Chapter 41

I'm Falling in Love with You

Bora termenung di birai katil sambil memegang sesuatu dalam tangannya.Fikirannya melayang,memikirkan peristiwa yang berlaku siang tadi.Pertemuannya dengan Lee Joon yang tidak disengajakan itu benar-benar mengusik perasaannya.Jauh di sudut hati,dia amat merindui lelaki yang pernah,bukan,masih bertakhta di hatinya itu.

 

 

 

Imbas Kembali:

 

 

 

"Noona,nak makan fishcake kat situ,"rengek Leo,cuba memujuk Bora untuk membelikan fishcake untuknya.Bora melihat jam tangannya.

"Okey,jom.Tapi,sekejap je tau.Noona ada hal lagi kat kolej,"pesan Bora.Leo angguk.

"Fishcake!Fishcake!"Leo menjerit keriangan.Sangat gembira kerana Bora menuruti kehendaknya.Bora menggeleng,tersenyum melihat telatah comel adik angkatnya itu.

 

 

"Sedap tak?"soal Bora kepada adiknya yang sedang kusyuk menikmati fishcake yang baru dibelinya itu.Leo tidak menjawab,sebaliknya terus menikmati fishcake itu.Bora menggeleng.Mentang-mentang dah dapat fishcake dia,kakak sendiri pun boleh lupa.Kali ini mereka sedang dalam perjalanan ke perhentian bas untuk pulang ke rumah.Namun,langkah Bora terhenti apabila terdengar Leo menjerit.

"Kenapa ni,Leo?"soal Bora,sambil memandang ke arah yang sama seperti yang dilihat oleh Leo itu.Jantungnya berdegup hebat apabila melihat Lee Joon sedang berdiri,tidak jauh dari tempatnya berdiri ketika itu.Leo segera berlari ke arah Lee Joon.

"Lee Joon Hyung!"Leo yang tidak mengerti situasi sebenar yang berlaku itu,berasa teruja apabila berjumpa dengan teman rapat abangnya itu.Lee Joon menguntum senyuman manis apabila melihat Leo melangkah menghampirinya.Lee Joon kemudiannya menundukkan badannya apabila Leo sudah berdiri dekat dengannya.

"Hai,Leo.Leo sihat ke?"soal Lee Joon,ramah.

"Sihat.Hyung sihat ke?Dah lama tak jumpa hyung.Dulu selalu nampak hyung datang rumah nak jumpa dengan Jio hyung,"kata Leo.Senyuman Lee Joon sedikit mengendur apabila nama Jio dibangkitkan.

"Hyung sibuk sikit sekarang ni.Jio pun sibuk juga,"kata Lee Joon.Pandangannya beralih ke arah Bora seketika.Jantungnya berdegup kencang apabila dipertemukan dengan Bora semula setelah sekian lama menahan rindu.Bora segera mengalihkan pandangannya apabila bertembung dengan mata Lee Joon yang sememangnya mampu mencairkan hati wanitanya itu.

"Leo,jom bas dah nak sampai,"ajak Bora apabila melihat kelibat bas yang kian hampir ke arah mereka berada ketika itu.

"Ala,noona...baru nak cakap-cakap dengan Lee Joon hyung,"balas Leo.

"Leo...naik bas?"soal Lee Joon,sedikit terkejut mendengar kenyataan Bora sebentar tadi.

"Leo,jomlah!"Bora memanggil Leo sekali lagi.Perlahan-lahan,Leo melangkah ke arah Bora dengan riak wajah yang tidak ceria.Bora mencapai tangan adiknya itu sambil melangkah ke arah bas yang sedang berhenti itu.

"Bora yah!"panggil Lee Joon,namun tidak diendah oleh Bora.Bora segera memimpin Leo masuk ke dalam bas.

"Bora yah!"panggil Lee Joon lagi,cuba mengejar Bora sehingga berdiri di hadapan pintu masuk bas itu.

"Bora yah!"panggilnya lagi.

"Noona,hyung panggillah!"kata Leo sambil menarik baju Bora.Pemandu bas itu pula segera menutup pintu bas apabila melihat Lee Joon sekadar berdiri di hadapan pintu masuk itu tanpa ada niat untuk menaikinya.Bora sengaja tidak mempedulikan Lee Joon yang sedang memandang ke arahnya sebaik sahaja bas itu mulai beredar.Bora menahan air matanya daripada mengalir.

"Mianeyo,oppa..."bisik hatinya.Janjinya terhadap Jio dan Gi Kwang mesti dipatuhi meskipun terpaksa mengorbankan cintanya terhadap Lee Joon.

 

 

Lamunan Bora terganggu apabila menyedari pintu biliknya yang dikongsi bersama Tae Yeon itu dibuka dari luar.Bibirnya mengukir senyuman manis apabila melihat kelibat Hyo Joo di muka pintu.

