itu sudah cukup membahagiakan dirinya.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((