Chapter 19

You Belong With Me

SeYeon melihat susun atur perabot di dalam rumah milik ByungHee itu. Susun atur perabot di dalam rumah itu sedikit pun tidak berubah sejak kali terakhir dia mengunjungi rumah lelaki tersebut.ByungHee sekadar memerhatikan tingkah laku wanita itu tanpa langsung bersuara.Pandangan SeYeon kemudiannya tertumpu ke arah gambar perkahwinan ByungHee dan Victoria yang tergantung kemas pada dinding itu. Dia cuba menahan perasaan cemburunya terhadap Victoria yang kelihatan gembira di samping bekas teman lelakinya itu.

“ Sama cantik sama padan,”kata SeYeon,perlahan. Dia mengukir senyuman kelat. Sepatutnya dia yang berada di tempat Victoria. Namun kini dia terpaksa menanggung akibatnya kerana kesilapannya sendiri.

“Apa kau buat dekat sini?”

SeYeon menoleh ke belakang. Kelihatan ByungHee sedang memandang tajam ke arahnya. Ternyata lelaki itu tidak menyenangi akan kehadirannya di situ. SeYeon menguntum senyuman manis ke arah ByungHee.

“Saja. Tiba-tiba SeYeon terasa nak jumpa dengan oppa dan Hanna dekat sini,”kata SeYeon.ByungHee tersenyum sinis.

“Oh…sekarang baru kau terasa nak jumpa dengan aku dan Hannalah? Waktu kau tinggalkan aku dengan Hanna, kau tak pernah pula fikirkan perasaan aku , Hanna, dan keluarga aku?” Balas ByungHee. Nada suaranya masih perlahan namun kasar bahasanya. SeYeon tersentap namun dia cuba berlagak biasa.

“Aku dah tak peduli dah apa tujuan kau datang ke sini. Apa yang aku peduli…aku nak kau pergi dari sini. Dan jangan sesekali tunjukkan muka kau dekat rumah aku lagi. Faham?” Soal ByungHee,tegas.

“Oppa…SeYeon tahu SeYeon salah. Sebab tu SeYeon datang sini sebab SeYeon nak cuba betulkan balik keadaan,”kata SeYeon,cuba memujuk ByungHee. ByungHee tidak segera membalas. Dia terus mengalihkan tubuhnya daripada menghadap SeYeon.

“Pandai-pandailah kau keluar dari rumah ni.Aku dah malas nak tengok muka kau lagi,”kata ByungHee,tanpa memandang ke arah SeYeon.SeYeon mengetap bibirnya.Dia akui dia terluka dengan sikap dingin ByungHee itu. Namun semua itu berpunca dari sikapnya sendiri. Mahu tidak mahu, dia terpaksa juga menerima layanan dingin daripada bekas teman lelakinya itu.

“SeYeon buat semua tu sebab SeYeon nak oppa buktikan yang oppa betul-betul cintakan SeYeon.”

Langkah ByungHee terhenti. Dia kemudiannya menoleh ke arah SeYeon.

“Bwo?”  Dahi ByungHee berkerut.

“SeYeon Cuma nak oppa buktikan yang oppa betul-betul cintakan SeYeon. Sebab tu SeYeon cuba hilangkan diri daripada oppa,”kata SeYeon, mengulangi kata-katanya sebentar tadi. ByungHee mendengus kasar.

“Kau cakap apa ni? Selama ni kau memang tak pernah percayakan akulah? Tu yang kau nak cuba sampaikan kepada aku?” Soal ByungHee,mulai berang.

“SeYeon tahu tindakan SeYeon ni macam budak-budak. Tapi SeYeon Cuma nak pastikan yang pilihan SeYeon waktu tu adalah betul. SeYeon Cuma nak pastikan oppa adalah lelaki yang terbaik untuk SeYeon. SeYeon mengharapkan yang oppa akan cari SeYeon…tapi…” Kata-kata SeYeon terhenti untuk seketika apabila dia memandang semula ke arah gambar perkahwinan ByungHee dan Victoria itu. SeYeon menundukkan wajahnya.

“Miane…SeYeon bukan tak percayakan oppa. SeYeon Cuma…keliru. Waktu tu, SeYeon masih belum bersedia,”kata SeYeon,perlahan.

“Tapi SeYeon masih cintakan oppa. Perasaan SeYeon terhadap oppa sedikit pun tak berubah.” SeYeon kemudiannya mencapai tangan ByungHee sebelum digenggamnya tangan itu dengan erat.

