Chapter 44

You Belong With Me

“Aku Cuma nak ingatkan kau…kau mesti pergi jauh daripada ByungHee sebaik sahaja kaki dia sembuh sepenuhnya. Faham?”

 

Victoria melepaskan keluhan berat. Perbualannya dengan SeYeon melalui panggilan telefon dua hari yang lalu itu masih lagi terngiang-ngiang dalam fikirannya. Sesekali dia akan melihat jam yang tergantung pada dinding itu.

“Mana oppa pergi ni? Lambat pula dia balik.”

Bisik hatinya. Dia cuba memaksa bibirnya tersenyum apabila menyedari kehadiran ibu mertuanya di dalam dapur itu.

“Vic…kan omma dah pesan…berehat saja dekat bilik. Tak payahlah turun nak masak semua ni. Ahjumma dengan omma boleh buatkan,”kata Puan Jung. Victoria tersenyum.

“Tak apalah,omeonim. Vic bosanlah duduk dekat bilik. Apa salahnya kalau Vic tolong omeonim pula? Kasihan omeonim buat kerja semua ni,”kata Victoria. Puan Jung menggelengkan kepalanya.

“Omma bukan apa,Vic. Omma risau tengok Vic buat kerja ni. Vic kan tak sihat. Tengok muka tu…asyik pucat saja. Vic ada sakit apa-apakah ni?” Soal Puan Jung sambil menyentuh lembut pipi menantunya itu. Victoria menggeleng.

“Tak,omeonim. Vic sihat. Em…hari ni omeonim nak masak apa? Biar Vic pula tolong. Lagipun oppa mesti suka kalau dia tahu Vic yang masak untuk dia hari ni,”kata Victoria,kembali menyambung kerjanya yang tertangguh untuk seketika itu.

“Vic masaklah apa-apa yang Vic suka. Omma tak kisah pun. Tapi kalau Vic rasa tak larat, Vic rehat saja dekat bilik ya. Biar omma dengan ahjumma yang buat. Lagipun tak payahla masak banyak-banyak. SooJung dengan appa bukannya ada pun,”kata Puan Jung,turut sama membantu menantunya yang sedang kusyuk menyiapkan hidangan makanan tengahari itu.

“Aboji dengan SooJung pergi mana?” Soal Victoria,ingin tahu.

“SooJung pergi tengok gaun pengantin dekat butik dengan Lee Joon. Appa pula..macam biasalah. Sejak ByungHee tak dapat pergi pejabat ni, dialah yang tolong tengokkan syarikat dia tu,” kata Puan Jung sambil tersenyum. Mata Victoria terbuka luas saat mendengar kata-kata ibu mertuanya itu.

“Bwo? SooJung pergi tengok gaun pengantin?” Soal Victoria,tidak percaya. Puan Jung tersenyum lebar.

“Kenapa SooJung tak cakap dengan Vic yang dia dah nak kahwin dengan Lee Joon? Hari tu dia kata dia tak bersedia lagi,”kata Victoria.

“Maknanya dia dah bersedialah sekarang ni. Omma pun tak halang. Lagipun Lee Joon tu kawan baik ByungHee. Dah lama kenal pun. Orangnya pun baik. Walaupun SooJung tu muda lagi, tapi kalau dia dah bersedia,tak apalah,”kata Puan Jung. Victoria turut tersenyum.

“Bila nak langsungkan majlisnya,omeonim?” Soal Victoria.

“Em…omma rancang nak adakan majlis 3 bulan lepas Victoria bersalin nanti. Lagipun banyak benda nak kena rancang ni. Kalau tergesa-gesa sangat, nanti lain pula jadinya majlis tu. Vic pun mesti dah cergas balik waktu tu. Omma nak Vic berehat dulu lepas bersalin nanti,”kata Puan Jung. Victoria tersenyum hambar.

“Lagipun mesti lagi meriah kalau cucu-cucu omma ada sekali waktu majlis tu nanti,kan Vic?” Soal Puan Jung. Victoria sekadar angguk.

“Ala omeonim…kalau nak langsungkan majlis tu sekarang pun tak apa. Buat apalah nak tangguhkan majlis tu semata-mata Vic saja. Lagipun Vic tengok LeeJoon dengan SooJung tu asyik berkepit saja. Macam langsung tak nak berenggang. Tak baik tau tangguh niat baik mereka sebab Vic,”kata Victoria.

