Chapter 9

I'm Falling in Love with You

 

Lee Joon sekadar mendengar segala apa yang keluar dari mulut teman wanitanya itu.Rindunya terubat apabila Bora bersetuju untuk bertemu dengannya hari ini.Bora berhenti dari bercakap apabila melihat pandangan Lee Joon yang begitu berlainan dari biasa.Bora mengawang-awangkan tangannya di hadapan Lee Joon.Namun,Lee Joon masih kaku.Bora geram.Oh,berangan rupanya.Perlahan-lahan,Bora mencubit pipi lelaki itu.Lee Joon mengaduh kesakitan.

"Aegi ah,sakitlah!Kenapa cubit pipi oppa pula ni?"kata Lee Joon sambil mengusap-usap pipinya yang kesakitan itu.Bora ketawa.

 

"Tulah,orang tengah cakap,berangan.Kan dah kena,"balas Bora,masih dengan tawanya yang bersisa itu.Lee Joon kemudiannya tersenyum sehingga menampakkan lesung pipinya.

"Sorrylah.Oppa rindu sangat kat Bora sampai terleka pandang muka Bora je,"kata Lee Joon.

"Yela tu.Entah-entah oppa tengah tengok perempuan lain.Kalau oppa pandang perempuan lain,Bora bagitahu kat Jio oppa.Biar Jio oppa belasah oppa,"kata Bora,sekaligus bergurau.

"Oh jangan.Nanti habislah muka handsome oppa ni,"balas Lee Joon.Bora tertawa.

"Hah,cakap pasal Jio,Bora perasan kan yang Jio dah tak hantar dan jemput Leo dari sekolah?"soal Lee Joon.

"A'ah.Perasan.Bila Bora tanya kenapa,dia kata saja...nak tukar rutin harian dia sekali sekala,"jawab Bora.Lee Joon menggigit bibirnya.

"Kenapa oppa?"soal Bora.Lee Joon kemudiannya mengukir senyuman sumbing.

"Oppa tahu plan Jio sebenarnya,"kata Lee Joon.

"Apa?"soal Bora ,berminat untuk tahu.

"Oppa rasalah...Jio nak uji cikgu Leo tu.Rasa-rasa cikgu tu rasa lain tak kalau Jio tak hantar Leo ke sekolah macam biasa...macam tu la kot,"teka Lee Joon.Bora terdiam seketika.Kata-kata Lee Joon itu ada logiknya.

"Maknanya betullah Jio oppa suka kat cikgu tu?"duga Bora.

"Dia tak ngaku.Dia kata cikgu tu bukan standard dia.Tapi,masalahnya dah terang,jelas dan nyata yang dia suka kat cikgu tu,"kata Lee Joon sebelum meneguk jus oren yang terletak di hadapannya.

"Em,patutlah kat rumah dia asyik belek-belek muka kat cermin je 24 jam,"kata Bora.

"Ye?Mesti dia terpengaruh dengan cakap oppa suruh dia cukur segala bulu kat muka dia tu,"balas Lee Joon.

"Oppa suruh dia cukur?Wah,oppa tahu kan yang Jio oppa tu sangat kat misai janggut dia tu?Gila dia nak buang,"kata Bora,terkejut dengan kenyataan Lee Joon itu.Lee Joon angguk.

"Ala,oppa cadangkan je.Dia bukannya tak handsome.Saje nak semakkan muka dia dengan buku-bulu itu.Kalau dia cukur,lagi nampak kemas dari sekarang,"kata Lee Joon.Bora memuncungkan mulutnya.

"Bora pun teringin nak tengok muka dia yang nampak 'bersih' sikit.Rasanya,Bora pun dah lupa muka dia yang 'bersih' tu,"kata Bora.

"Harap-harap dia terpujuklah dengan pujuk rayu oppa tu,"kata Lee Joon sambil ketawa.Bora turut ketawa.

 

 

 

Tae Yeon memberanikan diri untuk singgah ke rumah agam keluarga Jung itu.Bimbang juga jika tiada orang di rumah memandangkan hari ini hujung minggu.Pasti mereka sudah ada rancangan untuk bercuti di mana-mana.Tae Yeon menekan loceng rumah agam itu.Namun,tiada respon dari dalam.Tae Yeon sedikit hampa.Dia ingin sahaja beredar dari situ namun langkahnya terhenti apabila melihat sebuah kereta merah mewah yang amat dikenalinya sedang berhenti di hadapan pintu pagar rumah itu.Kelihatan Jio keluar dari kereta itu.Jantung Tae Yeon berdegup pantas namun dia cuba berpura-pura biasa.

"Eh Tae Yeon,buat apa kat sini?"soal Jio,sedikit hairan melihat kawan baik adiknya sedang berdiri di luar pagar rumahnya.Tae Yeon mengukir senyuman manis.

"Oppa,maaflah ganggu.Saya nak cari Bora sebenarnya,"kata Tae Yeon,berbohong.Jio sekadar angguk.

"Oh...Bora tak ada.Dia ada date...macam biasalah.Rumah ni pun tak ada orang hari ni.Parents oppa ke luar negeri sekejap dengan Leo.Pembantu-pembantu pun tak ada.Boleh dikatakan oppa soranglah yang ada kat sini,"terang Jio sambil menekan butang yang membolehkan pintu pagar rumah agam itu terbuka.Tae Yeon sekadar melihat perlakuan Jio itu.

