Chapter 1

You Belong With Me

“Tahniah!”

Victoria terkejut apabila mendengar jeritan daripada rakan-rakan sekerjanya sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Kelihatan rakan-rakan sekerjanya yang berpakaian kot putih itu sedang tersenyum lebar ke arahnya.

“Wah wah wah…sejak bergelar Puan Jung ni…makin berseri-seri muka awak ya,” usik salah seorang daripada rakan sekerja. Victoria segera menyentuh pipinya.

“Mana adalah. Pandai-pandai saja awak cakap macam tu,” balas Victoria,berasa malu apabila diusik oleh rakan-rakan sekerjanya itu.

“Saya ingatkan awak sambung bercuti lagi. Takkan dah puas bercuti dengan suami kot?” Soal Juyeon sambil menyiku lengan Victoria. Pipi Victoria terasa panas dengan usikan daripada rakan-rakannya yang entah bila akan berkesudahan itu.

“Mana boleh cuti lama-lama. Lagipun kami memang tak dapat cuti lama pun. Ada banyak kerja yang sedang menunggu,” balas Victoria sambil meletakkan begnya di atas meja. Dia kemudiannya terpandang ke arah cincin yang masih lagi tersarung pada jari manisnya itu.

 

 

“Kalau cincin tu buat awak tak selesa untuk rawat pesakit awak nanti, awak boleh tanggalkannya. Saya tak kisah.”

 

 

Victoria tersenyum nipis dan kelakuannya itu disedari oleh rakan-rakan sekerjanya yang masih belum jemu untuk mengusiknya itu.

“Tengoklah orang tu. Tersenyum seorang-seorang. Ni mesti kes rindu dekat suami ni,” usik Juyeon lagi. Victoria pantas menoleh ke arahnya dengan dahinya yang berkerut.

“Tak adalah,”balas Victoria, sambil mengemas barangnya di atas meja itu. Juyeon mencebik.

“Eleh,mengaku sajalah,Vic. Apa salahnya kalau betul pun. Takkan malu nak mengaku rindu dekat suami sendiri pula,”kata Juyeon lagi. Victoria tersenyum.

“Dah. Saya nak buat kerja. Lagi lama saya layan usikan awak ni, memang tak jalan kerja saya nanti,” kata Victoria, sebelum dia melangkah keluar dari pejabatnya itu menuju ke arah wad. Langkahnya menjadi perlahan apabila terdengar namanya dipanggil dari belakang. Dia menoleh ke arah belakang. Bibirnya menguntum senyuman manis apabila melihat ChangMin yang sedang berjalan ke arahnya itu.

“Saya ingatkan awak bercuti lagi,”kata ChangMin sebaik sahaja dia berdiri di hadapan Victoria.

“Saya tak sampai hati nak tinggalkan budak-budak tu lama-lama. Sebab tu saya datang kerja hari ni,”kata Victoria sambil berjalan beriringan dengan rakan sekerjanya itu. ChangMin tersenyum.

“Suami awak tak kisahkah? Mesti dia tak puas bercuti dengan awak lagi,” kata ChangMin.

“Awak pun nak mengusik saya macam mereka juga ya, ChangMin? Sampainya hati awak,” kata Victoria. ChangMin tergelak kecil.

“Mana ada saya usik awak. Saya tanya awak dengan serius ni.Muka saya ada nampak macam main-mainkah?” Soal ChangMin.

“Yalah tu.Awak pun sama saja macam Juyeon.Suka sangat mengusik saya,”kata Victoria. ChangMin tersenyum lebar.

“Bukan selalu dapat usik awak pun. Jangan nak tarik muka masam pula. Nanti tak cantik. Lari suami awak nanti,” kata ChangMin,terus mengusik rakan sekerjanya itu.

“Yah, Lee ChangMin!”

 

 

 

Tumpuan ByungHee terhadap kerjanya itu terganggu apabila terdengar bunyi pintu biliknya itu dibuka dari luar.Dia melepaskan keluhan kecil apabila melihat rakan-rakannya sedang tersenyum ke arahnya itu.Dia kemudiannya menyambung semula kerjanya tanpa menghiraukan rakan-rakannya yang sedang berjalan ke arahnya itu.

“Seriusnya Hyung buat kerja.Takut pula kami nak kacau,” kata Mir sambil melihat ke arah ByungHee yang sedang tekun menaip sesuatu pada laptopnya itu.

“Hyung mestilah serius buat kerja mulai dari sekarang. Hyung dah ada orang yang perlu dia tanggung dekat rumah tu,” kata Joon pula sambil tersenyum.