"Unni,unni baru balik kerja ke?"soal Bora,ramah.Hyo Joo tersenyum memandang adik perempuan Jio itu.Hyo Joo mendekati ke arah Bora perlahan-lahan,bimbang akan mengejutkan Tae Yeon yang sedang lena tidur itu.Bora memberikan sedikit ruang kepada Hyo Joo untuk duduk di atas katilnya yang dikongsi bersama dengan Tae Yeon itu.

"Kenapa tak tidur lagi?Lain macam je termenung..."kata Hyo Joo.

"Tak mengantuk lagi la unni.Unni pula?Kenapa lambat balik?Selalunya kalau unni balik lambat ni...mesti Jio oppa ajak keluarkan?Tapi,oppa kan dekat Jeju-do lagi?"soal Bora.Hyo Joo tersenyum.

"Memang unni keluar dengan Jio pun tadi,"katanya.Mulut Bora terlopong mendengar kata-kata Hyo Joo itu.

"Oppa dah balik?"soal Bora,terkejut dengan berita kepulangan abangnya itu.Bibirnya tersenyum lebar.

"Oppa sihat tak,unni?"soal Bora,ingin tahu perihal perkembangan abangnya itu.Hyo Joo angguk sambil mengukir senyuman senang hati.

"Dia sihat.Dia kata esok dia datang jumpa dengan Bora dengan Leo.Tadi unni dah ajak,tapi dia tak nak.Takut kacau Bora dengan Leo rehat pula,"kata Hyo Joo.

"Arasso.Yang penting dia dah jumpa unni dulu,"usik Bora sambil ketawa.Hyo Joo menepuk lembut paha Bora,berpura-pura marah dengan usikan adiknya Jio itu.

"Unni..."

"Ya?"balas Hyo Joo.

"Gomawo.Sebab...unni sentiasa ada bersama dengan oppa dalam keadaan macam ni.Bora yakin...kekuatan oppa adalah unni.Oppa masih dapat bertahan sampai sekarang pun...sebab unni juga.Kalau unni tak ada...tak tahulah,"kata Bora,sambil menoleh ke arah Hyo Joo.

"Gomawo..."ucapnya lagi.Hati Hyo Joo tersentuh apabila mendengar kata-kata Bora itu.

"Kenapa nak terima kasih pula ni,Bora?Unni buat semua ni pun sebab memang kehendak unni,"kata Hyo Joo.

"Unni...mesti betul-betul sayangkan oppa kan?"soal Bora,menjurus kepada soal perasaan Hyo Joo terhadap Jio.Bibir Hyo Joo tersenyum malu.Namun,tidak pula dia angguk bagi mengiyakan pertanyaan Bora itu.

"Bertuah oppa dapat teman wanita macam unni.Dahlah cantik...baik pula tu,"puji Bora.

"Ish,tak adalah.Unni biasa-biasa je,"balas Hyo Joo,malu dipuji sebegitu.

"Eleh...unni je lah kata biasa.Oppa tu...semuanya nampak luarbiasa je pasal unni.Bora ingat lagi,masa tu oppa tidur sampai mengigau sebut nama unni.Entah ubat apalah yang unni dah bagi kat oppa makan sampai jadi macam tu,"kata Bora,mengimbau peristiwa lama.

"Ye ke?Mesti buruk rupa dia mengigau kan?"soal Hyo Joo.Bora ketawa sambil angguk.

"Macam mana yang unni bayangkan...macam tu lah yang rupa dia,"kata Bora.Ketawanya masih bersisa.Hyo Joo turut tertawa apabila mula membayangkan keadaan Jio yang mengigau itu.Ketawa Bora mulai mengendur sambil mengesat air matanya yang mengalir itu kerana terlalu teruja bercerita mengenai abangnya kepada Hyo Joo.Bora kemudiannya menarik nafas panjang.

"Kalau unnilah yang oppa pilih,lega hati Bora,"kata Bora.

"Kenapa pula?"soal Hyo Joo.

"Sebab Bora yakin yang unni mesti takkan sesekali tinggalkan oppa.Unni kan sayang dekat oppa?"soal Bora,masih dengan senyuman manisnya itu.Hyo Joo tersenyum nipis.Entah mengapa,ugutan Krystal dahulu mulai terngiang-ngiang dalam fikirannya.Perlahan-lahan Hyo Joo angguk.

 

 

 

Hyo Joo asyik membelek-belek mangga pintu yang diberi oleh Jio ketika keluar bersama ke Menara Namsan dahulu.Kadang-kadang dia tersenyum mengingatkan kembali peristiwa di Menara Namsan itu.Hyo Joo membaca tulisan yang tertera di atas mangga pintu itu.Sesekali kedengaran keluhan kecil wanita itu.Seolah-olah ada sesuatu yang mengganggu fikirannya ketika ini.

 

"Sebab Bora yakin yang unni mesti takkan sesekali tinggalkan oppa.Unni kan sayang dekat oppa?"

 

"Kalau aku tak boleh dapatkan Jio oppa,orang lain pun tak boleh."

 

Hyo Joo mengeluarkan sepucuk surat dari dalam laci meja soleknya.Surat yang ditulis oleh Seulong sebelum dia meninggal dunia itu dibacanya semula.Namun,hanya satu petikan ini sahaja yang benar-benar menyentuh hatinya.