“SeYeon cintakan oppa. SeYeon sayangkan Hanna. SeYeon tak nak kehilangan oppa dengan Hanna,”kata SeYeon,bersungguh-sungguh.ByungHee melepaskan genggaman tangan SeYeon terhadapnya dengan kasar.

“Habis tu kau nak aku buat apa? Ceraikan Victoria?” Soal ByungHee. SeYeon tidak segera membalas pertanyaan ByungHee itu.

“Aku tak faham dengan corak permainan kau,SeYeon. Aku tak faham kenapa kau masih boleh meragui perasaan aku terhadap kau selepas apa yang kita dah lalui selama ni. Dan aku tak faham kenapa kau sanggup buat semua ni semata-mata sebab kau masih tak percayakan aku.”

SeYeon menundukkan wajahnya. ByungHee mengeluh kasar.

“Kau sedar tak apa yang kau dah buat? Disebabkan kau…keluarga aku menanggung malu. Dan disebabkan kau…seseorang terpaksa berkahwin dengan aku semata-mata untuk menutup malu keluarga aku. Dan sekarang…kau cakap kau tak nak kehilangan aku dengan Hanna. Begitu mudahkan semua ni bagi kau?” Soal ByungHee,tidak puas hati.

“Oppa…” SeYeon cuba untuk mencapai tangan ByungHee namun lelaki itu cepat-cepat mengelak.

“SeYeon tahu SeYeon salah. Sebab tu SeYeon sanggup datang ke sini sebab SeYeon nak minta maaf dengan oppa. Miane…” Air mata SeYeon mulai mengalir.

“Miane…” SeYeon terus menangis di hadapan ByungHee. ByungHee mengalihkan wajahnya daripada menghadap SeYeon. Dia tidak mahu egonya runtuh hanya kerana terpujuk dek air mata SeYeon yang pernah menjadi kelemahannya suatu ketika dahulu.

“Aku rasa urusan kita dah selesai. Aku rasa lebih baik kau balik…dan jangan muncul di depan keluarga aku lagi,”kata ByungHee,perlahan. Dia kemudiannya berpaling daripada SeYeon. Berura-ura mahu beredar meninggalkan wanita itu di situ.

“Jadi perasaan oppa terhadap SeYeon dah berubah? Sikit pun oppa dah tak cintakan SeYeon lagi?”Soal SeYeon,inginkan kepastian. ByungHee menghentikan langkahnya. SeYeon pula terus menantikan jawapan daripadanya.

“Kalau macam tu…oppa dah mula cintakan Victoria?Oppa dah lupakan SeYeon hanya kerana Victoria sanggup berkahwin dengan oppa untuk menanggung kesalahan yang SeYeon dah lakukan?” Soal SeYeon lagi. Suaranya kedengaran sebak.

“Hanya semudah tu perasaan oppa berubah? “ Soalnya lagi,tetap tidak berputus asa untuk mendapatkan kepastian daripada ByungHee. ByungHee melepaskan nafas kasar.

“Kau fahamkan apa yang aku maksudkan dengan jangan muncul di depan keluarga aku lagi?” Soal ByungHee pula.

“Hubungan kita dah berakhir.Antara kau dan aku…dah tak ada apa-apa lagi,”kata ByungHee,terus menaiki tangga menuju ke arah biliknya tanpa langsung menoleh ke arah SeYeon lagi.SeYeon membaling beg tangannya ke arah lantai sambil menangis. Dia kemudiannya memandang ke arah gambar perkahwinan ByungHee dan Victoria yang tergantung kemas pada dinding itu. Hatinya dilanda cemburu dan amarah yang kian menebal terhadap Victoria. Pastinya Victoria sudah pun meracuni fikiran ByungHee sejak ketiadaannya di sisi lelaki itu sehingga begitu mudah bagi ByungHee untuk berpisah dengannya.

“Aku tahu semua ni memang rancangan kau, Vic…Aku tahu kau memang dah lama cintakan ByungHee dalam diam.” Bisik hatinya.

 

 

 

ByungHee tersenyum apabila melihat Victoria yang sedang menidurkan Hanna di dalam bilik anak perempuannya itu. Perlahan-lahan,dia berjalan menuju ke arah Victoria sebelum dia memeluk tubuh kecil isterinya itu dari belakang. Victoria menoleh ke arahnya.

“Oppa?”

ByungHee sekadar tersenyum ke arahnya.

“Hanna baru tidurkah?” Soal ByungHee,separuh berbisik. Victoria mengangguk.