“Tak apa. Vic pun sekarang tak sihat sangat. ByungHee pun baru nak boleh berjalan dengan baik. Vic ni…due date bila?”Soal Puan Jung sambil meletakkan tangannya pada perut Victoria.

“Sepatutnya awal bulan depan,omeonim,”kata Victoria.

“Eh,memang tak lama lagilah. Lebih kurang lagi 3 minggu daripada sekarang. Barang-barang dah siap? Ada lagikah yang tak ada? Biar omma belikan,”soal Puan Jung. Victoria tergelak kecil.

“Semua dah ada,omeonim. Vic dah periksa semua. Ish, Vic tak sampai hatilah nak susahkan omeonim lagi. Rasa bersalah pula,”kata Victoria sambil memegang bahu Puan Jung. Puan Jung tersenyum.

“Tak susahlah. Omma suka buat semua ni. Tak lama lagi nak dapat cucu baru kan. Mestilah omma tak sabar. Akhirnya Hanna ada juga teman nak bermain,”kata Puan Jung. Victoria sekadar mengangguk.

“Vic duduklah. Biar omma sambung. Nanti kalau ByungHee nampak ni, mesti dia marah. Omma pun pernah merasa mengandung anak kembar ni,Vic. Memang penat. Vic pergilah berehat dekat bilik. Nanti omma pesan dekat ByungHee picitkan kaki Vic,okey?”Pesan Puan Jung. Victoria berasa sebak, terharu dengan keprihatinan ibu mertuanya yang sudah lama dianggap seperti ibu kandungnya sendiri itu. Perlahan-lahan, dia memeluk Puan Jung dari sisi. Puan Jung sekadar tersenyum sambil mengusap lembut lengan Victoria yang berada pada bahunya itu.

“Gomawo…omeonim. Gomawo…” Ucap Victoria.

“Kenapa ni,Vic?” Soal Puan Jung. Air mata Victoria mengalir perlahan.

“Omeonim terlalu baik untuk Vic. Sejak Vic dari kecil lagi, omeonim dah banyak curahkan kasih sayang omeonim yang tak terhingga untuk Vic. Vic tak tahu kalau Vic mampu balas semua jasa omeonim kepada Vic. Vic minta maaf kalau Vic pernah lukakan hati omeonim sebelum ni,hm?” Pinta Victoria. Senyuman Puan Jung kian lebar. Matanya turut bergenang mendengar kata-kata menantunya yang sudah lama dianggap seperti anak kandungnya itu.

“Omma sayangkan Vic. Sebab Vic anak yang baik. Sebab tu omma nak Vic dengan Zhoumi masuk dalam keluarga omma. Sebab omma dah terlalu sayangkan kamu berdua macam anak kandung omma sendiri,”kata Puan Jung. Victoria tersenyum dalam linangan air mata.

“Vic pun sayangkan omeonim,”kata Victoria. Perlahan-lahan,dia meleraikan pelukannya sebelum dia memandang ke arah Puan Jung. Puan Jung menyeka air mata Victoria dengan lembut sambil tersenyum.

“Ni kenapa nangis-nangis ni?”

Kedengaran suara garau mengganggu suasana emosi antara Victoria dan Puan Jung sehingga membuatkan kedua-dua wanita itu menoleh ke arahnya. Puan Jung tersenyum manis.

“Kamu dah balik, ByungHee?” Soal Puan Jung sambil menyeka air matanya yang baru sahaja mengalir itu. ByungHee sekadar tersenyum sambil berjalan ke arah dua orang wanita yang amat disayanginya itu. ByungHee sekadar melihat reaksi Puan Jung dan Victoria apabila dia berjalan ke arah mereka.

“Wae? Kenapa pandang ByungHee macam tu?” Soal ByungHee,sengaja menguji. Victoria memandang ke arahnya, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang sedang dilihat olehnya ketika itu. ByungHee masih lagi dengan senyuman simpulnya itu.

“Op..op..oppa…Kaki oppa…”

ByungHee tersenyum lagi.

“Kenapa dengan kaki oppa,sayang?” Soal ByungHee sambil merangkul pinggang isterinya.