“Kamu berdua ni memang dah tak ada kerjakah? Pagi-pagi lagi dah kacau Hyung buat kerja,” kata ByungHee tanpa memandang ke arah rakan-rakannya yang selamba mengambil tempat di hadapannya itu.

“Aku ingatkan kau bercuti lagi. Ayah kau sendiri yang cakap dengan kami yang kau bercuti seminggu selepas majlis perkahwinan kau,” kata SeungHo pula.

“Dia tak dapat cuti lama. Takkan aku nak paksa dia bercuti pula. Lagipun semua ni berlaku dengan tiba-tiba. Manalah dia sempat nak mohon cuti lama-lama,” kata ByungHee. SeungHo, Joon, Cheondung dan Mir berpandangan sesama sendiri. Mereka amat memahami maksud yang tersembunyi di sebalik kata-kata ByungHee itu.

“Aku tahu semua ni…agak tiba-tiba untuk kau. Tapi…kau jangan pula bersikap dingin dengan Victoria. Aku tengok dia tu baik orangnya. Kalau tak,takkanlah dia …”

“Aku tahu.Kau tak perlu beritahu aku,”kata ByungHee,memintas kata-kata SeungHo. SeungHo terdiam. Timbul rasa bersalah atas keterlanjurannya itu. Pastinya ByungHee tidak menyenangi hal perkahwinannya itu dibangkitkan di pejabat. Apatah lagi perkahwinannya itu berlaku seperti bukan yang dirancang.

“Hyung, nanti kita keluar lunch macam biasa,okey?” Soal Cheondung, cuba menjernihkan semula suasana.ByungHee mengeluh perlahan.

“Tak apalah.Hyung ada meeting dengan klien tengahari ni. Lain kali sajalah,okey?” Balas ByungHee.

“Arasso.” Mereka kemudiannya mulai beredar dari situ kecuali SeungHo. ByungHee memandang ke arahnya.

“Kenapa?” Soal ByungHee.

“Kau betul-betul okeykah?” Soal SeungHo. ByungHee sekadar mengangguk.

“Aku tahu semua ni berlaku bukan seperti yang kau rancang.Aku sendiri terkejut dengan perkara yang berlaku terhadap kau sekarang ni. Tapi aku yakin yang kau boleh bahagia dengan Victoria. Mungkin sekarang kau memang masih belum mengenali dia, tapi inilah waktunya untuk kau cuba mengenali dia dengan lebih rapat,”kata SeungHo. ByungHee sekadar membisu.

“Aku harap kau tak buat sesuatu yang kurang bijak.Fikir dulu sebelum bertindak. Kita dah lama berkawan. Kalau kau ada apa-apa masalah, beritahu aku. Kalau aku boleh tolong, aku akan tolong kau. Okey?” Kata SeungHo. ByungHee masih lagi terus mendiamkan diri.

“Hanna apa khabar? Dah lama aku tak nampak dia,” soal SeungHo,menukar topik perbualan. Kelihatan ByungHee menguntum senyuman nipis sebaik sahaja nama Hanna disebut oleh SeungHo.

“Sangat sihat. Seronok betul dia bercuti dengan Soo Jung. Sampai tak ingat dekat aku pun,” kata ByungHee sambil tersenyum. SeungHo turut tersenyum. Ternyata sikap ByungHee cepat berubah apabila berbual mengenai Hanna.

“Mestilah. Dia pun tahu nak beri ruang privasi untuk kau dengan Victoria. Kau saja yang tak pandai nak guna,” kata SeungHo. ByungHee tersenyum lagi. SeungHo kemudiannya menepuk bahu ByungHee.

“Fikirkan apa yang aku cakap dengan kau tadi,okey? Jangan susah hati sangatlah. Semuanya akan okey. Percayalah cakap aku,”kata SeungHo,penuh yakin.

“Okey,aku faham. Dah,aku nak sambung kerja.Aku ada hal lain tengahari nanti,”kata ByungHee. SeungHo tersenyum sambil menggelengkan kepalanya, sebelum dia beredar meninggalkan ByungHee di biliknya itu.

 

 

Victoria melangkah masuk ke dalam rumah dengan langkah yang perlahan, bimbang sekiranya mengganggu ByungHee yang mungkin sudah tidur ketika itu. Namun,langkahnya terhenti apabila melihat ByungHee yang sedang terbaring di atas sofa itu. Dia melihat jam yang tergantung pada dinding ruang tamu itu.Jarum jam menunjukkan pukul 12 tengah malam.Victoria kemudiannya meletakkan begnya di atas meja sebelum dia berjalan mendekati ByungHee yang sedang lena dibuai mimpi itu.Perlahan-lahan dia menggerakkan bahu lelaki itu.