“Vic rasakan yang oppa dengan SeYeon perlukan masa untuk berbincang. Jadi Vic cubalah pujuk Hanna untuk tidur dulu. Tengoklah ni…tak sabar betul dia nak pakai baju baru ni,”kata Victoria,geli hati melihat Hanna yang sedang tidur sambil memakai baju yang baru sahaja dibeli oleh ByungHee itu. ByungHee turut tersenyum lebar melihat gelagat si kecilnya itu. Dia kemudiannya memandang ke arah Victoria yang sedang leka memerhatikan Hanna yang sedang tidur itu.

“Vic okay?” Soal ByungHee. Victoria menoleh ke arahnya.

“Em? Kenapa oppa tanya Vic macam tu?” Soal Victoria,hairan. ByungHee yang masih lagi memeluk Victoria dari belakang itu menundukkan sedikit kepalanya.

“Pasal SeYeon,”jawab ByungHee. Dia bimbang sekiranya perasaan Victoria tersinggung disebabkan oleh kemunculan SeYeon yang tiba-tiba itu. Victoria tersenyum kelat.

“Em…Vic okay.” Jawab Victoria,pendek. Dia kemudiannya menoleh ke arah ByungHee sambil tersenyum. Pipi ByungHee itu diusapnya lembut.

“Jinja? Oppa tak nak Vic pendamkan perasaan Vic disebabkan hal ni. Kalau Vic tak suka, Vic cakap dengan oppa,”kata ByungHee. Victoria angguk.

“Vic betul-betul okay. Lagipun…Vic sepatutnya memang dah bersedia yang semua ni akan terjadi. Cepat atau lambat…SeYeon akan kembali juga kepada oppa,”kata Victoria.

“Oppa pula?” Soal Victoria. ByungHee tidak segera menjawab pertanyaan Victoria itu. Victoria pula terus menantikan jawapan daripada lelaki itu. ByungHee kemudiannya memandang ke arahnya sambil memeluknya dengan erat.

“Apa yang oppa rasa tak penting. Oppa Cuma tak nak perasaan isteri oppa ni tersinggung disebabkan oleh kedatangan SeYeon tadi.Itu saja,”kata ByungHee,berterus terang.

“Oppa janji yang semua tu takkan terjadi lagi.Oppa akan pastikan SeYeon takkan ganggu keluarga kita lagi…”

Cup!

ByungHee terdiam. Victoria tersenyum ke arahnya.

“Oppa ni bisinglah. Nanti kalau Hanna terjaga kan susah,”kata Victoria sambil meletakkan jarinya pada bibir lelaki itu. ByungHee memandang ke arahnya.

“Vic tahu.Oppa tak perlu jelaskan apa-apa lagi,okey?” Kata Victoria. Dia kemudiannya menarik tangan ByungHee supaya beredar dari bilik Hanna, untuk tidak mengganggu lena si kecil itu.ByungHee terus memerhatikan Victoria yang sedang berjalan di hadapannya sambil menarik tangannya itu. Walaupun Victoria kelihatan biasa seperti langsung tidak terkesan oleh kehadiran SeYeon sebentar tadi, namun ByungHee tetap merasakan yang sebaliknya. Dia yakin Victoria pasti berasa tersinggung Cuma wanita itu sengaja tidak mahu menunjukkannya secara terbuka.

 

“Kalau oppa nak mandi, oppa pergilah mandi dulu. Vic dah penuhkan tab mandi untuk oppa. Vic nak kemas barang dulu,”kata Victoria,tanpa memandang ke arah ByungHee. ByungHee sekadar memerhatikan Victoria tanpa langsung bersuara. Entah mengapa dia berasakan kelakuan Victoria sedikit berbeza daripada kebiasaannya. Victoria kemudiannya duduk di atas katil sambil mengemas barang-barang yang dibeli oleh mereka ketika menghabiskan masa bersama siang tadi. Dia langsung tidak menghiraukan ByungHee yang sedang berada di dalam bilik itu. Sangkaannya ByungHee sedang bersiap untuk masuk ke dalam bilik air. Kelakuan Victoria terhenti apabila merasakan tangannya dicapai oleh ByungHee dari belakang. Perlahan-lahan,dia menoleh ke arah lelaki tersebut. Mereka hanya bertentangan mata tanpa langsung bersuara. ByungHee kemudiannya menyentuh pipi Victoria sebelum diusapnya pipi itu dengan lembut.