 

 

 

"Saya percaya dan faham segala apa yang awak buat lepas ni adalah kerana cinta awak terhadap Jio.Saya yakin awak akan sentiasa bersama dengan Jio,lebih-lebih lagi dengan situasi yang sukar macam sekarang.Jio amat memerlukan awak,Hyo Joo.Walaupun dia dah mulai menerima hakikat yang berlaku ke atas dirinya dan keluarganya nanti pun,awak mesti ada di sisi Jio.Ah~...mungkin awak rasa saya ni macam menyibuk pula pasal hal ni.Hahaha...miane...Tapi,saya ikhlas dengan apa yang saya katakan ni.Saya tahu yang awak pun tahu yang saya dengan Jio pun bukannya baik sangat.Asyik nak sindir-menyindir je,hahahaha...Tapi,memandangkan cinta awak lebih kepada Jio,takkan saya nak paksa awak pula.Saya kan dah janji dengan awak yang saya akan terima apa-apa sahaja keputusan awak?Saya harap awak dapat mempertahan cinta awak terhadap Jio.Saya akan sentiasa sokong awak,Hyo Joo!Sebagai seorang kawan,saya sangat sayangkan awak..."

 

 

 

Hampir-hampir sahaja air matanya mengalir saat membaca surat itu.Itulah kata-kata terakhir Seulong sebelum dia meninggal dunia kerana kanser paru-paru yang dialaminya.Hyo Joo kemudiannya melihat ke arah Leo yang sedang lena dibuai mimpi itu.Entah mengapa,Hyo Joo melihat seolah-olah Jiolah yang sedang tidur di situ.Lagu 'Last Luv' yang dinyanyikan oleh Jio di dalam pemain mp3 juga terngiang-ngiang dalam fikirannya.Mungkin rindunya terhadap lelaki itu masih menebal walaupun baru sahaja berjumpa dengan lelaki itu beberapa jam yang lepas.Hyo Joo kemudiannya mencapai telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja itu.Nombor telefon Jio didailnya.Jantungnya berdegup pantas apabila kedengaran suara Jio menjawab panggilannya.

 

"Maaflah sebab kacau awak malam-malam ni,"kata Hyo Joo,serba-salah mengganggu waktu rehat lelaki itu.

"Tak apa.Saya pun tak tidur lagi.Kenapa ni?"soal Jio.Hyo Joo tidak menjawab.

"Hyo Joo?"

"Saja...nak dengar suara awak,"kata Hyo Joo.Kedengaran tawa Jio dalam panggilan.

"Comellah awak ni,Hyo Joo.Awak nak saya dodoikan awak sebelum tidur ke?"soal Jio,seraya mengusik.Hyo Joo tersenyum.Malu dengan kata-katanya tadi.

"Jio..."

"Ya?"

"Saranghaeyo..."ucap Hyo Joo,menahan sebak.

"Saya tahu.Saya pun sayangkan awak juga,"balas Jio.Bibir Hyo Joo tersenyum nipis.

"Saya lagi lagi sayangkan awak lebih dari awak sayangkan saya,"sambungnya lagi.

"Ara...Bora ada bagitahu saya tadi,"kata Hyo Joo.

"Ek?Dia cakap apa?"soal Jio.

"Dia cakap awak pernah mengigau,sebut nama saya masa tidur,"kata Hyo Joo,diikuti dengan tawanya.

"Seriously?Saya tak sedar pun saya mengigau,"balas Jio.

"Malu lah tu,"usik Hyo Joo.

"Ala...apa nak malu-malu.Saya sebut nama girlfriend saya jugakan?"balas Jio.Hyo Joo tertawa walaupun pipinya sudah basah kerana air matanya itu.

"Awak patut rasa bertuah sebab dapat boyfriend macam saya ni.Selalu fikirkan pasal awak 24 jam.Sekali pun tak pernah miss,"katanya lagi.Hyo Joo tersenyum.

"Saya pun fikirkan pasal awak.Awak je tak tahu,"balas Hyo Joo,tidak mahu mengalah.Kedengaran Jio ketawa di hujung talian.

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
paan1904
#1
Chapter 47: sweett!!!!!! thank you ain buat akk tersenyum sorang2!!! sgt best!!! thank you again!! yg psti akk akn baca lg crita nih! weee~~~~
paan1904
#2
Chapter 43: sobs! sobs! wae..? wae..? hyo joo yaaa~~ !
paan1904
#3
Chapter 40: blerghh...mmg muka xmalu btol si krystal! haih!! yea!! jio dah balik dri jeju do~~ weeee!!
paan1904
#4
Chapter 39: meremang bulu roma masa part lagu last luv tu! haishh! haishh!!
paan1904
#5
Chapter 38: wahhh!! banyak chapter sekali update! ^^ suka3!!!
paan1904
#6
Chapter 34: makin nakal si jio nih! aipp
paan1904
#7
Chapter 33: yes!! jio is back!!!