“Awak…” Victoria cuba mengejutkan ByungHee yang sedang tidur itu. Perlahan-lahan, ByungHee membuka matanya. Victoria tersenyum ke arahnya.

“Kenapa awak tidur sini?” Soal Victoria.

“Dah pukul berapa ni?” Soal ByungHee sambil bangun dari pembaringannya. Dia kemudiannya mengambil telefon bimbitnya, untuk melihat waktu yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu.

“Em…saya minta maaf. Saya memang nak telefon awak tadi. Tapi bateri telefon saya dah habis. Saya minta maaf sangat-sangat. Tiba-tiba tadi ada hal kecemasan dekat wad. Sebab tu saya…”

“Awak dah makan?” Soal ByungHee,memintas kata-kata Victoria.

“Huh?”

“Awak dah makankah atau belum?” Soal ByungHee lagi.Perlahan-lahan,Victoria mengangguk.Namun kedengaran perutnya berbunyi tidak lama selepas itu. Wajah Victoria berubah merah. Cepat-cepat dia memegang perutnya yang kelaparan itu. ByungHee tersenyum nipis.

“Saya dah belikan makanan untuk awak. Kalau awak nak makan, awak panaskan balik makanan tu,”kata ByungHee sebelum dia bangun dari sofa itu.

“Awak dah makankah?” Soal Victoria pula.

“Em,”balas ByungHee sebelum dia menyambung semula langkahnya menuju ke arah tangga.

“Gomawo,” ucap Victoria sambil tersenyum.

“Em.” Balas ByungHee sambil menaiki tangga menuju ke arah biliknya. Victoria masih lagi tersenyum.Ternyata lelaki itu masih lagi melayaninya dengan baik walaupun lelaki itu masih lagi belum mengenalinya dengan lebih rapat.

 

 

Seminggu kemudian…

 

Victoria yang sedang sibuk menyediakan hidangan tengahari itu memberhentikan kerjanya untuk seketika apabila terdengar bunyi loceng pintu rumahnya ditekan dari luar. Cepat-cepat dia berjalan menuju ke arah pintu.Bibirnya menguntum senyuman lebar apabila melihat dua orang tetamu yang sedang berdiri di hadapannya itu.

“Unni!”

Victoria tergamam apabila tubuhnya dipeluk oleh seorang kanak-kanak kecil sambil diperhatikan oleh seorang wanita.Victoria kemudiannya memandang ke arah wanita yang sedang berdiri di hadapannya itu.

“Bila Soo Jung sampai? Unni tak tahu pun yang Soo Jung akan balik hari ni,”kata Victoria.Wanita yang bernama Soo Jung itu tersenyum.

“Kami saja nak buat kejutan untuk unni dengan ByungHee oppa.Kan, Hanna?” Soal Soo Jung. Hanna yang masih lagi memeluk Victoria itu mendongak ke arah Victoria. Victoria turut memandang ke arahnya.

“Unni rindu tak dengan Hanna?” Soal Hanna dengan manja. Senyuman Victoria kian lebar. Dia mengusap lembut rambut Hanna yang panjang melepasi bahu itu.

“Mestilah unni rindu,”balas Victoria. Hanna ketawa sambil mengeratkan pelukannya terhadap Victoria.Soo Jung pula tersenyum melihat kemesraan antara Victoria dengan Hanna itu.

“ByungHee oppa mana,unni?” Soal Soo Jung.

“Dia ada hal dekat luar sekejap. Nanti dia baliklah.Marilah masuk dulu,”kata Victoria sambil mendukung Hanna.

 

 

“Soo Jung ah? Kenapa tak telefon oppa yang Soo Jung balik hari ni?” Soal ByungHee,yang baru sahaja pulang itu. Dia masih lagi terkejut melihat adik perempuannya yang sedang menonton televisyen di ruang tamunya itu.

“Surprise~~~” Balas Soo Jung,selamba.ByungHee sekadar menggelengkan kepalanya.Dia kemudiannya mencari-cari seseorang di ruang tamu itu.

“Hanna mana?” Soal ByungHee.

“Dia ada dekat dapur. Dia tengah kacau Victoria unni buat kerja,”balas Soo Jung sambil menonton rancangan televisyen di hadapannya itu.ByungHee segera menuju ke arah dapur sebaik sahaja diberitahu oleh Soo Jung. Bibirnya menguntum senyuman lebar apabila melihat Victoria yang sedang asyik melayan kerenah Hanna di dalam dapur itu.Kehadirannya itu kemudiannya disedari oleh Victoria dan Hanna.

“Hanna ah!”

Sebaik sahaja melihat ByungHee yang sedang berdiri di hadapannya itu, Hanna segera berlari ke arahnya.

“Appa!”

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((