Chapter 27

You Belong With Me

“Oppa.”

Victoria tersenyum lebar apabila melihat ByungHee yang baru sahaja pulang dari kerjanya itu.ByungHee yang keletihan itu turut membalas senyuman Victoria sebelum dia memeluk tubuh isterinya itu dengan erat.Victoria turut membalas pelukan suaminya itu, sebelum dia meletakkan telinganya pada dada ByungHee. Dia tersenyum apabila mendengar degupan jantung ByungHee yang perlahan itu.

“Lambat oppa balik hari ni,”kata Victoria.ByungHee meletakkan dagunya pada bahu Victoria sebelum dia mengeluh perlahan.

“Hari ni oppa ada banyak meeting. Penatlah,”katanya,perlahan.Victoria tersenyum.

“Ala…oppa penat sangatkah? Vic baru ingat nak ajak oppa keluar malam ni,”kata Victoria.ByungHee meleraikan pelukannya sebelum dia memandang ke arah Victoria.Dahinya sedikit berkerut.

“Vic nak ajak oppa pergi mana?” Soal ByungHee,ingin tahu.Victoria tersenyum penuh makna.

“Rahsia,”kata Victoria sambil mengenyitkan matanya.

“Amboi…macam nak balas balik surprise oppa saja ni?” Soal ByungHee sambil tersenyum.Victoria tertawa kecil.

“Tapi Vic punya surprise lagi gempak dari surprise oppa hari tu,”kata Victoria,penuh yakin.Kening ByungHee terangkat.

“Iya? “Soal ByungHee,tidak percaya.Victoria mengangguk laju.

“Em…sikit pun Vic tak bolehkah bagi hint dekat oppa?” Soal ByungHee,seakan-akan merayu.Victoria menggeleng.

“Tak boleh.Jadi,sekarang ni…Vic nak oppa bersiap .Jangan berlengah lagi,”kata Victoria,sambil menarik tangan ByungHee menuju ke arah tangga.

“Vic urut dulu bahu oppa,please?” Pinta ByungHee.

“Tak boleh. Nanti oppa tidur. Oppa kalau dah tidur,susah Vic nak kejutkan,”kata Victoria.ByungHee memuncungkan mulutnya.

“Ala oppa…janganlah merajuk.Tak apa…balik saja dari keluar nanti, Vic akan bagi urutan istimewa dekat oppa. Yang penting sekarang ni,oppa pergi bersiap dulu,okey?”Pujuk Victoria sambil mencuit lembut hidung suaminya itu.

“Vic dah siapkah?” Soal ByungHee.

“Vic dah siap dah.Vic tengah tunggu oppalah ni,”kata Victoria.

“Vic temankan oppalah. Oppa bosanlah,”kata ByungHee sambil memegang tangan Victoria dengan erat.

“Vic tunggu oppa dekat sini sajalah ya. Vic dah siapkan semua untuk oppa. Oppa tak payah buat apa-apa dah. Tunggu mandi dengan bersiap saja,”kata Victoria.

“Haih…sejak bilalah isteri oppa ni dah pandai melawan cakap oppa ni?”Soal ByungHee.

“Bukan melawan.Cuma malas nak layan kerenah oppa saja,”kata Victoria.ByunGHee tersenyum.Kepala Victoria itu diusapnya dengan lembut.

“Baiklah,tuan puteri. Oppa pergi bersiap sekarang,”kata ByungHee,terpaksa mengalah.Satu kucupan lembut hinggap pada pipi Victoria sebelum lelaki itu beredar meninggalkannya di ruang tamu itu.

 

 

“Okay,Vic.Oppa dah siap.Jom,”kata ByungHee sambil membetulkan kolar kemejanya.Victoria yang sedang duduk itu segera bangun sebelum dia berjalan ke arah ByungHee.

“Em…handsomenya,”puji Victoria sambil meletakkan tangannya pada kedua-dua bahu ByungHee.ByungHee tersenyum mendengar pujian isterinya itu.Tanpa menunggu lama lagi, dia terus mengucup lembut bibir Victoria.Pinggang ramping Victoria itu dirangkulnya kemas.