“Oppa…kaki oppa betul-betul dah baikkah?” Soal Victoria,inginkan kepastian. Senyuman ByungHee kian lebar sambil mengangguk.

“Ya,sayang. Kaki oppa dah baik. Semuanya sebab Vic yang dah banyak bersusah payah jaga oppa. Sentiasa setia di sisi oppa ketika oppa sakit. Gomawo,”ucap ByungHee sebelum dia menghadiahkan kucupan pada dahi isterinya itu. Air mata Victoria mengalir lagi. Puan Jung turut tersenyum kegembiraan apabila melihat kaki anak lelakinya yang sudah sembuh itu.

 

“Aku Cuma nak ingatkan kau…kau mesti pergi jauh daripada ByungHee sebaik sahaja kaki dia sembuh sepenuhnya. Faham?”

 

 

ByungHee memicit lembut kaki isterinya sambil tersenyum ke arah Victoria. Victoria turut membalas senyumannya.

“Kenapalah sayang nak susah-susah masak untuk oppa tadi. Kan oppa dah pesan, Vic berehat saja dalam bilik? Vic kan tak sihat,”kata ByungHee.

“Vic rindu nak masak untuk oppa. Sejak Vic mengandung ni, Vic jarang masak untuk oppa,”kata Victoria.ByungHee tersenyum.

“Oppa tak kisah pun,sayang. Oppa pun tak nak susahkan sayang. Muka sayang tu nampak pucat saja. Oppa nak ajak pergi klinik, sayang tak nak,”kata ByungHee.

“Sebab Vic tak sakitlah Vic tak nak pergi klinik,”balas Victoria. ByungHee menggelengkan kepalanya.

“Kiranya tadi oppa pergi hospital sebab nak buka balutan dekat kaki lah, ya?” Soal Victoria. ByungHee mengangguk.

“Doktor pun nak pastikan yang kaki oppa ni betul-betul dah sembuh. Walaupun oppa dah tak perlukan tongkat lagi, tapi doktor masih tak galakkan oppa terlalu aktif,”kata ByungHee sambil memicit lembut kaki Victoria.

“Betullah tu apa yang doktor cakap. Kaki oppa kan baru nak baik. Kalau boleh berehatlah seminggu dua lagi. Lepas tu kalau oppa nak lompat…nak lari..suka hatilah,”kata Victoria. ByungHee tertawa.

“Oppa ingat nak sambung cuti lagi sampai Vic bersalin. Oppa tak sampai hati nak tinggalkan Vic dekat rumah. Biar oppa yang jaga Vic,okey? Lagipun Vic dah susah-susah jaga oppa waktu kaki oppa sakit dulu,”kata ByungHee. Victoria angguk sambil tersenyum. Dia juga ingin menghabiskan sisa waktunya yang masih ada dengan lelaki tersebut. Janjinya kepada SeYeon itu tetap akan ditepati. Dia akan pergi selepas melahirkan anak-anaknya. Bukan sahaja pergi ke tempat yang sangat jauh. Malah dia akan pergi untuk selama-lamanya, langsung tidak akan kembali.

 

 

ByungHee menongkat kepalanya dengan tangannya sambil memandang ke arah wajah Victoria yang sedang lena itu. Perlahan-lahan,dia mengusap lembut pipi isterinya yang kelihatan pucat itu. Satu keluhan perlahan dilepaskan. Rasa bimbangnya terhadap kesihatan Victoria tidak pernah surut. Entah mengapa dia merasakan perasaan takut untuk kehilangan sesuatu. Kehilangan apa dia sendiri tidak pasti.

“Vic?”

ByungHee terkejut apabila melihat dahi Victoria yang berkerut itu.  Dahinya juga kelihatan berpeluh. ByungHee mulai bangun dari pembaringannya.

“Vic! Vic!”

ByungHee menggerakkan bahu isterinya berulang kali sambil memanggil nama wanita tersebut.

“Vic,bangun! Kenapa ni?” Soal ByungHee. Kebimbangannya kian memuncak apabila melihat dada isterinya yang berombak kencang itu.

“Oppa…”

Victoria meletakkan tangan pada dadanya, cuba menahan rasa sakit yang teramat itu. ByungHee segera mendukung isterinya yang kesakitan itu dari katil menuju ke arah pintu.