"Kalau macam tu,saya balik dululah.Saya pun tak nak kacau oppa berehat hujung minggu macam ni,"kata Tae Yeon,ingin beredar dari situ walaupun itu bukanlah keinginan sebenarnya.Ingat senang ke nak jumpa Jio oppa?

"Tak nak masuk dulu ke?"soal Jio.Tae Yeon merasakan sinar kebahagiaan sedang terpancar ke arahnya.Tae Yeon menoleh ke arah Jio.

"Eh,tak apalah.Lagipun,Bora tak ada.Seganlah pula,"kata Tae Yeon.Jio tersenyum.

"Ala,kalau segan sangat...duduklah kat taman.Minum-minumlah dulu.Oppa pun bosan juga kat rumah ni sorang-sorang.Tae Yeon ada...bolehlah bersembang sikit.Lagi-lagi kalau pasal Bora.Kalau oppa tahu perangai dia yang sebenar kat sekolah,bolehlah oppa report kat appa kan,"kata Jio,sebelum tertawa kecil.Tae Yeon sekadar tersenyum.Agak berlainan perangai Jio dari pertemuannya yang pertama dulu.Namun,Tae Yeon tidak pedulikan hal itu.Yang penting,Jio ingin berborak dengannya.Akhirnya,Tae Yeon angguk.

 

"Oppa tengok Tae Yeon nampak lain sikitlah,"kata Jio.Tae Yeon membetulkan sedikit rambutnya yang menutupi dahinya itu.

"Kenapa?Nampak buruk ekh?"soal Tae Yeon,sedikit risau dengan penampilan barunya itu.

"Taklah.Okey je oppa tengok.Mesti Tae Yeon ubah stail ni sebab....seseorang kan?"duga Jio.Tae Yeon menahan malu.

"Tak adalah.Saja je,"balas Tae Yeon.Entah kenapa,jantungnya tidak henti-henti berdegup pantas seolah-olah hendak menembus keluar dari dadanya.Jio meneguk jusnya.

"Oppa,kenapa tak ikut family sekali ke luar negeri?"soal Tae Yeon.

"Oppa baru balik dari luar negeri,"jawab Jio.

"Eh,oppa pergi mana?"soal Tae Yeon lagi.

"Dari Busan.Tengok kan projek appa kat sana dari hari Rabu.Hari ni baru oppa balik Seoul,"kata Jio.

"Maaflah,oppa.Patutnya saya tanya soalan tu awal sikit.Tak payahlah oppa layan saya lama-lama macam ni,"kata Tae Yeon,sedikit rasa bersalah.

"Tak apalah.Esok oppa cuti.Bolehlah tidur lama sikit,"kata Jio,sambil tertawa kecil.Tae Yeon tersenyum.Perbualan mereka terhenti apabila sebuah kereta hitam berhenti di hadapan pintu pagar rumah agam itu.Kelihatan Bora keluar dari kereta itu.Begitu juga dengan Lee Joon.

"Tae Yeon!"jerit Bora,terkejut melihat Tae Yeon sedang duduk bersama-sama dengan oppanya.Tae Yeon berdiri.

"Kau buat apa kat sini?"soal Bora.Lee Joon pula menghampiri Jio.

"Nak jumpa kau.Tapi kau tak ada.Nasib baik oppa kau ada,"kata Tae Yeon sambil memandang ke arah Jio yang sedang rancak berbual dengan Lee Joon itu.

"La,kanapa tak call je?"soal Bora.

"Kau tak angkat,"kata Tae Yeon.Bora menepuk dahinya.

"Sorry,aku tertinggal phone kat kereta Lee Joon oppa tadi,"kata Bora selepas teringat akan sesuatu.

"Kau nak ajak aku keluar ke?"soal Bora.Perlahan-lahan,Tae Yeon angguk.

"Oppa!"panggil Bora.Kedua-dua Jio dan Lee Joon menoleh ke arahnya.

"Bora nak keluar dengan Tae Yeon kejap tau,"kata Bora.Kedua-duanya angguk.

"Jio oppa!"panggil Tae Yeon.Jio menoleh ke arahnya.

"Terima kasih,"ucap Tae Yeon sambil menundukkan sedikit badannya.Jio sekadar tersenyum.

 

 

 

"Yah,lama tak jumpa kau,"kata Lee Joon sambil menepuk bahu Jio.

"Kenapa?Rindu kat aku ke?"soal Jio.Lee Joon tertawa.

"Bukan aku.Cikgu tu yang rindu kat kau,"balas Lee Joon.Jio menyembunyikan senyumannya.Baru-baru ini pun,Leo ada menelefonnya dan menyampaikan salam dari Hyo Joo kepadanya.Hatinya berbunga.

"Jio,ceritalah kat aku plan kau sebenarnya.Takkan dengan aku,kau nak berahsia,"pujuk Lee Joon.

"Mana ada plan...Ish,kau ni.Dahlah,aku nak rehat ni.Penatlah,"kata Jio,malas.Lee Joon mencebik.

"Amboi,dengan kawan Bora tu bukan main mesra lagi aku tengok.Dengan aku,kau buat macam ni.Player juga kau ni ekh?Pandai goda perempuan,"kata Lee Joon.

"Yah!"Jio memukul bahu Lee Joon."Sedap mulut kau je cakap macam tu.Aku penatlah,"kata Jio.Lee Joon tertawa.

"Okey okey...Pergilah tidur okey.Mimpikan cikgu tadika kesayangan kau tu,"usik Lee Joon.Jio sekadar menggeleng.

 

 

 

To be continued...

 
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!