“So…kita nak pergi mana ni?”Soal ByungHee,tidak sabar untuk tahu.

“Kan Vic dah cakap tadi…R.A.H.S.I.A…Nanti bila dah sampai tempat tu,oppa akan tahu juga,”kata Victoria.

“Jadi…” Victoria kemudiannya mengeluarkan sesuatu tas tangannya.

“…Oppa kenalah tutup mata.Bila dah sampai tempat tu,baru Vic bukakan,”kata Victoria lagi.

“Vic…baik Vic cakap,Vic nak bawa oppa pergi mana ni?” Soal ByungHee,tidak puas hati.

“Tutup mata dulu.Nanti bila kita dah sampai,baru Vic bukakan,”kata Victoria sambil memakaikan kain penutup mata itu pada mata ByungHee.ByungHee mengeluh perlahan.

“Okey,jom.Bila Vic cakap lompat,oppa lompat okey?”Soal Victoria.ByungHee tersenyum.

“Macamlah oppa tak biasa berjalan dalam rumah sendiri,”balas ByungHee,berasa geli hati dengan telatah Victoria itu.Victoria ketawa.

“Manalah tahu. Kalau oppa jatuh,Vic tak nak bertanggungjawab,”balas Victoria sambil memaut lengan ByungHee dengan erat.

 

 

“Vic…oppa nak bukalah penutup mata ni. Rimas,”kata ByungHee.

“Kita dah nak sampai pun,oppa. Sekejap saja lagi ,okey?”Pujuk Victoria yang sedang memandu itu.ByungHee memuncungkan bibirnya.Victoria sekadar tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.ByungHee yang kebosanan itu mencapai tangan Victoria sebelum dikucupnya lembut.

“Oppa,Vic tengah memandu ni.Cuba oppa duduk diam-diam,”kata Victoria.

“Oppa bosanlah,Vic.Tak seronok tutup-tutup mata ni,”kata ByungHee.

“Kita betul-betul dah nak sampai ni.Kalau oppa kacau Vic , lagi lambatlah kita nak sampai. Dan lagi lamalah mata oppa kena tutup. Nanti jangan nak merajuk pula ye,”kata Victoria,enggan untuk melayani kerenah ByungHee yang sedikit keanak-anakan itu.ByungHee terus menarik muncung panjang sambil berpeluk tubuh.Victoria tersenyum sambil menggeleng.Victoria menoleh ke arah suaminya.

“Alahai..merajuk pula cik abang ni,”kata Victoria.ByungHee pula terus mendiamkan diri,sambil memalingkan wajahnya daripada Victoria.Victoria tersenyum sambil mencium lembut pipi suaminya itu.

“Tunggu sekejap ye.Jangan merajuk lama-lama.Hilang macho tu nanti,”kata Victoria,seraya bergurau.ByungHee tersenyum nipis.

 

 

Victoria memimpin lengan ByungHee sambil melangkah masuk ke dalam sebuah rumah.

“Kita dah sampaikah?” Soal ByungHee,separuh berbisik.

“Dah.Oppa dah boleh buka penutup mata tu sekarang,”kata Victoria.Sebaik sahaja ByungHee membuka kain penutup mata itu,kedengaran nyanyian lagu Selamat Hari Jadi daripada orang ramai yang berada di dalam rumah itu.ByungHee tergamam untuk seketika apabila melihat ahli keluarganya serta beberapa orang rakannya turut berada di situ sambil tersenyum ke arahnya.

“Nilah surprise Vic untuk oppa,”kata Victoria,separuh berbisik.ByungHee menoleh ke arahnya dengan riak wajah penuh tanda tanya.

“Selamat hari jadi,oppa,”ucap Victoria sebelum dia menghadiahkan kucupan lembut pada bibir lelaki itu. Semua yang berada di situ kelihatan teruja melihat kemesraan pasangan suami isteri itu.Victoria tersenyum malu apabila kelakuannya itu diperhatikan oleh orang ramai yang berada di dalam rumah itu.Tuan Jung kemudiannya berjalan mendekati anak lelakinya itu sebelum dia memeluknya erat.