“Vic marah dengan oppakan?”Soal ByungHee,perlahan. Victoria tidak menjawab. ByungHee menundukkan kepalanya.

“Oppa tahu…Vic dengar perbualan oppa dengan SeYeon tadi. Dan oppa…tak salahkan Vic kalau Vic dah dengar semuanya,”kata ByungHee. Victoria terus mendiamkan diri. ByungHee memandang ke arah Victoria yang ketika itu sedang melarikan pandangannya daripada ByungHee.

“Salah oppa sebab…oppa terlupa nak tukar kata laluan pintu rumah kita. Kalau tak…semua ni takkan berlaku.Walau apapun terjadi, SeYeon tak patut datang ke sini secara tiba-tiba.Dan oppa tak nak pun jumpa dengan dia. Untuk apa lagi oppa nak dengar penjelasan dia? Semua dah terjadi. Kalau dia nak cuba betulkan balik keadaan pun,perkara ni tetap dah terjadi. Kita dah sah jadi suami isteri. Walau apa pun sebab di sebalik perkahwinan kita, kita tetap dah jadi suami isteri.”

ByungHee memegang tangan Victoria dengan erat. Victoria pula masih lagi enggan untuk memandang ke arah ByungHee.

“Oppa takkan tinggalkan Vic. Oppa takkan sesekali tinggalkan Vic,”kata ByungHee,bersungguh-sungguh.

“Sebagai seorang suami…oppa sayangkan Vic. Oppa takkan sesekali sia-siakan hidup Vic.Biarlah sekuat mana pun SeYeon nak ganggu perkahwinan kita, oppa tetap akan bersama dengan Vic. Oppa janji,hm?” Soal ByungHee. Air mata Victoria mengalir. ByungHee mengesat air mata Victoria dengan lembut.

“Vic tak marah…” Kata Vic,mulai memandang ke arah ByungHee.

“Macam Vic katakan sebelum ni…Vic tak nak jadi beban untuk oppa. Vic tak suka tengok oppa selalu rasa susah hati pasal hal ni. Pasal Vic…pasal SeYeon. Vic tak suka,”kata Vic,sebak. ByungHee tersenyum nipis.

“Kalau macam tu,kenapa Vic nak nangis? Oppa pernah cakapkah yang Vic ni beban dalam hidup oppa? “ Soal ByungHee. Victoria terus menangis.

“Tak pernah kan?” Soal ByungHee lagi sambil tersenyum. Victoria kemudiannya menggeleng.

“Semua ni berpunca daripada oppa. Miane…” Ucap ByungHee,sambil menyeka air mata Victoria yang masih lagi mengalir itu.

“Jadi oppa…sebenarnya masih cintakan SeYeon?”Soal Victoria.ByungHee tidak terus menjawab.Victoria terus menantikan jawapannya.

“Dia Cuma kisah silam oppa.Mungkin oppa masih susah untuk lupakan perasaan oppa terhadap dia. Tapi…oppa takkan sesekali kembali kepada SeYeon,”kata ByungHee. Rambut Victoria yang panjang melepasi bahu itu dibelainya dengan lembut.

“Sebab oppa dah ada Vic…yang akan selalu berada di sisi oppa dan Hanna sampai bila-bila,”kata ByungHee lagi sambil tersenyum. Victoria tersenyum. ByungHee berasa lega apabila melihat Victoria yang mulai tersenyum  itu. Pastinya hati wanita itu sudah mulai terpujuk. ByungHee terus memandang tepat ke arah anak mata Victoria yang berwarna hazel itu. Begitu juga dengan Victoria. ByungHee begitu asyik dengan pandangan mata Victoria yang memikat hatinya sehingga tidak sedar tangannya yang mulai menyentuh pipi Victoria yang gebu itu.

 

Kenapa hati aku berasa sakit bila aku tengok Vic menangis? Kenapa aku rasa susah hati bila tengok Vic berubah muram dan dingin dengan aku? Kenapa aku tak suka kalau SeYeon cuba nak lukakan perasaan Vic? Kenapa?

 

Perlahan-lahan, ByungHee mendekatkan wajahnya ke arah Victoria. Victoria pula mulai memejamkan matanya.

 

Adakah kerana perasaan aku terhadap Victoria mulai berubah? Mungkinkah apa yang SeYeon katakan kepada aku sebentar tadi itu benar?Mungkinkah…

 

Bibir mereka bertaut.

 

…Mungkinkah kerana pintu hati aku sudah terbuka untuk mencintai Vic…?

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((