“ByungHee, kenapa ni?!”

Soal Puan Jung,terkejut melihat riak wajah ByungHee yang cemas sambil mendukung tubuh Victoria menuju ke arah keretanya itu.

“ByungHee nak bawa Vic ke hospital dulu. Vic sakit,”kata ByunGHee sebelum dia melangkah masuk ke dalam kereta.

“Biar omma ikut.”

Puan Jung segera masuk ke tempat duduk belakang, menemani Victoria yang sedang mengerang kesakitan itu.

“Vic,kenapa ni,sayang?” Soal Puan Jung sambil mengelap peluh yang membasahi dahi menantunya itu. Victoria hanya mampu mengalirkan air matanya. Entah mengapa kali ini kesakitannya langsung tidak dapat ditanggungnya. Rasa sakitnya seolah-olah boleh membuatkan rohnya terpisah dari jasad. Puan Jung begitu bimbang melihat Victoria yang sedang mengerang kesakitan itu. Dadanya berombak kencang, menggambarkan kesukarannya untuk bernafas.

“Cepat sikit, ByungHee!”

ByungHee memandu laju keretanya tanpa mempedulikan lampu isyarat merah di hadapannya itu. Apa yang penting, adalah keadaan isterinya. Dia cuba menahan air matanya daripada mengalir.

“Vic…bertahan, sayang…”

Hatinya tidak putus-putus berdoa akan keselamatan isterinya itu.

 

 

“Omma!”

Puan Jung mendongak apabila terdengar namanya dipanggil. Kelihatan SooJung dan Lee Joon sedang berlari ke arahnya. Ketika itu, Tuan Jung dan Hanna sudah pun berada di sebelah ByungHee. Bagaikan memberi kekuatan kepada ByungHee yang sedang mengalami musibah itu.

“Kenapa dengan unni,omma?” Soal SooJung,bimbang. Lee Joon pula memandang ke arah ByungHee yang kelihatan runsing itu. Keadaan lelaki itu kelihatan sedikit tidak terurus. Ternyata ByungHee begitu cemas dan bimbang dengan keadaan isterinya ketika itu.

“Omma tak tahu,SooJung. Tiba-tiba saja Vic sakit dada. Cepat-cepat ByungHee bawa dia ke hospital. Sekarang ni Victoria masih lagi dalam bilik. Minta-minta dia selamat,”kata Puan Jung. SooJung memegang erat tangan ibunya. SooJung kemudiannya memandang ke arah abangnya. ByungHee langsung tidak bersuara. Matanya dipejam rapat. Mungkin dia kelihatan tenang di luar, tapi tiada siapa pun yang tahu dengan gejolak yang melanda hatinya ketika itu.

“Encik Jung ByungHee!”

ByungHee mendongak sebaik sahaja mendengar namanya dipanggil. Kelihatan seorang doktor wanita sedang melangkah keluar dari bilik rawatan yang menempatkan Victoria itu.

“Ya,saya. Macam mana dengan isteri saya,doktor?” Soal ByungHee,tidak sabar untuk mengetahui keadaan isterinya itu.

“Keadaan isteri encik dalam keadaan kritikal sekarang. Kami terpaksa keluarkan bayi yang dikandung Puan Victoria untuk selamatkan isteri encik,” kata doktor wanita tersebut.

“Ini dokumen yang encik perlu tandatangani. Sebab pembedahan yang kami akan jalankan sebentar lagi sedikit berisiko kepada isteri dan anak encik. Kami mohon kerjasama dari encik untuk benarkan kami lakukan pembedahan ni. “

Kritikal? Apa semua ni?

“Apa semua ni,doktor? Saya tak faham. Isteri saya sakit apa?” Soal ByungHee.

“Encik tak tahu?”

ByungHee menggeleng lemah.

“Isteri encik ada masalah jantung. Jantung dia sangat lemah. Sepatutnya dia tak boleh mengandung sebab ianya sangat berisiko untuk isteri encik.”

ByungHee terus terduduk di hadapan doktor wanita tersebut. Air matanya mengalir laju. Semua yang berada di situ turut terkejut dengan berita yang disampaikan oleh doktor wanita tersebut.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((