“Selamat hari jadi.Dan tahniah sebab berjaya menguruskan syarikat keluarga kita dengan baik.Appa bangga dengan ByungHee,”kata Tuan Jung,sebelum dia meleraikan pelukannya terhadap ByungHee.ByungHee tersenyum bangga.Terharu dengan penghargaan bapanya terhadap kerja kerasnya selama ini.

“Omma.”

Kali ini giliran Puan Jung pula yang memeluk anak lelaki tunggalnya itu.Pelukannya sangat erat.ByungHee turut membalas pelukan ibunya itu.

“Saegil chukae…”Ucap Puan Jung,perlahan.Suaranya kekedengaran sebak.

“Omma…kenapa menangis ni?”Soal ByungHee.

“Omma teringatkan JiHoon…”Balas Puan Jung.ByungHee tersenyum kelat. Ya, sepatutnya dia dan JiHoon akan sama-sama meraikan ulangtahun kelahiran mereka.Namun semuanya berubah sejak JiHoon terlebih dahulu meninggalkan keluarga itu 4 tahun yang lalu.

“Omma…omma janganlah menangis.JiHoon mesti tak suka tengok omma menangis macam ni.Lagipun…”ByungHee memandang ke arah para tetamu lain yang turut berada di situ.

“Malulah semua orang tengok,”sambungnya,sengaja bergurau.Semua yang berada di situ tersenyum.Puan Jung meleraikan pelukannya sambil menyeka air matanya.Victoria kemudiannya mencapai tangan Puan Jung sebelum digenggamnya tangan itu dengan erat.

“Appa!”

ByungHee tersenyum lebar apabila melihat Hanna yang sedang berlari ke arahnya itu.Dia terus mendukung kanak-kanak itu sebelum dipeluknya dengan erat.

“Hanna…appa rindu sangat dengan Hanna,”kata ByungHee sebelum dia mencium pipi gebu anak perempuannya itu.

“Hanna pun rindukan appa,”balas Hanna sambil memeluk leher bapanya itu.

“Appa…saegil chukae,”ucap Hanna sebelum dia menghadiahkan kucupan pada bibir ByungHee,membuatkan senyuman ByungHee kian lebar.

“Eh,Hanna.Kenapa cium bibir appa?Nanti unni jealous…habislah appa,”kata ByungHee,sekaligus mengusik isterinya itu.Victoria menyiku lengan suaminya itu.Tanpa Victoria jangkakan,ByungHee yang sedang mendukung Hanna itu terus mencium bibir Victoria tanpa mempedulikan orang ramai yang berada di dalam rumah itu.Wajah Victoria berubah merah.

“Gomawo,”ucap ByungHee.Victoria sekadar memandang ke arahnya.ByungHee pula terus tersenyum ke arahnya.

“Let’s party!”

Jeritan Mir itu menarik perhatian semua yang berada di dalam rumah agam milik keluarga Jung itu.ByungHee kemudiannya mencapai tangan Victoria sebelum digenggamnya tangan itu dengan erat.

“Em…apa lagi surprise yang Vic dah sediakan untuk oppa ya?” Soal ByungHee,separuh berbisik.

“Adalah…” Balas Victoria sambil tersenyum.

 

 

Keluarga Jung terus sibuk melayani para tetamu yang hadir ke majlis hari jadi ByungHee yang diadakan serba sederhana itu.Mereka hanya menjemput ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat sahaja.SooJung pula lebih kerap menghabiskan masa berdua dengan kekasih hatinya,Lee Joon yang turut hadir ke majlis itu.Puan Jung pula sibuk memperkenalkan Victoria kepada ahli keluarga yang tidak berpeluang menghadiri perkahwinan ByungHee dahulu.ByungHee pula rancak berbual dengan rakan-rakannya sementara memerhatikan Hanna yang seronok bermain dengan Mir itu.

“Saegil chukae, ByungHee oppa.”

Perbualan ByungHee terhenti apabila mendengar seseorang menegurnya dari belakang.Matanya terbuka luas apabila melihat SeYeon yang sedang tersenyum sambil menghulurkan hadiah ke arahnya itu.SeungHo dan Cheondung yang berada di situ turut terkejut.

“Em,tak sudikah nak terima hadiah dari SeYeon? Penat SeYeon pilihkan untuk oppa tahu,”kata SeYeon,masih lagi menghulurkan hadiahnya kepada lelaki itu.Perlahan-lahan,ByungHee mengambil hadiah itu daripada SeYeon.

“Gomawo,”ucap ByungHee,perlahan.SeYeon tersenyum lebar.

“Awak datang seorang sajakah?” Soal SeungHo.

“Ya.Saya datang seorang saja,”kata SeYeon.

“Siapa yang jemput awak?” Soal Cheondung pula.ByungHee sekadar mendengar.SeYeon tersenyum.

“Em…cara oppa tanya macam tak suka saja SeYeon datang sini,”kata SeYeon.Cheondung sekadar tersenyum sinis.Seperti ByungHee dan SeungHo, dia juga tidak suka akan kehadiran SeYeon di situ.

“SeYeon tahu…semua orang tak suka SeYeon datang ke sini.Tapi SeYeon datang sini pun Cuma nak memenuhi jemputan daripada Victoria saja.Orang dah jemput kan,mestilah datang,”kata SeYeon sambil tersenyum.ByungHee terus membisu. Dia enggan untuk berbalah dengan wanita itu.Dia tidak mahu menimbulkan kekecohan di majlis hari jadinya yang disediakan oleh isterinya itu.Biarlah dia beralah kali ini.Asalkan SeYeon tidak menimbulkan kekecohan di situ.

“Eh,SeYeon. Saya ingatkan awak tak datang tadi.”

ByungHee menoleh sebaik sahaja terdengar suara Victoria.Kelihatan Victoria sedang berjalan ke arah SeYeon.

“Maaflah.Saya ada hal tadi. Sebab tu datang lambat sikit,”kata SeYeon.

“Tak apalah. Asalkan awak datang. Jomlah masuk,”kata Victoria,mempelawa SeYeon.SeYeon tersenyum sebelum dia menundukkan sedikit kepalanya ke arah ByungHee.ByungHee memegang erat tangan Victoria sebaik sahaja SeYeon beredar dari situ.

“Apa Vic buat ni?Kenapa Vic jemput SeYeon?” Soal ByungHee.

“Nantilah kita bincang ya? “ Kata Victoria sambil melepaskan tangan ByungHee.ByungHee mengeluh perlahan sambil melihat Victoria yang mulai beredar itu.Perasaan bimbang mulai timbul dalam benaknya.

 

 

“Hm…tak sangka awak sudi jemput saya ke sini ya? “ Soal SeYeon sambil berdiri di hadapan kolam renang itu. Victoria yang sedang berdiri tidak jauh daripadanya itu sekadar membisu. SeYeon menoleh ke arahnya.

“Jadi,apa tujuan awak jemput saya ke sini?”Soal SeYeon.Victoria menoleh ke arahnya.

“Tempoh dua minggu yang awak bagi tu…dah tamat. Jadi saya minta awak datang sini,sebab saya nak beri jawapan kepada awak,”kata Victoria.Senyuman SeYeon kian lebar.Tidak sabar untuk mendengar jawapan yang amat dinanti-nantikannya itu.Tidak sabar untuk berada dalam pangkuan ByungHee semula.

“Oh…baguslah awak masih ingat. Jadi? Saya harap jawapan awak tak mengecewakan saya,”kata SeYeon.Victoria menghela nafas perlahan. Dia sudah nekad dengan jawapannya. Buruk baiknya, biar dia sahaja yang menanggungnya.Dia memandang tepat ke arah anak mata SeYeon.

“Saya….”

SeYeon turut memandang ke arah Victoria.

“….Saya takkan pulangkan ByungHee oppa semula kepada awak.”

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((